Di kafe
kolej. Aku duduk menghirup kopi hitam panas kesukaanku dan termenung. Imbas
kembali sekali lagi.
Entah
kenapa kebelakangan aku kerap dejavu. Aku sendiri pelik. Entah betul atau cuma
halusinasiku. Aku tidaklah begitu pandai dalam ilmu psikologi, jadi aku anggap
yang terburuk. Ia adalah halusinasiku dan aku tidak perlu ambil pusing hal itu.
Mungkin saja aku tidak cukup tidur semenjak dua ini. Membaca. Ya, aku
menghabiskan masa malamku dengan membaca. Adakala bila kita tidak cukup tidur, fikiranpun
cacamerba dan cepat bingung. Lelaki misteri. Memikirkan tentang kehadirannya
menjadi kepalaku sakit semula. Siapa dia, ciptaan ilusiku? Watak yang benar2
wujud atau cuma bayangan daripada kemahuanku untuk keluar dari dunia nyata ini?
Aku ketawa sendiri. Dia mungkin tak wujud. Otakku ini terlalu padat dengan
fakta2 berterabur agaknya. Haha. Aku gelakkan diri sendiri.
Aku lalu
menghirup kopi sekali lagi. Tiba2. Aku terasa diperhati. Sebagai seorang
introvert, dipandang dan menjadi perhatian bukanlah kesukaanku. Aku hampir
tersedak air panas. Aduh. Siapa pula mamat ni. Aku pura2 tidak tahu. Adakala
mataku memandangnya tepat dan lelaki itu memandang kebawah. Kain hitam yang
menutupi separuh wajahnya membuatkan aku berfikir serong. Penjahat ke? Bisik hati kecilku. Aku mengemas
barangku dan bergegas untuk bergerak pulang. Sengaja tadi aku melepak di kafe
melepaskan penat kuliah. Kafe ini pula tidak ramai orang, tempat yang sunyi
memanglah kesukaanku.
“Jangan
pergi. “ lelaki tadi menegurku. Isy. Dah kenapa pula ni. Aku mula panik. Oh,
mungkin dia panggil orang lain agaknya. Aku terus berjalan laju, sambil itu aku
memandang kebelakang dan kelibat lelaki tadi tiada. Fuh lega. Aku kembali toleh
ke depan dan chup! Lelaki itu dihadapanku! Ya ampun. Ini orang atau hantu.
“ Awak
siapa?” soalku pelik.
“Pelupa
lagi nampaknya…heh.” Sinis. Lelaki itu sinis.
“ Semenjak
dari tadi menungkan apa?” lelaki itu memandangku tepat. Aku keliru. Lelaki ini
siapa? Dan kenapa bersoalsiasat pula ni? Aku mula rimas. Bukanlah menjadi
kegemaranku berbual dengan entah siapa2.
“Kita tak
kenal antara satu sama lain, jadi tak perlu tiba2 bertanya itu dan ini. “
tegasku. Aku menarik beg sandangku yang telah senget kerana cuba mengelak dari
berdepan dengan lelaki sinis ini. Lelaki ini siapa?
“Kenapa
lari kesini? Ke dunia ini? Bila nak balik?” soal lelaki ini. Bukan sinis lagi,
tapi tegas. Aku berkerut dahi. Ya ampun, ni alien mana pulak lagi ni, lepas
satu, satu aku kena hadap, bisik hatiku. Belum habis dengan teka teki teka
tekuk lelaki misteri, ini lelaki sinis pula tiba2 berlagak seolah warden asrama
pula.
“Saya rasa
awak salah orang. “ ujarku tegas. Ya, aku balas tegas dengan tegas.
“Nama awak
Cahaya kan? “ lelaki itu sinis sekali lagi. Aku mencebik.
“ Nama saya
Nur, encik. Bukan Cahaya mahupun puteri yang macam semua orang sangka. Sekejap,
awak ni alien dari planet mana pulak ni? “ tiba2 aku terasa mahu ketawa. Dahla
berpakaian pelik dengan persalinan hitam bagai. Gaya macam pendekar yang mahu
tunjuk handal sahaja. Karang aku keluarkan kuda2 silatku, tahulah. Aku tergelak
kejap. Terasa kelakar pula memikirkan aku yang jahil tentang silat tiba2
berkuda2. Lelaki tadi tetap serius. Meluatnya.
“Tolong
sembunyikan diri awak. Ramai yang sedang mencari awak. Jika tak sila ikut saya.
Kita kembali ke sana. “ tegas lelaki itu lagi.
“Awak
ingat, saya tengah buat konsert ke kat sini dan show off diri saya depan semua
orang? “ aku mula bengang bila diperintah2. Bila masa pula tiba2 aku dicari.
Ya,walaupun mimpiku kerap sebegitu situasinya, tapi di dunia nyata, aku ok2
sahaja. Hidup tenang, kecuali kehadiran lelaki misteri yang semakin buat aku
keliru. Itu sahaja.
“Jangan sampai awak ditemui. Itu sahaja pesanan
saya. “ Lelaki sinis itu hilang. Aku ketawa seorang. Semakin biasa. Ya aku semakin
biasa dengan semua ilusi gila ini. Biarlah apapun, yang penting kopi tadi sedap.
Esok, boleh order lagi. Hehe. Tapi kan, suara lelaki tadi. Mirip seseorang. Hmm.
Sepatutnya aku tarik kain hitam yang menutupi wajahnya. Aku mula menyesal.
Dalam masa
yang hampir sama. terlewat sedikit. Di dunia Inderaloka. Kerajaan Cermin Inderaloka atas. Ayahanda
puteri dan pengawal peribadinya, Laksamana.
“Bagaimana
dengan puteri wahai laksamana? Dah dijumpai?” laksamana terdiam bila ditanya
sebegitu oleh ayahanda puteri. Takkanlah dia hendak beritahu yang puteri dah
lupa tentang segalanya? Bertambah gering nanti Raja Cermin. Inderaloka atas memerlukan
pemerintahan Sultan yang sihat sejahtera. Laksamana gigit bibir. Lalu dia
menjawab perlahan.
“Belum lagi
Tuanku. Patik masih lagi mencari. Pasukan patik telahpun dikerah ke segenap
pelusuk negeri, puteri masih lagi hilang. “ laksamana terpaksa berbohong. Ayahanda
puteri mengeluh berat.
“Tempohari
beta dengar ada pertempuran di medan sana. Ada apa di sana? Katanya ada seorang
lelaki yang mirip puteri? Kamu dah siasat? Entah2 itu puteri. “ ayahanda puteri
cuba meneka. Tak mustahil puteri menyamar untuk menghilangkan diri. Rajuk anakandanya
adakala sukar dijangka. Boleh jadi lama benar. Laksamana terkejut. Bagaimana ayahanda
puteri tahu tentang ini? Sudah puas dia berpesan pada pasukannya supaya
merahsiakan apa yang terjadi di medan sana. Laksamana mengusap muka. Kenapalah dia
berada dalam situasi sulit sebegini.
“Patik tak
pasti berkenaan itu wahai Tuanku. Patik rasa tak mungkin ia terjadi. Takkanlah seorang
puteri sebegitu. “ laksamana pura2 bergelak. Harap ayahanda puteri tidak
perasan riak wajah membohongnya itu. Wahai tuhan, tetaplah sembunyikan puteri
dari pandangan mata2 jahat yang mencarinya. Laksamana risau. Baru sahaja tadi
dia pergi melawat puteri. Puteri dalam keadaan baik2 saja. Dia semakin risau,
kalau2 puteri ditemui oleh musuh yang berjaya menerobos lorong rahsia cermin,
pastilah puteri dalam keadaan bahaya. Walaupun di sini ramai yang merindui
kehadiran puteri, akan tetapi Inderaloka ini penuh dengan penjahat bertopengkan
malaikat. Dia sedia tahu tentang itu. Laksamana. Apa sahaja yang berlaku di
dalam negeri ini yang lari dari penglihatan dan pengetahuannya? Mata2 nya terlalu
banyak. Pasukannya saja terdiri daripada pelbagai orang sakti Inderaloka.
“ Kalau
begitu tak mengapalah. Jika ketemu, cepat berkhabar pada beta. Beta rindukan
puteri. “ ayahanda puteri terbatuk2. Laksamana mengangguk tenang.
“Ada lagi
satu perkara. Kamu dah hapuskan semua bunga itu di negeri ini? Tinggalkan satu
untuk beta. Beta mahu simpan sebagai kenangan. “ ayahanda puteri beri arahan. Laksamana
mengecilkan matanya. Ada sesuatu pada firasatnya.
“Baru sahaja
habis semalam Tuanku. Tiada yang tertinggal. “ laksamana menjawab dengan tegas.
“Apa? Walaupun
satu? “ ayahanda puteri mula murka. Laksamana melutut.
“Maafkan
patik wahai Tuanku. Patik hanya menjalankan tugas menurut apa yang Tuanku titahkan
sahaja.” Laksamana berhelah. Walaupun di hadapannya ini adalah sultan kepada
satu kerajaan mistik, dia juga perlu bijak demi memastikan keselamatan alam sejagat
sentiasa dalam keadaan yang baik. Dalam diam, dia tahu rahsia bunga itu.
“ Cari!!! Beta
mahu kamu cari walaupun apapun cara! Jangan berani menghadap beta jika kamu belum
ketemu baka akhir bunga itu! Bunga terakhir wajib ada pada beta! Kamu faham tak
laksamana?!!! Kamu, beta anggap derhaka jika gagal laksanakan perkara ini! Hati2
laksamana! ” arah ayahanda puteri. Dia benar2 murka. Entah kenapa ketamakan
Raja Cermin begitu terserlah. Laksamana kelihatan tenang sahaja. Dia sudahpun
tahu berkenaan perkara ini. Laksamana mengangguk cepat. Dia cepat pergi dari
situ. Dia perlu lakukan sesuatu untuk melindungi puteri dan bunga itu! Keadaan semakin
tegang.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment