Sebelum
Nur koma. Selepas dejavu tempohari.
Kuliah
baru sahaja tamat. Jam 4 petang. Cuaca masih lagi panas. Aku kesini lagi. Tasik
tempohari. Kepalaku terasa sakit berdenyut2. Seiring pula dengan jantungku yang
terasa menyucuk2. Entah kenapa jantungku ini kerapkali terasa seperti ini.
Seakan dicucuk dengan benda tajam. Sangat menyakitkan. Aku lalu teringat dejavu
tempohari. Aku menutup mata kemas cuba mengingati. Tiba2…pandanganku kelam…
“Arghhhh…”
semakin membuak2 darah mengalir dari jantungku. Aku dimana ini? Aku pandang
sekeliling. Di dalam hutan yang tebal. Aku menongkat sambil tanganku berpaut
pada pokok. Aku cuba memahami apa yang terjadi.
Lembut suara misteri tempohari bergema lagi..." Awak, saya
datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya? "
“Siapa?” aku bertanya dengan suara perlahan. Menahan kesakitan. Mencari
empunya suara.
“Saya…” lelaki pelik di dalam dejavu tempohari muncul dengan wajah
serba salahnya. Aku mengerutkan dahi.
“Aduh…” aku sudah tak tertahankan. Lelaki itu mengeluarkan sekuntum bunga bercahaya putih dari poketnya dan menutup lukaku dengannya. Pelik. Aku pelik kerana darah sudahpun berhenti keluar. Dan aku, terasa tidak sakit lagi. Ya! Ah, magis…
“Siapa awak? terima kasih...” aku lalu bertanyakan namanya. Lelaki pelik itu hanya
tersenyum.
“Awak kenal saya…” dia lalu tersenyum dan bertukar wajah. Wajah yang
sama cuma dalam rupa yang lain. Lebih sempurna. Aku terkejut. Terlalu. Bukankah
ini lelaki misteri yang selalu hadir dalam ilusi dan mimpiku?
“Saya dimana sekarang ni?” aku terasa seperti hampir gila. Hutan tebal
yang sejuk ini tidak lagi terasa sejuk. Terasa panas benar. Berpeluh2 aku
jadinya dengan semua teka teki dan ilusi sewel ini. Aku cuba kembali di hadapan
tasik tadi.
“Dalam bayangan yang saya ciptakan …ini dunia saya…” lelaki pelik a.k.a
misteri itu tersenyum lagi.
“Kenapa awak selalu ada dimana2? Apa yang awak nak?” soalku
pelik.
“Saya datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya? "
lembut lelaki itu bersuara.
Aku tergelak.
“Sekejap. Sekejap. Awak sedang cuba menceroboh ruang yang sepatutnya
menjadi privasi saya. Ilusi saya, mimpi saya. Ini semua adalah ruangan tempat
saya bermain melepaskan penat dunia realiti. Tapi awak selalu hadir. Awak…awak siapa?
Bagaimana awak boleh masuk kesini? “
“Sebab saya tahu jalan masuk. Ruangan mimpi awak berdekatan
dengan ruangan mimpi saya. Firasat saya benar. Tak mungkin seorang puteri akan
ambil tindakan gila sebegitu. Awak tak akan buat jika awak tak tahu kesannya. Awak
pasti dah tahu jalan keluarnya. Saya dah agak awak akan kesini…” lelaki misteri
itu bertutur dengan penuh yakin.
“Saya tak faham apa yang awak katakan” jawabku tulus.
“Bukan awak tak faham wahai tuan puteri, tapi awak tak tahu apa
sebenarnya yang awak tahu. Awak terlalu hanyut dalam mimpi dunia nyata itu. Itu
bukan tempat awak. Dah hampir tamat perguruan Ilmu Sakti Cahaya, kenapa awak
lari? Bunga yang tadi. Saya tak beri pada ayahanda awak. Itu hak awak. Awak sepatutnya
tahu, bunga itu jika sampai ke tangan orang yang salah, ia bakal mengundang malapetaka.
Saya nak awak simpan bunga itu elok2. Saya dah tanam kemas dalam diri awak. Hak
awak, sila ambil dan jangan mengelak lagi.”
“Sejujurnya apa yang awak merepek ni?” aku terasa bengang.
“ Habiskanlah mengaji ilmu itu. Jika tak awak akan kerap jadi
pelupa sebegini. Sejuta ayat pun saya lontarkan awak takkan ingat apa sebenarnya
yang terjadi.” Lelaki misteri itu mengeluh. Dia terasa sia2 meminta maaf pada
seseorang yang lumpuh hampir keseluruhan ingatannya. Bertegang urat dengan seorang pelupa, tiada untung sama sekali. Awak dan pelupa memang tak
pernah berpisah wahai puteri. Lelaki itu tersenyum tawar dan menghilang.
Aku kembali ke dunia nyata. Di hadapan tasik tadi.
Aku menggaru hidung yang tidak gatal. Aku bersin. Tiba2 satu bunga
putih jatuh di hadapanku. Lelaki misteri yang pelik. Bercakap benda pelik2. Aku
ambil bunga itu dan kusimpan kemas dalam beg. Bunga putih. Aku ketawa kecil. Bunga
ini lebih menarik daripada semuanya.
“Wahai tuan puteri, entah sampai bila agaknya kau akan jadi
seorang yang dewasa dan matang. Kau tidak ubah seperti anak2 kecil…” bisik
lelaki misteri itu di sebalik langsir berupa buih. Di sebalik rasa bersalah
yang menyelubungi dia tersenyum manis.
"Kepalaku terasa sakit berdenyut2. Seiring pula dengan jantungku yang terasa menyucuk2. Entah kenapa jantungku ini kerapkali terasa seperti ini. Seakan dicucuk dengan benda tajam. Sangat menyakitkan."
No comments:
Post a Comment