Wednesday, June 12, 2024

Puisi Sang Puteri: Menanti saat itu setiap hari...

pexels.com

"Entah bila daun tertulis nama diri ini akan gugur...menanti saat itu setiap hari..." 


Kesini lagi...

Mungkin di sini selesa...

Rasa tenang...

...

......

.........

..............

.......................


" Dan Tuhanku Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..."

Monday, June 10, 2024

Puisi Cahaya: Matematiknya tak pernah lari wahai sayang...


https://www.pexels.com

"Ketika kegelapan sudah terlalu pekat, fajar akan menyinsing dan membawa harapan baru...tidakkah kau perasan mesej ketuhanan ini?" 

Kesini lagi...

Untuk apa wahai annur?

Sekadar refleksi diri, mencari semula diri yang hilang?

diri yang hilang?

diri yang merajuk pergi ketika mana luaran sudah mula sibuk mengejar dunia?

mengejar dunia? 

Tidaklah wahai annur,

kamu sedang mengejar sesuatu yang lebih jauh, 

mengejar waktu untuk kembali ke kampung halamanmu..

mengapa selalu skeptikal dengan dirimu sendiri?

Kau sedang cuba memperbaiki diri sendiri...

kata2 itu lebih manis dan benar...

berhenti sabotaj diri sendiri dengan kata2 buruk. 

Wahai annur, 

ketika kau sudah terlalu lemah, selalu saja ketika itulah titik kekuatanmu yang sebenar. 

Dan pola ini sudah berlangsung sejak sekian lama meskipun kau tidak pernah perasan. 

Matematiknya tak pernah lari wahai sayang...

https://www.pexels.com


"Hari yang baru adalah peluang baru untuk menjadi diri yang baru. Diri yang lebih baik, lebih segar dan lebih hebat dari yang sebelumnya. Begitulah hari2 berjalan dalam rahsiaNya..." 

Wednesday, May 22, 2024

Cermin 56: Haqq berang. Dia harus menjejaki lelaki ini.


"“ Siapa sebenarnya ayahanda dan bonda,anakanda? “ Indera mulakan perbualan panas ini dengan satu pertanyaan..."


 Indera berdiri dihadapan Raja Cermin. Wajahnya merah menahan marah.

“Apa maksud tadi ayahanda?” Indera cuba menahan amarahnya.

“ Dia hanya bergurau. Haha” Raja Cermin cuba berselindung. Indera mengerdip matanya kecil. Kelihatan jelas riak wajah berbohong ayahandanya ini.

“ Siapa sebenarnya ayahanda dan bonda,anakanda? “ Indera mulakan perbualan panas ini dengan satu pertanyaan yang menyentak Raja Cermin. Indera tertunduk menekan kepalanya yang tiba2 sakit. Raja Cermin terkumat kamit membaca mantera hilang ingatan. Indera tertunduk menarik rambutnya sendiri,kesakitan. Raja Cermin tersenyum sinis.



"“Ayahanda tak boleh buat anakanda begini, tolonglah hentikan! “

“ Ayahandaaa” Indera cuba merayu sambil menahan kesakitan. Dia yakin selama ini angkara ayahandalah dia selalu sakit2 kepala ketika memikirkan tentang asal usulnya.

“Ayahanda tak boleh buat anakanda begini, tolonglah hentikan! “ Indera naik berang sambil mengerang menahan kesakitan yang teramat.

 

 


"Hakimi menjerit sekuat hatinya. Nur!!! Di mana awak!!! Hatinya pedih. "

Dunia nyata.

Dr.Hakimi bergegas ke wad Nur ketika dia menerima panggilan akan kehilangan pesakitnya ini.

Sesampainya dia di wad, dia terasa pelik sekali. Suasana wad tidak seperti selalu. Gelap dan suram. Dia cuba menekan suis dan ajaibnya tetap gelap. Lampu rosakkah?

Dia membuka pintu mahu keluar dari wad Nur, buka sahaja pintu, dia sudahpun berada di alam lain.

Hakimi terkejut besar.

Dia kini sedang berada di dalam hutan belantara. Kelihatan satu rumah di pinggir bukit sana. Dia yang kepelikan berjalan laju mahu bertanya.

“ Assalamualaikum nenek, boleh saya bertanya?” Hakimi cuba menegur seorang nenek tua yang sedang memproses herba ditengah2 hutan belantara. Nenek itu menoleh dan memandang belukar disebelahnya. Angin lalu barangkali. Dia teruskan menyusun dedaunan sambil mengunyah sireh kegemarannya. Hakimi pelik. Nenek ini butakah? Lalu dia cuba beranikan diri menyentuh. Tembus. Tidak mungkin! Dia cuba berkali2. Ya ampun, dia halimunankah?

Hakimi terduduk. Dia mengelap peluh yang semakin memercik,dia terasa pelik sekali. Dunia apa ini? Seingat dia, dia baru sahaja berada di wad tadi. Aduh! Dia mengurut dahinya yang mula sakit. Semenjak ketemu Nur, ada sahaja magis yang berlaku terhadap dirinya. Selepas satu, satu. Dengan siri mimpi yang pelik sehinggalah pengalaman real begini. Dia tampar kecil pipinya, berdoa mudahan2 ini cumalah mimpi. Tidak. Ini benar realiti. Hakimi sambung tertunduk buntu.

Hakimi teringat sesuatu. 

“Bagaimana awak boleh berada disini, err.. Cahaya?”

“Aku tersekat disini, Hakimi...bantulah aku untuk kembali...”

Arghhhhh!!! Hakimi menjerit sekuat hatinya. Nur!!! Di mana awak!!! Hatinya pedih. 


***


"Haqq berang. Dia harus menjejaki lelaki ini. "

Haqq yang sedang pengsan tiba2 terbeliak matanya. Dia merasakan ada sesuatu yang besar sedang terjadi. Rahasya di sebelah masih lagi terbaring pengsan. Lelaki itu!!! ya lelaki yang mencuri frekuensinya ditasik tempohari! Haqq berang. Baginya dirinya cuma satu, tiada duanya. Dia harus menjejaki lelaki ini. Pencuri identiti! 

Bersambung...

Puisi khabar: Kesini lagi annur?



"Adakala wajah tersenyum itu di dalam dirinya begini..." 

Kesini lagi annur?

ya.

kesini. 

untuk apa?

berkhabar barangkali?

terlalu penat jiwa hidup di nyata...

mahu kembali kesini untuk merasai halusnya jiwa sendiri...

tersekat dalam realiti,

sangat melelahkan...

***

"“Kita telah ditakdir bersama...teman hidup didunia...malam siang kita jadi satu..kerana engkau adalah milikku....satu...” bergema lagu Spider,Kita Adalah Satu dari dalam radio. Rin yang mendengar terus mengalirkan airmata. Rin tahu itu lagu kesukaanku. Kertas tugasannya terus dia kemas kerana sebak yang terlalu. Dia duduk dikatil sambil mengusap airmata terkenang segala kenangan kami." -sedutan Cermin-

***

Di dunia realiti. Di dalam pejabat Dr. Hakimi.

Dr. Hakimi mempersilakan Rin untuk duduk.

“Hmm...sekarang boleh beritahu saya, apa kegemaran Nur?” soal Dr. Hakimi kepada Rin. Wajah Rin pucat. Ini kali pertama dia disoal doktor.

“Err...Nur suka berpuisi doktor...”

“Jika tak keberatan boleh kongsikan dengan saya? mungkin semua ni boleh membantu?”

“Saya tak berapa ingatla doktor...tapi nanti saya bagikan satu puisi pelik yang pernah Nur tulis...”

“Okey...saya tunggu...emm..beberapa minggu sebelum kejadian, ada apa-apa yang Nur pernah bualkan dengan awak? Maksud saya...sesuatu yang lain daripada wataknya yang biasa...?”

“Oh, ada...satu petang tu di tepi tasik, Nur pernah mengadu pada saya...”

“Mengadu apa?”

“Dia kata...dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan...lebih kurang macam tulah ayat Nur...dan sebenarnya, err...”

“Sebenarnya?”

“Nur seorang yang suka bersendiri dan selalu bercakap sorang-sorang...dia hanya berkata-kata bila perlu saja.”

“Benar?tahu dia bercakap dengan siapa?”

“Emm...saya pernah terdengar dia berborak dengan seseorang ditepi tasik...dia juga pernah beritahu saya tentang konsep maya ke ilusi, entah saya tak berapa ingat...dia kata pernah jumpa seorang lelaki yang selalu hadir di dalam ilusinya...tapi nama lelaki tu dia sendiri tak tahu...dia kata macam dah lama kenal dengan lelaki tu...”

“Lelaki...hmm, ada tak apa-apa perbuatan Nur yang memelikkan awak?”

“Ada! Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”

“Oh?”

“Ya...dan dia sangat suka pergi tasik...saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...macam orang kena rasuk pun ada saya tengok, eee seram!”

“Selalunya waktu bila dia pergi tasik tu?”

“Selalu lepas kelas, pukul 5 petang keatas...kadang dia lepak sampai maghrib, saya selalu je nasihat dia...tapi dia degil...tak pergi sehari, dia kata rindu..”

“Hmm...takpelah Cik Rin, saya rasa cukup setakat ni...biar saya berfikir dahulu...err, jangan lupa kongsikan puisi Nur tu ya?”

“Oh,okey doktor...”

Rin pun keluar dari pejabat Dr. Hakimi. Untuk beberapa minit Dr. Hakimi asyik termenung sehinggalah telefon bimbitnya berbunyi dan dia bergegas untuk pulang.

******

Di dalam rumah Dr. Hakimi. Di kamarnya.

Dr. Hakimi berbaring sambil membaca buku novel misteri kegemarannya, Topeng. Tidak sampai setengah jam pun dia telah meletakkan novel itu ditepi dan mula berfikir tentang perbualannya siang tadi bersama Rin. Kebelakangan ini, kisah Nur selalu menganggu tumpuannya untuk melakukan aktiviti harian. Dia menyilangkan tangannya ke dahi dan cuba menutup mata.

“Dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan..”

“Tak pergi sehari, dia kata rindu...”

“Saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...”

“Banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...”

“Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”

Semua kata-kata Rin terngiang-ngiang kembali dibenaknya. Entah kenapa dia sukakan teka-teki ini.

‘Nur...saya akan bantu awak.’ tekad hati kecilnya. Dia mengambil diari dibawah bantalnya dan memeluknya erat.  Dia langsung teringat mimpi malam semalam.

Di dalam mimpinya.

Di sebuah hutan di waktu gelap malam. Dengan suasana berkabus, dia berjalan keseorangan. Tiba-tiba dia terdengar satu suara perempuan bergema. Halus bunyinya.

“Bulan mengambang umpama bidadari, igauan si pungguk segenap zaman, kalau tersurat hajat di hati, datanglah kemari ku ajak berteman...”

“Siapa?” tanya Hakimi. Dia kaget. Suara itu agak menyeramkan apatah lagi di dalam hutan tebal sebegini. Berdebar-debar pula hatinya. Dahinya mula berpeluh di dalam kesejukan.

“Aku datang kerana mahukan pertolonganmu, bantulah aku Hakimi...” lembut suara itu merayu. Hakimi memeluk tubuhnya. Entah kenapa, suasana sejuk semacam. Dia memandang sekeliling cuba mencari kelibat manusia di situ.

Tiba-tiba asap tebal berkepul di hadapannya. Lama-kelamaan asap tebal itu membentuk susuk tubuh seorang perempuan elok bersanggul kemboja bergaya seperti seorang puteri melayu. Puteri itu tersenyum manis. Hakimi terkedu. Wajahnya berkerut. Dia mula menelan air liur. ‘ Oh no, ini dah lebih...’ bisiknya. Dia mula membaca ayat kursi secara perlahan-lahan. Dek kerana sifat penakutnya sejak kecil, sehingga kini dia masih mengingati pesanan ibunya di antara kaifiat ayat kursi adalah untuk menghalau hantu syaitan.

“Namaku Cahaya...” bisik suara itu lembut ditelinganya. Hakimi melompat pabila puteri itu rupanya berada di sebelahnya kini. Tidak sampai sesaatpun! Ayat kursi yang dibacanya tadi habis berterabur semuanya. Sebentar, dia kenal wajah wanita ini. Mirip benar rupa Nur.

“Err...awak Nur kan?”

“Cahaya.”

“Bagaimana awak boleh berada disini, err.. Cahaya?”

“Aku tersekat disini, Hakimi...bantulah aku untuk kembali...”

“Ya...itulah niatku, tapi...”

“Tak usah bertapi lagi...ambil ini, ini akan membantumu...buka hanya setelah tiga hari...”

“Buku apa ni?”

“Itulah catatan hidupku...baca dan fahami...bantuku leraikan teka-tekinya...dengannya aku akan kembali semula kedunia realiti...”

Asap tebal berkepul kembali dan puteri itu telahpun lenyap. Hakimi serentak terjaga dari tidur. Wajahnya berpeluh. Mimpinya pelik benar. Lebih mengejutkan lagi, disisinya terletak kemas sebuah buku. Hakimi membelek-belek buku itu. Ia sememangnya diari Nur. Dia tidak berani membuka. Dia akan mengikut pesan Puteri Cahaya di dalam mimpinya. Hanya tiga hari kemudian baru dia akan buka.



" Hidup satu perjuangan? beberapa tahun kebelakangan aku hampir terlupa apa sebenarnya yang aku perjuangkan...aku cuma melalui hari demi hari tanpa tahu apa esoknya...terlalu takut untuk merancang apa2 kerana tersekat dengan teka-teki hidup dan mati...kini? semakin sembuh barangkali? dikejutkan seorang doktor?" 

Friday, March 15, 2024

Cermin 55: Kau benar2 gila Renjana! Empayar ini bukan milikmu! Kau sedang dalam khayalan yang nyata!


" Ini negeriku. Aku rajanya"


 Di kamar Indera. Istana Cermin.

 

Indera terjaga dari lenanya. Nur masih disisinya terbaring lemah kehilangan banyak darah. Indera yang masih lagi mamai, sedang memandang sekeliling dengan rasa pelik. Dia lantas teringat, ketika keletihan mengembara intradimensi tadi kealam cermin, dia terlena jauh memimpikan adiknya,Cahaya. Sejenak, wajahnya serius teringat semula perbualan mereka. Indera telan air liur, gentar menerima hakikat bahawasanya di hadapannya kini adalah kembar Cahaya, iaitu Nur. Dia tidak begitu mengerti perkaitan yang ada, akan tetapi dia merasakan sebahagian besar diri adiknya itu kini berada di dalam Nur. Dia teringat pesan adiknya yang dia perlu mencari Laksamana untuk bergabung dan membantu menyelesaikan teka teki diri Cahaya. Teringatkan pesan itu, dia mendengus marah. Kenapa semua ini berlaku??! Indera sukar menerima kenyataan. Dia menggenggam tangannya kuat tanda marah. Tiba2 dia terdengar Nur terbatuk2. Indera kaget.



"‘Wahai Indera, ego atau rasional? ‘ Indera bermonolog."

 

Baru sahaja dia mendekati Nur mahu membantu, tangannya dipegang kemas.

“ Tolong saya…” Nur bersuara lemah. Antara sedar dan tidak, Nur tahu dia hampir menemui maut.

“ Sebentar. “ Indera mengambil kain dan menutup luka tikaman di perut Nur. Dia membaca sepotong doa dan meniupkan di air kosong, lalu memberi Nur minum air itu. Tidak lama selepas itu, Nur pun tertidur lemah semula. Indera mengeluh berat. ‘Wahai Indera, ego atau rasional? ‘ Indera bermonolog. Kepalanya berdenyut2 perlahan. Dia sukar membuat keputusan. Dia begitu benci memikirkan permintaan adiknya Cahaya. Jika dibiar, keadaan akan menjadi lebih sukar. Jika dia menurut, pasti Laksamana memandang rendah dirinya. Arghhh. Indera betul2 buntu. Dia menarik nafas dalam2 sebanyak tiga kali, dan duduk bertafakur sebentar. Dia harus bertenang di dalam situasi rumit sebegini. Ya, dia harus menolak ego dirinya sebentar dan bersatu dengan Laksamana dan Haqq sama seperti permintaan adiknya. Ahhh! Persetan dengan ego, nyawa adikku dalam bahaya! Dia seraya bergegas meninggalkan Nur yang sedang beradu di kamarnya, dan berlari mencari Laksamana.

***


"Haqq sedar keadaan itu, dan mula mengagihkan cahayanya buat membantu adiknya dan Cahaya serentak. "


Di kamar Rahasya.

Haqq dan Rahasya sedang berusaha memberi cahaya spiritual kepada puteri. Keduanya semakin melemah. Tidak lama selepas itu, Rahasya pengsan, dia terbaring lemah. Haqq sedar keadaan itu, dan mula mengagihkan cahayanya buat membantu adiknya dan Cahaya serentak. Peluh semakin merecik,dan Haqq juga mula kepenatan. Dia terbatuk2 keletihan. Perlahan2 darah hitam mengalir dari bibirnya.

“ Cahaya! “ Indera yang baru sahaja sampai, terus memeluk erat adiknya. Rindunya membuak2. Haqq yang melihat sudah tiada daya untuk bereaksi, lantas dia pun pengsan. Kini Haqq dan Rahasya keduanya telahpun pengsan kerana terlalu keletihan membantu puteri. Melihatkan keadaan itu, Indera terus mengangkat puteri dan membawanya lari. Dia terlupa dengan janjinya tadi bahawa dia perlu bertindak rasional.

***


" Indera betul2 buntu. Dia menarik nafas dalam2 sebanyak tiga kali, dan duduk bertafakur sebentar. Dia harus bertenang di dalam situasi rumit sebegini."


Di kamar Indera. Kini Nur dan Cahaya berada di hadapannya sebelah menyebelah. Indera garu kepala. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Nenda Melur! Ya, dia harus memanggil pengasuh puteri itu! Pasti dia punya cara! Nenek itu adakala bijak juga! Dia terus bergegas kearah kamar Nenda Melur.

***

Di Kamar Raja Cermin.

Tiba2 cermin kamarnya retak dan pecah berderai. Raja Cermin melihat keadaan itu dan berpaling. Wajahnya berkerut. Petanda apakah ini? Dia menutup matanya dan cuba mengamati keadaan. Dia menghidu aliran angin yang bertiup dan terus tersenyum. Anakandanya sudah kembali. Raja Cermin dapat menghidu aura anakanda kesayangannya itu. Dia terus bergegas dan terus menghidu mencari dari mana datangnya bau semerbak itu. Dia yakin bau itu datangnya dari bunga larangan yang sudah lama dicarinya itu.

Kini Raja Cermin tiba di hadapan kamar Indera, dan dia menguak pintu dan terlihat dua jasad perempuan sedang terbaring lesu. Dia terkesima bila mendekati dan mendapati jasad keduanya mirip cuma berlainan persalinan sahaja. Raja Cermin keliru. Baru sahaja dia mahu memegang jasad Cahaya, tiba2 jasad itu pudar seakan halimunan. Dia cuba memegang jasad Nur, pudar juga bagaikan hanyut di angin lalu. Raja Cermin terduduk. Permainan apakah ini?

Dalam kekeliruan itu, dia terdengar suara perempuan cantik ketawa mengilai dan terbang menujunya.


"Sang Dewi berlabuh dan duduk disebuah kerusi dihadapan Raja Cermin."


“ Hahahaha….akhirnya, kau hadir juga Renjana. Aku fikir kau sudah mati jiwa. “ Sang Dewi berlabuh dan duduk disebuah kerusi dihadapan Raja Cermin.

“ Ratna…kenapa kau kesini…apa urusanmu?” Raja Cermin memandang Sang Dewi dengan pandangan benci. Memori lama kembali lagi.

Sang Dewi menutup matanya dan membacakan mantera. Tidak sampai sekerlipan, mereka berempat sudahpun sampai di sebuah pergunungan sejuk di pinggir sebuah sungai kecil yang mengalir perlahan. Raja Cermin mencebik, dia sedar magisnya wanita ini. Dia terlalu malas bermain ilusi begini.


"Raja Cermin mencebik, dia sedar magisnya wanita ini. Dia terlalu malas bermain ilusi begini."


“ Nyatakan hajatmu dan pegi dari sini, kau sama sekali tidak dialukan di sini. “ Raja Cermin memandangnya angkuh. Sang Dewi sambung ketawa tanpa henti. Terhibur benar hatinya.

“ Kembalikan apa yang kau curi, dan urusan kita selesai. “ Sang Dewi tersenyum manis.

“ Ia bukan milikmu. Kau tidak berhak untuk ini. “ Raja Cermin tegas.

“ Sekali lagi? bukan milikku? Kau sedang bercanda? “ Sang Dewi ketawa besar.

“ Puteri bukan barang rebutan, Ratna! Lepaskannya! Aku yakin selama ini kaulah dalang yang menyelubungi kehilangannya, bukan???!” bentak Raja Cermin.

“ Kau tidak pernah berubah, Renjana. Tidak pernah jujur dan lebih rela berpura2 hatta kepada dirimu sendiri! Manusia jenis apa kau ini hah?” Sang Dewi sudah mula naik angin.

“ Kau sudah ada segala2nya Ratna, mengapa kau masih tamak???” Raja Cermin membalas marah.

“ Kau bukan mahukan puteri, kau mahukan bunga itu. Kau ingat aku bodoh? Kau ingat aku sama seperti orang lain yang mudah kau budakkan? Kau benar2 gila Renjana! Empayar ini bukan milikmu! Kau sedang dalam khayalan yang nyata! “ Sang Dewi merah mata menahan amarah.

“ Tiada siapa yang tahu dan tiada sesiapa perlu tahu. Itu urusan peribadiku. Kau siapa Ratna, mahu masuk campur?”  Raja Cermin terasa sedikit gentar apabila tembelangnya pecah.

“Aku siapa? Hahaha, kau sudah lupa nampaknya segala kisah kita. Oh, aku lupa, kau telahpun punya keluargamu sendiri. Tidak mengapa, akan tetapi, itu bukanlah perkara penting sudah bagiku. Pulangkan kesemuanya dan berambus pergi dari negeri ini. Aku akan lepaskanmu tanpa ada sebarang gangguan lagi. “ ujar Sang Dewi cuba negosiasi.

“Aku? Aku keluar dari negeri ini? Ini negeriku. Aku rajanya. Jaga baik2 mulutmu itu. “ Raja Cermin ketawa besar.

“ Sebentar lagi Indera akan sampai, segala rahsiamu akan terbongkar. Indera pasti tahu bahawa kau lah pembunuh ibubapanya! Selamat tinggal Renjana. Kau akan mendapat pembalasannmu kelak. “ Sang Dewi terbang dan keadaan sama seperti sediakala. Raja Cermin menelan air liur. Matanya merah menahan sabar.

Indera yang baru sahaja sampai bersama Nenda Melor sempat mendengar ayat2 terakhir Sang Dewi tadi. Dia terduduk. Kenyataan apakah ini wahai Tuhan??? Nafas Indera laju cuba menahan rasa.

 


"Nafas Indera laju cuba menahan rasa."

Bersambung…

 


Wednesday, January 24, 2024

Cermin 54: Cahaya lega. Akhirnya dia berjaya menerangkan kenyataan pahit itu.

 


"Inilah bahan rebutannya."

Ketika keadaan getir dengan keadaan Nur dan Cahaya yang hampir menemui maut, mereka berdua bertembung di dalam sebuah mimpi…

***

Disebuah pantai biru yang jernih. Malam.

Cahaya duduk dan bersandar di pohon kelapa yang landai. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya berat. Terasa jiwanya penat sekali. Seketika bayu malam meniup, rambutnya terlepas lembut. Dia sedar apa yang berlaku. Sepertinya dia menunggu seseorang. Ekor matanya memandang tepi. Seorang lelaki berjalan perlahan seraya duduk disebelahnya. Lelaki itu tersenyum.

“ Abang Indera, Cahaya nak bersendirian. “ ujarnya perlahan.

“ Adakala perkataan dibibir tidak sama dengan apa yang ada dihati. “ Indera tunduk dan tersenyum lagi. Dia faham keresahan di hati adiknya ini.

Cahaya ketawa perlahan. Abangnya ini selalu sahaja tahu cara supaya dia kembali tersenyum.


“ Boleh tak jika Cahaya duduk di sini sahaja? Cahaya takut untuk bangun…”

“ Cahaya serius. Mengapa abang Indera jadikan ia satu bahan ketawa?” Cahaya geram melihat abangnya seolah mempermainkan perasaan hatinya. Ketika dia sedang terlalu penat dengan semua yang terjadi, abangnya datang dan buat lawak pula!

“ Ketawa itu satu terapi jiwa tau. “ Indera tersenyum lagi melihat adiknya. Cahaya pecah ketawa. Abangnya ini memang magis, daripada rasa hendak menangis, terus terasa mahu ketawa pula kini. Akhirnya mereka berdua ketawa seperti selalunya.


"Hendak dimarah, terlalu sayang. Begitulah."

“ Sudah jauh pergi, akhirnya kini Cahaya kembali semula di sisi abang. Disisi kami semua. Abang gembira. “ ujar Indera perlahan sambil khusyuk memandang laut malam. Hatinya terasa tenang sekali.

“Tak jauh pun…” Cahaya membalas dengan rasa sebak. Dia semakin sedar kesilapannya tempohari.

“ Itu apa yang Cahaya rasa. Apa yang abang alami, apa yang kami di sini jalani sepemergian Cahaya, tidaklah semudah yang disangka. Sampai hati tinggalkan kami kan? “ Indera sudah mula beremosi. Hatinya terlalu mahukan penjelasan. Cahaya ketap bibir. Dia diselubungi perasaan bersalah dan menyesal.

“ Nasib baik abang tergerak hati datang kesitu. Jika tidak, apa yang akan terjadi? Selamanya2 lah hilang?” Indera benar2 mahukan penerangan dari adiknya itu. Cahaya cuma tertunduk sedih. Dia sedar, abangnya punya hak untuk marah, punya hak untuk bertanya. Dia menutup matanya cuba meraih kekuatan utk menjawab setiap pertanyaan abangnya itu.

“ Abang Indera, semua orang buat silap kan? “ Cahaya memandang abangnya tulus.

Indera mengeluh. Panjang keluhannya kali ini. Terasa lepas semua yang disimpan didada selama ini. Hendak dimarah, terlalu sayang. Begitulah.


"Cahaya khawatir, jawapan kepada persoalan itu adalah tidak."


“ Abang rasa Cahaya tahu ini cuma mimpi kita. Abang tahu Cahaya pasti kesini. Tempat yang sama kita selalu berbual. Tempat yang sama juga Cahaya akan bersendiri ketika dalam masalah. Kembali semula. Sama seperti sediakala. “ Pujuk Indera sambil memandang adiknya dengan jiwa gusar.

“ Abang Indera, Cahaya terlalu mahu pulang. Tapi…” Cahaya tertunduk risau. Dia sedar abangnya ini pasti tidak sedar akan apa yang sedang terjadi. Jangankan abangnya, dia sendiri tersedar baru tadi. Entah bagaimana dia sedar, dia pun kurang pasti. Akan tetapi, dia tahu, jasadnya kini terpecah dua. Masing2 dengan memori yang celaru. Jika dia tersedar semula, dia tidak pasti samaada kesedaran dirinya di dalam mimpi ini masih kekal ataupun tidak.  Boleh jadi dia tidak lagi kenal abangnya ini. Entahla. Hatinya berat sekali.


"Selamatkan ini. "

“ Boleh tak jika Cahaya duduk di sini sahaja? Cahaya takut untuk bangun…” Cahaya menitiskan airmatanya sambil memandang laut malam yang gelap. Indera mengerut dahi.

“ Apa yang adinda takutkan? Cuba beritahu. “ Indera terasa sesuatu yang pelik. Apa masalahnya di sini?

“ Jasad yang di sisi abang Indera kini adalah jasad kembar Cahaya. Namanya Nur. Jika Cahaya mahu bangun dengan selamat, abang Indera kena cari jasad Cahaya satu lagi. Itu pasti sukar. Ia terlalu rumit untuk diselesaikan. “ Cahaya menangis sedih. Kerana keras hatinya, semuanya menjadi terlalu rumit.

“ Jika abang berjaya, lalu apa yang abang perlu lakukan supaya adinda kembali seperti sediakala?” Indera serius. Jauh disudut hatinya, dia sangat pasti ini semua ada kaitan dengan Laksamana.

“Satukan kami. Tapi ada risikonya. “ Cahaya memandang abangnya dengan hati yang berat. Dia menutup mata, berusaha untuk terus kuat berkata2. Indera terkejut.

“ Risikonya jika berlaku masalah ketika penyatuan itu nanti, Cahaya dan Nur akan mati dan terus lenyap. “ Cahaya lega. Akhirnya dia berjaya menerangkan kenyataan pahit itu.

“ Adakah abang seorang mampu melakukan itu? “ soal Indera mahu tahu. Dia benar2 perlu selidik prosesnya dengan terperinci kerana risiko ini terlalu tinggi.

“ Cahaya khawatir, jawapan kepada persoalan itu adalah tidak. “ Cahaya menjawab perlahan. Indera mengeluh lagi. Berat keputusan ini.

“ Jika begitu, abang akan kumpulkan kekuatan yang cukup untuk melakukannya. Abang beritahu ayahanda dan kami akan bersiap untuk itu. Sehingga waktu itu, Cahaya bertahan boleh? “ Indera cuba meyakinkan adiknya itu.


"Entah kenapa dia merasakan terlalu banyak cerita dia ketinggalan. Apa kaitan mereka bertiga?"

“ Abang Indera, ada sesuatu yang abang belum tahu tentang ayahanda. Jika Cahaya panjang umur, Cahaya akan terangkan. Tapi buat masa ini, percayakan Cahaya, jangan libatkan ayahanda sekali2. Padah akan menimpa. “ Cahaya mengingatkan. Indera pelik, malas bertanya lanjut tentang itu.

“ Abang Indera perlu bekerjasama dengan Laksamana dan juga Haqq. Selamatkan ini. “ Cahaya berdiri dan menarik keluar satu cahaya dari hatinya. Sekuntum bunga putih bersinar indah. Indera terkesima.

“ Laksamana dan Haqq? Ini apa?” soal Indera penuh rasa ingin tahu. Entah kenapa dia merasakan terlalu banyak cerita dia ketinggalan. Apa kaitan mereka bertiga?

“ Inilah bahan rebutannya. Bunga larangan ini menyimpan rahsia besar tentang kerajaan kita. “ Cahaya duduk semula, lemah. Bunga tadi terapung2 dan terbang jauh. Akhirnya menjadi bulan.

Indera terduduk juga. Kenyataan apakah ini???

Bersambung...


"“ Sudah jauh pergi, akhirnya kini Cahaya kembali semula di sisi abang. Disisi kami semua. Abang gembira. “ "



Monday, September 18, 2023

Cermin 53: Makin dalam kau mendalami, makin tiada kau ketahui...


“ Hamba tiada daya mahu bertelagah. Keluarkan hamba dari sini. “

Rahasya masih lagi terbaring. Matahari semakin memancar, dia terasa dahaga sekali. Dia memandang sekeliling jika ternampak sesiapa. Tiba2 dia terlihat fatamorgana air, dia merangkak dan terus merangkak kesitu. Setibanya dia disitu, dia mengeluh berat, rupanya ia hanya bayangannya sahaja. Dimana aku ini? Bisik hatinya.

“ Bahagia? “ keluar satu suara dari atas. Suara Cumi! Rahasya yakin! Dia geram.

“ Apa maksudmu wahai pari2 nakal?” ujar Rahasya berang.

“ Kau tahu seperkara? Berkhayal dan terus berkhayal adalah racun buat jiwa?” Cumi ketawa mengekek.

“ Dimana abangku Haqq?” Rahasya risau.

“ Dia ada disatu lembah yang lain. Ujiannya juga berbeza denganmu. Tiada apa yang kau perlu risaukan. Lebih baik kau risaukan diri sendiri. Hahahah. “ Cumi ketawa kuat. Terhibur sungguh dia nampaknya.


"Cumi yang melihat, tahu Rahasya cuba masuk ke dunia mimpi pula. Dia tersenyum lagi."

“ Hamba tiada daya mahu bertelagah. Keluarkan hamba dari sini. “ Rahasya sudah tidak larat. Kehausan begini benar2 memakan tenaga mudanya. Tiba2 suasana berubah. Salji turun dengan lebat mematikan semua kepanasan tadi. Rahasya kesejukan pula. Lama begitu sehingga dia sudahpun hampir membeku. Kegilaan apakah ini? Dia terasa menyesal. Dia hampir mengalah. Lama dia terbaring sehinggalah muncul satu makhluk berbulu tebal bagaikan raksasa mahu memakan dirinya. Aduhhh. Rahasya geram. Dia bangkit juga walaupun payah, tidak mungkin semudah itu dia jadi makanan. Penat dia berlari, dia menoleh kebelakang mahu melawan dengan daya yang ada. Makhluk itu terus menerkamnya ganas. Rahasya bergelut tapi gagal. Ketika sahaja makhluk itu mahu memasukkan dirinya ke dalam mulut, makhluk itu hilang. Rahasya terduduk lega. Dia memegang dahi kepalanya terasa berdenyut sekali. Sudahlah haus,ditimpa cuaca sejuk sekerlipan mata diterjah raksasa ganas pula. Dia terasa amat penat.


"Matanya juga sakit. Sangat perit. Gelap sudahkah hari ini? Rahasya berkata2 di dalam hatinya."

Tiba2 sahaja dunia terasa gelap. Hanya bunyi air dan unggas yang kedengaran. Matanya juga sakit. Sangat perit. Gelap sudahkah hari ini? Rahasya berkata2 di dalam hatinya. Tidak sekali dia sedar, mata keduanya telahpun buta. Dia berjalan di dalam hutan itu sambil meraba2 jika2 ternampak cahaya. Tiada. Kosong dan masih gelap. Rahasya pelik. Matanya yang sakit tadi cuba dipegang. Dia kaget. Dia baru tersedar bahawasanya dia telahpun kehilangan penglihatan. Dia menjerit sekuat hatinya. Gagal menerima kenyataan. Adakah ini reality atau ilusi dirinya semata? Rahasya sudah penat meraung. Dia terduduk dan menangis semaunya.

“ Cumi!!!!!!!” Rahasya cuba memanggil pari2 gila itu. Peliknya tiada suaranya yang terkeluar. Tiada bunyi kedengaran di telinganya. Rahasya menggelabah sambil meraba2 dalam gelapnya pandangan. Tak mungkin! Aku bisu juga kah? Rahasya menangis lagi dan kali ini tangisannya lebih sayup.

“ Kau tahu wahai bitara? Kau hanya akan tahu nilai sesuatu nikmat ketika ianya hilang? “ Cumi tergelak2. Gembira sungguh dia mengenakan kedua mereka. Rahasya terduduk dan menangis perlahan. Dia juga tahu kuasanya tiada maknanya di sini. Ternyata, mereka telah dikenakan oleh pari2 sewel ini. Sudahlah penglihatannya hilang, suaranya juga tiada. Hampir sahaja dia mati kutu di situ. Tiba2 muncul ideanya untuk bermeditasi dan mencari abangnya Haqq di dunia spiritual.


"Rahasya yang tiada tahu apa yang sedang terjadi, cuba lagi menembus hijab spiritual dan berhubung dengan abangnya Haqq."

Rahasya menutup matanya dan cuba bertenang. Cumi yang melihat mula menggelabah dan cuba membina dinding spiritual disekeliling Rahasya supaya dia gagal keluar dari percubaan ini. Dia berjaya. Cumi terkekek ketawa lagi. Ingat semudah ini? Bisik hatinya. Selagi dia belum puas hati, dia akan terus mengenakan bitara Rahasya lagi.

Rahasya yang tiada tahu apa yang sedang terjadi, cuba lagi menembus hijab spiritual dan berhubung dengan abangnya Haqq. Gagal. Dia terbatuk2 keletihan. Darah memancut2 keluar dari mulutnya. Dia pengsan. Tenaganya sudah kehabisan. Cumi yang melihat, tahu Rahasya cuba masuk ke dunia mimpi pula. Dia tersenyum lagi. Apa kau ingat semudah itu kau boleh keluar dari sini? Cumi tersenyum geram. Dia masuk ke dunia mimpi Rahasya pula.

Di dalam tidurnya. Dia bermimpi.

Dia muncul di satu hutan yang sangat gelap. Cuma cahaya bulan yang menyinari. Rahasya terduduk disatu pokok puas. Ehem! Dia cuba bersuara pula. Berjaya! Dia tergelak. Melompat dari satu dunia ke dunia yang lain adalah kepakarannya. Mana boleh Cumi gila itu mahu memperdayakannya? Rahasya ketawa kecil. Dia teruskan berjalan mahu mencari punca air dan tempat berehat. Kabus yang menyelubungi makin lama makin menebal sehingga menyukarkan pandangan. Dia geram. Ada lagi kah pari2 itu di sini? Tiba2 dia terdengar suara perempuan mengilai2. Cumi! Itu suara dia! Kali ini Rahasya bertekad untuk melawan. Jika tanpa kuasa sekalipun, dia akan bermain dengan fizikal. Dia sentiasa bersedia. 

"Kuat juga spiritual bitara yang satu ini. "

Nampaknya pertarungan akan jadi lebih sukar kerana dia gagal melihat apapun di dalam kabus tebal begini. Bijak sungguh pari2 tak guna ini! Bisik hati Rahasya. Ketika itu jualah dia diserang bertubi2 dari pelbagai arah. Dia menggunakan kekuatan hatinya untuk mengagak dari mana datangnya serangan itu. Dia hampir berjaya! Tetapi baru sahaja dia mahu menangkapnya, pari2 itu hilang entah kemana. Begitulah setiap kalinya. Rahasya berang dipermainkan begitu. Tidak boleh jadi begini. Rahasya berfikir cerdas. Dia terus duduk bertafakur cuba bertenang. Dia tahu, di dalam ketidakpastian begini, ketenangan adalah kunci. Selagi dia kelam kabut dan menggelabah, segalanya akan lebih kabur dan tiada kepastian. Dia menarik nafas dan memulakan tafakurnya. Cumi yang melihat datang bagaikan angin berbisik2 di telinganya. Rahasya sedar perkara itu, tetapi dia mengabaikan bisikan itu. Dia tahu kini dia sedang diuji. Dia harus kekalkan fokus supaya dia dapat keluar dari dunia ciptaan pari2 gila ini.

Cumi yang melihat buih itu mengeluh perlahan. Kuat juga spiritual bitara yang satu ini. Bisik hatinya. Dia tahu ketenangan bitara itu mengalahkan godaan dan kuasa dirinya. Cumi berfikir lagi. dia melihat jasad Haqq yang sedang terbaring pulas itu. Baik, aku akan tamatkan di sini. Wahai bitara Rahasya, kau menang. Ketenanganmu sukar aku tembusi. Tapi sama seperti abangmu,aku akan menyumpahmu dengan sumpahan halus.


"Ilmu kenal diri yang kau cuba ketahui akan menjadi madu dan racun buatmu."

“ Dikau kusumpah hidup dalam ketidakpastian, kekeliruan dan kebingungan. Apa sahaja kau cuba lakukan akan susah mendatangkan hasil. Malah kau sentiasa diselubungi keputus asaan dan sifat lemah yang tiada hentinya. Ilmu kenal diri yang kau cuba ketahui akan menjadi madu dan racun buatmu. Makin dalam kau mendalami, makin tiada kau ketahui. Makin tiada kau ketahui, makin resah engkau jadinya. Resah gelisah akan menjadi sahabat jiwamu sentiasa. “ Cumi tersenyum puas. Dia menyambung.

“ Kau akan kekal di dalam sumpahan ini sehinggalah kau tersedar tentang kuasa dirimu sendiri. Selagi itu, rasakanlah sengsaranya hidup dalam kabus jiwa yang tebal. Hahaha. “ Cumi menyentuh buih itu dan ianya meletup. Jasad Rahasya pengsan.

Bersambung...


“ Kau akan kekal di dalam sumpahan ini sehinggalah kau tersedar tentang kuasa dirimu sendiri. "


Saturday, September 16, 2023

Cermin 52: Cumi tersenyum menyatakan sumpahan nakal itu.

"Buih itu pecah. Cumi melompat2 keseronokan."

Cumi duduk bersandar sambil tersenyum2 ditepi kelopak bunga kristal itu. Menggerak2kan jari telunjuknya kearah buih dihadapannya itu. Kesedaran Haqq dan Rahasya sudahpun berada di dalam buih mereka masing2 sedang jasad mereka terbujur kaku disitu.

Buih pertama (Haqq).

Haqq memandang sekeliling, dunia serba gelap itu menarik perhatiannya. Tiada apa2 disitu, cuma dirinya dan juga latar belakang hitam. Tempat apa ini? Tiba2 dia melihat satu titik putih disitu. Dia menyentuhnya dan zuppp serta merta dia terawang2an dan beralun seperti gelombang. Tekanan daripada gerakan itu menyebabkannya terasa mahu muntah dan pitam. Muncul satu cahaya dari atas dan terdengar suara ketawa daripada cahaya itu. Suara Cumi! Bisik Haqq.


"Rasakan keseronokannya wahai bitara."

“Keluarkan aku!” bentak Haqq. Cumi masih lagi ketawa.

“ Bukankah ini yang kau mahu wahai bitara?” Cumi sinis.

“ Maksudmu?” Haqq bingung.

“ Kau mahu tahu tentang ilmu pecahan diri kan? Itu bermakna dirimu perlu dipecahkan terlebih dahulu, kau wajib merasakan derita perpisahan demi perpisahan. Itu undang2nya. Tiada apa yang percuma wahai bitara, semua benda ada harganya yang perlu dibayar. “ Cumi tergelak.

Haqq yang berang cuba melawan. Malang sekali dia tiada daya. Di tempat ini, kuasanya seperti tersekat. Haqq mengeluh.

“ Tiada guna kau melawan, kau cuma perlu merasakan derita siri perpisahan ini dengan penuh tenang. Kalau kau melawan, kau sendiri penat. Haha” Cumi terhibur. Cumi sambung lagi bicara. Kini Haqq merasakan dirinya panas seperti terbakar dan dirinya tercarik2 ke sana sini.

“ Rasakan keseronokannya wahai bitara. Perpisahan demi perpisahan yang memecahkan jiwamu menjadi berkeping2. Kekecewaan dan keputus asaan yang mematikan masa dan menghidupkan setiap jiwa2mu. Kau akan terpecah, terpecah…sehinggalah kau sudah tidak percaya apapun. Segala kepercayaan kau hancur berkecai bagaikan gelas yang pecah..kau keliru. Tenang wahai bitara, ini baru permulaan…hahaha “ Cumi menggigit bibirnya seronok mempermainkan Haqq disitu yang sedang meraung kesakitan bagaikan dibakar api neraka.


"Kau akan terpecah, terpecah…sehinggalah kau sudah tidak percaya apapun. Segala kepercayaan kau hancur berkecai bagaikan gelas yang pecah..kau keliru."

Seterusnya Cumi meniupkan sesuatu di telinga Haqq. Haqq jatuh ke lantai. Dirinya naik semula dan turun lagi seperti dihempas2. Kali ini Haqq sangat sakit sehingga tiada lagi jeritan kedengaran,suasana sunyi itu gagal mendengar jeritan batinnya. Hanyalah tangisan Haqq mengalir laju. Tiba2 satu batu besar menghempap dirinya. Haqq terbaring lemah, jasadnya yang pecah berkecai tercantum semula. Ia berlaku berkali2. Sehinggalah dia sudah tidak mampu melawan walaupun di dalam hati.

Dia merangkak lemah. Dalam sedar dia merangkak sehingga tiba ke satu tebing tinggi, dia pun jatuh. Terhuyung hayang melawan kuatnya angin sehingga masuk ke dalam sungai yang sangat dalam dan gelap. Dia berenang2 seolah2 tiada tepinya. Dia sangat penat sampailah dia berhenti berenang,dia terapung sendiri. Dia mengeluh perlahan. Cubaan apakah ini. Haqq terlalu penat melawan.



"Kalau kau melawan, kau sendiri penat. Haha” Cumi terhibur."

Dia terapung sehinggalah kelangit tinggi. Tiba2 semua burung menghampirinya dan memakan dagingnya. Haqq menjerit2 kesakitan. Setiap kali dagingnya dicarik burung ia tumbuh semula. Proses itu benar2 mematikan jiwanya. Cumi yang seronok melihat kesengsaraan itu bertepuk tangan gembira. Selepas itu dia memusingkan tangannya laju. Ini sumpahan buatmu kerana degil. Dia masuk kebilik penuh cermin. Di cermin itu adalah pecahan diri2nya. Kesemua cermin itu berkata2 sehingga memekakkan telinga Haqq.

“ Senyap!!!!” Haqq naik berang dengan suara masing2 yang bingit. Kemudian semua mereka ketawa2 mengejek dirinya. Sepanjang dia berjalan melalui bilik itu, setiap satu mereka memegang dirinya. Ada yang menyentuh rambut, bahu dan juga tangan. Haqq benar2 rimas, tapi kakinya seperti automatic bergerak sendiri melintasi bilik itu. Dipenghujung bilik panjang itu, dia terbaring lemah. Satu persatu dirinya hadir dan keluar entah darimana. Mereka bergilir2 membelasahnya. Haqq mahu melawan tapi dia tiada tenaga untuk itu.


"“ Sebagai hidangan pencuci mulut, rasakan ini. “ Cumi menjilat2 jarinya sendiri."

 Sebagai jalan keluar, dia berkhayal sendiri. Kejap dia ketawa, kejap dia menangis, kejap dia meraung. Dia hampir sudah kehilangan dirinya sendiri. Kewarasannya hilang, dia sudah tiada disitu,kesedaran lapisannya itu melayang2 terbang dan ketawa gembira.

“ Sebagai hidangan pencuci mulut, rasakan ini. “ Cumi menjilat2 jarinya sendiri. Dia mengurung Haqq di dalam satu kotak yang hanya cukup untuk dirinya duduk memeluk tubuh. Proses ini paling lama sekali, tanpa makan dan minum, tanpa ruang untuk bertenang pun. Dia tidak boleh tidur, dia dalam kelaparan dan kepenatan. Matanya terbeliak sepanjang masa,dia sedang bermimpi di dalam jaga. Di dalam mimpinya itu dia diuji dengan perpisahan tanpa henti, berpisah dengan yang tersayang, harta benda kebanggaan dan juga dunia yang menggembirakannya. Cubaan ini telah mengalahkan jiwa berontaknya itu.

“Sudah-sudahlah.” Haqq berbisik lemah. Buih itu pecah. Cumi melompat2 keseronokan. Dia bertepuk2 tangan, dia tahu Haqq sudahpun menang di dalam cubaan itu apabila dia merendahkan ego dan mengarah semuanya supaya berhenti. Arahannya itu telahpun diterima sebagai satu perintah tulus buat matriks itu ketika jiwanya berserah sepenuhnya pada Yang Maha Agung.


"Cumi tersenyum menyatakan sumpahan nakal itu."


Cumi belum habis nakalnya, dia menyumpah Haqq dengan satu sumpahan halus.

“ Disebabkan keinginanmu, kamu akan dianugerahi dengan ilmu lorong diri. Tetapi ilmu ini terlalu dalam dan terlalu merata, sehingga kau merasakan kau terlalu bijak dan pandai dalam segalanya. Kau akan hanyut di dalam fasa itu, fasa melalui lorong2 diri yang tiada berpenghujung. Akhir sekali kau akan ketahui bahawa lorong itu bukanlah infiniti melainkan ia satu bulatan yang sangat besar. Disaat kau merasa tahu segalanya, kau kembali ke asalan semula. 


"Akhir sekali kau akan ketahui bahawa lorong itu bukanlah infiniti melainkan ia satu bulatan yang sangat besar."

Kau akan teruskan berpusing di dalam lorong donat ini dan merasa seronok dan bebalnya kesemua permainan ini. Setiap kali sifar bertemu satu, kau akan melalui siri2 nombor yang sangat panjang sehingga kau ketemu sifar semula bercampur satu yang bertambah2 bilangannya. Begitulah seterusnya sehingga jiwamu tidak temui kerehatan melainkan penat belaka. Ketidaktahuan dan pengetahuan akan kau rasakan sama sahaja, tiada kemanisan dalam keduanya. Setiap kali kau merasa tahu, benarnya kau tidak tahu dan setiap kali kau merasa tidak tahu, benarnya kau tahu. Kau akan keliru dengan jalanmu sendiri walaupun kau terlalu yakin dengannya. Dan ini adalah hukuman yang setimpal bagi sang bitara yang degil dan penuh rasa ingin tahu. “ Cumi tersenyum menyatakan sumpahan nakal itu.

Sebaik saja Haqq tersedar dari ilusi buih itu, dia terus pengsan.


"Kau akan keliru dengan jalanmu sendiri walaupun kau terlalu yakin dengannya. "


Dalam masa yang sama adiknya, Rahasya…

Buih kedua (Rahasya)

Rahasya berada di satu tanah gersang. Tiada sesiapa disitu. Kerana panasnya terik Mentari dia berasa sangat haus. Bagaikan telah berjalan sejauh apa, dia terbaring lesu. Ketika dia mendengar dirinya dipanggil, dia mengangkat kepala memandang. Tiada sesiapa. Dimana abang Haqq??? Rahasya bingung.

Bersambung…


"Ketidaktahuan dan pengetahuan akan kau rasakan sama sahaja, tiada kemanisan dalam keduanya."

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...