Monday, August 21, 2023

Cermin 51: Betara Haqq dan Betara Rahasya. Selamat kembara, wahai dua budak nakal.



"Bunga perlukan cahaya, benar kan?"

"Dia tahu sesuatu yang menarik bakal berlaku. "

Di kamar rahsia Sang Petapa.

“ Abang Haqq, bolehka ni?” Rahasya ketakutan. Haqq menjeling.

“ Takda benda dapat kau capai, jika kau asyik takut2 sahaja. Jangan risau,abang ada. “ Haqq membalas keresahan adiknya itu. Rahasya memandang keliling risau diketahui guru mereka. Haqq berjalan dengan yakin, tidak mungkin kitab tua itu menipu, pasti gurunya itu menyimpan artifak rahsia itu di sini.

Tiba2 Rahasya terlanggar sesuatu. Bilik gelap itu bercahaya terang. Haqq menepuk adiknya.

“ Janganlah buat onar, aduh kau ni dik. “ Haqq geram. Rahasya tersengih. Cahaya itu memancar2 menyilaukan mata mereka berdua. Haqq kerut dahi memandang suasana sekeliling kerana bilik gelap itu berubah menjadi sebuah taman bunga yang sangat pelik. Taman ini tiada warna! Jernih kesemuanya. Mereka berdua kebingungan tidak tahu mahu berbuat apa.

“ Habislah kita Abang Haqq, kita dah masuk alam lain agaknya ni. Kalau guru dapat tahu, mati kita bang. “ Rahasya mengeluh.

“Kau ni jangan cakap benda mengarut boleh? Ini mesti sebab kau terpijak entah benda apa tadi.” Haqq memandang adiknya geram. Tiba giliran Rahasya pula naik angin asyik dipersalahkan.

“ Kalau Abang Haqq tak curi baca kitab tua tu, mesti kita takda kat sini, tahu?” Rahasya membulatkan matanya sakit hati. Haqq ketawa mengekek.

“ Kau ni kelakarla dik. Yang kau menyibuk2 nak tahu juga isi kitab tu ada abang paksa ke?” Haqq sinis. Mereka berdua ini memang teman subahat yang suka bertekak. Akan tetapi mereka mesra. Pergaduhan mereka masih di dalam kasih sayang.


" Rahasya yang malas bertingkah, mengingatkan abangnya itu tentang asal mereka."

“ Dah2, takda masa bergaduh lagi, kita kena kembali ke bilik gelap tadi, cepat usahakan cara. Bukan setakat guru je dapat tahu nanti, Abang Pahwana pun nanti mesti cekik kita berdua! Ini satu kesalahan, bang! Ingat tu. “ Rahasya yang malas bertingkah, mengingatkan abangnya itu tentang asal mereka. Mendengar nama Pahwana sudah cukup buat Haqq panas.

“ Ahhh kau jangan sebut pasal Pahwana. Geli telinga abang ni dengar. Kaki bodek guru begitu, kau nak agungkan sangat ke???” Haqq menjeling menyampah.

“ Abang Pahwana bukan kaki bodekla bang, dia cuma anak murid yang taat, bukan macam kita ni, aduhhh bang, cepat bang. Ra risau ni, kita kena balik, mati kita kalau kena denda nanti! “ Rahasya mengingatkan sekali lagi akibat tindakan rahsia mereka ini.

“Syhhh,jangan membebel la dik. Jangan lurus sangat boleh tak?! Jap…jap… kau nampak tak kat sana tu?” Haqq berjalan laju menuju sesuatu di atas batu besar. Rahasya mengejar laju abangnya itu. Dia masih lagi runsing. Tapi terlihatkan artifak rahsia itu, dia terus jadi lupa keinginan untuk pulang tadi.

Kini, mereka berdua di hadapan artifak usang itu. Rupa artifak itu seperti bunga kristal berwarna jernih. Mereka berpandangan sesama sendiri. Baru sahaja Haqq mahu menyentuh bunga itu, tangannya kaku. Dia cuba lagi, tapi tangannya masih kaku. Rahasya yang pelik dengan apa terjadi mula menyentuh juga. Kali ini berjaya. Rahasya mampu menyentuh bunga itu. Akan tetapi, setiap kali dia tersentuh, badannya seperti terkena renjatan eletrik. Berkali2 dicubanya, begitu juga jadinya. Mereka berdua mengerutkan dahi keliru.

“ Abang pastikah ini artifaknya?” Rahasya memandang abangnya mahu penjelasan.

“ Ya, ini dia. Abang pasti, tapi…abang pelikla, mesti ada cara untuk kita aktifkan bunga kristal ini. “ Haqq cuba mengingat2 apa yang dibacanya malam tadi. Rahasya cuba berfikir. Tiba2 dia teringat sesuatu.

“ Maksud abang kita kena aktifkan bunga ni? Bunga perlukan cahaya, benar kan? “ Rahasya cuba menguraikan teka-teki itu. Haqq tersenyum senget. Ya, bijak juga adiknya ini.


"Dia tahu pandangan mata jahat abangnya itu, pasti ada sahaja idea nakal bakal terkeluar sekejap lagi."

Mereka berdua mengalirkan cahaya spiritual mereka dengan harapan bunga itu berjaya diaktifkan. Tiba2 bunga kristal itu terapung2 dan menyilaukan cahaya warna warni terang benderang. Tenaganya yang kuat telah menolak mereka berdua terjatuh ditepi. Bunga itu berjaya diaktifkan! Mereka berdua tersenyum bangga. Untuk seketika cahaya dari bunga kristal itu perlahan2 malap. Bunga itu mengembang dan seekor pari2 berkepak yang sedang enak tidur di dalam kuntuman bunga itu terjaga. Pari2 itu mengelipkan matanya beberapa kali, terkejut agaknya. Haqq memandang adiknya. Ra tersengih. Dia tahu pandangan mata jahat abangnya itu, pasti ada sahaja idea nakal bakal terkeluar sekejap lagi.

“ Wahai sang pari2, perkenalkan dirimu. “ Seru Haqq serius. Rahasya disebelah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“ Nama hamba Cumi. Hamba adalah semangat yang mendiami bunga kristal ini. Mengapa tuan hamba berdua kejutkan hamba bangun dari tidur?” Cumi, sang pari2 bunga. Satu semangat yang menyimpan rahsia ilmu magis purba.


""Cumi tersenyum. Matanya bersinar jahat. "

“ Hmm, Cumi, tuan hamba tahukah tentang ilmu magis purba? Boleh ajarkan kami berdua?” Haqq terus ke tajuk utama. Dia sedar, masa semakin suntuk, mereka berdua harus pulang.

“ Ohh, ada banyak di dalam galeri patik. Ilmu yang mana satu tu? “ ujar Cumi santun. Haqq tersengih.

“ Tempohari hamba ada baca di kitab tua berkenaan ilmu pecahan diri, boleh Cumi bukakan rahsia itu untuk kami? “ mata Haqq bersinar2. Rahasya memukul lembut tangan abangnya Haqq. Haqq menolak adiknya perlahan sambil mengenyit2 matanya. Rahasya tahu niat nakal abangnya itu. Dengan ilmu pecahan diri itu, pastilah nanti mereka dapat menyelinap kemana2 ketika didenda guru, malah apa sahaja projek2 nakal mereka pasti terlindungi.

Betara Haqq dan Betara Rahasya. Mereka berdua adalah anak murid yang kerap didenda kerana sering ponteng kelas dan berbuat nakal apa sahaja. Pahwana sahaja sudah penat menasihati, apatah lagi adik beradik seperguruan mereka yang lain.

“Boleh, tapi setiap ilmu punya pantangnya tersendiri. Sanggupkah tuan hamba sekalian menanggung risikonya? “ soal Cumi mengingatkan akibatnya. Haqq tanpa berfikir panjang terus mengangguk. Rahasya geleng kepala melihat kerenah abangnya itu. Walaupun dia juga sama nakal seperti Haqq, tapi dia lebih berfikir jauh dan mendalam.

“ Cumi terangkan dulu berkenaan ilmu itu dan akibatnya, nanti kami akan fikirkan. “ Rahasya berdiplomasi sopan. Haqq menepuk bahu adiknya itu geram. Dia berbisik sesuatu.

“ Kau diam je dik, biar abang uruskan Si Cumi ni. “ bisik Haqq. Rahasya senyum menyampah. Setiap kali abangnya uruskan sesuatu pasti kesannya bencana. Rahasya sangat tahu tentang itu. Bukan sehari dua dia kenal abangnya ini.

“ Begini bang, kita dengar dulu Cumi terangkan tentang ilmu tu, nanti kita cuba uruskan akibatnya, tapi ingat bang, kalau jauh dari kuasa kita, kita kena tolak. Payah nanti nak uruskan bang. “ Rahasya masih lagi rasional. Haqq menjeling malas. Dia mengangguk benci. Walaupun adiknya ini lurus, tapi otaknya boleh tahan bijak, jarang sekali dia mendengar nasihat orang lain, tapi kali ini, nasihat adiknya bernas dan berpihak tepat kepada mereka.

“ Baiklah Cumi, terangkan tentang ilmu itu dan kesannya, kami bersedia. “ Haqq yakin. Rahasya berkerut dahi cuba berjaga2 untuk sebarang jenis kemungkinan.

“ Hulurkan tangan kamu berdua. “ arah Cumi. Dia menyentuh tapak tangan keduanya untuk mengalirkan maklumat dalam bentuk aliran eletrik. Dalam masa sekejap mereka berdua meneroka alam dinamis eletrika. Cumi tersenyum2. Dia tahu sesuatu yang menarik bakal berlaku. 

" Selamat kembara, wahai dua budak nakal. " Cumi tersenyum. Matanya bersinar jahat. 

Bersambung…


No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...