Monday, September 18, 2023

Cermin 53: Makin dalam kau mendalami, makin tiada kau ketahui...


“ Hamba tiada daya mahu bertelagah. Keluarkan hamba dari sini. “

Rahasya masih lagi terbaring. Matahari semakin memancar, dia terasa dahaga sekali. Dia memandang sekeliling jika ternampak sesiapa. Tiba2 dia terlihat fatamorgana air, dia merangkak dan terus merangkak kesitu. Setibanya dia disitu, dia mengeluh berat, rupanya ia hanya bayangannya sahaja. Dimana aku ini? Bisik hatinya.

“ Bahagia? “ keluar satu suara dari atas. Suara Cumi! Rahasya yakin! Dia geram.

“ Apa maksudmu wahai pari2 nakal?” ujar Rahasya berang.

“ Kau tahu seperkara? Berkhayal dan terus berkhayal adalah racun buat jiwa?” Cumi ketawa mengekek.

“ Dimana abangku Haqq?” Rahasya risau.

“ Dia ada disatu lembah yang lain. Ujiannya juga berbeza denganmu. Tiada apa yang kau perlu risaukan. Lebih baik kau risaukan diri sendiri. Hahahah. “ Cumi ketawa kuat. Terhibur sungguh dia nampaknya.


"Cumi yang melihat, tahu Rahasya cuba masuk ke dunia mimpi pula. Dia tersenyum lagi."

“ Hamba tiada daya mahu bertelagah. Keluarkan hamba dari sini. “ Rahasya sudah tidak larat. Kehausan begini benar2 memakan tenaga mudanya. Tiba2 suasana berubah. Salji turun dengan lebat mematikan semua kepanasan tadi. Rahasya kesejukan pula. Lama begitu sehingga dia sudahpun hampir membeku. Kegilaan apakah ini? Dia terasa menyesal. Dia hampir mengalah. Lama dia terbaring sehinggalah muncul satu makhluk berbulu tebal bagaikan raksasa mahu memakan dirinya. Aduhhh. Rahasya geram. Dia bangkit juga walaupun payah, tidak mungkin semudah itu dia jadi makanan. Penat dia berlari, dia menoleh kebelakang mahu melawan dengan daya yang ada. Makhluk itu terus menerkamnya ganas. Rahasya bergelut tapi gagal. Ketika sahaja makhluk itu mahu memasukkan dirinya ke dalam mulut, makhluk itu hilang. Rahasya terduduk lega. Dia memegang dahi kepalanya terasa berdenyut sekali. Sudahlah haus,ditimpa cuaca sejuk sekerlipan mata diterjah raksasa ganas pula. Dia terasa amat penat.


"Matanya juga sakit. Sangat perit. Gelap sudahkah hari ini? Rahasya berkata2 di dalam hatinya."

Tiba2 sahaja dunia terasa gelap. Hanya bunyi air dan unggas yang kedengaran. Matanya juga sakit. Sangat perit. Gelap sudahkah hari ini? Rahasya berkata2 di dalam hatinya. Tidak sekali dia sedar, mata keduanya telahpun buta. Dia berjalan di dalam hutan itu sambil meraba2 jika2 ternampak cahaya. Tiada. Kosong dan masih gelap. Rahasya pelik. Matanya yang sakit tadi cuba dipegang. Dia kaget. Dia baru tersedar bahawasanya dia telahpun kehilangan penglihatan. Dia menjerit sekuat hatinya. Gagal menerima kenyataan. Adakah ini reality atau ilusi dirinya semata? Rahasya sudah penat meraung. Dia terduduk dan menangis semaunya.

“ Cumi!!!!!!!” Rahasya cuba memanggil pari2 gila itu. Peliknya tiada suaranya yang terkeluar. Tiada bunyi kedengaran di telinganya. Rahasya menggelabah sambil meraba2 dalam gelapnya pandangan. Tak mungkin! Aku bisu juga kah? Rahasya menangis lagi dan kali ini tangisannya lebih sayup.

“ Kau tahu wahai bitara? Kau hanya akan tahu nilai sesuatu nikmat ketika ianya hilang? “ Cumi tergelak2. Gembira sungguh dia mengenakan kedua mereka. Rahasya terduduk dan menangis perlahan. Dia juga tahu kuasanya tiada maknanya di sini. Ternyata, mereka telah dikenakan oleh pari2 sewel ini. Sudahlah penglihatannya hilang, suaranya juga tiada. Hampir sahaja dia mati kutu di situ. Tiba2 muncul ideanya untuk bermeditasi dan mencari abangnya Haqq di dunia spiritual.


"Rahasya yang tiada tahu apa yang sedang terjadi, cuba lagi menembus hijab spiritual dan berhubung dengan abangnya Haqq."

Rahasya menutup matanya dan cuba bertenang. Cumi yang melihat mula menggelabah dan cuba membina dinding spiritual disekeliling Rahasya supaya dia gagal keluar dari percubaan ini. Dia berjaya. Cumi terkekek ketawa lagi. Ingat semudah ini? Bisik hatinya. Selagi dia belum puas hati, dia akan terus mengenakan bitara Rahasya lagi.

Rahasya yang tiada tahu apa yang sedang terjadi, cuba lagi menembus hijab spiritual dan berhubung dengan abangnya Haqq. Gagal. Dia terbatuk2 keletihan. Darah memancut2 keluar dari mulutnya. Dia pengsan. Tenaganya sudah kehabisan. Cumi yang melihat, tahu Rahasya cuba masuk ke dunia mimpi pula. Dia tersenyum lagi. Apa kau ingat semudah itu kau boleh keluar dari sini? Cumi tersenyum geram. Dia masuk ke dunia mimpi Rahasya pula.

Di dalam tidurnya. Dia bermimpi.

Dia muncul di satu hutan yang sangat gelap. Cuma cahaya bulan yang menyinari. Rahasya terduduk disatu pokok puas. Ehem! Dia cuba bersuara pula. Berjaya! Dia tergelak. Melompat dari satu dunia ke dunia yang lain adalah kepakarannya. Mana boleh Cumi gila itu mahu memperdayakannya? Rahasya ketawa kecil. Dia teruskan berjalan mahu mencari punca air dan tempat berehat. Kabus yang menyelubungi makin lama makin menebal sehingga menyukarkan pandangan. Dia geram. Ada lagi kah pari2 itu di sini? Tiba2 dia terdengar suara perempuan mengilai2. Cumi! Itu suara dia! Kali ini Rahasya bertekad untuk melawan. Jika tanpa kuasa sekalipun, dia akan bermain dengan fizikal. Dia sentiasa bersedia. 

"Kuat juga spiritual bitara yang satu ini. "

Nampaknya pertarungan akan jadi lebih sukar kerana dia gagal melihat apapun di dalam kabus tebal begini. Bijak sungguh pari2 tak guna ini! Bisik hati Rahasya. Ketika itu jualah dia diserang bertubi2 dari pelbagai arah. Dia menggunakan kekuatan hatinya untuk mengagak dari mana datangnya serangan itu. Dia hampir berjaya! Tetapi baru sahaja dia mahu menangkapnya, pari2 itu hilang entah kemana. Begitulah setiap kalinya. Rahasya berang dipermainkan begitu. Tidak boleh jadi begini. Rahasya berfikir cerdas. Dia terus duduk bertafakur cuba bertenang. Dia tahu, di dalam ketidakpastian begini, ketenangan adalah kunci. Selagi dia kelam kabut dan menggelabah, segalanya akan lebih kabur dan tiada kepastian. Dia menarik nafas dan memulakan tafakurnya. Cumi yang melihat datang bagaikan angin berbisik2 di telinganya. Rahasya sedar perkara itu, tetapi dia mengabaikan bisikan itu. Dia tahu kini dia sedang diuji. Dia harus kekalkan fokus supaya dia dapat keluar dari dunia ciptaan pari2 gila ini.

Cumi yang melihat buih itu mengeluh perlahan. Kuat juga spiritual bitara yang satu ini. Bisik hatinya. Dia tahu ketenangan bitara itu mengalahkan godaan dan kuasa dirinya. Cumi berfikir lagi. dia melihat jasad Haqq yang sedang terbaring pulas itu. Baik, aku akan tamatkan di sini. Wahai bitara Rahasya, kau menang. Ketenanganmu sukar aku tembusi. Tapi sama seperti abangmu,aku akan menyumpahmu dengan sumpahan halus.


"Ilmu kenal diri yang kau cuba ketahui akan menjadi madu dan racun buatmu."

“ Dikau kusumpah hidup dalam ketidakpastian, kekeliruan dan kebingungan. Apa sahaja kau cuba lakukan akan susah mendatangkan hasil. Malah kau sentiasa diselubungi keputus asaan dan sifat lemah yang tiada hentinya. Ilmu kenal diri yang kau cuba ketahui akan menjadi madu dan racun buatmu. Makin dalam kau mendalami, makin tiada kau ketahui. Makin tiada kau ketahui, makin resah engkau jadinya. Resah gelisah akan menjadi sahabat jiwamu sentiasa. “ Cumi tersenyum puas. Dia menyambung.

“ Kau akan kekal di dalam sumpahan ini sehinggalah kau tersedar tentang kuasa dirimu sendiri. Selagi itu, rasakanlah sengsaranya hidup dalam kabus jiwa yang tebal. Hahaha. “ Cumi menyentuh buih itu dan ianya meletup. Jasad Rahasya pengsan.

Bersambung...


“ Kau akan kekal di dalam sumpahan ini sehinggalah kau tersedar tentang kuasa dirimu sendiri. "


No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...