Saturday, September 16, 2023

Cermin 52: Cumi tersenyum menyatakan sumpahan nakal itu.

"Buih itu pecah. Cumi melompat2 keseronokan."

Cumi duduk bersandar sambil tersenyum2 ditepi kelopak bunga kristal itu. Menggerak2kan jari telunjuknya kearah buih dihadapannya itu. Kesedaran Haqq dan Rahasya sudahpun berada di dalam buih mereka masing2 sedang jasad mereka terbujur kaku disitu.

Buih pertama (Haqq).

Haqq memandang sekeliling, dunia serba gelap itu menarik perhatiannya. Tiada apa2 disitu, cuma dirinya dan juga latar belakang hitam. Tempat apa ini? Tiba2 dia melihat satu titik putih disitu. Dia menyentuhnya dan zuppp serta merta dia terawang2an dan beralun seperti gelombang. Tekanan daripada gerakan itu menyebabkannya terasa mahu muntah dan pitam. Muncul satu cahaya dari atas dan terdengar suara ketawa daripada cahaya itu. Suara Cumi! Bisik Haqq.


"Rasakan keseronokannya wahai bitara."

“Keluarkan aku!” bentak Haqq. Cumi masih lagi ketawa.

“ Bukankah ini yang kau mahu wahai bitara?” Cumi sinis.

“ Maksudmu?” Haqq bingung.

“ Kau mahu tahu tentang ilmu pecahan diri kan? Itu bermakna dirimu perlu dipecahkan terlebih dahulu, kau wajib merasakan derita perpisahan demi perpisahan. Itu undang2nya. Tiada apa yang percuma wahai bitara, semua benda ada harganya yang perlu dibayar. “ Cumi tergelak.

Haqq yang berang cuba melawan. Malang sekali dia tiada daya. Di tempat ini, kuasanya seperti tersekat. Haqq mengeluh.

“ Tiada guna kau melawan, kau cuma perlu merasakan derita siri perpisahan ini dengan penuh tenang. Kalau kau melawan, kau sendiri penat. Haha” Cumi terhibur. Cumi sambung lagi bicara. Kini Haqq merasakan dirinya panas seperti terbakar dan dirinya tercarik2 ke sana sini.

“ Rasakan keseronokannya wahai bitara. Perpisahan demi perpisahan yang memecahkan jiwamu menjadi berkeping2. Kekecewaan dan keputus asaan yang mematikan masa dan menghidupkan setiap jiwa2mu. Kau akan terpecah, terpecah…sehinggalah kau sudah tidak percaya apapun. Segala kepercayaan kau hancur berkecai bagaikan gelas yang pecah..kau keliru. Tenang wahai bitara, ini baru permulaan…hahaha “ Cumi menggigit bibirnya seronok mempermainkan Haqq disitu yang sedang meraung kesakitan bagaikan dibakar api neraka.


"Kau akan terpecah, terpecah…sehinggalah kau sudah tidak percaya apapun. Segala kepercayaan kau hancur berkecai bagaikan gelas yang pecah..kau keliru."

Seterusnya Cumi meniupkan sesuatu di telinga Haqq. Haqq jatuh ke lantai. Dirinya naik semula dan turun lagi seperti dihempas2. Kali ini Haqq sangat sakit sehingga tiada lagi jeritan kedengaran,suasana sunyi itu gagal mendengar jeritan batinnya. Hanyalah tangisan Haqq mengalir laju. Tiba2 satu batu besar menghempap dirinya. Haqq terbaring lemah, jasadnya yang pecah berkecai tercantum semula. Ia berlaku berkali2. Sehinggalah dia sudah tidak mampu melawan walaupun di dalam hati.

Dia merangkak lemah. Dalam sedar dia merangkak sehingga tiba ke satu tebing tinggi, dia pun jatuh. Terhuyung hayang melawan kuatnya angin sehingga masuk ke dalam sungai yang sangat dalam dan gelap. Dia berenang2 seolah2 tiada tepinya. Dia sangat penat sampailah dia berhenti berenang,dia terapung sendiri. Dia mengeluh perlahan. Cubaan apakah ini. Haqq terlalu penat melawan.



"Kalau kau melawan, kau sendiri penat. Haha” Cumi terhibur."

Dia terapung sehinggalah kelangit tinggi. Tiba2 semua burung menghampirinya dan memakan dagingnya. Haqq menjerit2 kesakitan. Setiap kali dagingnya dicarik burung ia tumbuh semula. Proses itu benar2 mematikan jiwanya. Cumi yang seronok melihat kesengsaraan itu bertepuk tangan gembira. Selepas itu dia memusingkan tangannya laju. Ini sumpahan buatmu kerana degil. Dia masuk kebilik penuh cermin. Di cermin itu adalah pecahan diri2nya. Kesemua cermin itu berkata2 sehingga memekakkan telinga Haqq.

“ Senyap!!!!” Haqq naik berang dengan suara masing2 yang bingit. Kemudian semua mereka ketawa2 mengejek dirinya. Sepanjang dia berjalan melalui bilik itu, setiap satu mereka memegang dirinya. Ada yang menyentuh rambut, bahu dan juga tangan. Haqq benar2 rimas, tapi kakinya seperti automatic bergerak sendiri melintasi bilik itu. Dipenghujung bilik panjang itu, dia terbaring lemah. Satu persatu dirinya hadir dan keluar entah darimana. Mereka bergilir2 membelasahnya. Haqq mahu melawan tapi dia tiada tenaga untuk itu.


"“ Sebagai hidangan pencuci mulut, rasakan ini. “ Cumi menjilat2 jarinya sendiri."

 Sebagai jalan keluar, dia berkhayal sendiri. Kejap dia ketawa, kejap dia menangis, kejap dia meraung. Dia hampir sudah kehilangan dirinya sendiri. Kewarasannya hilang, dia sudah tiada disitu,kesedaran lapisannya itu melayang2 terbang dan ketawa gembira.

“ Sebagai hidangan pencuci mulut, rasakan ini. “ Cumi menjilat2 jarinya sendiri. Dia mengurung Haqq di dalam satu kotak yang hanya cukup untuk dirinya duduk memeluk tubuh. Proses ini paling lama sekali, tanpa makan dan minum, tanpa ruang untuk bertenang pun. Dia tidak boleh tidur, dia dalam kelaparan dan kepenatan. Matanya terbeliak sepanjang masa,dia sedang bermimpi di dalam jaga. Di dalam mimpinya itu dia diuji dengan perpisahan tanpa henti, berpisah dengan yang tersayang, harta benda kebanggaan dan juga dunia yang menggembirakannya. Cubaan ini telah mengalahkan jiwa berontaknya itu.

“Sudah-sudahlah.” Haqq berbisik lemah. Buih itu pecah. Cumi melompat2 keseronokan. Dia bertepuk2 tangan, dia tahu Haqq sudahpun menang di dalam cubaan itu apabila dia merendahkan ego dan mengarah semuanya supaya berhenti. Arahannya itu telahpun diterima sebagai satu perintah tulus buat matriks itu ketika jiwanya berserah sepenuhnya pada Yang Maha Agung.


"Cumi tersenyum menyatakan sumpahan nakal itu."


Cumi belum habis nakalnya, dia menyumpah Haqq dengan satu sumpahan halus.

“ Disebabkan keinginanmu, kamu akan dianugerahi dengan ilmu lorong diri. Tetapi ilmu ini terlalu dalam dan terlalu merata, sehingga kau merasakan kau terlalu bijak dan pandai dalam segalanya. Kau akan hanyut di dalam fasa itu, fasa melalui lorong2 diri yang tiada berpenghujung. Akhir sekali kau akan ketahui bahawa lorong itu bukanlah infiniti melainkan ia satu bulatan yang sangat besar. Disaat kau merasa tahu segalanya, kau kembali ke asalan semula. 


"Akhir sekali kau akan ketahui bahawa lorong itu bukanlah infiniti melainkan ia satu bulatan yang sangat besar."

Kau akan teruskan berpusing di dalam lorong donat ini dan merasa seronok dan bebalnya kesemua permainan ini. Setiap kali sifar bertemu satu, kau akan melalui siri2 nombor yang sangat panjang sehingga kau ketemu sifar semula bercampur satu yang bertambah2 bilangannya. Begitulah seterusnya sehingga jiwamu tidak temui kerehatan melainkan penat belaka. Ketidaktahuan dan pengetahuan akan kau rasakan sama sahaja, tiada kemanisan dalam keduanya. Setiap kali kau merasa tahu, benarnya kau tidak tahu dan setiap kali kau merasa tidak tahu, benarnya kau tahu. Kau akan keliru dengan jalanmu sendiri walaupun kau terlalu yakin dengannya. Dan ini adalah hukuman yang setimpal bagi sang bitara yang degil dan penuh rasa ingin tahu. “ Cumi tersenyum menyatakan sumpahan nakal itu.

Sebaik saja Haqq tersedar dari ilusi buih itu, dia terus pengsan.


"Kau akan keliru dengan jalanmu sendiri walaupun kau terlalu yakin dengannya. "


Dalam masa yang sama adiknya, Rahasya…

Buih kedua (Rahasya)

Rahasya berada di satu tanah gersang. Tiada sesiapa disitu. Kerana panasnya terik Mentari dia berasa sangat haus. Bagaikan telah berjalan sejauh apa, dia terbaring lesu. Ketika dia mendengar dirinya dipanggil, dia mengangkat kepala memandang. Tiada sesiapa. Dimana abang Haqq??? Rahasya bingung.

Bersambung…


"Ketidaktahuan dan pengetahuan akan kau rasakan sama sahaja, tiada kemanisan dalam keduanya."

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...