Keesokan harinya, Tasik Teratai, Taman Bunga Magis Zaans.
Pagi gelap lagi Rahasya sudahpun bersiap sedia untuk pulang ke Inderaloka. Setelah siap bermeditasi pagi, dia memeriksa kesemua kelengkapan sekali lagi, risau ada yang tertinggal. Untuk kembali lagi kesini sudah tentu takkan sekali2. Dia sungguh benci dengan permainan Sang Dewi.
Untuk seketika dia merasakan bahawa dunia ini penuh dengan manusia2 kejam tiada perikemanusiaan. Jika saja dia mempunyai kemampuan yang cukup ampuh, pastilah dia hapuskan segala makhluk2 durjana daripada hidup menghirup udara pemberianNya tetapi berperangaikan syaitan. Dia tersenyum sendiri kerana teringat abangnya Pawana. Adakala dia tidak menafikan bahawa putih itu benar. Segala jenis makhluk jahanam begini harus terhapus sepenuhnya supaya dunia ini aman damai. Kemarahan dalam dirinya semakin membara.
Abangku Pawana, adikmu ini begitu rindu segala nasihat dan tunjuk ajarmu. Rahasya sambung memeriksa barang2 miliknya dan puteri. Tiba2 dia terlihat sesuatu dicelahan selendang puteri. Sebentuk cincin permata. Matanya bersinar kehijauan. Rahasya tahu ada magis pada batu permata itu. Lantas dia keluar menadah air hujan dan memasukkan air itu ke dalam sebuah gelas. Dia ambil cincin itu dan rendamkan ia ke dalam air tadi.
"Sinar matanya kehijauan semula, perlahan2 keluar imej seorang lelaki di permukaan air itu."
Sinar matanya kehijauan semula, perlahan2 keluar imej seorang lelaki di permukaan air itu. Kelihatan lelaki itu sedang duduk termenung. Indera! Rahasya menggelabah dan cepat2 membaca mantera rahsianya untuk menghijabkan segala pemandangan sini dan mematahkan magis yang disimpulkan bersama batu itu. Dia menarik nafas panjang dan tercungap2 bersandar di hujung katilnya. Hampir2 saja batu itu memberi signal yang positif kepada Indera. Nasib baik dia bertindak cepat. Kurang ajar kau Indera! Marah Rahasya dalam hati. Adakah kau gunakan batu ini untuk memerhati puteri secara senyap? Biadap sungguh. Rahasya mengeluh lagi.
Menyedari emosi yang semakin menguasai diri, Rahasya duduk bertafakur sebentar mengingati Yang Maha Esa. Dia mengulang2 zikir penenang diri. Kebelakangan terlalu banyak perkara yang menjentik kesabarannya.
Wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau pertingkatkanlah kesabaran hambaMu ini. Jadikanlah hambaMu ini tabah dan cekal hadapi segala dugaanMu. HambaMu memohon ampun atas segala dosa dan khilaf. Doa Rahasya halus jauh di sudut hatinya. Rahasya terasa semakin tenang. Ilmu nafas turunan dari gurunya Sang Petapa sangat membantu untuk dirinya berjaya mengawal emosi. Dia memejamkan mata sebentar bertenang dalam kegelapan pandangan.
Disebalik kesabaran yang terlihat, tiada
siapa tahu gelojak dalam jiwanya. Seiring dengan masalah yang semakin memberat
hari demi hari, adakala dia berasa terlalu lemah. Dia teringat pesanan gurunya,
membumi adalah salah satu penyelesaian terbaik bagi masalah yang melangit. Dia lantas
bersuci dan bermeditasi lebih lama pagi itu. Kali ini sujudnya lebih lama dan
asyik sekali.
No comments:
Post a Comment