Thursday, May 5, 2022

Cermin 4: bonda...anakanda mohon...ayahanda...oh tuhan...

 

pixabay

"Di dunia yang satu lagi...Kelihatan seorang lelaki mundar mandir. Seolah ada yang merunsingkan hatinya. Sekejap dia duduk,sekejap dia berdiri, dan akhirnya dia mengeluh berat dan baring. Lama dia begitu sambil termenung jauh. Wajahnya berkerut seolah memikirkan sesuatu yang penting. “kenapa ni...kenapa aku rasa tak sedap hati ni...oh tuhan,beritahu aku...apa sebenarnya yang sedang berlaku...aku mohon...” lelaki itu berdoa dengan tulus. Dalam dia termenung dan berharap,kekusutan fikirannya membuatkan dia tertidur dan akhirnya lena dibuai mimpi."

Aku duduk termenung. Peristiwa yang berlaku beberapa hari ini benar2 membuatku lemah hadapi hari. Nenek angkatku meninggal tiga hari yang lepas, semalam aku bergaduh dengan Rin, lusa aku bakal menghadapi peperiksaan akhir semester dan sebentar lagi aku perlu menghadap muka pensyarah kerana urusan belajar. Semuanya menekan jiwaku. Wajahku yang pucat kelihatan sangat sugul pabila aku melihat cermin tadi. Setengah jam kemudian,aku masih duduk termenung dan akhirnya aku mengeluh berat. Aku bangun perlahan dan bergegas untuk bersiap berjumpa dengan pensyarah. Keluhan terkeluar lagi dari bibirku. “Habisla aku kejap lagi ni...” aku bermonolog sambil mengusap muka tanda risau.


________________*****________________


Di dunia yang satu lagi...


Kelihatan seorang lelaki mundar mandir. Seolah ada yang merunsingkan hatinya. Sekejap dia duduk,sekejap dia berdiri, dan akhirnya dia mengeluh berat dan baring. Lama dia begitu sambil termenung jauh. Wajahnya berkerut seolah memikirkan sesuatu yang penting. “kenapa ni...kenapa aku rasa tak sedap hati ni...oh tuhan,beritahu aku...apa sebenarnya yang sedang berlaku...aku mohon...” lelaki itu berdoa dengan tulus. Dalam dia termenung dan berharap,kekusutan fikirannya membuatkan dia tertidur dan akhirnya lena dibuai mimpi.


Dalam mimpinya...


“Bonda...anakanda mohon...ayahanda......anakanda berjanji tidak akan pergi kesitu lagi,oh tuhan...” rayu seorang wanita sambil melutut dan menangis. Dia berpakaian layaknya seorang puteri jawa. Wajahnya indah dengan rambut diselitkan bunga kemboja putih. Penuh lembut. Suasana penuh tegang, Ayahanda masih bertegas dengan keputusannya. Bondanya pula kelihatan turut bersedih dan tidak mampu berbuat apa2. “Ini keputusan ayahanda,ianya satu arahan.” tegas ayahandanya sambil berlalu pergi tanpa berpaling. “Pengawal,bawa puteri ke puncak gunung sana menjelang subuh esok. Arahkan laksamana datang menghadap beta sekarang juga.” arah sultan itu kepada pengawal istana. Semua pengawal mengangguk tanda faham.  Riak muka sultan itu tiada sedikit pun tercalit rasa kasihan terhadap puteri kesayangannya itu. Tetapi di dalam hatinya,”maafkan ayahanda sayang, ini semua untuk kebaikanmu jua...digunung sana ada ubat untukmu kesan daripada bunga larangan itu...”



Puteri itu kelihatan menangis keesakan sambil dipujuk oleh bondanya. Suasana istana sugul bertemankan tangis esak puteri kesayangan mereka. Bagi mereka senyuman puteri adalah penyeri ruang istana malah seluruh negeri tercinta ini. Kesedihan puteri adalah kesedihan seluruh rakyat jelata. Puteri itu sangat manja,tapi hatinya penuh rasa kasih dan cinta sesama manusia. Tidak pernah mereka dilayan seperti pengawal, selalunya puteri menganggap mereka semua seperti kawan. Mereka juga sayangkan puteri seperti adik mereka sendiri. Hubungan puteri dan semua penghuni istana sangat mesra,hampir setiap pagi istana digegarkan dengan usik dan tawa puteri kesayangan mereka.


“Bonda....percayalah,cahaya cuma pergi sana memetik bunga sahaja. Ada satu bunga yang tidak pernah cahaya lihat wujudnya di negeri ini. Adakah itu merupakan satu kesalahan yang terlalu besar bonda? sehinggakan ayahanda sanggup mengasingkan cahaya sampai keatas gunung jauh sana?oh bondaaaa....”puteri itu menangis lagi. Kali ini suara esakan tiada,yang ada cumalah airmata yang membasahi wajahnya yang lembut itu. “Sayang...bukankah bonda pernah berpesan,jangan sampai kau jejakkan kaki kesitu,pasti ayahandamu punya sebab atas arahannya dulu,bukan?setiap arahannya itu bukan sebarang. Dan kini,mungkin ada hikmahnya kenapa kau harus kesana wahai cahaya kami...” luah bondanya sambil bergenang airmata dan mengusap rambut puteri kesayangannya itu. Puteri itu masih terduduk menangis dipeha bondanya.


Akhirnya puteri itu diam. Lama. Tiba2 dia bersuara,“baiklah begitu,tapi anakanda mohon supaya dibawa nenda Melur bersama. Hanya dia yang benar2 faham anakanda.” luah puteri cahaya dalam wajah sugul tapi terselit keberanian.  Bondanya tertunduk risau. Tiada mengiyakan mahupun membangkang. Dia hanya mampu terdiam. Dia tahu,suaminya pasti membantah. Nenda Melur sudah terlalu tua untuk naik keatas gunung itu. Akhirnya dia mengeluh perlahan sambil mencium lembut dahi puteri kesayangannya itu.



_________________*****________________


Di bawah satu pohon yang rendang...


Aku termenung. Peristiwa ditegur pensyarah tadi benar2 mengganggu fikiranku. Sejak beberapa hari ini,fikiranku tidak tenteram,aku kerap melakukan kesalahan. Cahaya matahari petang tidak cukup memberi ketenangan dalam jiwaku. Aku masih muram. Tiada ceria diwajahku seperti selalunya. Entah mengapa,selalunya aku tabah hadapi hari. Tapi sejak kebelakangan ini, sedikit sentuhan kasar terhadap jiwaku,senang saja airmata ini bergenang. Aku keliru tentang semuanya. Fikiranku kusut. Tidak tenang seperti selalu. Aku duduk menekup muka,lalu menangis dihadapan tasik. Tasik yang sama dengan mimpiku sebelum ini. 


Tiba2...

Bersambung...

pixabay

"Entah mengapa,selalunya aku tabah hadapi hari. Tapi sejak kebelakangan ini, sedikit sentuhan kasar terhadap jiwaku,senang saja airmata ini bergenang. Aku keliru tentang semuanya. Fikiranku kusut. Tidak tenang seperti selalu. Aku duduk menekup muka,lalu menangis dihadapan tasik. Tasik yang sama dengan mimpiku sebelum ini. "

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...