Sunday, July 10, 2022

Cermin 30: “ Hey! Sampai bila nak jadi macam budak2 suka berlari hah? “ jerkah Haqq pada adiknya.


"Haqq mengambil batu hijau itu. Tersentak, dia tersentak. Dia terus teringat adiknya, Rahasya!"

Lelaki misteri berehat sebentar di atas pokok. Dia mengeluh berat. Esok dia akan berjumpa dengan abangnya Haqq. Sudah lama rasanya dia tak ketemu saudara seperguruannya itu. Entah apa khabar. Dia cuma dapat tahu khabar melalui mata2nya sahaja. Itupun dia malas ambil tahu kecuali urusan mereka berkait. Sejenak, lelaki misteri itu memandang bulan yang sedang mengambang.

“ Abang Haqq…berjumpa lagi kita nanti…maafkan adindamu ini. “ dia membayangkan wajah puteri. Sekali lagi dia mengeluh berat. Jika tak kerana tugas dan tanggungjawab pastilah dia lebih memilih mengambil jalan pertapaan sama seperti abang seperguruannya seorang lagi, iaitu Pawana. Mereka bertiga dan empat lagi saudara seperguruan wanitanya. Kesemuanya entah di mana. Dia cuma tahu Nenda Melur. Ketiga lagi kakak seperguruannya hilang tanpa dikesan. Ah,biarlah mereka. Asalkan masing2 faham tugas sendiri, lebih baik aku fokus pada masalahku ini. Puteri. Dia mengeluh lagi sambil membetulkan rambutnya yang terjatuh di dahi. Dia terlalu penat merancang. Tapi kali ini ia melibatkan entiti yang lebih besar dari kemampuannya. Dia terpaksa meminta bantuan abangnya Haqq. Dia tekad. 

Tapi bagaimana jika Haqq merampas puteri darinya? Dia gigit jari. Seringkali begini. Memikul tugas sebagai laksamana bukanlah semudah yang disangka. Segalanya memerlukan timbang tara yang kompleks. Kesetiaan pada sultan akan tetapi tugas sebagai hamba pada Tuhannya. Dia teringat kata2 gurunya Sang Petapa. Ketaatan yang sebenar hanyalah pada Tuhan Yang Maha Esa. Sekali2 dia tak akan lupa, kerana itulah jika disuruh melakukan tugas terkutuk, dia terpaksa mengambil jalan yang sulit dan sangat payah. Demi menjaga keseimbangan keduanya. Dia sinis. Sultan bukanlah maksum. Diriku bukan hamba sultan. Malah, sultan juga hamba Yang Esa.  Nasihat gurunya lebih mengambil tempat di hati kecilnya. Letakkan Tuhan di tingkat tertinggi, sentiasa berhati2 dalam bertindak ibarat menarik rambut di dalam tepung. Itulah tanda manusia sejati. Hanya sujud pada yang Satu.

Abang Haqq. Dia juga tahu abangnya itu kini adalah penguasa Inderaloka bawah yang ditakuti seantero rakyat. Dia senyum sinis. Sama sekali dia tidak takut pada abangnya itu, malah jika diajak bertempur satu lawan satu juga, dia sentiasa bersedia. Dia sentiasa yakin pada diri. Ilmu sakti abangnya Haqq tak mungkin menandingi ilmunya, sadisnya dia juga tidak akan mampu melawan ilmu sakti abangnya Haqq. Bak kata gurunya, setiap adik beradik seperguruan semuanya memegang ilmu yang tidak akan mampu ditewaskan oleh yang lainnya. Memang sengaja ayah gurunya melakukan sebegitu supaya jika mereka bertempur, sama ada dua2 menang mahupun dua2 mati. Tidak wujud kalah dan menang. Guru berkata, tidak kami dididik jika hanya bertempur sesama sendiri. Membuang masa berguru selama bertahun2. Bijaksana sungguh Sang Petapa, lelaki misteri itu tersenyum manis mengenang saat mereka 7 beradik seperguruan bersama2. Tak dinafikan, ia memang kenangan indah. Tetapi selepas abangnya Haqq berselisih faham dengan abang Pawana, kesemua beradik berpisah dan mengambil jalan masing2. Dia mengeluh teringatkan peristiwa sedih itu. Mana abang Pawana pergi? Abangnya yang satu itu begitu keras kepala. Terlalu kuat memegang pendirian. Abangnya Haqq pula, terlalu taksub pada kekuasaan. Nenda Melur? Sebagai pawang sultan dan juga pengasuh puteri, dia jarang berjumpa dengannya, sekali sekala sahaja. Itupun jika dia merindui puteri dan berpura2 punya urusan dengan Nenda Melur. Mengambil tanggungjawab sebagai orang kepercayaan sultan, dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Kini, keadaan lebih sulit. Dia terpaksa membelakangi sultannya sendiri! Semuanya demi keseimbangan. Kepalanya terasa sakit. Bukan mudah situasinya kini. Ditelan mati mak, diluah mati bapak! Lelaki misteri itu memandang bulan mengambang sekilas dan ternampak seekor burung hantu yang rupanya semenjak dari tadi memerhatinya dalam diam. Hampir saja dia jatuh dari pokok itu!

 

 


"“ Takut? “ Haqq cuba menguji kepercayaan adiknya itu."

Keesokannya.

“ Benarkan hamba masuk. “ Lelaki misteri itu sudahpun sampai di pintu gerbang Istana Gerhana, milik abangnya Haqq.

“ Tuan hamba siapa?” jerkah pengawal di situ. Lelaki misteri itu mencebik. Biadap sungguh pengawal di sini. Bisik hati kecilnya. Jika bukan kerana ini istana milik abangnya Haqq, pastilah dia sudah langgar sahaja pintu gerbang ini. Huh.

“ Ambil ini dan beri pada Raja Haqq. “ dia menyerahkan satu batu kristal berwarna hijau kepada pengawal itu. Segera pengawal itu berlari dan menuju pada Raja Haqq.

“ Tuanku, di luar pintu gerbang ada seorang lelaki mahu berjumpa, dia serahkan ini sebagai pengenalan diri. “ Haqq mengambil batu hijau itu. Tersentak, dia tersentak. Dia terus teringat adiknya, Rahasya!

“Beri dia masuk, segera! “ arah Haqq pada pengawal. Dia yakin adiknya itu tidak akan datang menemuinya jika tiada perkara penting. Sungguh dia merindui adik bongsunya itu! Dia tersenyum manis. Akhirnya kau datang, Rahasya. Abang yakin, pasti ada berita penting yang kau bawa, wahai adindaku Rahasya! Haqq tidak sabar.

Sepantas kilat, Rahasya sudah di depan matanya. Haqq ketawa besar.

“ Hey! Sampai bila nak jadi macam budak2 suka berlari hah? “ jerkah Haqq pada adiknya. Haqq ketawa lagi. Dia benar2 gembira berjumpa adiknya itu. Rahasya pula tersengih. Hanya di hadapan abangnya ini dia mampu berlagak seperti anak kecil.

“Haruslah! Ilmu sedia ada jangan dibazirkan. “ Rahasya senyum yakin. Dia bangga dengan dirinya sendiri. Kelajuan. Itulah antara kelebihannya diantara kesemua 7 beradik. Haqq menepuk belakang adiknya perlahan.

“ Kemana pergi adik abang ni ha? Sibuk kerja sampai lupa abang sendiri? “ Haqq tersenyum manis. Dia mengambil panah adiknya dan meletakkan ditepi. Pedang adiknya juga diambil dan diletak ditepi. Rahasya kekok diperlakukan begitu, risau juga dia benarnya. Walaupun dia menyayangi abangnya Haqq, akan tetapi sikap berjaga2 sentiasa tersemat dalam diri. Sudah terbiasa sebegitu. Bertugas sebagai laksamana itulah rutin diri. Rahasya tarik kembali pedang dan busur panahnya. Haqq ketawa.

“ Takut? “ Haqq cuba menguji kepercayaan adiknya itu. Dia sedar, mereka berada di dua kerajaan yang berbeza malah bermusuh pula. Rahasya tidak menjawab, malah tiba2 dia hilang dan muncul sepantas kilat dihadapan sebuah potret. Puteri Cahaya. Rahasya sedih. Dia mengawal perasaannya dan memandang abangnya Haqq. Haqq yang perasan perubahan wajah adiknya itu tersenyum. Dia sudah sedia tahu perasaan adiknya itu sejak lama dahulu. Akan tetapi, dia buat tidak tahu sahaja. Ah, itu bukanlah benda yang sepatutnya menjadi pemisah. Haqq rasional.

“Sudah makan? “ pujuk Haqq sambil mengarahkan pengawal menyediakan juadah buat adik kesayangannya itu. Rahasya tersenyum tawar. Dia menggeleng. Makan? Bukanlah perkara penting buatnya pada masa ini. Nasib puteri. Itulah lebih merisaukannya. Dia juga tahu Haqq sedar hakikat itu, malahan sedihnya, mereka berdua tidak pernah berbicara hati ke hati soal ini. Biarlah rahsia! Itulah prinsip masing2. Mereka sama sekali tidak akan bertengkar soal remeh sebegini. Begitulah segalanya berjalan semenjak sekian lama. Satu bebanan jiwa yang menyakitkan bagi keduanya, Haqq dan Rahasya.

“ Silakan duduk wahai adinda. Janganlah beratkan fikiranmu dengan masalah2 yang ada. Santai2 sahaja. Jangan lupa pesan guru. “ Haqq memperlakukan adiknya itu cukup terhormat. Rahasya duduk. Dia termenung sebentar. Fikirannya kusut. Dia terasa malu sehingga terpaksa kesini memohon bantuan abangnya Haqq. Sedangkan hakikatnya mereka berdua berada dalam kerajaan berbeza dan bertentangan sama sekali.


"Biarlah rahsia! Itulah prinsip masing2. Mereka sama sekali tidak akan bertengkar soal remeh sebegini. Begitulah segalanya berjalan semenjak sekian lama. Satu bebanan jiwa yang menyakitkan bagi keduanya, Haqq dan Rahasya."

“ Abang Haqq, puteri…” Rahasya tertunduk sedih. Haqq diam sahaja. Dia menyuakan makanan buat adik kesayangannya itu. Haqq sudah tahu segalanya. Bukankah dia punya Ilmu Sakti Jiwa? Sekali imbas sahaja, dia sudah tahu apa dalam fikiran adiknya itu, sengaja dia pura2.

“ Makan dahulu. Tiada masalah tanpa penyelesaian. Tenang2 sahaja wahai adikku.” Haqq lembut memujuk kekusutan jiwa adiknya itu. Dendamnya pada Raja Cermin semakin membuak2. Sebagai ketua kepada Ilmu Sakti Jiwa, Haqq bijak menyembunyikan perasaannya. Wajahnya tenang sahaja. Rahasya cemburu melihat ketenangan abangnya itu. Perlahan dia memasukkan suapan makanan pertama di mulutnya. Tiba2. Dia meletakkan semula makanan itu kepinggan. Haqq memandang pelik. Rahasya risau. Dia terlupa bahawa memakan apa sahaja di tempat musuh, adalah satu kesalahan besar! Jika ada racun dan magis ,bagaimana? Bisik hati kecilnya.

“ Maafkan Rahasya, abang Haqq. “ wajahnya sugul. Dia tersenyum kelat. Dia harap abangnya itu mengerti duduk keadaan kini. Siapa mereka berdua. Haqq mengangguk perlahan.

“ Tiada sebarang magis mahupun racun abang letak. Makanan biasa sahaja wahai adikku. Akan tetapi, terserah padamu jika menolak. Abang faham. Keadaan kini sudah berbeza. Kita berdua tidak lagi di bawah satu payung seperti dahulu. “ Rahasya mengeluh perlahan. Dia malu dengan dirinya sendiri. Akan tetapi, tugas adalah segalanya! Itu lebih utama. Rahasya cuba menjernihkan keadaan yang tegang itu. Dia berlari kesana sini sepantas kilat membentuk simbol keabadian. Haqq ketawa. Dia tahu adiknya sengaja merubah keadaan tegang menjadi lebih mesra, gelagat adiknya Rahasya mencuit hatinya.

"
"Rahasya mengeluh perlahan. Dia malu dengan dirinya sendiri. Akan tetapi, tugas adalah segalanya! Itu lebih utama. "

“Kau semakin laju. Ilmu Sakti Anahata sudah kau kuasai? “ Rahasya mengangguk pantas. Dia tersenyum puas. Haqq tersenyum bangga melihat adiknya semakin hebat dalam ilmu sakti haknya. Sekejap sahaja mereka berdua sudahpun bertempur, sengaja memanaskan badan. Haqq hanya berdiri dan menutup mata. Rahasya kesana sini cuba mencari kekosongan di ruang aura abangnya itu. Gagal. Haqq tersenyum. Lantas, dia menolak adiknya perlahan. Rahasya terkejut! Bagaimana abangnya mampu mencapai kelajuan cahayanya itu! Rahasya berhenti. Tolakan lembut abangnya itu tetap sakit terkena bahunya. Dia lupa pula, abangnya ini punya ilmu sakti kegelapan yang bukan calang2, jika tidak tak mungkin dia mampu membuka sebuah kerajaan baru! Rahasya lantas mengundur dan terbang tinggi. Matanya dirapatkan. Dia terkumat kamit membaca sesuatu dan sebuah cahaya hijau keluar dari dirinya. Haqq terkejut. Cahaya itu terlalu menyilau! Dia menutup matanya rapat. Dia tahu, jika matanya terbuka tadi, boleh membawa ke buta! Haqq ketawa kecil. Adiknya ini terlalu serius, sedangkan dia cuma bermain2 sahaja. Panaskan badan kan?

Rahasya sudah terlupa. Ya, terlalu meresapi ilmu sakti anahata nya membuatkan dia hanyut. Sehingga terlupa di hadapannya bukanlah musuh biasa, tapi abangnya sendiri!

Haqq mendengus. Dia memutarkan tangannya dan membentuk puting beliung kecil kehitaman, lalu dia tutupkan genggaman tangannya,seraya Rahasya berpusing! Haqq ketawa besar.

“ Sudah2la wahai adinda. Ini cuma acara memanaskan badan, yang kau begitu serius, dah mengapa?” Haqq tersenyum manis dan Rahasya juga ketawa kecil.

Untuk seketika mereka ketawa sesama sendiri. Masing2 duduk bersandar kepenatan di dinding dewan besar itu. Terlalu lama. Ya, terlalu lama mereka tidak bermain sebegitu. Masing2 mengakui kehebatan masing2. Berpeluh2 keduanya adalah petanda jelas, mereka sudah sekian lama tidak jumpa lawan sehebat ini!


"Rahasya sudah terlupa. Ya, terlalu meresapi ilmu sakti anahata nya membuatkan dia hanyut. Sehingga terlupa di hadapannya bukanlah musuh biasa, tapi abangnya sendiri!"


Bersambung…

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...