Di Dewan Besar
Istana Zaans, Rahasya berjalan dalam keadaan bingung. Dia duduk selepas
dipersilakan bersama segerombolan iringan dayang2 Istana. Dia menelan air liur.
Sentiasa dalam keadaan bersedia. Jika dia merasakan sesuatu yang pelik, dia
tidak teragak2 untuk membawa puteri pergi dari sini. Walaupun begitu, layanan
di sini agak menyenangkan. Keindahan istana ini juga nampak begitu unik sekali,
penuh dengan bunga2an ibarat satu taman bunga yang besar. Dalam keadaan
berhati2 dia tidak menafikan, dia juga terpegun dengan suasana istana indah
ini. Puteri kelihatan sedang berbual dan bergelak tawa dengan bondanya itu. Entah
darimana datangnya ikatan kekeluargaan mereka, Rahasya kurang pasti. Dia perlu
bermeditasi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ini.
“ Silakan
minum teh bunga ini. Ini adalah teh dari 7 jenis bunga magis di sini. Beta pasti
tuan laksamana menyukainya. “ Dewi Zaans itu tersenyum manis. Rahasya
mengangguk. Dia berfikir sejenak. Dia memandang puteri dan menunjukkan reaksi
wajah tertanya. Puteri mengangguk dan mengizinkannya minum. Rahasya mengangguk
lagi perlahan dan meneguk teh bunga itu. Sedap.
“Terima
kasih Sang Dewi. Patik bersyukur atas layanan yang baik. Tetapi…” Rahasya
kehilangan kata2.
Sang Dewi
tertawa sejenak mendengar ayat terhenti Rahasya itu. Dia faham apa yang berada
di dalam minda tuan laksamana itu.
“ Apa yang
tuan laksamana hajati, berada di tangan beta. Adakah jawapan ini menjawab
persoalan yang bermain di dalam hati tuan sekarang ini?” Sang Dewi tersenyum lagi.
Rahasya berdehem perlahan. Dia memandang Sang Dewi dengan senyuman juga.
“ Maksud
Sang Dewi? “ Rahasya juga bijak bermain kata2, membalas soalan dengan soalan
semula. Dia tidak mahu terjerat diri.
“ Bukankah
tuan dan anakanda beta kesini mencari ini? “ Sang Dewi memetik jarinya. Beberapa
orang dayang datang dan membuka sebuah peti emas. Rahasya pelik. Adakah di
dalam itu…
Sang Dewi
bangun dan berjalan perlahan menuju peti itu. Dia membaca beberapa mantera
pembukaan dan peti itu terapung dan terbuka. Badan puteri tertarik seperti
magnet serta merta berada di hadapan peti itu. Rahasya terkejut. Dia bingkas bangun
mahu melindungi puteri.. Sang Dewi menghalakan tangan kearah Rahasya, Rahasya
kaku disitu, sekali lagi. Ah, sekali lagi! bisik Rahasya. Dia bengang. Rahasya bergelut
dengan magis itu untuk kesekian kalinya. Sang dewi memandangnya tenang.
“ Bawa
bersabar wahai tuan laksamana. Tuan hamba hanya perlu melihat. “ Sang Dewi
tegas.
Ketika peti
itu terbuka, satu bunga putih terbang dan berhenti di hadapan puteri. Puteri tergamam.
Tangannya seperti dikawal, dia memegang bunga itu dan kemudian…
Satu cahaya putih memancar dari puteri dan bunga larangan itu. Gabungan keduanya memberi satu energi yang sangat berkuasa. Puteri yang merasakan kesatuan itu merasa penuh kesakitan tetapi suara batinnya tiada kedengaran. Dia terduduk menahan tangan di lantai bumi dan berpeluh2 menahan satu kuasa yang sedang merasukinya kini. Rahasya disebelah masih bergelut dengan kuasa magis kaku Sang Dewi, dia sangat risau keselamatan tuan puteri ketika penyatuan itu berlaku. Dengan sedaya upayanya dia cuba melepaskan diri dari ikatan magis itu, tetapi malang sekali dia gagal, kuasa magis Sang Dewi terlalu ampuh baginya untuk melawan. Rahasya terlalu kecewa.
Dalam masa yang sama, puteri masih menahan seksa penyatuan itu. Sang Dewi hanya tersenyum yakin. Dia yakin anakandanya itu boleh menghabiskan ritual ini dengan cemerlang. Dia yakin dengan potensi dalam diri puteri. Walaupun ritual ini berlangsung dalam kesakitan, ia perlu ditamatkan dengan baik, dengan cara ini sahaja kuasa bunga larangan itu mencapai tahap optimum. Hanya bila bertemu yang hak, bunga larangan ini akan hidup dan magisnya menjadi. Sang Dewi tersenyum lagi, dia benar2 yakin magisnya kali ini berjaya mencapai matlamatnya. Bunga larangan ini akan menjadi rahsia kepada sebuah kebangkitan.
Akhirnya penyatuan itu tamat, cahaya putih yang memancar tadi perlahan2 malap. Puteri kelihatan sangat penat dan akhirnya dia pengsan. Penyatuan ini benar2 memakan jiwanya. Sang Dewi menyambut puteri dan mengarahkan dayang2 membawanya ke bilik untuk berehat. Sang Dewi membaca mantera, jesteru Rahasya kembali bergerak. Rahasya terus berlari mengejar puteri, tindakannya dihalang oleh dayang2 istana, Rahasya melawan keras. Dia menoleh kebelakang dan memandang Sang Dewi dengan pandangan amarah. Sang Dewi hanya tersenyum dan berkata2.
"Penyatuan ini memakan tenaga anakanda beta sedikit, dia cuma pengsan. Setelah tenaganya pulih, dia akan kembali bangun seperti biasa. Tuan Laksamana tak perlu risau. Dia dalam jagaan kami. Tuan Laksamana boleh kembali ke Inderaloka jika mahu. Kirimkan salam beta pada raja kesayangan tuan. " Sang Dewi tergelak kecil. Rahasya naik berang.
"Patik tidak akan berganjak dari sini. pulangkan puteri kami!" ujar Rahasya tegas.
" Sang Dewi telah mengecewakan patik. Patik terasa dikhianati." Rahasya memandang Sang Dewi tajam. Kedengaran ketawa kecil Sang Dewi dari seberang sana. Rahasya cuba menahan sabar dengan segala permainan dewi gila ini. Dia harus bijak menjerat, jika tidak puteri pasti tersekat di sini selama2nya. Ini bukanlah termasuk di dalam perancangannya.
" Tuan Laksamana sudahpun berbuat tindakan yang betul. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Ingatan tuan puteri bukanlah sesuatu yang penting untuk tuan, bukan? puteri milik kami, sini asalnya, kami berhak mengambilnya kembali. Akan tetapi...jika tuan laksamana tetap mahukan puteri, ia berlaku dengan syarat. Sanggupkah tuan laksamana mengikut syarat beta?" Sang Dewi tersenyum nakal.
" Sang Dewi jangan bersikap biadap pada raja kami! jika syaratnya patik mampu, pasti patik laksanakan asalkan puteri kembali pada kami. " Rahasya berasa lega, akhirnya Sang Dewi mahu bernegosiasi. Akan tetapi, dia juga risau pada permainan licik Sang Dewi. Dia harus berhati2 supaya tidak termasuk jeratnya.
" Raja kamu? Raja Cermin itu? Hahaha...jika beta mahu, sekarang juga kerajaannya hancur beta lenyapkan. Tuan laksamana terlalu memandang rendah pada keupayaan beta. Malang sekali, beta tidak berminat untuk itu. " Sang Dewi tersenyum lagi, kali ini dia sinis.
" Nyatakan syarat segera. Jangan bermain2 lagi wahai Sang Dewi, kami berdua harus pulang. " Rahasya cuba meringkaskan bicara.
" Beta mahukan tuan laksamana jagakan puteri dengan baik. Penyatuan itu akan mengambil masa beberapa purnama untuk matang. Sebelum tempoh itu, dia tidak boleh berada dalam bahaya apapun, jika ia berlaku, segala ingatannya bakal hilang, dirinya yang lama akan hancur berkecai dan mungkin lebih teruk, puteri akan bertemu ajalnya. Tuan laksamana berani mengambil risiko ini? " Sang Dewi tersenyum mengejek.
" Ini terang2 sebuah jerat. Beri patik pilihan lain. Syarat ini terlalu berisiko untuk patik terima. Nyawa puteri bukan taruhan dalam keadaan apapun. Tolong hormati prinsip patik. Patik yakin Sang Dewi tahu betapa pentingnya puteri pada kerajaan kami. " Rahasya cuba berdiplomasi sehabis baik. Pandangannya mulai layu mengharapkan sebuah belas kasihan dari pihak Sang Dewi. Dia harus lakukan apapun cara janji puteri kembali dengan selamat ke Inderaloka.
" Adakah permintaan untuk puteri berada dalam keadaan selamat, sesuatu yang terlalu besar bagi tuan laksamana? " Sang Dewi cuba mencucuk jarumnya.
" Ingatan puteri adalah sesuatu yang penting buatnya. Apakah erti seorang manusia hidup tanpa ingatan? Ia seolah2 patung tiada nyawa. Sang Dewi jangan terlalu kejam! " Rahasya hampir gagal menahan sabarnya.
"Jika tuan laksamana menolak permintaan beta, jadi puteri harus berada di sini secara kekal. Tiada pengembalian lagi. Selepas tuan kembali ke Inderaloka, beta akan ghaibkan Zaans dari pandangan sesiapapun sehingga kewujudan kami dikenali sebagai mitos bagi kesemua makhluk yang pernah wujud sehingga akhir masa nanti. Maka, tuan laksamana pilih. " Sang Dewi menguji untuk kali terakhir.
" Patik janji. Tetapi, patik juga punya syarat. Sang Dewi harus beritahu patik dengan lebih terperinci tentang bunga larangan itu. Jika tidak, perjanjian kita tadi terbatal, dan patik pasti akan datang kesini semula dengan segerombolan tentera untuk membawa tuan puteri pulang kepangkuan kami. Raja kami pasti mengisytiharkan perang. Jangan cabar maruah kerajaan kami. " Rahasya juga bijak memasang jerat. Dia harus bijak bermain licik dengan Sang Dewi ini.
Sang Dewi mengangguk gembira.
bersambung...
No comments:
Post a Comment