"hidup umpama mimpi, ia dilipat berkali-kali di dalam almari yang sama..."
“Wati,kau ada nampak Nur tak?” tanya Rin kepada Wati,penghuni bilik bawah. Biliknya hanya sebelahan dari bilik Maya tempatku bersembunyi.
“Oh,Rin...terkejut aku,masuk tak bagi salam pun..Nur?entah...tak pulak aku nampak minah tu...dia tu kan macam ulat sawi,susah nak ditangkap,hahaha...” jawab Wati pada Rin sambil tergelak-gelak.
“Eh kau ni...aku serius kau gelak pulak...takpela kalau takda,aku cuba cari bilik Maya pulak,Maya tu kan da macam mak angkat dia,apa-apa je mesti repot kat Maya...manja!” ngomel Rin sambil membuat reaksi muka menyampah. Dia terus ke bilik sebelah.
Lima minit sebelum itu di bilik Maya.
“Woi Maya,cepat bagi aku nyorok dalam almari kau!” aku cepat-cepat buka almarinya untuk menyorok. Gayaku seperti pencuri melarikan diri dari polis.
“Hoi! Kau ni pesal??? Da macam jumpa hantu da aku tengok?kejap-kejap,sebelum kau menyorok,story dulu kat aku...dalam almari aku banyak stok makanan...karang kau masuk,habis penyek semua...hehe...” begitulah Maya,dia adalah penyimpan makanan terkenal diantara sahabat sekelas kami. Sesiapa saja yang mengantuk di dalam kelas,pasti Maya akan hulurkan gula-gula sebagai penyegar mata.
“Alah kau ni...takda masa niii...Rin tengah ngamuk tuuu,aku tertumbuk cermin kitorang...heee...”aku menunjukkan memek muka comel dengan harapan Maya mengerti situasi yang tegang itu.
“Isy kau ni Nur,ada-ada je kau punya hal...sekejap,aku alihkan makanan ni keatas,kau nyoroklah kat bawah tuuu,aku kosongkan dulu...jap eh...kau pegi kunci pintu dulu,karang Rin terjah susah...singa betina tu bukan boleh percaya...” bebel Maya sambil sibuk mengalihkan semua stok makanannya kebahagian atas almari.
Maya merupakan sahabat subahatku,segala kerja terkutuk yang aku rancangkan pasti ada dia. Rin dan Maya pula musuh ketat, aku selalu menjadi pendamai mereka. Seorang pembantu peribadi dan seorang lagi sahabat subahat, keduanya aku perlu untuk menjadi pelengkap di dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar yang berdedikasi.
“Okey,no hal...” aku cepat-cepat mengunci pintu dan mengambil nafas panjang lalu bersandar di pintu. Lega.
Aku sedar bukan selamanya aku dapat lari dari Rin,apatah lagi kami sebilik,tapi cukuplah buat masa ini. Api tengah panas,orang kata jangan dicurah minyak. Perempuan itu jika sudah mengamuk,mengalahkan badannya yang sekeping,mahu ditarik telingaku sehingga merah padam nanti.
Maya sudah habis mengemas,aku cepat-cepat masuk kedalam almarinya untuk menyorok. Entah berapa kali aku menyorok disini,tidak pula aku kira.
“Isy,ini semua pasal lelaki misteri tu...kau tunggu,aku jumpa,aku tumbuk-tumbuk perut kau!” bisikku. Dendamku mula membara.
Tok-tok-tok.
“Maya?oh Maya...bukak pintu jap...” jerit Rin dari luar pintu.
“Hah,kau Rin,pehal datang bilik aku? Aku sibuklah!” pandai sungguh sahabat subahatku ini berlakon. Sayang kau Maya!
“Alah aku tau kau tuuu,bukan sibuk ape je...sibuk makan kan? Aku nak tanya sikit ni...minah senget tu ada datang bilik kau tak?sebenarnya aku bukanlah suka sangat pun nak datang bilik ni,dahla gelap malap,macam gua pun ada...takda kelas!” ujar Rin mencuba belagak bagus dihadapan musuh ketatnya Maya. Kepalanya masih meninjau-ninjau mana tahu ternampak aku.
“Apa kau cakap???ulang lagi sekali? Woi minah,mulut kau tu,elok disumbat dengan cili padi je! Nur takde! Dah,sekarang kau boleh balik!” Maya mula meluat dengan perangai Rin yang entah apa-apa. Datang bilik orang,tak tahu budi bahasa. Mungkin itulah yang Maya rasakan . Entah,aku teka sahaja dari dalam almari.
“Ek eh...apa kau ingat aku teringin sangat ke datang sini ke haaa??? takda sudahlah! Dahla bilik macam rupa hutan,aku rasa fakulti perhutanan pun tak seburuk ni! Heh! Kemaslah sikit weiii! ” balas Rin. Mereka sudah mula bertekak aku kira. Aku di dalam almari hanya mampu mendengar dan tersenyum geli hati. Mereka berdua memang kelakar.
“Paling kurang,bilik aku takdalah bersawang macam bilik kau!” sedap-sedap Maya mengutuk bilik aku. Aku mengerutkan dahi,setahu aku sawang dibilik aku telah aku buangkan awal tahun lepas. Sekarang sudah hujung tahun ini. Maknanya baru dua tahun. Takkan ada lagi?aku mula pelik. Berapa kadar masa sawang tumbuh ya?aku mula berkira-kira sendiri sambil mencongak menggunakan jari.
“Yeke???!” Rin mula pelik lalu bergegas ke bilik kami untuk memeriksa. Dia pantang benar biliknya dikutuk. Apatah lagi tentang kebersihan. Rin sangat pembersih orangnya.
“Kau balik bilik nanti,aku cincang-cincang kau Nur...aritu aku suruh bersihkan sawang pun kau tak buat, cermin mahal tu kau pegi tumbuk pulak...memang nak kenaaa...” ujar Rin sambil berlari menaiki tangga.
Pintu ditutup.
“Fuhhh...lega...Nur,singa betina tu da blah,sekarang kau bole keluar...”lembut bicara Maya sambil terduduk dikatil lega. Dia menguatkan kipas,panas suhu badannya bertekak dengan Rin masih belum reda.
Seminit. Dua minit. Lima minit. Tiada jawapan.
“Nur????” Maya mula membuka pintu almari. Kosong! Hampir mahu tercabut urat jantung Maya.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment