Sunday, June 12, 2022

Cermin 25: " Awak, saya datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya? "


"Lelaki itu kecewa. Lalu dia termenung di tepi satu tasik. Tasik yang sama. Ya sama. "

Ulang kembali saat dimana Nur belum lagi koma.

Petang yang redup.

Di bawah pohon rendang di tepi tasik.

Aku termenung jauh. Jiwaku kusut. Entah kenapa. Mimpiku malam tadi benar2 mengusik ketenanganku. Siapa dia? Kenapa dia selalu ada di dalam mimpi2ku? Aku menutup mata dan cuba mengingat semula mimpi pelik malam tadi…gagal…tiba2…pandanganku kosong. Satu suara misteri bergema..." Awak, saya datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya?" 

Aku di satu tempat asing. Dejavu.

Di satu medan yang kelam kabut, mungkinkah ia medan peperangan? Seakan begitu.

“Awak kemana? Awak! “ aku memanggil seorang lelaki. Lelaki itu sibuk mengejar seseorang. Aku jadi bengang dan terpaku bila lihat situasi itu. Kaget. Ya aku kaget. Pertahananku lolos. Entah kenapa aku leka sebentar, entah apa dalam fikiranku ketika itu. Aku diserang! Ya aku diserang dan cedera parah. Lelaki disebelahku bawaku pergi dari medan itu. Sakit? Ya sakitnya aku Ketika itu bukanlah benar2 pada jasad. Tapi mungkin kepada luka dalam hati. Lelaki sebelah yang sedang memapahku untuk pergi jauh dari medan gila itu, memandangku tepat.

“ Awak nak bawa saya kemana ni? “ soalku pada lelaki itu.

“ Kemana saja tapi bukan di sini. Awak cedera. “ aku menahan kesakitan, darah yang semakin banyak keluar kubiarkan sahaja. Aku masih terfikirkan tentang lelaki tadi. Dia kejar siapa? Bukankah dia berjanji untuk tetap disisiku dan menjaga pertahanan? Aku kecewa terasa dikhianati.

Darah yang semakin membuak2 membuatkan aku terhenti.

“ Saya da tak larat. “ aku memegang sesuatu untuk berpaut. Benar aku sudah kehilangan tenaga untuk teruskan perjalanan. Lelaki itu serius. Dia cuba membantu menutup lukaku. Wajahnya mula runsing.

“ Awak jalanlah…pergi…” aku menyuruh lelaki pelik itu pergi. Dia menggeleng cepat.

“ Tugas saya melindungi awak. Saya dah tutup luka awak, kalau awak tak larat berjalan, saya bantu. “ lelaki itu cuba meredakanku. Aku menahan kesakitan. Wajahku berkerut.

“ Bukan tugas awak, siapa yang beri tugas itu pada awak? Ini tugas orang lain.” Ujarku jelas. Lelaki itu menggeleng. Puteri masih tidak tahu perkara sebenar nampaknya. Bisik lelaki pelik itu dalam hati.

“ Lelaki tadi pergi untuk membunuh musuhnya. Awak tak perlu masuk campur. Janji dia untuk jaga awak, biar saya yang ambil alih. Saya yang suruh dia pergi tadi. “ pujuk lelaki pelik ini. Aku termangu. Apa? Dia sanggup kejar musuh dan biarkan aku kat situ? Aku kecewa.

“ Kenapa memandai2 ni? “ bentakku marah.

“ Bunuh saya. “ aku terpaksa buat keputusan gila itu untuk menyelamatkan rahsia. Jika musuh lihat aku dalam keadaan begini, habislahhhh. 

“ Hey! Saya dah selamatkan awak. Kenapa mesti saya kena bunuh awak? “ marah lelaki itu.

“ Jangan banyak tanya, buat! Kalau awak tak buat, biar saya buat! “ aku merampas pedangnya dan berlaku pergelutan antara kami. Dan…

“ Arghhh…” pedang itu terhunus tepat ke jantungku. “ lelaki itu terkejut. Terlalu terkejut.

“ Ambil bunga ni dan beri pada ayahanda saya! “ tamat. Aku mati.

Lelaki itu kecewa. Lalu dia termenung di tepi satu tasik. Tasik yang sama. Ya sama. Kehidupan lelaki itu berubah sepenuhnya selepas peristiwa menyayat hati itu. Dia benar2 terasa bersalah. Dia akan kerap ke tasik itu untuk bertenang daripada gelora perasaannya sendiri.


Suara misteri tadi bergema lagi..." Awak, saya datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya? "  

Aku tersedar dari dejavu itu. Terkejut. 

Aku pandang sekeliling, tiada sesiapa. Tasik ini…benar2 menyimpan sesuatu rahsia…

Ngeri dengan dejavu tersebut, aku bersiap untuk pulang ke bilik. Entah apa2 bisik hati kecilku. Sebentar. Lelaki itu. Rupa dia macam...

mirip dengan apa yang aku lihat dalam setiap siri mimpi2ku...eh, aku tersilap ni. Tak mungkin. Aku ketawa sendiri. Tidak mahu diakalkan oleh akalku sendiri, aku lantas berjalan pantas menuju bilikku. 

Bersambung...

" Cuba kau lihat sekeliling, inilah duniamu selalunya. Kosong. Disini hanya wujud kau dan aku. Persetankan kertas itu, itu cuma cara untuk aku jemput kau datang kesini, kedunia belah sini. Kan kau selalu cari aku? Aku datang kerana seruanmu dari dunia sana. Sekarang tanyakan apa yang terbuku dihatimu". Panjang lebar lelaki misteri itu berkata-kata.  -Cermin 1-



" Awak, saya datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya? " 

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...