Puteri Cahaya dan Laksamana. Di dalam Istana Cermin. Ulang tayang awal sebelum kejadian.
Babak pertama.
Cahaya berjalan
menuju sepohon pokok bunga. Dia terlompat2 untuk mencapai bunga itu. Hampir saja
dia jatuh.
“ Tuan
Puteri buat apa di sini? “ soal Laksamana dari belakang. Cahaya hampir jatuh
kerana terkejut dengan teguran santai itu. Laksamana datang berjalan dengan
muka selambanya. Cahaya mengundur.
“ Sengaja
jalan2 ambil angin petang, kenapa Laksamana kesini?” Cahaya mengibas2 tangannya.
Laksamana mengambil bunga yang ingin Cahaya capai tadi dan menyerahkan bunga
itu kepadanya. Cahaya ambil dan ucapkan terima kasih. Cahaya terus berjalan
menuju kearah dayang2nya.
“Tuan
puteri, sebentar. Patik ada urusan mahu berbincang. “ Laksamana menunduk mohon
perkenan. Cahaya angkat wajahnya dan berhenti.
“Antara
kita tiada urusan berkait. Pelik. “ Cahaya menjeling. Laksamana hanya
tersenyum. Sudah terbiasa dengan perangai angkuh tuan puterinya ini. Dia tahu
itu cuma luaran sahaja.
“ Patik ada
terjumpa satu bunga. Cantik. Tuan Puteri ingin tahu?” Laksamana cuba memancing
dengan topik kesukaan Cahaya. Cahaya berpaling memandangnya. Laju palingannya.
“Bunga apa?”
Cahaya ketap bibir. Dia benar pantang dengar topik ini. Walaupun dia segan
dengan insan dihadapannya ini, malah setiap kali terserempak, Cahaya akan mengambil
jalan lain. Laksamana menunduk dan tersenyum. Jeratnya mengena. Cahaya menunggu
jawapan.
“ Tapi itu
bunga terlarang. Tuan puteri dilarang untuk mendekati pohon itu. “ Laksamana
tersenyum lagi tapi kali ini dengan wajah seakan2 mengejek. Cahaya geram.
“ Cantik ke
bunga itu?” Cahaya penuh rasa ingin tahu. Baginya, semua bunga adalah dirinya. Jadi
larangan mengarut begitu, hanya dipandang enteng padanya.
“ Ia bukan
sahaja cantik. Tapi mistik. “ Laksamana memancing lagi. Bulat mata Cahaya
mendengar, lantas dia tergelak sinis.
“ Seluruh
bunga di Inderaloka ini adalah bunga2an mistik. Mohon Laksamana jangan mengarut.
“ Cahaya bergegas. Malas melayan, ingatkan ada bunga yang pelik2 tadi.
“Ia mistik
kerana perintah larangan adalah buat tuan puteri sahaja. Tak pelik ke? “ Laksamana
tahu pancing ini lebih sedap kedengaran. Dia pasti. Riak wajah Cahaya berubah
180 darjah.
“ Kenapa
begitu? Atas perintah siapa?” Cahaya mula naik berang. Terasa dibelakangkan. Pantangnya
sama sekali. Dia sama sekali tidak tahu berkenaan ini. Laksamana memandang
puteri dan tersenyum manis. Manis sekali. Lebih manis dari gula agaknya. Cahaya
berdehem dan berpaling muka.
“ Ayahanda
puteri. Baru sahaja tadi perintah diturunkan pada patik. Tuan Puteri tak suka?”
Laksamana membakar lagi. Merah padam muka Cahaya menahan geram.
“ Beta nak
tengok bunga itu. “ Cahaya berdegil. Laksamana ketawa. Dia tahu sudah reaksi
puteri. Ini semua sudah dalam pengiraannya.
“Tapi tuan
puteri tak boleh. Sebab yang akan memantau perintah ini adalah patik sendiri. “
Laksamana tersenyum lagi. Kali ini lebih manis. Dia tahu tuan puteri pasti
bengang dengan kenyataan ini. Usikannya mengena. Cahaya berpaling wajah ke
tempat lain dan hampir menangis. Kenapalah perintah ini jatuh pada insan
dihadapannya ini? Aduhla. Bisik Cahaya. Siapa tak kenal Laksamana? Insan paling
tegas yang pernah dijumpainya. Juga insan yang selalu menghalang permintaannya.
Setiap kali. Ya, setiap kali! Cahaya mengeluh geram. Laksamana tersenyum lagi. Memang
sengaja dia beritahu, supaya dia ada topik baru untuk mengusik tuan puteri kesuma
jiwanya ini. Semakin marah, semakin comel. Itulah persepsi pelik Laksamana
terhadap Puteri Cahaya. Mamat ni memang suka buat hatinya panas membara.
“Lain kali,
kalau datang nak bawa khabar membencikan, jangan jumpa beta! “ Cahaya tak dapat
menahan amarahnya. Dia hampir saja menjerit geram. Laksamana ketawa besar. Dia hanya
memerhatikan dengan senyuman lebar puteri kesayangannya itu berjalan laju menuju
dayang2nya. Akhirnya. Akhirnya dia ada cara untuk mendekati rapat insan yang
telah mencuri hatinya itu. Laksamana tersenyum puas. Kali ni tuan puteri tak boleh
lari lagi. Laksamana yakin.
***
Babak kedua.
Malamnya.
Cahaya sedang duduk menongkat dagu memandang bulan mengambang penuh malam ini.
Tiba2 tanpa ada angin mahupun ribut, muncul seorang lelaki disebelah. Dia tahu
itu siapa. Untuk malam ini dia malas mengelak lagi. Ah biarlah. Dia tiada mood.
Walaupun begitu, dia selalu merasa aneh, kerana kelibat lelaki ini selalu tidak
kelihatan, tetapi dia muncul bagaikan mimpi. Adik beradik hantu kot.
“ Termenung
apa tuan puteri?” Laksamana duduk mengibas kerusi taman dan sama2 duduk memandang
tasik yang penuh dengan bunga seroja.
“ Selalu
muncul macam hantu, kenapa? “ Cahaya memandang Laksamana dengan wajah tidak
puas hati. Laksamana ketawa kecil. Kelajuan itu identitinya, walaupun di
Inderaloka atas ini tiada siapa tahu siapa dia sebenar, tapi kerana kelebihannya
ini, dia telah menyiapkan ribuan tugasan tanpa gagal. Itu adalah kebanggaannya.
“Patik ada
ilmu magis. Takkan tuan puteri tak tahu?” Laksamana menunjukkan giginya yang
putih itu. Cahaya hampir sahaja muntah. Selepas itu dia juga ketawa. Walaupun laksamana
ini terlalu tegas, tapi perangai humornya boleh tahan juga.
“Siang
tadi. Itu bunga apa? “ Cahaya menjeling dan menolak rambutnya perlahan. Bunga merah
jambu di telinganya sangat anggun.
“Bunga larangan
bagi tuan puteri. “ kali ini giliran laksamana pula menongkat dagu, dia mengelak
dari memandang puteri. Suasana malam ini lebih tenang. Mungkin ini waktu yang
sesuai untuk mereka berbincang, Laksamana cuba membuat pengiraan. Bukan mudah
mencari waktu tuan puterinya ini tenang. Selalu kelam kabut sangat.
“Tiada bunga
larangan bagi beta. Itu arahan mengarut dari ayahanda. Kenapa Laksamana pilih
untuk turuti?” soal Cahaya memujuk.
“ Tugas
patik untuk taat pada perintah sultan. “ ujar Laksamana tegas.
“ Hidup
bertuankan manusia, tenangkah?” Cahaya cuba main kotor. Laksamana termenung
seketika. Tenangkah dia? Entah.
“Beta
adalah pewaris kerajaan ini. Apa bezanya kami? “ ujar Cahaya lagi. Dia cuba membuka
jalan diplomasi dengan pengawal peribadi ayahandanya ini.
“ Jangan
persoalkan titah dari Sultan. Tuan puteri jangan cuba2 bermain api. “ Laksamana
memandang puteri dan mengangkat keningnya. Dia faham, puteri cuba memanipulasi
jiwanya. Dia harus lebih berhati2. Cahaya tetap dengan kemahuannya.
“ Beta nak
bunga tu. Laksamana tolong beta? “ Cahaya memandang laksamana dengan wajah minta
dikasihani. Dia tidak peduli apapun kesan, janji kehendak hatinya terlunasi.
“ Patik
hampir terlupa, larangan adalah barang mainan puteri, kan?” laksamana perli. Kali
ini bunyinya keras. Cahaya senyum mengejek. Alah, bunga sahaja kan? Kenapa serius
sangat ni? Cahaya tidak peduli amaran keras Laksamana.
“ Ia cuma
bunga. Takkan ayahanda nak marah beta hanya kerana sekuntum bunga. Beta rasa
ayahanda sedang buat lawak sahaja. Laksamana itu sahaja yang ambil serius semua
perkara. “ Cahaya menggunakan akal bijaknya untuk memujuk lagi dan lagi. Kali ini
lebih nakal, dia tersenyum manis memandang Laksamana. Ahhh sudah.
“ Patik pun
sebenarnya pelik. Sebabnya larangan itu jatuh pada tuan puteri sahaja.” Cahaya
berdiri. Lalu dia tunduk memandang tepat wajah Laksamana. Laksamana terkebelakang.
“ Beta dan
larangan adalah kawan baik, takkan Laksamana tak tahu?” ujar Cahaya lembut. laksamana
tahu. Malah sangat tahu perkara ini.
“ Laksamana
kena bawa beta cari bunga itu. “ Cahaya memandang laksamana sambil mengangkat2
kening. Dia memang suka ekspedisi mencabar seperti ini.
“ Nanti
ketahuan, bagaimana? “ soal Laksamana. Dia boleh usahakan perkara itu, cuma…
“ Kalau
ketahuan, beta pujuklah ayahanda. Bunga sahaja kan?” Cahaya tersenyum manis.
“ Kalau tak
berjaya pujuk?” Laksamana cuba memanjangkan akal puteri.
“ Kalau tak
berjaya pujuk. Kita hadaplah kesannya. Kan?” Laksamana ketawa besar. Inilah antara
perkara yang menarik hatinya, kejujuran! Tuan puteri dihadapannya ini adakala
terlalu jujur berkata2.
“ Kita
pergi senyap2. Tuan puteri tunggu petunjuk dari patik. Untuk pergi, patik tak
boleh guna identiti ini. “ Laksamana cuba jadi lebih bijak. Dia harus menjaga
kedudukannya jua. Matilah dia, jika ketahuan dek sultan! Cahaya tepuk tangan tanda
suka!
“ Tapi ingat,
ada pantang larangnya, bukan suka2. Tuan puteri juga mesti ubah identiti, nanti
patik bawa persalinan yang sesuai.” Cahaya mengangguk cepat tanda suka. Dia
senyum meleret. Dia benar2 suka idea ini! Ekspedisi mencari bunga larangan. Ya ampun,
bestnya!
“ Patik
minta diri dulu, nanti patik fikirkan cara. Lagi 3 hari, ada keramaian di pulau
sana. Tuan Puteri hadir kan?” Cahaya mengangguk bosan. Paling malas sekali hadiri
majlis mengarut seperti itu. Menayang muka seperti sayur di pasar, bukanlah kesukaannya.
Nanti pasti dato2 sewel tu semua hadir, ahhhh bencinya. Golongan bangsawan yang
paling dia meluat.
Laksamana
mengangguk. Dia rasa itu mungkin waktu yang sesuai. Dia takkan hadir ke sana kononnya
sedang dalam urusan kerja, tapi urusan kerja? ahhh itu boleh diuruskan. Tapi,
masa untuk bersama puteri sebegini, bukan selalu dia dapat. Laksamana membuat pengiraan
pantas dalam otaknya. Tapi jika ketahuan, puteri hilang, bukankah satu kerja
gila? Laksamana gigit jari. Dia perlu menyediakan satu suasana yang benar2
sesuai. Ahhhh, dia mula serabut. Aku laksamana, pasti ada cara bijak mengelak! Laksamana
mula berfikir dengan lebih cerdik lagi. Bunga larangan itu pula bagaimana? Laksamana
akan menyiasat dalam masa 3 hari ini.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment