Peristiwa di kafe tadi agak mengusik perhatianku. Siapa lelaki itu ek? Aku cuba berfikir, aku kenal ke dengan lelaki berpakaian hitam camtu? Aku menongkat dagu sambil cuba menconteng2 nota kuliahku. Adakala perkara pelik yang berlaku sejak kehadiran lelaki misteri itu tempohari agak menyerabutkan otakku. Lapar pula, aku berjalan kearah almari dan menyelongkar stok makanan yang masih ada. Tiba2 aku ternampak sebuah cermin kecil. Oh, cermin muka. Dahulu sengaja aku beli kononnya mudah ketika berjalan kembara. Aku ambil.
Aku belek2
mukaku sebentar. Jerawat. Aduhla. Ni mesti sebab lelaki misteri tu. Buat otak
aku serabut lepas tu hormon jadi tak stabil sebab banyak berfikir. Aku menjuihkan
mulut menyampah.
Aku letak
cermin itu ketepi kerana meluat melihat wajah sendiri. Tiba2.
“Puteri…kembali
nak…” satu suara lelaki tua dari dalam cermin kecil itu. Aku menutup mulut
terkejut. Eh, tak mungkin. Aku bangun dan melihat cermin besar di almari. Nur,
kau ni macam ada sakit mental. Baik ko pergi check. Aku berkata pada diri
sendiri. Aku ketawa kecil. Ketawakan diri sendiri. Yela kan, sejak dua menjak
ni, terlalu banyak benda pelik berlaku. Aku jadi teringat cerita Beautiful
Mind, halusinasi dan delusi tahap teruk sehingga skizofrenia. Tak mahulah aku
jadi begitu. Aku mahu hidup normal seperti orang lain. Aku menutup mulut ketawa,
terasa kelakar pula fikirkan diri sendiri. Tiba2. Pandanganku kelam…lagi…
“Bila
anakanda hendak pulang?” soal satu lelaki tua berpakaian elok sekali. Kemas. Ala2
pakaian diraja? Eh. Aku mengerut dahi. Aku dimana ini? Aku pandang keliling. Di
satu ruang kosong hitam dan kelihatan seperti ruang angkasa? Ah sudah. Memang
sah, ini semua kesatuan alien2 satu semesta cuba2 datang kacau aku.
“Pulang
kemana? “ aku cuba menjawab pertanyaan lelaki tadi dengan persoalan juga. Lelaki
itu mengeluh.
“Anakanda
sekarang berada di mana? Beritahu ayahanda, kejap nanti ayahanda kerahkan
sepasukan datang menjemput. “ ujar lelaki itu tenang dengan gaya memujuk.
Aku kerut
dahi lagi. Jadi sekarang aku kena cipta skrip ala2 ayahanda anakanda ke camana?
Aku cuba berkira2. Situasinya, bagaimana? Aku mengagak.
“Ayahanda
nak bawa anakanda ke mana?” aku senyum manis, cuba bermain tali. Harap skrip
aku betullah dan tak lari tajuk. Haha. Lawak sungguh kejadian2 pelik
kebelakangan ni, jika bermain2 macam seronok juga kan? Bisik hati kecilku.
“Kita
kembali ke Inderaloka. Anakanda tak perlu lagi buat pengasingan atas gunung
sana. Ayahanda maafkan kesalahan anakanda. “ pujuk lelaki tua itu lagi.
“Kesalahan?
Kesalahan apa anakanda buat? “ aku cuba mengorek cerita. Macam best je jalan
cerita ni. Mataku berkedip2.
“ Anakanda…ayahanda
terlalu mudah dipengaruhi orang. Maafkan ayahanda ya? Kita kembali…tentang bunga
itu, adakah bunga itu ada pada anakanda?” lelaki tua itu bertanya dengan
serius. Aku menggeleng. Bunga apa ya?
Dalam masa yang sama, jauh. Kelihatan lelaki misteri itu sedang menyorok disebalik cahaya ungu. Dia begitu gusar tentang sesuatu. Dia berharap puteri tidak mudah dipujuk rayu. Jangan beri bunga itu.
Lelaki misteri itu berbisik padaku dari jauh. Aku yang terdengar bisikan halus itu, terdiam. Ni macam suara mamat sengal tu kan. Aku pandang serius wajah lelaki tua dihadapanku ini, yang menggelarkan dirinya ayahanda.
“Itu bunga
larangan, jika ada pada anakanda, lepaskanlah. Ia akan meracunimu. “ pujuk
lelaki tua itu tadi. Jangan percaya,puteri! Bisik lelaki misteri itu lagi dari
jauh. Aku berkira2. Racun? Eh kejap. Entah2 lelaki ni maksudkan bunga yang
tertanam dalam diriku tempohari tak? Bunga putih bercahaya seakan kristal itu
kah? Aku telan air liur.
“Anakanda tak
tahu. “ aku menggeleng laju. Nampaknya aku perlu lebih mempercayai lelaki
misteri itu daripada lelaki tua dihadapanku ini. Entah siapa2 dia ni. Ini baru
pertama kali aku melihat. Lagipun wajahnya macam penipu je. Aku telan air liur
lagi. Aku skeptik.
“ Tak
mengapa, nanti ayahanda pulang dan bertanya pada Laksamana semula." Lelaki misteri
itu bernafas lega. Fuh. Nasib baik, ujarnya dalam hati.
“Tapi,
sekarang anakanda berada di mana? Ayahanda tak dapat selalu datang ke lorong
sini, ia terlalu memakan tenaga tua ayahanda. Nyatakan lokasi, ayahanda kerah
Laksamana datang menjemput. “ lelaki tua itu tak puas lagi memujuk.
“Anakanda tak
mahu pulang. Tempohari nenek datang. Dia pun pujuk anakanda pulang. Anakanda dah
pun terangkan padanya. Salam pada ayahanda juga sudah anakanda kirimkan. “ spontan
sahaja aku menyambungkan situasi pelik itu semua. Tak sia2 ilmu matematikku. Hehe.
“ Tak mengapa, nanti ayahanda tanyakan Nenda Melur. Anakanda masih merajuk dan menyimpan marah pada ayahanda. Mungkin ini harga yang ayahanda perlu bayar. Jika anakanda tahu di mana bunga putih itu, beritahu ayahanda segera. Bunga putih itu menyimpan rahsia kerajaan kita. Ayahanda tak akan benarkan bunga itu wujud. Walaupun satu. “ ayahanda puteri berbohong. Halus. Di dalam hati lelaki tua itu, dia memerlukan bunga itu untuk menghidupkan semula semangat saka nenek moyangnya demi memastikan kelangsungan kekuasaannya di dunia Cermin, Inderaloka atas. Dan, ada lagi satu rahsia yang lebih hitam berbanding segalanya. Matanya bersinar merah. Sesaat. Sesaat kemudian, mata itu kembali sinar seperti biasa. Dia seakan dirasuk sesuatu.
Lelaki
misteri yang sedang menyorok itu, memerhati setiap perubahan pada lelaki tua
itu. Matanya tajam memerhati dan cuba membaca gerak. Matanya mengecil. Firasatnya
benar, aduan mata2nya semua juga benar. Maka benar, jika baka akhir bunga itu
ditemui oleh sang penjahat. Habislah seluruh Inderaloka atas mahupun bawah. Kerajaan Cermin bakal musnah selama2nya dan dikuasai oleh entiti gelap yang merbahaya. Dia harus ketemu Haqq, penguasa Inderaloka Bawah untuk membuat diplomasi
segera!
No comments:
Post a Comment