Wednesday, July 27, 2022

Cermin 34: Cahaya nak tinggalkan abang Indera kat sini sorang2 kah?

 


"Cahaya sebak. Semenjak kecil, itulah keinginannya. Dia termenung seketika. Indera yang perasan kegundahan adiknya itu sambung memujuk, cuba meredakan keadaan."

Di perkarangan Istana Cermin. Malam. Di tepi tasik.

Cahaya duduk memandang langit malam. Perbualan bersama laksamana semalam mengusik jiwanya.  Tiba2 timbul rasa bersalah dalam dirinya. Adakah dirinya terlalu pentingkan diri? Bagaimana jika perancangannya bersama laksamana diketahui ayahanda? Dirinya? Dia tidak begitu kisah sangat, sebab pasti ayahanda sayangkannya. Laksamana? Bagaimana nasibnya pula? Cahaya sayu. Batalkan rancangan? Cahaya berkira2. Tiba2…

“ Apa yang Cahaya fikirkan?” pengawal peribadinya merangkap abang angkatnya menyapa.

“ Abang Indera, Cahaya ni seorang yang pentingkan dirikah? “ Cahaya memandang abangnya itu mohon penerangan. Indera duduk disebelah puteri dan tersenyum memandang bulan. Abang Inderanya ini seorang yang rasional. Setiap kali ada masalah, pasti abang Inderanya ini mempunyai solusi yang rasional. Tidak pelik, jika ada masalah, puteri pasti akan mencarinya.

“ Kenapa Cahaya cakap begitu? Ada sesiapa yang berkatakah? “ soal Indera lembut. Dia mengeluarkan seruling dari poketnya dan mula mengalunkan lagu syahdu. Cahaya yang mendengar alunan sebegitu, hampir saja menangis. Entah kenapa tiba2 perasaan begini menyelinap ke dalam hatinya.

“ Cahaya selalu rasa, bila duduk dalam istana ni, Cahaya tak boleh buat apa2. Sentiasa dikawal.  Abang Indera, hidup di luar sana seronok tak? “ Indera tersenyum mendengar keluhan adik angkatnya itu.

“ Cahaya, ada ramai orang di luar sana, yang mahukan kehidupan macam Cahaya. Bukankah sepatutnya Cahaya bersyukur atas kurniaan? " pujuk Indera lembut. Cahaya menunduk sedih. Dia tahu tentang itu. Cuma…entahla.

“ Abang Indera, Cahaya ni puteri tak guna kah?” Cahaya mula berfikir negatif. Indera ketawa kecil. Adiknya ini suka sangat berfikir bukan2.

“ Kalau Cahaya rasa begitu, habis tu, abang kat sini, dikira abang tak guna juga kah?” seloroh Indera sambil menyambung serulingnya.

“Kadang2 Cahaya berfikir, mesti bahagia jika Cahaya ni bukan puteri raja. Cahaya hidup sebagai rakyat biasa. Mesti seronok, bebas kemana2 dan berbuat apapun. “ Cahaya sebak. Semenjak kecil, itulah keinginannya. Dia termenung seketika. Indera yang perasan kegundahan adiknya itu sambung memujuk, cuba meredakan keadaan.

“ Kata2 adakala boleh menjadi satu permintaan yang disuarakan pada Yang Esa. Cahaya tak takut, ia jadi betul? Cahaya nak tinggalkan abang Indera kat sini sorang2 kah? “ Cahaya terkejut dengan penerangan ringkas abangnya itu. Dia risau juga, abangnya ini mesti sedih jika dia ikut laksamana nanti. Cahaya serba salah. Indera sambung berseruling dan keadaan menjadi lebih sayup lagi. Malam itu mereka berdua melayan perasaan masing2 ditemani cahaya bulan. Pertanyaan Indera terbiar tanpa jawapan.


Abang Inderanya ini seorang yang rasional. Setiap kali ada masalah, pasti abang Inderanya ini mempunyai solusi yang rasional. Tidak pelik, jika ada masalah, puteri pasti akan mencarinya."

***

Keesokan paginya. Di taman Istana Cermin. 

Cahaya berjalan keseorangan. Entah kenapa, tiba2 rasa berat pula hatinya. Terfikirkan perbualan bersama abang Inderanya malam tadi, dia garu kepala. Nak pergi atau tak ni Cahaya? Dia mengeluh perlahan. Kalau pergi, kau harus kembali, Cahaya. Jangan susahkan sesiapapun. Cahaya cuba berjanji dengan dirinya sendiri. Laksamana? Dimana dia? Ini sudah hari kedua, bila agaknya mereka akan berangkat? Mengenangkan bunga larangan itu, Cahaya lupa segala2nya. Dia tersenyum sendirian membayangkan dapat melihat bunga misteri itu. Imaginasinya melalut.

“Menungkan apa? “ tiba2 Laksamana datang. Entah darimana? Cahaya mengeluh. Dia garu kepala yang tidak gatal. Fikirannya sedang berserabut. Dia memandang Laksamana yang duduk ditepinya. Pandangannya kosong seakan menembusi wajah laksamana. Laksamana terkejut. Lain macam mood puteri hari ini ya? Bisik hati kecilnya.

“ Puteri sihatkah? “ soal laksamana sambil menggerak2 kan tangan di depan wajah puteri. Cahaya terkejut. Tersedar dari lamunan. Dia tertunduk sedih.


"Pandangannya kosong seakan menembusi wajah laksamana. Laksamana terkejut."

“ Laksamana, adakah beta seorang yang tak guna? “ Cahaya bersuara perlahan. Laksamana mengerutkan dahinya.

“ Siapa cakap? “ laksamana tidak suka pertanyaan itu. Siapa mengusik perasaan buah hatinya ini?

“ Tak ada sesiapa…cuma beta sendiri rasa camtu…laksamana, tuan puteri kerajaan lain, mesti baik dan sopan belaka kan…tapi beta…beta ni teruk…” Cahaya menunduk sebak. Entah kenapa dia hari ini. Dilanda keinsafankah? Laksamana menggeleng.

“ Kenapa mesti suka rendahkan diri? Jadilah diri sendiri. Kita cantik bila kita menjadi diri kita sendiri tanpa ada kepuraan. “ ujar Laksamana sambil tersenyum memandang puteri. Kalaulah dia dapat terangkan betapa puteri ini indah dimatanya. Malang sekali, semuanya hanya di dalam hati. Dia belum berani berterus terang. Peratus ditolak rasanya masih tinggi. Mereka belum begitu rapat. Tapi, dia seperti suka mood puteri pagi ini. Lembut sekali. Hilang habis perangai rebelnya itu. Nampak ayu pula tiba2. Laksamana ketawa kecil. Dia tidak sedar puteri sedang memerhatinya yang sedang asyik dilamun perasaan.

“ Kenapa ketawa sorang2? Laksamana sakitkah?” soal Cahaya pelik. Ya, sakit angau. Kalaulah dia berani berterus terang. Dia ketawa kecil lagi. Aduh! Memang teruk sakit yang ini. Puteri menggeleng, malas dia mahu melayan insan pelik ditepinya ini. Kejap senyum, kejap ketawa. Kejap menung jauh. Macam orang gila bayang aje! Ahh biarlah! Cahaya, fokus! Fikir cepat. Tanpa sedar, dia sebak dan airmatanya menitis. Laksamana terkejut.

“ Puteri sakitkah? Kenapa ni? “ Laksamana yang memang menggelabah jika melihat wanita menangis, mula mendepani puteri. Wajahnya risau.

“ Beta rasa beta ni puteri tak gunaaaa….” Tangisan Cahaya bertambah kuat.

“ Ya ampun, siapa yang cakap begitu pada tuan puteri? Cakap, biar patik kerat lidahnya! “

Cahaya menggeleng laju. Dia sambung menangis. Laksamana berlari menuju bunga dihujung sana dan pantas memetik.

“Nah bunga ni. Khas untuk tuan puteri yang comel…” Laksamana sudah hilang kata2. Terpaksa dia romantisan sedikit! Arghhh malunya! Kemerahan wajahnya. Dia garu kepala, malu benar. Sebagai seorang laksamana, tak pernah dia buat kerja kelakar seperti ini.

“ Terima kasih wahai laksamana yang garang…” Cahaya ambil bunga itu dan meletakkannya di tepi telinganya. Laksamana tersenyum terkebil2. Malu tapi gembira. Garang pun garanglah! Janji tuan puteri kesuma jiwanya ini gembira dan tersenyum. Itulah kebahagiaannya.

Untuk sejenak, mereka menikmati masa berdua di hadapan tasik kecil. Ironinya, mereka berdua tidak tahu apa yang bakal terjadi nanti…tragedi yang akan mengubah masa depan Inderaloka keseluruhannya. Untuk selama2nya...

Bersambung…


"Kalau pergi, kau harus kembali, Cahaya. Jangan susahkan sesiapapun. Cahaya cuba berjanji dengan dirinya sendiri. "






No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...