Thursday, August 25, 2022

Cermin 39: Ekspedisi ini berjalan dalam rahsia…


"Kita akan pergi mencari bunga larangan. Seronok tak? “"

 Di atas kapal. Malam.

“ Bintang ya? “ Cahaya memandang Laksamana bengang. Laksamana tersenyum sahaja. Adakala dia memandang langit malam dan senyum lagi. Agaknya apa terjadi sekarang agaknya, kasihan Indera. Maaf wahai saudara, sekali sekala sahaja. Pandai2 lah tuan hamba menjaga kemaslahatan dunia ya. Laksamana ketawa dalam hati. Seronok juga begini. Pelannya menjadi. Laksamana tahan ketawa.

“ Jadi, kemana kita ni? “ soal Cahaya ingin tahu. Sejuk benar malam ini. Laksamana menyuakan selimut untuknya. Cahaya ambil dan selimuti badan sambil menghirup air panas. Inikah perasaan bebas dari kawalan? Cahaya menikmati suasana. Sekali sekala dia tersenyum.

“ Sama seperti yang kita rancangkan. Kita akan pergi mencari bunga larangan. Seronok tak? “ Laksamana duduk di tepi puteri dan dia juga berselimut sambil menghirup air panas. Kapal ini dipandu sepenuhnya dengan kuasa magisnya, sengaja begitu. Dia begitu malas dan mahu menyimpan tenaga untuk apa2 situasi yang tidak diketahui nanti.

Puteri mengangguk. Dia tersenyum memandang langit malam.


“ Jadi, kemana kita ni? “ soal Cahaya ingin tahu. 

“ Tapi kenapa kapal ni kosong?  “ soal puteri. Laksamana garu kepala.

“ Supaya ekspedisi kita ini kekal rahsia. Boleh tak jawapan begitu? “ usikan Laksamana buat Cahaya mencebik.

“ Jadi siapa yang pandu kapal ni? “ kali ni Cahaya memandang laksamana serius. Ini benar pelik. Baru dia terfikir. Laksamana tersedak. Mahu beritahu jujur ke ni? Laksamana telan air liur.

“ Takdir. “ ujar laksamana. Cahaya bangun dan bercekak pinggang. Laksamana terkebelakang dan ketawa mengekek2.

“ Tolong jangan cakap, awak tak tahu kemana hala kita pergi ni? Laksamana, jangan macam2! “ Cahaya naik berang. Ini sudah lebih. Laksamana berhenti ketawa. Alamak, ada orang marahla.

“ Perhatikan. “ Laksamana berdiri dan menunjukkan semua barang keliling bergerak sendiri seperti ada anak kapal yang sedang sibuk bekerja. Puteri menganga. Magis apakah ini? Baru dia teringat tadi, dia dan laksamana tiba2 sekelip mata sudahpun berada di atas kapal. Dia garu kepala. Laksamana ahli magiskah?

“ Laksamana…awak…ahli magis..?” Cahaya terkejut habis. Dia menutup mulutnya sukar mempercayai. Laksamana menunjukkan tanda senyap. Kemudian dia menggeleng.

“ Saya bukan ahli magis, saya laksamana. Saya cuma ada sekelumit ilmu magis. Itu sahaja. Sedikit sahaja. " dia menunjukkan isyarat jari tanda sedikit. Kemudian dia tersenyum.

“ Kenapa selama ni saya tak tahu?” Puteri semakin mesra dan menggunakan bahasa yang lebih membumi. Laksamana tersenyum manis. Dia lega, puteri yang garang itu telahpun perlahan2 mesra. Lagipun mereka di luar istana, bahasa begini lebih sesuai supaya penyamaran mereka menjadi.

“ Sebab selama ni awak tak pernah ambil tahu tentang saya? “ laksamana tersenyum lagi. cahaya garu kepala. Dia pandang langit malam. Terasa malu pula dengan jawapan laksamana.

“ Jadi, apa lagi yang saya tak tahu?” puteri cuba membuang perasaan segan itu. Dia telan air liur. Malu pula berbahasa begini dihadapan mamat garang ini.

“ Tak perlu ambil tahu kalau tak berminat. Bukan penting pun. “ Laksamana sengaja memancing jiwa. Dia sambung pandang langit dan berdiri di tepi kapal untuk melayan perasaan melihat laut malam.

Eh mamat ni. Meluatnya. Bisik hati puteri.

“ Memang tak penting pun, ekspedisi ni lebih penting, jadi esok kita akan sampai ke tempat dituju? Jauh tak tempat tu? “ puteri cuba mengubah topik supaya suasana lebih selesa. Malu betul topik tadi. huh.


"“ Kenapa selama ni saya tak tahu?” Puteri semakin mesra dan menggunakan bahasa yang lebih membumi"

Laksamana yang sedar topik sedang berubah, tersenyum lagi. Masa masih panjang Rahasya, sabarlah. Jangan terlalu gelojoh dalam memikat jiwa.

“Ehem…belum wahai tuan puteri kesuma jiwa patik. Esok kita sedang dalam perjalanan. Tempat tu jauh tau tak?” laksamana menjawab dengan senyuman lagi. Cahaya telan air liur. Risau pula dia malam ini. Laksamana asyik tersenyum sahaja. Cahaya menjeling.

“ Sejauh mana? Beritahulah semuanya dengan terperinci, susahla kalau beta asyik perlu bertanya macam2. Lagipun laksamana mana suka beta tanya macam2 kan?” Cahaya memujuk.

“ Siapa cakap tu? “ Laksamana memandang tepat wajah puteri.

“ Cakap apa? “ Cahaya pura2 tidak tahu.

“ Siapa cakap patik tak suka puteri bertanya?” Laksamana menjelaskan.

“ Beta. Beta yang cakap. “ puteri menjawab sambil menjeling lagi. Sakit hati.

“ Oh, jadi kiranya sendiri bertanya, sendiri buat spekulasi, sendiri menjawab. Wah, hebat. Tiga dalam satu. Jarang manusia biasa punyai kelebihan sebegini. “ laksamana mengusap2 dagunya tanda kagum. Dia ni dah kenapa? Cahaya geram.

“ Cakaplaaa…” Cahaya sakit hati. Dia bersuara manja. Tolonglah beritahu dengan jelas bagaimana agaknya perjalanan mereka berdua ini? Paling kurang, dapatlah dia membuat persediaan mental dan fizikal mungkin?

“ Cuba bertanya dengan ikhlas, sikit? “ Laksamana menyuakan senyuman lagi.


"Masa masih panjang Rahasya, sabarlah. Jangan terlalu gelojoh dalam memikat jiwa."

Cahaya mendengus geram. Dia menarik nafas panjang cuba menahan rasa geram dan sakit hati tahap dewa. Sabar Cahaya, sabar.

“ Wahai tuan laksamana yang kacak lagi budiman, bolehkah tuan laksamana menerangkan dengan jelas dan teliti, bagaimanakah agaknya rupa bentuk perjalanan, pengembaraan kita berdua ini ya?” naik turun nafas cahaya menahan geram. Lembut dan merdu suara yang dipaksa itu. Laksamana tergelak. Alahai comelnya tuan puteri Inderaloka ini. Lagi marah, lagi comel.

“ Baiklah wahai tuan puteri patik yang comel, dipersilakan duduk. Jangan berdiri penatkan diri, mari kita bersantai ambil angin laut . Malam masih panjang. Patik akan menceritakan dengan jelas perjalanan kita, sebentar. “ Laksamana memetik jari, teko kecil itu bergerak sendiri menuangkan air untuk mereka berdua. Puteri tersenyum kelakar melihat magis itu.

“ Begini…” Laksamana menceritakan dengan terperinci perancangannya. Puteri tekun mendengar. Dia benar2 teruja. Sambil2 bercerita, kerana terlupa tadi, laksamana berdiri dan membaca mantera halimunan untuk menutupi kapal itu dari pandangan mata kasar. Lega. Begini, lebih selamat. Puteri tidak tahu berkenaan itu.


""Ini namanya ilmu sakti wajah. Kita boleh berubah2 wajah, hanya yang punyai ilmu sejati akan mengenali diri kita yang sebenar."

“ Mulai esok, tiada sebutan beta patik tau? Janji? “ Laksamana mengingatkan. Ini kerana mereka akan melalui beberapa perkampungan rakyat jelata. Dia tidak mahu identiti mereka terbongkar. Oh lupa, dia lupa menyamarkan rupa puteri. Dia membaca mantera dan meniup ke wajah puteri. Jari jemarinya dilepaskan kemudiannya. Serta merta wajah puteri berubah dan juga persalinannya juga berubah menjadi seperti rakyat biasa sedang berkelana. Puteri memandang cermin tingkap dan terkejut.

“ Bagaimana? “ puteri kaget. Sama seperti wajah laksamana kini yang sama tapi tak serupa. Magis apakah ini? Laksamana tersenyum lagi dan lagi.

“ Ini namanya ilmu sakti wajah. Kita boleh berubah2 wajah, hanya yang punyai ilmu sejati akan mengenali diri kita yang sebenar. Selain dari itu, mereka tidak tahu. Mereka akan melihat kita sebagai satu susuk tubuh dan wajah manusia lain. “ laksamana menerangkan sambil tersenyum. Aduh laksamana, janganlah asyik tersenyum, puteri telan air liur risau.

"Laksamana memetik jari, teko kecil itu bergerak sendiri menuangkan air untuk mereka berdua. "

“ Tak kisahla tukar sejuta wajah pun, tapi beta tak berapa selesa laksamana asyik tersenyum sahaja. Tak penatkah? “ puteri menggerakkan bibir dan memberi isyarat muka masam. Laksamana ketawa. Dia benar terhibur dengan keletah comel puteri.

“ Kalau tersenyum, kan indah? Kenapa? Risau tak lena tidur malam ka? “ laksamana tersenyum lagi. Ya ampun, Tuhan, Kau kasihanilah hambaMu  yang lemah ini.

“ Haruslah. Sebab beta boleh mimpi ngeri terkenangkan senyuman laksamana. Tahu? “ puteri puas. Puas dapat mengenakan laksamana balik. Laksamana tersenyum lagi.

"Adakala mamat ni kelakar juga. Ingatkan garang sangat. Selalu di istana, muka macam nak makan orang je. Bengis semacam."

“ Jangan risau wahai tuan puteri, kita berdua akan bersama lamaaa lagi, jadi mohon biasakan dengan wajah patik ni yer. Kalau rasa nak muntah tu, silakan ke tandas . Jangan dihalakan ke laut pula, kesian ikan2 bawah sana. Risau mati terkejut. “ laksamana mengusik. Bulat mata puteri. Geram benar dia. Laksamana senyum manis. Cahaya berpaling dan tersenyum. Adakala mamat ni kelakar juga. Ingatkan garang sangat. Selalu di istana, muka macam nak makan orang je. Bengis semacam.

Untuk seketika mereka berdua tersenyum gembira. Beginilah keduanya, masam2 manis dan pedas. Usik mengusik memanaskan malam yang semakin larut dan dingin.

Mereka berdua sambung berborak sehingga tengah malam.

“ Patik lihat, tuan puteri sudah mengantuk. Silakan masuk beradu. Patik sudahpun sediakan semuanya. Hala kesana. Silakan. “ Puteri mengundur diri dan mengucapkan terima kasih. Laksamana juga masuk tidur. Sebelum itu, dia membacakan sedikit doa mohon dilindungi perjalanan mereka berdua. Dia juga terlalu penat hari ini. Cahaya bulan yang menyinari menjadikan kapal mereka bersinar2. Akan tetapi, tiada siapa tahu, dan juga tiada siapa mampu melihat keberadaan kapal itu di tengah lautan. Ekspedisi ini berjalan dalam rahsia…


"Akan tetapi, tiada siapa tahu, dan juga tiada siapa mampu melihat keberadaan kapal itu di tengah lautan..."

Bersambung…



No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...