Dalam masa
yang sama…
“Ha ok bye…korang
pegilah dulu ek…sat lagi aku datang…aku nak habiskan assignment ni kejap. “
ujarku pada rakan2 sekuliah. Mereka semua melambai tangan dan masing2 bersurai.
Aku terduduk. Jantungku terasa dicucuk2. Entah kenapalah begini. Berpeluh2 walaupun di dalam hawa dingin kelas. Aku baru sahaja habis kuliah, duduk sebentar melayan komputer riba menyiapkan tugasan. Kerap kali begini. Kali ini terasa lebih perit. Tiba2…pandanganku kabur…
Aku tersedar
di dunia serba putih. Sekali lagi. Tapi kali ini tidak seronok kerana jantungku
terlalu sakit. Aku melutut dan wajahku berkerut menahan kesakitan. Tiba2 datang
lelaki misteri itu…dia mendekatiku dan membantuku untuk bangun.
Lelaki itu
berundur dan menjarakkan diri. Dia menutup mata dan satu cahaya hijau keluar
darinya. Satu batu kristal hijau keluar dari arah jantungnya dan dia memegang
batu itu kemas. Lalu dia mendekatiku dan memasukkan batu itu ke jantungku.
“Bunga itu
belum lagi bersatu dengan baik di dalam diri awak. Batu kristal ini akan membantu.
“ terlihat kekosongan diruangan dada lelaki itu. Aku memandangnya tepat mohon
penerangan. Kesakitan yang aku alami beransur2 pulih.
“Awak beri
sesuatu milik awak. Saya nampak ruangan kosong disitu, awak ambillah semula benda ni. “ ujarku. Lelaki itu menggeleng, dia tersenyum sambil menahan kesakitan. Baru kristal itu
adalah nadinya. Tanpa batu itu, lelaki misteri ini sentiasa akan merasa kekosongan
dan kesakitan. Jika dalam masa yang lama, ia akan memakan dirinya.
“Awak pakai
sebentar, sehingga awak pulih dan bunga itu tertanam elok dalam diri awak. “ ujar
lelaki misteri itu dengan senyuman.
“Ini tanda
minta maaf dari saya…” ujar lelaki itu memujuk. Aku memandangnya pelik.
“Apa salah
awak? Kejap…awak ke yang selalu bersuara minta maaf? “ aku jadi teringat suara
yang kerap kali bergema itu.
“Ya saya. Mana
boleh saya tenang disini selagi saya belum dapat kemaafan dari awak…saya agak
kesan tikaman itu membuatkan jantung awak belum begitu bersedia menerima keberadaan
bunga itu.” lelaki itu duduk dan memegang dadanya. Menahan kesakitan yang bukan
sedikit.
“Saya
selalu dapat dejavu pelik2. Ya! Tempohari saya Nampak saya tertikam diri
sendiri. Tentang kejadian itukah? “ lelaki itu mengangguk. Wajahnya sedih. Dahinya
berkerut menahan sakit.
“Awak ok
ke?” aku memegang lelaki itu. Risau. Lelaki itu mengangguk perlahan. Tak sampai
sesaat lelaki misteri itu lenyap. Dan aku? Kembali ke dunia nyata semula.
***
Di Dunia Cermin,
Inderaloka bawah, Istana Gerhana
“ Hitam,
ambil batu kristal ungu di dalam kotak sana. “ arah Haqq. Hitam menurut.
Lalu Haqq
meletakkan batu kristal ungu itu ketelapak tangannnya dan dia terkumat kamit
membaca sesuatu. Batu kristal itu terapung dan bercahaya. Berkilau2. Lalu baru
kristal itu menyelusup masuk ke dalam dada Rahasya. Rahasya terbangun dan
terbatuk2.
“Bagaimana
keadaanmu? Soal Haqq kepada Rahasya. Haqq membantu adiknya bangun dari
pembaringan. Wajah Rahasya berpeluh2. Dadanya kembali pulih. Dia memandang
abangnya pelik.
“ Kau
pengsan. Apa yang terjadi? “ Haqq mengesyaki sesuatu. Rahasya menggeleng. Sebolehnya
dia tak mahu berkongsi tentang perkara itu.
“Kemana
batu anahata mu pergi? Ruang situ kosong… “ Haqq memandang adiknya tajam. Rahasya
tidak menjawab, dia bangun dan bergegas mahu pulang.
“Adinda tak
boleh lama di sini, nanti ketahuan pula. Ingat janji kita. Jangan lakukan
perkara pelik2 pada puteri, hanya bantu dia untuk pulih ingatan dan ajarinya
ilmu kesaktian untuk hidup disini semula. “ pesan Rahasya. Dia mengambil pedang
dan busur panahnya, tak sampai sesaat dia sudahpun hilang bagaikan cahaya. Haqq
menggeleng. Adiknya ini terlalu suka berahsia. Rahasya, kau tak pernah berubah!
Apapun, Haqq
tersenyum puas. Tak lama lagi puteri akan datang. Dia perlu lakukan persediaan
awal menyambut kekasih hatinya itu semula.
***
Di atas pokok.
Rahasya tersenyum. Kejadian kebetulan tadi benar2 memihaknya. Itu bermaksud, batu anahatanya ada pada puteri. Secara tak langsung, mereka berdua telah bertukar hati. Rahasya yakin itu akan menjadi keramat supaya puteri tidak akan melupakannya sehingga bila2. Paling kurang, cukuplah sehingga dia datang menjemput puteri nanti. Untuk malam ini, Rahasya dapat tidur dengan lena. Ketiadaan batu anahatanya? ahhh itu perkara mudah. Esok dia akan bermeditasi untuk membina kembali batu anahata sementaranya. Rahasya tersenyum. Burung hantu yang memerhatinya semenjak dari tadi tiba2 terbang. Rahasya tidak sedar dia diperhati.
No comments:
Post a Comment