Wednesday, August 14, 2024

Cermin 57: “ Kita balik? Awak bangun, okay?”

 


"“ Ada laut luas…hutan belantara di atas gunung…ini kediaman awak? “ Soal Hakimi mahukan jawapan tepat."

Hakimi berjalan dalam keadaan buntu dan akhirnya dia tertidur. Di dalam mimpinya…

 

Kelihatan seorang anak kecil sedang menari gembira. Hakimi tersenyum melihatnya. Dia datang dan menegur anak kecil comel itu.

“ Menari keseorangan di sini, mengapa? Mak ayah awak mana?” Hakimi memegang dagu anak kecil itu tanda ambil berat. Anak kecil itu menjeling dan menepis tangannya pantas.

“ Pakcik jgn sentuh2! “ anak kecil itu berlari ke belakang pokok sana dan mengintai. Matanya dikecilkan tanda sangsi. Siapa orang tua ini? Suka2 menyentuhnya. Hakimi terpana. Apa salahnya? Dia tiada niat buruk, cuma mahu mengambil berat sahaja. Dahinya berkerut.

Hakimi duduk dan memandang pemandangan indah dihadapannya. Laut luas terbentang disebelah hutan belantara ini. Dunia apa ini? Terasa asing sekali. Dia terasa sepi. Kanak2 tadi perlahan2 duduk di sebelahnya dan menikmati pemandangan sama sepertinya. Hakimi tersenyum. Perlahan2 kanak2 tadi bertukar menjadi seorang perempuan dewasa. Hakimi terbeliak. Dia menjarakkan diri. Perempuan itu tersenyum memandangnya dan mengalihkan pandangannya ke laut semula.

“ Laut ni cantik…” Perempuan itu berkata2 perlahan. Dia menongkat dagunya. Hakimi yang kaget cuma tercegat duduk disebelah tanpa bunyi.  Sesekali ekor matanya memandang wanita cantik di sebelah.

“ Di dalam diri kita ada anak kecil. Dan sepertinya anak kecil itulah kunci kepada rahsia diri kita. ,menyentuhnya sebarangan tidaklah menjadi sesuatu yang digalakkan…” Perempuan itu tersenyum.

“ Bagaimana…cik boleh bertukar? Magis? “ Hakimi cuba bersuara mahukan penjelasan yang logik.

“ Ini dunia perlambangan. Kamu kenali ia sebagai dunia mimpi. Di dunia inilah saya selalu berehat. Bagaimana kamu tersesat kesini? Ini mimpi saya. “ Perempuan itu bertukar2 kejadian sekejap wanita dewasa kejap anak kecil. Hakimi terkejut sekali lagi melihat transformasi pantas itu berkali2 dan berkelip2. Sebentar. Wajah ini bukankah Nur? Hakimi cuba mengingati sesuatu yang dia terlupa barangkali?

“ Awak Nur, kan? “ soal Hakimi mahu tahu.

“ Saya Cahaya…” wanita itu tersenyum lagi. Kali ini dia berbaring dan memandang langit biru. Dia memeluk dirinya sendiri dan transformasi wanita dewasa dan anak kecil tadi berulang2. Hakimi sudah lali nampaknya dengan magis itu.

 “ Cahaya, Nur itu siapa? Wajah kalian mirip sekali. “ wanita itu tersenyum sekali lagi sambil tangannya menunjuk kearah langit dan serta merta langit biru bertukar menjadi malam. Suasana gelap gelita dan hanya ditemani cahaya bulan.

“ Nur itu diri saya juga. Sebahagian dari diri saya. Tapi dia lemah. Dan dia selalu lemah. Kelakarnya kelemahan dia jugalah kekuatan dia. Adakala saya tak dapat menahan diri dari ketawa bila berfikir tentangnya. “ wanita itu tergelak.

“ Maksud…kamu Nur lah, kan? “ Hakimi masih keliru.

“ Ya dan tidak. Bergantung pada konteks dan perspektif kamu. Saya tidak boleh beri satu kata yang tepat menjelaskan tentang ini.” Jawab wanita itu lembut.

“ Adakah  Nur koma dan duduk di sini? Maksud saya awak duduk di sini ketika dalam koma?” Soal Hakimi serius.

“ Ya…sinilah satu tempat yang sangat tenang untuk saya…” jawab wanita itu sayup.



"“ Awak Nur, kan? “ soal Hakimi mahu tahu. “ Saya Cahaya…” wanita itu tersenyum lagi. "


“ Ada laut luas…hutan belantara di atas gunung…ini kediaman awak? “ Soal Hakimi mahukan jawapan tepat.

“ Ya…saya tinggal di sini sebagai satu tempat yang tenang untuk jiwa saya…tak pernah ada orang hadir kesini lagi. Awak yang pertama. “ jawab wanita itu lagi.

“ Nur…atau Cahaya…mari kita balik? Balik ke dunia realiti? “ Hakimi memujuk.

“ Untuk apa? “ soal wanita itu sinis.

“ Dunia ini hanya dunia khayalan. Ia tiada sempadan dan tiada penghujung. Ini cuma tempat rehat, bukanlah tempat awak yang sebenar. Ini bukan kehidupan. “ Hakimi tidak putus asa memujuk Nur pulang.

“ Dunia realiti terlalu menyakitkan. Saya tak suka dunia sana. “ wanita itu menjeling.

“ Ya,saya setuju. Tapi itulah kehidupan. Ada sakit, ada sembuh. Ada baik, ada buruk. Semuanya datang dengan pakej. Ia mencabar. Tapi itulah hidup. “ Hakimi tersenyum kepada wanita itu. Cuba menceriakan suasana.

“ Saya penat…” wanita itu menjawab perlahan dan memeluk dirinya sekali lagi. Air matanya yang panas membasahi pipi.

“ Bila penat, kita berehat. Bukannya kita putus asa. Dan berputus asa itu tanda kita khianat kepada Tuhan kita sendiri. Yang telah memberi kita sedemikian banyak nikmat sejak kita lahir…” Hakimi beragumentasi.

“ Jadi biarkan saya berehat di sini…” jawab wanita itu tegas.

“ Sampai bila? Awak kena bangun dan hadapi realiti. Lari dari realiti bukanlah satu jalan yang betul. Awak tak boleh mati sebelum awak benar2 mati. Jika tak, awak akan selalu lari dari hadapi semuanya. Hakikatnya hidup begitulah,baik buruknya takdir, adalah satu hikmah. “ Hakimi memandang wanita itu dengan pandangan ambil berat.

“ Jadi awak kesini semata2 untuk kejutkan saya?” wanita itu memandang Hakimi dengan pandangan meluat.

“ Ya. Saya rasa begitulah. Walaupun sejujurnya saya sendiri tak sedar perjalanan kesini. Saya cuma..tiba2…ya, tiba2 berada di sini…ke dunia mimpi awak…” Hakimi jujur.

“ Baliklah ke dunia awak…saya selesa di sini. “ Ujar wanita itu lagi.

“ Saya takkan balik tanpa awak. Awak kena bangun. “ Hakimi cuba bertegas.

Wanita itu memandang Hakimi dan transformasi itu terjadi sekali lagi. Wanita itu bertukar menjadi budak kecil tadi dan sebaliknya. Ia berlaku berkali2.

“ Kita balik? Awak bangun, okay?” Hakimi teruskan memujuk. Dia yakin Nur boleh lepas dari ujian ilusi begini. Nur tidak boleh hanyut begini, dia harus bangun segera. Dunia ini terlalu bahaya buat jiwa. 

Secara tiba2 wanita itu hanyut dan hilang dibawa angin lalu. Hakimi terkejut! 

Lantas Hakimi terjaga dari lenanya. Dia di belantara tadi semula. Dia mengusap mukanya yang keletihan. Nur, kembalilah...saya perlukan awak...dia berbisik sedih...

 


"“ Saya penat…” wanita itu menjawab perlahan dan memeluk dirinya sekali lagi. "

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...