Wednesday, May 22, 2024

Cermin 56: Haqq berang. Dia harus menjejaki lelaki ini.


"“ Siapa sebenarnya ayahanda dan bonda,anakanda? “ Indera mulakan perbualan panas ini dengan satu pertanyaan..."


 Indera berdiri dihadapan Raja Cermin. Wajahnya merah menahan marah.

“Apa maksud tadi ayahanda?” Indera cuba menahan amarahnya.

“ Dia hanya bergurau. Haha” Raja Cermin cuba berselindung. Indera mengerdip matanya kecil. Kelihatan jelas riak wajah berbohong ayahandanya ini.

“ Siapa sebenarnya ayahanda dan bonda,anakanda? “ Indera mulakan perbualan panas ini dengan satu pertanyaan yang menyentak Raja Cermin. Indera tertunduk menekan kepalanya yang tiba2 sakit. Raja Cermin terkumat kamit membaca mantera hilang ingatan. Indera tertunduk menarik rambutnya sendiri,kesakitan. Raja Cermin tersenyum sinis.



"“Ayahanda tak boleh buat anakanda begini, tolonglah hentikan! “

“ Ayahandaaa” Indera cuba merayu sambil menahan kesakitan. Dia yakin selama ini angkara ayahandalah dia selalu sakit2 kepala ketika memikirkan tentang asal usulnya.

“Ayahanda tak boleh buat anakanda begini, tolonglah hentikan! “ Indera naik berang sambil mengerang menahan kesakitan yang teramat.

 

 


"Hakimi menjerit sekuat hatinya. Nur!!! Di mana awak!!! Hatinya pedih. "

Dunia nyata.

Dr.Hakimi bergegas ke wad Nur ketika dia menerima panggilan akan kehilangan pesakitnya ini.

Sesampainya dia di wad, dia terasa pelik sekali. Suasana wad tidak seperti selalu. Gelap dan suram. Dia cuba menekan suis dan ajaibnya tetap gelap. Lampu rosakkah?

Dia membuka pintu mahu keluar dari wad Nur, buka sahaja pintu, dia sudahpun berada di alam lain.

Hakimi terkejut besar.

Dia kini sedang berada di dalam hutan belantara. Kelihatan satu rumah di pinggir bukit sana. Dia yang kepelikan berjalan laju mahu bertanya.

“ Assalamualaikum nenek, boleh saya bertanya?” Hakimi cuba menegur seorang nenek tua yang sedang memproses herba ditengah2 hutan belantara. Nenek itu menoleh dan memandang belukar disebelahnya. Angin lalu barangkali. Dia teruskan menyusun dedaunan sambil mengunyah sireh kegemarannya. Hakimi pelik. Nenek ini butakah? Lalu dia cuba beranikan diri menyentuh. Tembus. Tidak mungkin! Dia cuba berkali2. Ya ampun, dia halimunankah?

Hakimi terduduk. Dia mengelap peluh yang semakin memercik,dia terasa pelik sekali. Dunia apa ini? Seingat dia, dia baru sahaja berada di wad tadi. Aduh! Dia mengurut dahinya yang mula sakit. Semenjak ketemu Nur, ada sahaja magis yang berlaku terhadap dirinya. Selepas satu, satu. Dengan siri mimpi yang pelik sehinggalah pengalaman real begini. Dia tampar kecil pipinya, berdoa mudahan2 ini cumalah mimpi. Tidak. Ini benar realiti. Hakimi sambung tertunduk buntu.

Hakimi teringat sesuatu. 

“Bagaimana awak boleh berada disini, err.. Cahaya?”

“Aku tersekat disini, Hakimi...bantulah aku untuk kembali...”

Arghhhhh!!! Hakimi menjerit sekuat hatinya. Nur!!! Di mana awak!!! Hatinya pedih. 


***


"Haqq berang. Dia harus menjejaki lelaki ini. "

Haqq yang sedang pengsan tiba2 terbeliak matanya. Dia merasakan ada sesuatu yang besar sedang terjadi. Rahasya di sebelah masih lagi terbaring pengsan. Lelaki itu!!! ya lelaki yang mencuri frekuensinya ditasik tempohari! Haqq berang. Baginya dirinya cuma satu, tiada duanya. Dia harus menjejaki lelaki ini. Pencuri identiti! 

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...