"Gelap empunya gelap,datanglah bersama malap,jangan biarkan aku terkedap,didunia sini kusembunyi dalam senyap...” bisik satu suara dari dalam cermin. Haqq yang mendengar hampir tercekik."
Malam itu di dalam kamar Haqq.
“Aku akan setia menunggumu,dinda...sehingga kau kenal dirimu sendiri...” ucap Haqq kepada dirinya sendiri. Terlalu dalam cinta Haqq kepada Puteri Cahaya sehinggakan setelah beberapa lama,dia masih setia menunggu puteri. Kini puteri telah hilang hampir kesemua memorinya dulu, terpaksalah dia melakukan sesuatu agar semuanya kembali seperti sediakala.
Sememangnya dia dikenali sebagai raja kegelapan yang kejam diwilayah bawah Inderaloka ini,berbeza dengan Raja Cermin penghuni dunia Inderaloka atas,ayahanda puteri itu lebih dikenali sebagai raja yang adil lagi saksama. Setiap kali dia teringatkan ayahanda puteri,hatinya rasa panas membara. Baginya kebaikan terhadap seluruh penghuni Inderaloka hanya akan melalaikan mereka dari tujuan hidup mereka yang sebenar. Seksaan terhadap jiwa-jiwa yang kotor perlu demi untuk mengembalikan mereka kepada jalan yang hakiki. Begitulah persepsi Haqq terhadap kehidupan. Persepsi yang telah mendarah daging di dalam dirinya.
“Hanya aku punya cara mendidikmu,puteri...kau terlalu manja...” bisik Haqq lagi sambil tersenyum memandang potret yang tergantung kemas didinding berhadapan dengan katil besar miliknya. Rasa rindu untuk bergelak tawa dan bermesra dengan puteri selalu mengganggu jiwanya. Sehinggakan wajah di potret itulah yang membuatkan dia gagah hadapi hari-hari yang membosankan di Inderaloka ini.
Lama Haqq melayan kenangannya bersama puteri sehingga dia tertidur lena. Begitulah dia setiap hari selama berpuluh-puluh tahun.
******
Di dunia realiti. Di dalam bilik hospital.
“Saya minta maaf Puan Salmah,cik Nur terpaksa ditahan di wad sementara waktu...keadaannya belum stabil...kami masih gagal cari punca mengapa Nur boleh koma sebegini...” ujar Doktor Hakimi kepada Puan Salmah, warden Kolej Seri. Maya dan Rin cuma tertunduk sedih.
“Agak-agak bila Nur boleh sedar dari koma doktor?” soal Puan Salmah.
“Saya kurang pasti...bergantung kepada semangat Nur sendiri...tiada spesifik waktu yang mampu saya beritahu...maaf...” ujar doktor Hakimi lagi. Maya dan Rin mula menangis teresak-esak. Mereka benar tidak menyangka sehingga begini jadinya. Puan Salmah pula hanya mampu mengangguk tanda faham akan kemampuan Doktor Hakimi. Dia juga mengeluh kerana risaukan keadaan Nur.
Di bilik Rin.
“Apa sebenarnya yang berlaku,ceritakanlah pada makcik...” bicara Puan Maisarah kepada Maya dan Rin. Puan Maisarah adalah ibu kepada Nur. Dia seorang yang tegas tetapi lemah lembut. Semalam dia hampir pengsan ketika mendapat panggilan daripada Puan Salmah,warden Kolej Seri mengatakan kejadian yang menimpa Nur. Selepas berjumpa dengan Puan Salmah semalam,dia berasa tidak puas hati jika tidak bertanyakan sendiri pada rakan-rakan terdekat Nur berkenaan soal ini. Oleh kerana itu,dia kini disini,dihadapan Rin dan Maya,rakan baik Nur.
“Maafkan kami makcik...kami berdua pun tak tahu punca sebenar Nur boleh koma sebegini...semuanya sangat misteri...semalam Nur cuba menyorok di dalam almari saya...” jawab Maya takut-takut.
“Maksud kau?!” terkejut Rin bila mendengar pengakuan Maya. Bagaimana semua ini boleh terjadi?
“Maafkan aku Rin...betul...semalam Nur nyorok kat almari aku...dia takut kau mengamuk sebab terpecahkan cermin bilik korang...bila kau blah je dari bilik aku,aku suruh dia keluar,tapi aku bukak almari dia takda...terkejut aku...tak tahu pun macamana dia boleh ada kat bilik kau...semua ni sangat misteri...tak mungkin dalam masa yang sekejap Nur boleh lari kebilik korang...” luah Maya lagi. Sehingga kini,dia masih pening memikirkan misteri kejadian ini. Rin pula sangat terkejut dengan pengakuan Maya. Mana mungkin?
“Sudahlah kamu berdua...jangan bergaduh pula...sama-samalah kita doakan Nur selamat...makcik mintak diri dulu...” ujar Puan Maisarah kepada mereka berdua. Airmatanya yang menitik segera dia sapu dengan tisu. Tangisan sebagai seorang ibu cukup membuatkan Rin dan Maya terasa amat bersalah diatas semua yang terjadi pada Nur.
*****
Wilayah Inderaloka bawah. Pagi yang cerah. Di dalam kurungan.
Pagi ini aku terjaga dengan lemah sekali. Perutku yang sakit tidak aku hiraukan, apa yang aku fikirkan cuma satu, apakah tujuan Haqq berbuat semua ini. Mengapa dia sanggup menyeksa semua penghuni disini,apakah kesalahan mereka semua sehingga terpaksa menanggung seksa yang begitu hebat? Aku mengeluh lagi. Jiwaku yang masih trauma mengenangkan peristiwa semalam membuatkan aku terlalu malas untuk bangun sekalipun. Aku hanya berbaring dan termenung. Aku lantas teringat rakan-rakanku Rin,Maya,Alya dan juga ibu kesayanganku. Apakah keadaan mereka agaknya semasa ketiadaanku. Untuk kesekian kali, aku mengeluh lagi sehingga tertidur lemah.
******
Pada masa yang sama,di dalam kamar Haqq.
“Hitam,kemari...” Haqq yang baru sahaja bangun dari tidur,menyeru Hitam untuk datang menghadap. Entah darimana Hitam muncul, didahului dengan asap hitam berkepulan. Sebegitulah selalunya,Haqq hanya perlu memanggil Hitam tanpa perlu dia peduli dimana pun Hitam tatkala itu. Ilmu ghaib yang diturunkan sedikit kepada Hitam sudah cukup membuatkan Hitam disegani diantara semua pembantu setianya. Terkadang,cukup dia berniat, Hitam sudahpun muncul dihadapannya.
“Apa khabar puteri pagi ini...” soal Haqq sambil menggeliat kerana baru sahaja terjaga dari tidur yang lena.
“Semenjak semalam puteri tidak bangun tuanku...dia hanya berbaring dan termenung...hamba kira sudah tiga hari puteri tidak menjamah sebarang makanan atau minum setitik airpun...hmm...” belum habis Hitam berkata-kata, Haqq telahpun memintas.
Inilah salah satu ilmu sakti Haqq,membaca pemikiran manusia lain,malah dia mampu merasuki jiwa sesiapapun yang dia mahukan. Kerana kesaktian ini jugalah,setiap pengawalnya cukup takut mengkhianati setiap perintah Haqq termasuk Hitam sendiri. Hitam tidak mungkin lupa pernah sekali dia cuba melanggar arahan Haqq kerana ia melibatkan keselamatan kekasih hatinya sendiri. Diwaktu itu dirinya hampir terbunuh kerana muntah darah tatkala dia terdengar suara Haqq menyeru keras dari dalam hatinya. Semenjak itu,sedikit pun dia tidak berani melanggar setiap perintah Haqq. Baginya,Haqq mungkin saja berada di mana-mana.
“Tak perlu...biarkan lagi...beta mahu lihat sampai bila puteri mampu bertahan...egonya perlu dicantas...” pintas Haqq dengan wajah yang bengis. Walaupun puteri adalah wanita kesayangannya,tapi bila disebut soal kekejaman, tiada kasih sayang di dalam hatinya. Aura kegelapan benar-benar membuatkan dia seorang raja yang kejam tanpa belas kasihan hatta kepada kekasih hatinya sendiri.
“Baiklah tuanku...” jawab Hitam sambil menunduk sembah. Dia benar faham Tuan Haqq,setiap yang diperintahkannya,pasti punya sebab tersendiri.
“Sudahlah,petang lusa beritahu Dang Teratai untuk hiaskan puteri...malam itu beta mahu bersantap bersamanya...kamu boleh pergi Hitam,beta mahu bersendirian...” perintah Haqq kepada Hitam. Hitam yang mendengar hanya mengangguk tanda faham. Dalam masa tidak sampai sesaat,Hitam telahpun lenyap dari pandangan Haqq. Haqq tersenyum bangga. Dia langsung teringat kisah silam Hitam.
“Kau benar seorang yang setia,Hitam...tidak rugi dahulunya aku memaafkan kesalahan kau...” bisik Haqq sambil menyuap roti bakar sebagai santapan paginya. Semenjak puteri kembali, hidup Haqq bahagia, setelah sekian lamanya baru dia dapat menikmati kembali indahnya pagi.
“Gelap empunya gelap,datanglah bersama malap,jangan biarkan aku terkedap,didunia sini kusembunyi dalam senyap...” bisik satu suara dari dalam cermin. Haqq yang mendengar hampir tercekik. Cepat-cepat dia minum air kopi yang sedia dihidangkan bersama roti bakar tadi.
“Siapa???!” soal Haqq terkejut. Pagi yang cerah bertukar gelap dan hujan mulai lebat. Tidak mungkin ada penceroboh berani melangkah ke Istana Gerhana ini!
******
Dalam masa yang sama,di dalam kurungan.
“Bila cinta bisikkan rasa hati...lautan masa sanggup kurenangi...walaupun jasad bertukar setiap kali...” bisik satu suara dengan nada romantis kepada puteri. Puteri yang sedang tidur, terkejut lantas terjaga.
“Bila cinta bisikkan rasa hati...lautan masa sanggup kurenangi...walaupun jasad bertukar setiap kali...”
No comments:
Post a Comment