"Kini yang tinggal cuma aku seorang. Aku pandang sekeliling sambil terus berjalan mana tahu aku terjumpa sesiapa untuk aku bertanyakan tentang tempat asing ini. "
“Arghhh....kenapa tarik saya?” aku mula mengusap2 lengan kerana sakit ditarik sebegitu. Aku pelik kerana sekarang aku berada disatu tempat yang penuh dengan cahaya berkilau tetapi sangat menenangkan jiwa. Perasaan marah yang ada telah bertukar kepada rasa teruja dan terpaku. Aku kira ia seakan sebuah taman bunga yang penuh cahaya berkilau. Aku masih terpaku.
“Selamat kembali tuan puteri...izinkan hamba mengundur diri,tugas hamba telahpun selesai...” lelaki itu berkata-kata sambil berjalan menuju kerimbunan pokok sana. Pakaian lelaki itu layaknya pendekar dizaman dahulu kala.
“Tunggu,jangan pergi dulu! Beritahu saya apakah tempat ini?” aku cuba menghalang lelaki itu dari pergi. Malang sekali lelaki yang menarikku tadi telahpun lenyap disebalik rimbunan pokok sana.
“Isy,belum apa-apa da lari dulu...apa aku nak buat kat sini?oh Rin,maafkan aku...” aku menyesal dengan tindakanku tadi.
Jika aku tidak menumbuk cermin itu sehingga pecah,pasti aku tak perlu menyorok di dalam almari Maya,dan aku mungkin juga tak akan ditarik kesini. Aku benar-benar kesal.
“Ini semua pasal lelaki misteri tu...kau tunggu,sekali lagi aku jumpa,memang siap!” dendamku makin membara. Mahu ataupun tidak,aku harus terima bahawa kini aku didunia ini,dunia penuh bunga dan cahaya berkilau.
Aku lihat pakaianku sama seperti didunia cermin tempohari,cuma mungkin yang berubah adalah rambutku yang mengurai dihiasi indah yang penuh dengan bunga bermacam jenis. Hatiku mulai sejuk dan aku tersenyum manis. Aku itu bunga,bunga itu aku.
Kini yang tinggal cuma aku seorang. Aku pandang sekeliling sambil terus berjalan mana tahu aku terjumpa sesiapa untuk aku bertanyakan tentang tempat asing ini. Aku tersenyum lagi tatkala ternampak sebuah bakul rotan di sebelah pohon melur sana. Fikiranku berputar nakal.
“Hehe...” aku cepat berlari menuju kebakul itu layaknya si kecil berjumpa aiskrim. Perasaan kesal cepat saja bertukar kepada rasa gembira. Begitulah aku,terlalu gembira bila berdampingan dengan bunga-bunga.
Aku mula berjalan dengan gembira disamping bakul dilengan. Aku petik bunga dan mengumpulkannya di dalam bakul itu sambil menyanyi-nyanyi lagu kegemaranku Gurindam Jiwa.
“Tuai padi antara masak...esok jangan layu-layuan...intai kami antara nampak...esok jangan rindu-rinduan...batang selasih permainan budak...daun selasih dimakan kuda...bercerai kasih talak tiada...seribu tahun kembali juga...” sungguh senang hatiku. Bunga di dalam bakul sudah hampir penuh. Bunga kemboja berbagai warna,bunga melur,cempaka dan tanjung. Aku hidu sebentar dan tersenyum lagi.
” Harum sungguh” bisikku manja.
Aku sungguh terlupa tentang segala-galanya. Rin,Maya atau cermin. Semuanya tiada didalam fikiranku lagi. Kecantikan bunga dan keindahan taman ini benar-benar buat aku lupa keadaan yang telah terjadi. Setelah bakul itu penuh aku duduk sambil menaburkan semua bunga itu kerumput. Aku berbaring sambil dikelilingi semua bunga-bungaan yang telahku petik tadi. Kerana terlalu asyik dengan haruman,aku pun terus terlena.
******
“Nur???” macamana kau boleh ada kat sini?” ujar Rin sambil menggoncangkan badanku. Dia benar-benar pelik. Bukankah sebentar tadi aku tiada di dalam bilik ini?
“Hoi Nur!!!! Bangun cepat! Jangan buat-buat tidur pulak eh...aritu aku suruh bersihkan sawang kau tak buat kan???” sekali lagi Rin menggoyangkan badanku penuh geram. Tapi aku tetap seperti tadi,mata tertutup dan kaku berbaringan seakan sedang tidur dengan sangat lena.
Sementara itu di bilik Maya.
“Nur???” Maya mula menyelongkar seluruh bilik mana tahu terjumpa kelibatku. Aku tetap tiada. Dia bingung dengan segala yang terjadi. Dia terus kesal dan mahu berterus terang dengan Rin. Serba salah Maya jadinya. Airmatanya mula menitik deras. Sayang benar dia padaku.
Di bilik Rin.
“Nurrrr...kau bangunlah...jangan camniiii...aku maafkan kau ok?cermin tu nanti kita beli lagi...sawang ni semua aku tolong kau bersihkan...bangunlaaa....” Rin mula mengalah dan memujukku supaya bangun. Mukanya berubah pucat kerana semenjak dari tadi aku tidak terjaga walaupun letih Rin memercik air kemukaku.
Tok-tok-tok.
Rin yang sedang bersedih melangkah longlai kearah pintu untuk membukanya.
“Oh,kau Maya,maafkan aku tadi...aku ingatkan Nur kat bilik kau,rupanya dia ada kat sini...maafkan aku berkasar...” Rin yang masih bersedih malas mahu bertekak lagi dengan musuh ketatnya,Maya. Hanya satu difikirannya iaitu aku. Rin berjalan perlahan kearahku yang sedang lena berbaringan dikatil milikku.
“Nur kat bilik kau???” terkejut Maya sambil menolak keras Rin dan mencari kelibatku.
“Nur!!!kat sini kau rupanya...” Maya tersenyum gembira dan mula memelukku erat seolah kami baru berjumpa setelah sekian lama.
“Macamana kau boleh ada kat sini?wei Nur,bangunlaaa...” Maya juga menggoncangkan badanku sama seperti tingkah Rin sebentar tadi. Rin hanya memandang lemah.
Lama Maya begitu sehingga dia mula pelik dan memandang Rin. Untuk sekejapan mereka bertentangan mata. Masing-masing masih tidak dapat menerima situasi sekarang. Maya yang gelabah cepat-cepat menyuakan jari kearah ruang nafasku,dia mahu tahu status diriku. Aku masih bernafas. Lega.
“Aku tak tahu kenapa jadi camni...aku da cuba kejut dia dari tadi...selalunya Nur tak gini,dia sangat cepat terjaga dari tidur...aku tak tahu nak buat apa...” bicara Rin sambil duduk bersebelahan Maya. Dia benar-benar sedih. Airmatanya menitik deras.
“Kita cari warden,cepat!” Maya bergegas keluar pintu dan pantas menuju kebilik warden ditingkat bawah. Maya tidak menyangka permainan sorok-sorok tadi telah berubah kepada satu tragedi. Didalam hatinya berdoa supaya aku hanya pengsan.
******
“Tuan puteri...bangun sayanggg...” ujar seorang nenek tua sambil mengusap lembut wajahku. Aku yang terlena sebentar tadi kerana haruman bunga bingkas terjaga dan memandang nenek itu dengan wajah pelik. Nenek itu memandangku dengan wajah penuh rindu.
“Nenek siapa?cucu rasa kita seperti pernah bertemu...” aku ajukan soalan itu sambil bangun dan cepat-cepat mengutip bunga untuk diletakkan di dalam bakul rotan itu semula. Malu benar aku tertidur ditaman sebegini.
“Nama nenek,Melur sayangggg....” jawab nenek itu sambil tersenyum manis memandangku.
“Melur???hehe...macam nama bunga...nama cucu Nur...” ujarku memperkenalkan diri dengan penuh santun. Aku membalas senyuman nenek Melur.
“Ya...kamu puteri kami...Puteri Cahaya...selamat kembali tuan puteri...” ujar nenek itu sambil melutut sembah kepadaku. Kepalanya tertunduk hormat.
“Eh,nenek???jangan begini...cucu bukan puteri...nama cucu Nur,nekkk...cucu tidak kenal siapa Puteri Cahaya...” aku bantu nenek itu untuk bangun. Aku benar tidak selesa disembah sebegitu. Aku ini Nur,bukan puteri Cahaya.
Tiba-tiba.
“Tangkap mereka berdua!” ujar seorang lelaki bertubuh gempal segak berpakaian seperti seorang laksamana sambil mengarahkan sekumpulan pengawal berkuda menyerbu kami berdua.
Aku hanya mampu terkesima. Nenek jua begitu,tapi wajah nenek penuh redha seperti sudah mengetahui segalanya. Sikitpun nenek tidak melawan. Aku masih bingung dengan semua ini sambil cuba bergelut minta dilepaskan.
Bersambung...
"Kecantikan bunga dan keindahan taman ini benar-benar buat aku lupa keadaan yang telah terjadi. Setelah bakul itu penuh aku duduk sambil menaburkan semua bunga itu kerumput. Aku berbaring sambil dikelilingi semua bunga-bungaan yang telahku petik tadi. Kerana terlalu asyik dengan haruman,aku pun terus terlena..."
No comments:
Post a Comment