Kesini lagi annur?
ya.
kesini.
untuk apa?
berkhabar barangkali?
terlalu penat jiwa hidup di nyata...
mahu kembali kesini untuk merasai halusnya jiwa sendiri...
tersekat dalam realiti,
sangat melelahkan...
***
"“Kita telah ditakdir bersama...teman hidup didunia...malam siang kita jadi satu..kerana engkau adalah milikku....satu...” bergema lagu Spider,Kita Adalah Satu dari dalam radio. Rin yang mendengar terus mengalirkan airmata. Rin tahu itu lagu kesukaanku. Kertas tugasannya terus dia kemas kerana sebak yang terlalu. Dia duduk dikatil sambil mengusap airmata terkenang segala kenangan kami." -sedutan Cermin-
***
Di dunia realiti. Di dalam pejabat Dr. Hakimi.
Dr. Hakimi mempersilakan Rin untuk duduk.
“Hmm...sekarang boleh beritahu saya, apa kegemaran Nur?” soal Dr. Hakimi kepada Rin. Wajah Rin pucat. Ini kali pertama dia disoal doktor.
“Err...Nur suka berpuisi doktor...”
“Jika tak keberatan boleh kongsikan dengan saya? mungkin semua ni boleh membantu?”
“Saya tak berapa ingatla doktor...tapi nanti saya bagikan satu puisi pelik yang pernah Nur tulis...”
“Okey...saya tunggu...emm..beberapa minggu sebelum kejadian, ada apa-apa yang Nur pernah bualkan dengan awak? Maksud saya...sesuatu yang lain daripada wataknya yang biasa...?”
“Oh, ada...satu petang tu di tepi tasik, Nur pernah mengadu pada saya...”
“Mengadu apa?”
“Dia kata...dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan...lebih kurang macam tulah ayat Nur...dan sebenarnya, err...”
“Sebenarnya?”
“Nur seorang yang suka bersendiri dan selalu bercakap sorang-sorang...dia hanya berkata-kata bila perlu saja.”
“Benar?tahu dia bercakap dengan siapa?”
“Emm...saya pernah terdengar dia berborak dengan seseorang ditepi tasik...dia juga pernah beritahu saya tentang konsep maya ke ilusi, entah saya tak berapa ingat...dia kata pernah jumpa seorang lelaki yang selalu hadir di dalam ilusinya...tapi nama lelaki tu dia sendiri tak tahu...dia kata macam dah lama kenal dengan lelaki tu...”
“Lelaki...hmm, ada tak apa-apa perbuatan Nur yang memelikkan awak?”
“Ada! Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”
“Oh?”
“Ya...dan dia sangat suka pergi tasik...saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...macam orang kena rasuk pun ada saya tengok, eee seram!”
“Selalunya waktu bila dia pergi tasik tu?”
“Selalu lepas kelas, pukul 5 petang keatas...kadang dia lepak sampai maghrib, saya selalu je nasihat dia...tapi dia degil...tak pergi sehari, dia kata rindu..”
“Hmm...takpelah Cik Rin, saya rasa cukup setakat ni...biar saya berfikir dahulu...err, jangan lupa kongsikan puisi Nur tu ya?”
“Oh,okey doktor...”
Rin pun keluar dari pejabat Dr. Hakimi. Untuk beberapa minit Dr. Hakimi asyik termenung sehinggalah telefon bimbitnya berbunyi dan dia bergegas untuk pulang.
******
Di dalam rumah Dr. Hakimi. Di kamarnya.
Dr. Hakimi berbaring sambil membaca buku novel misteri kegemarannya, Topeng. Tidak sampai setengah jam pun dia telah meletakkan novel itu ditepi dan mula berfikir tentang perbualannya siang tadi bersama Rin. Kebelakangan ini, kisah Nur selalu menganggu tumpuannya untuk melakukan aktiviti harian. Dia menyilangkan tangannya ke dahi dan cuba menutup mata.
“Dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan..”
“Tak pergi sehari, dia kata rindu...”
“Saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...”
“Banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...”
“Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”
Semua kata-kata Rin terngiang-ngiang kembali dibenaknya. Entah kenapa dia sukakan teka-teki ini.
‘Nur...saya akan bantu awak.’ tekad hati kecilnya. Dia mengambil diari dibawah bantalnya dan memeluknya erat. Dia langsung teringat mimpi malam semalam.
Di dalam mimpinya.
Di sebuah hutan di waktu gelap malam. Dengan suasana berkabus, dia berjalan keseorangan. Tiba-tiba dia terdengar satu suara perempuan bergema. Halus bunyinya.
“Bulan mengambang umpama bidadari, igauan si pungguk segenap zaman, kalau tersurat hajat di hati, datanglah kemari ku ajak berteman...”
“Siapa?” tanya Hakimi. Dia kaget. Suara itu agak menyeramkan apatah lagi di dalam hutan tebal sebegini. Berdebar-debar pula hatinya. Dahinya mula berpeluh di dalam kesejukan.
“Aku datang kerana mahukan pertolonganmu, bantulah aku Hakimi...” lembut suara itu merayu. Hakimi memeluk tubuhnya. Entah kenapa, suasana sejuk semacam. Dia memandang sekeliling cuba mencari kelibat manusia di situ.
Tiba-tiba asap tebal berkepul di hadapannya. Lama-kelamaan asap tebal itu membentuk susuk tubuh seorang perempuan elok bersanggul kemboja bergaya seperti seorang puteri melayu. Puteri itu tersenyum manis. Hakimi terkedu. Wajahnya berkerut. Dia mula menelan air liur. ‘ Oh no, ini dah lebih...’ bisiknya. Dia mula membaca ayat kursi secara perlahan-lahan. Dek kerana sifat penakutnya sejak kecil, sehingga kini dia masih mengingati pesanan ibunya di antara kaifiat ayat kursi adalah untuk menghalau hantu syaitan.
“Namaku Cahaya...” bisik suara itu lembut ditelinganya. Hakimi melompat pabila puteri itu rupanya berada di sebelahnya kini. Tidak sampai sesaatpun! Ayat kursi yang dibacanya tadi habis berterabur semuanya. Sebentar, dia kenal wajah wanita ini. Mirip benar rupa Nur.
“Err...awak Nur kan?”
“Cahaya.”
“Bagaimana awak boleh berada disini, err.. Cahaya?”
“Aku tersekat disini, Hakimi...bantulah aku untuk kembali...”
“Ya...itulah niatku, tapi...”
“Tak usah bertapi lagi...ambil ini, ini akan membantumu...buka hanya setelah tiga hari...”
“Buku apa ni?”
“Itulah catatan hidupku...baca dan fahami...bantuku leraikan teka-tekinya...dengannya aku akan kembali semula kedunia realiti...”
Asap tebal berkepul kembali dan puteri itu telahpun lenyap. Hakimi serentak terjaga dari tidur. Wajahnya berpeluh. Mimpinya pelik benar. Lebih mengejutkan lagi, disisinya terletak kemas sebuah buku. Hakimi membelek-belek buku itu. Ia sememangnya diari Nur. Dia tidak berani membuka. Dia akan mengikut pesan Puteri Cahaya di dalam mimpinya. Hanya tiga hari kemudian baru dia akan buka.
No comments:
Post a Comment