Saturday, July 8, 2023

Cermin 49: “ Abang Haqq sedarkan puteri hanya sementara bersama abang??? “


"Tiba2 dia terfikir untuk menyeru puteri kealam mimpi."

Segala kenangan pengembaraan mencari bunga larangan tempohari membuatkan Rahasya sayu. Dia masih di sini menghadap tekanan daripada pihak Indera. Dalam masa yang sama dia sedang cuba menyelesaikan teka teki tentang perkaitan antara dendam Sang Dewi, bunga larangan dan juga rahsia Raja Cermin. Apakah kisah disebalik semuanya? Keliru dengan tanda2 yang ada, dia cuba untuk bermeditasi lagi. Apa khabar puteri di dalam jagaan Haqq agaknya?

Di dalam meditasinya…

Di satu ruang kosong yang putih. Rahasya kelihatan sedang duduk bersila dan berzikir perlahan. Berusaha mencapai ketenangan dengan mengingati Yang Maha Abadi. Tiba2 bahunya ditepuk lembut.

“ Apa khabar adik abang?” Haqq berhembus perlahan serta merta suasana keliling bertukar menjadi suasana di tepi sebuah sungai dan adanya air terjun mengalir sejuk.

Rahasya membuka matanya dan mengerling kesebelah. Dia sedar abangnya Haqq menyilang meditasinya. Dia tidak berapa suka suasana begini, seolah2 mengusik ketenangan jiwanya. Tapi, tak mengapalah, sesuai dengan hajat hatinya yang terdetik tentang khabar puteri.


“ Puteri bagaimana?”Rahasya terus ke tajuk utama.  

“ Adinda baik2 sahaja…abang Haqq apa khabar?” Rahasya berbasa basi memulakan perbualan yang hambar diantara mereka berdua. Di dalam hati dia merasakan mesti ada sesuatu jika abangnya ini mencari dirinya sehingga ke alam meditasi. Rahasya dingin.

“ Ya, abang begini sahaja seperti yang kau lihat. Abang lihat kau seperti dilanda masalah…“ Haqq berdiri dan berjalan lalu duduk bersandar di bawah sebuah pohon. Dia paling gemar suasana deruan air begini.

“ Puteri bagaimana?” Rahasya terus ke tajuk utama. Dia sedikit malas dengan perbualan kosong. Tegas suaranya. 

“ Selagi puteri masih dalam pemerhatian abang, tiada apa yang kau perlu risaukan. Adalah lebih baik kau risaukan dirimu sendiri. Siapa agaknya gerangan yang membawa kekusutan diwajahmu?” Haqq bertanya sambil tersengih. Tanpa Rahasya sedar,Haqq sedar pergolakan di Inderaloka atas kini. Mata2nya sentiasa memerhati daripada jauh. Pembantunya Si Hitam sentiasa ada memberitahu semua perkembangan di Inderaloka. 

Rahasya yang sedar dirinya sedang dipersenda dan diperli abangnya sendiri merenung jauh kepemandangan di hadapan mereka. Malas sekali dia mahu menjawab persoalan lecehan begitu. Tetapi terasa maruahnya tercalar jua dek sikap humor abangnya itu, dia membalas.


"Dimana dikau wahai adinda?"

“ Abang Haqq sedarkan puteri hanya sementara bersama abang??? “ Rahasya memandang abangnya dengan pandangan sakit hati. Haqq dengan wajah selambanya hanya tersengih. Dia merasakan adiknya ini terlalu naif dan mudah percayakan orang lain.

“ Jangan terlalu serius wahai adikku. Puteri tidak selamat di sana, kau sendiri pun tahu hakikat ini kan…” ujar Haqq sambil bermain angin dengan petikan jarinya. Bunyian air bergeser ibarat alunan alat muzik yang indah.

“ Bagaimanapun puteri tetap harus pulang ke Inderaloka atas. Abang Haqq tak boleh berlama2. “ Rahasya bersuara tegas. Dia sedar dia perlu menghadap situasi ini, tapi jika tidak bertegas, begitu mudah nanti dirinya di’makan’ oleh abangnya Haqq yang nakal ini.



“ Apa khabar adik abang?” 

“ Cubalah jika adinda bersungguh…” Haqq ketawa lalu lenyap bersama angin hitam, awan yang terang mulai gelap dan hujan renyai2 mulai turun. Rahasya mengeluh perlahan dengan sikap biadap abangnya itu dan membaca mantera bagi tersedar dari meditasinya petang ini.

Rahasya tersedar dari meditasi. Dia mengusap muka dan mengawal nafas supaya tidak terganggu emosi. Dia mahu balik dan berendam melepaskan amarah diri. Entah mengapa segalanya kini, memberi tekanan buatnya. Dia perlukan satu kekuatan. Oh Tuhan, bisik hatinya merayu mohon keteguhan.

Tiba2 dia terfikir untuk menyeru puteri kealam mimpi. Ya, abangnya Haqq sukar dipercayai, dia perlu menukar rancangan. Jika cara berlembut tidak sesuai, dia akan gunakan cara halus memujuk puteri supaya pulang. Dia tahu jalannya. Habis bermesyuarat dengan Pertama sebentar lagi, dia akan mula menyeru puteri, masuk ke dalam mimpinya dan menerangkan situasi sebenar. Dia yakin tuan puterinya itu belum betul2 sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku di Inderaloka. Rahasya mengeluh, nampaknya dia perlu tunjukkan identiti sebenarnya, siapakah di sebalik watak lelaki misteri itu.

***


"Indera tak keruan mencari2 puteri di dalam hutan belantara itu."

“ Tuan Indera! Tuan tak boleh ceroboh masuk! “ pengawal kediaman Rahasya mengejar laju Indera. Indera datang tergesa2 sambil mukanya merah menahan kemarahan yang teramat. Rahasya yang ketika itu sedang menenangkan diri dengan berendam terkejut dengan terjahan Indera. Dia menggelengkan kepalanya. Dia bangkit dan memakai pakaiannya perlahan.

“ Tuan puteri di mana sekarang? Di tempat abangmu ya???!!!” Indera bersuara keras. Rahasya meminta pengawalnya keluar dari ruangan itu. Indera sudah melampau!

“ Jika hamba tahu, tak mungkin hamba boleh tenang di sini. Jangan menuduh tanpa bukti wahai Indera.” Rahasya memandang Indera tajam. Indera ketawa mengekek2.

“ Kau selalu memperbodohkan orang lain dengan sikapmu yang santai. Kehilangan puteri bukan perkara kecil tuan laksamana!” Indera mencekak leher Rahasya keras. Dia benar2 sudah hilang akal.

Rahasya bergelut, ahhh lari saja! Rahasya sekelip mata hilang dan muncul di taman bunga istana. Dia terbatuk2. Kurang ajar kau Indera!

Indera terkejut kerana tiba2 sekelip mata kelibat tuan laksamananya hilang bagaikan angin lalu.

Arrghhh, main tipu lagi kau Rahasya! Indera berang. Indera bergegas keluar dari teratak Rahasya. Keluarnya dengan dengusan yang kedengaran keras oleh penghuni teratak dan menakutkan mereka. Tak pernah mereka melihat Tuan Indera sebegini rupa. Selalunya Indera dikenali sebagai tuan yang sangat tenang dan rasional malah kerap tersenyum. Penghuni teratak mengeluh kesemuanya, mereka dapat merasakan bahang kemarahan Tuan Indera semakin hari semakin meledak. Kehilangan puteri benar2 merosakkan keharmonian Istana Cermin.


"Dalam masa yang sama dia sedang cuba menyelesaikan teka teki tentang perkaitan antara dendam Sang Dewi, bunga larangan dan juga rahsia Raja Cermin. Apakah kisah disebalik semuanya?"

***

Indera baru balik dari mengamuk di teratak Rahasya tadi. Mukanya merah menahan marah. Mimpinya malam tadi benar2 menganggu emosinya seharian ini. Di dalam mimpinya malam tadi puteri menangis2 seperti hilang arah. Bila dia mahu mendekati, puteri menghilang. Muncul lagi di tempat lain, dan menghilang lagi. Indera tak keruan mencari2 puteri di dalam hutan belantara itu. Gerak hatinya seakan2 puteri berada di dalam kesusahan. Dimana dikau wahai adinda? Indera mengeluh teringatkan mimpi sedih itu. 

Cincin batu puteri pula sudah lama tidak berkelip. Dia semakin buntu. Ada juga dia terfikirkan untuk memberitahu ayahandanya Raja Cermin berkenaan rahsia Rahasya, dan siapa dia sebenarnya. Tetapi, jika dia persembahkan perkara itu kehadapan ayahandanya tanpa bukti yang kukuh, pastilah dia terkena murka. Murka ayahandanya itu bukan sebarang, dia pernah trauma satu ketika dahulu. Ketika dia mengadu tentang sesuatu, dan ternyata perkara itu salah, lama ayahnya itu tidak mahu menerima kunjungannya. bertahun2 dia menahan seksa dipulaukan!  Seolah2 dimusuhi pun ada.


"Entah kenapalah dia selalu merasakan bahawa wujud satu kebencian di dalam hati ayahandanya itu ketika melihat wajahnya. Apa salah dirinya? Indera kecewa dengan nasibnya. "

Lama untuknya mengambil hati ayahandanya itu,bertahun2, itupun dengan bantuan puteri, barulah dia berjaya meraih kemaafan. Jiwanya merana semenjak kecil, terasa tidak cukup kasih sayang dari keluarga sendiri. Ada seperti tiada. Jika tiada pun, tidak dicari. Entah kenapalah dia selalu merasakan bahawa wujud satu kebencian di dalam hati ayahandanya itu ketika melihat wajahnya. Apa salah dirinya? Indera kecewa dengan nasibnya. 

Dia sedar, dia cuma anak angkat ayahandanya itu, tapi…Indera mengeluh lagi. Jangan cakap mengadu, malah menerima pendapatnya sekalipun, hampir sifar peluang! Inilah salah satu sebab utama mengapa dia begitu geram dengan Rahasya. Apa sahaja diutarakan laksamana gila itu, diterima bulat2 oleh ayahandanya walaupun itu dikira cadangan luar akal! Seperti saja laksamana gila itulah yang sebenarnya sedang berkuasa di Inderaloka ini. Ayahandanya kelihatan bagai lembu dicucuk hidung saja. 

Arghhh, Indera mengenggam tangannya kemas. Jika laksamana di depan matanya sekarang, mahu sahaja ditumbuknya! Tiba2 muncul idea gila dia untuk meminta bantuan Nenda Melor. Pasti Nenda Melor boleh membantunya! Nenek tua itu boleh tahan cerdiknya! Indera tersengih yakin. Dia terus berlari menuju ke tempat nenek itu untuk menyatakan hasrat mahu berkomplot bersama demi menumbangkan Rahasya. Ketika perjalanan, Indera terserempak dengan Nilam Mawar. Nilam Mawar kelihatan mengigil2 sedang kelam kabut mahu melarikan diri. 

Bersambung…


Pasti Nenda Melor boleh membantunya! Nenek tua itu boleh tahan cerdiknya! 


No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...