Puteri termenung
melihat matahari terbenam. Dia terdiam. Lama. Rahasya berjalan risau dan duduk
di sebelahnya.
“ Bagaimana
rasa badan, baikkah?” lembut Rahasya bertanya. Puteri tetap diam. Wajahnya seperti
tiada perasaan. Rahasya perasan perubahan yang berlaku pada puteri. Semenjak pulang
dari Zaans tadi dia banyak berdiam, akan tetapi puteri masih mengenalinya dan
tidak hilang ingatan, itu sudah sangat melegakannya. Oleh kerana itu, dia
terima apa sahaja perubahan yang ada asalkan bukan ingatan puteri galang
gantinya.
“ Laksamana,
siapa beta? “ puteri memandang Rahasya perlahan. Rahasya terdiam sejenak.
“ Tuan
puteri adalah puteri kerajaan Inderaloka dan kita dalam perjalanan pulang
menuju ke asalan.” Jawab Rahasya cuba meringkaskan cerita. Jika boleh dia tidak
mahu mengungkitkan apa2 berkenaan Zaans. Anggap sahaja itu satu mimpi ngeri
buat mereka.
“Mengapa
beta rasa kamu seperti merahsiakan sesuatu?” tanya puteri lagi. Rahasya
memandang kearah lain, cuba berfikir jawapan yang memuaskan hati puteri.
“ Ada
sesetengah perkara biar kekal sebagai rahsia. Itu yang terbaik. Tuan Puteri jangan
fikir banyak, kita sudahpun dalam perjalanan pulang. Inderaloka menunggu
kepulangan kita.” Pujuk Rahasya lagi. Puteri menjeling. Dia merasakan ada sesuatu
dia tertinggal tahu. Berapa lama dia tidur di Zaans, dan apa yang terjadi
sepanjang masa dia beradu di sana? Puteri keliru.
“ Adakah
tujuan ekspedisi kita ini sudahpun tercapai wahai Laksamana?” puteri mengusap
air mata yang tiba2 jatuh ke pipinya. Entah kenapa dia mula berasa sayup.
“ Kita
tidak sepatutnya kesini. “ Rahasya tunduk. Dia berasa kesal dengan apa yang
terjadi.
“ Mana
bunga larangan yang kita cari tempohari?” soal puteri perlahan.
“ Bunga itu…sudahpun
bersatu di dalam diri puteri. “ Rahasya mengerutkan dahi sambil memandang kearah
lain. Riak wajahnya sedih.
“ Oh…begitu…”
tiba2 puteri mengerang kesakitan. Memori bersatu dengan bunga larangan itu kembali
semula. Dia merasakan kesakitan yang teramat. Rahasya kaget. Dia terus bergegas
mengambil penawar pemberian Sang Dewi pagi tadi. Lalu, dia memasukkan penawar itu
ke mulut puteri dan seketika puteri tenang kembali. Rahasya menarik nafas lega.
Rahasya memapah puteri masuk ke kamar dan membiarkan puteri berehat.
Dia keluar
dan mula bermeditasi menyambut kehadiran malam. Angin laut malam yang sejuk ditambah
dengan api yang membakar memberi sejuta satu ketenangan buatnya. Dia tenggelam
di dalam meditasinya.
Di dalam
meditasinya…
Dia melihat
Cahaya sedang berjalan menuju ke tebing tinggi. Perlahan dia menghampiri dan
bertanya perlahan, risau mengejutkannya.
“ Puteri
mahu kemana?” soal Rahasya lembut.
“ Beta mahu
pulang kealam keabadian…” Cahaya tersenyum dan berjalan perlahan. Lalu, dia duduk di tepi tebing itu dan menggoyangkan kakinya. Rahasya gentar.
“ Cepat
atau lambat kita pasti akan kesana. Kita semua, ya kita semua. Tapi itu bukan
bermakna, kita perlu berputus asa dalam hidup. Betul kan? “ Rahasya duduk di
sebelah puteri supaya puteri berasa selesa dengannya.
“ Hidup
beta terasa kosong. Apa ertinya? “ puteri memandang Rahasya dan mengalir air
matanya perlahan. Rahasya sekarang faham mengapa tadi puteri bermuram durja. Dia
juga seperti mengerti sedikit kesan daripada bunga larangan itu kepada jiwa puteri
sekarang. Puteri seperti ditarik kejurang kesedihan. Rahasya semakin geram
memikirkan tipu helah Sang Dewi.
“ Sesuatu
yang kosong boleh terisi. Itu prinsipnya. Jika ia kosong, maka isilah dengan
sesuatu yang indah…maka ia tidak kosong lagi…” Rahasya cuba melawan kesan bunga
larangan itu daripada terus menghanyutkan jiwa puteri ke lautan gelap kesedihan
dan keputus-asaan.
“ Jika diisi
ia masih kosong? “ soal puteri lagi. Air matanya semakin laju mengalir.
“ Jika
diisi, tetapi masih kosong, itu bermaksud ada kebocoran dimana2. Dan masalah itu
harus dibaiki supaya ruang kosong itu kekal utuh seperti biasanya.” Jawab Rahasya
perlahan sambil mengelap airmata puteri dengan sapu tangannya.
Puteri
bersandar di bahu Rahasya dan dia sambung menangis semaunya.
Rahasya
tersedar daripada meditasinya dan dia berjalan perlahan menuju ke kamar puteri.
Kelihatan puteri sedang lena beradu. Dia berasa lega. Dia bersyukur jiwa puteri
selalu menyerunya, dengan cara itu dia dapat membantu yang mana boleh. Mungkin bunga
larangan itu memberi luka di dalam jiwa puteri, dan kesakitan itu menularkan
kesedihan keseluruh jiwanya ketika ini.
Rahasya mendekati puteri dan memegang erat tangannya. Dia mengalirkan tenaga positif ke dalam jiwa puteri dan berharap puteri akan kuat untuk melawan arus kesedihan itu daripada terus menguasainya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment