Thursday, May 5, 2022

Cermin 3 : puteri2...sifat degilmu masih tidak berubah...

 


pixabay

“Mungkin kesibukan zaman batu ini telah memudarkan memori kamu nak...kembalilah...”


Di satu siang yang panas terik...


Aku turun dari bas. Pandang kiri. Pandang kanan. Tiada kenderaan. Lintas. Aku duduk diperhentian bas sebentar memikirkan mahu kemana dibawa diri ini. Termenung aku sejenak keasyikan  melihat panorama alam dihadapan mataku kini. Berhadapan dengan sebuah ladang jagung yang besar dan dihiasi dengan sebuah tasik. “Tasik? wow...best ni kalau duduk tepi tasik mengelamun ni...aku tengok situ pun takda orang,okla on...” kataku sendirian sambil menuju ke arah tasik. Makin lama makin laju aku berjalan kerana terlalu girang layaknya si budak kecil yang menuju ke laut untuk mandi. Rutin harianku kekelas menjadikan aku selalu mencari cara untuk menghilangkan tekanan.


Sampainya aku disitu,aku mencari lokasi terbaik untuk duduk. Mencari tempat duduk ditepi tasik ini bukan semudah yang disangka. Punya ilmunya tersendiri. Banyak perkara perlu diambilkira contohnya kehadiran semut liar yang menggigit disekitar, keadaan pokok tempat berteduh; adakah rantingnya cukup kukuh selamat untuk aku bernaung dibawahnya?adakah dipokok itu punya sebarang haiwan yang menyusur senyap? Atau saja kemungkinan hadirnya burung yang sedang sakit perut lalu menjadikan tanah sebagai tempat untuknya membuang sisa buangan? Setelah penat aku meneliti kawasan,akhirnya aku pilih ruang tepi tasik dibawah pokok rendang ini.


Hatiku tertanya,”pokok apa ni ek...cantik je...bunga warna pink macam kipas rupanya...daunnya kecil,comel benar...” lupa. Ya aku lupa apa nama pokok ini. Mana tidaknya, di dalam kelas hortikultur hiasan kerja aku adalah tersengguk kekiri dan kekanan seolah sedang menari tarian lenggok kepala. Surat khabar yang baru kubeli tadi dijadikan tikar tempat aku duduk.


Dari kejauhan aku dapat melihat sebatang ranting besar. Fikiranku mula ketawa nakal lantas aku capai ranting itu sambil menjolok2 air tasik. Aku ketawa sambil bernyanyi2. Dalam masa yang sama tanganku sibuk menganggu ketenangan tasik ladang ini.“ Tanya sama pokok apa sebab goyang...nanti jawab pokok angin yang goncang....tanya sama angin apa sebab goncang nanti jawab angin tanyala awan....lalalala...” aku menyanyi seolah dunia aku yang punya. Setelah letih tanganku memegang ranting,ranting itu aku letakkan disisi lalu aku keluarkan buku nota conteng dari beg sandangku.


Aku tiup muka hadapan buku itu kerana daun yang baru saja jatuh telah hinggap disitu. Tiba2 aku pelik, daun itu seolah memukau pandanganku. Daun itu terbang melayang2 sehingga sampai kepada satu sudut tasik. Seorang nenek tua bertongkat telah mengambil daun itu lalu tersenyum memandangku. Rupa nenek itu seolah nenek kebayan. Menakutkan. “Eh,ini ke rupa nenek kebayan?seramnya...tapi...kenapa dia ada kat sini ek?setahu aku ini waktu lunch,nenek ni tak pegi makan ke...waktu begini selalunya kawasan camni takda orang..cuma aku jela yg gila lepak sini...hmm,pelik...” monologku sendirian.


“Puteri...apa khabar kamu nakkk...sudah lama nenek mencarimu sayang,disini rupanya kamu sembunyi..." nenek itu mula berbicara. Aku mula kaku. Pelik dengan setiap butir percakapan nenek misteri itu. Aku pasang telinga lagi.


"Kamu tahu puteri,ayahandamu terlalu rindukan kamu,usahla merajuk lagi...mari ikut nenek ya,kita kembali kesana...." sambung nenek itu dari jauh. Aku pandang sekeliling. Aku bermimpikah? aduh,gila.


"Sini bukan tempatmu,puteri...kau pasti letih melakukan segalanya sendirian...” sambung nenek kebayan itu  lagi sambil terbatuk2 tanda keletihan.


Aku terus mengerut dahi. Puteri? Aku pandang sekeliling,melihat jika wujud manusia. Kosong. Pelik. Sebelum sempat nenek itu mendekatiku,aku lantas berjalan kerana gusar nenek itu terjatuh. Keadaan tanah disini tidak berapa rata,aku kira senang saja bagi nenek kebayan itu jatuh. “Karang nenek ni jatuh dalam tasik,mati aku,sapa nak selamatkan? Aku ni dahla tak reti berenang,karang dua2 mati lemas,ah sudah....” aku sempat mengelamun sekejap membayangkan keadaan kami berdua menjerit kelemasan. Aku sempat tersengih.


“Nenek cakap dengan siapa ya? di sini cuma ada cucu seorang, lagipun nama cucu bukan puteri,nenek salah orang cucu kira,tak mengapala...nenek...maafkan cucu sekiranya bertanya...nenek ini datang dari mana...?jarang benar cucu dapat lihat pakaian seperti ini,layaknya pakaian istana dulu2...” panjang aku bertanya sambil memapah nenek itu kearah tempat dudukku tadi. Aku sempat menggayakan tangan seolah sedang berada di dalam pertandingan bercerita. Peliknya sikitpun aku tidak kaku berkata2 dengan nenek ini,seolah aku telah lama mengenalinya, semacam dia adalah nenekku sendiri. Pelik. Bahasaku juga seolah berubah menjadi lebih bersopan santun,malah aku seolah telah menggunakan bahasa lama. Ah,gila.


“Puteri,telah sepurnama kami semua mencarimu...kekandamu juga telah memerintahkan supaya dicari kamu disegenap negeri, akan diberi ganjaran bagi sesiapa yang berjaya, kami sangka kau masih berada disana sayang,tidak nenek sangka....” bicara nenek itu kesedihan sambil terbatuk2 kelelahan. Aku cuma terpaku mendengar. Tiada sebarang kata2 yang aku keluarkan. Aku cuma mampu tertunduk diam.


Suasana redup begitu hening sekali.


“Tidak nenek sangka puteri sanggup lari sampai kesini. Untuk apa disini wahai puteri yang kami sayangi. Sini bukan asalmu. Sini bukan tempatmu. Jika merajuk sekalipun,tidak layaknya kamu pilih zaman ini sebagai duduk diammu,sayang...” panjang lebar nenek itu memujuk. 


Aku seolah tergamam mendengar segala ceritanya. Seolah kami sedang berbicarakan tentang sesuatu yang penting. Aku juga tiada membantah, cuma mendengar dengan tekun. Sifat ‘rebel’ ku seolah pudar pabila berhadapan dengan nenek seorang ini.Tiba2 aku bersuara dengan airmata yang bergenang.


“Nek...disini cucu bukan sesiapa...bukan puteri nek...”aku mula tunduk lalu menangis. Panas airmata yang jatuh teruntai jatuh kelantai bumi yang diselaputi rumput2 hijau. Aku jadi bingung dengan diriku sendiri. Adakala aku seolah faham dengan butir bicara kami,adakala aku seolah orang gila yang berkata2 seorang diri. Segala kata2 yang meluncur dari bibirku spontan. Ya,segalanya spontan.


“Mungkin kesibukan zaman batu ini telah memudarkan memori kamu nak...kembalilah...”sambung nenek itu sambil mengusap belakangku.


Beberapa orang pelajar perempuan yang sedang berjalan menuju ke stesen bas berdekatan mula berbisik sesama sendiri. Pada mereka aku ini si gila yang sedang melakonkan watak teater mungkin. Berjalan memapah angin sambil berbicara. 


Aku diam. Lama merenung wajah tasik dihadapanku. Adakala aku berdiri. Adakala aku berjalan kehulu kehilir. Seolah berfikir tentang sesuatu yang sangat penting.Akhirnya aku duduk. Redup pokok telah membuatkan jiwaku semakin tenang. Dan, di dalam ketenangan itu,aku mula berkata2 kembali.


“Nek...disini cucu hanya manusia biasa...tiada dayang untuk disuruh,tiada nek...semua cucu lakukan sendiri...tapi cucu bangga...” luahku setelah sekian lama berdiam. Aku lihat nenek sedih, terus tangannya mengusap wajahku lembut. Secara tiba2 perasaanku terus bertukar serius.


“Nenek pulanglah...kirimkan salam beta pada ayahanda...katakan padanya belum masanya beta pulang...ada perkara yang perlu beta uruskan disini.” aku lantas bangun sambil berjalan pergi. 


Nenek yang masih ditempat tadi menggeleng. Perlahan dia berkata,”puteri2...sifat degilmu masih tidak berubah...” nenek itu tersenyum hambar lalu ghaib dan terus menghilang.


__________________________*****____________________________



“Wei,bangun2,subuh da ni. Kita punya kelas pukul 8 kan? Kelas Dr Siti pulak tu,baik ko bangun cepat, aku da tak larat asik kena bebel je datang lambat. Lagipun arini kena baja pokok, pengiraan lagi...banyak kejela,bangun cepat!” teman sebilikku Rin mengejutku bangun sambil bersiap2 mahu solat. 


Aku terkebil2 bingkas bangun dan mencapai tuala untuk kebilik mandi. Mimpiku sebentar tadi seolah khayalan dan membuatku jadi pendiam untuk sehari ini. Entah mengapa, perbualan dengan nenek misteri itu seolah mengamit memoriku. Pujukannya untuk aku pulang benar2 mengusik hati kasarku. Ya,hari ini aku diam tanpa sebarang kata2 dan usikan seperti biasa. Aku kerap termenung.


Kebelakangan ini terlalu banyak perkara pelik yang berlaku. Semuanya seolah memberiku petunjuk tentang sesuatu. Entah.


“Satu hari nanti kau akan mengerti...” berkata2 lelaki misteri itu dari dunia sana berlapikkan langsir umpama buih. Dia tahu segalanya. 

"Cinta mistik abadi,kekal selamanya....musim berganti tapi wajah takkan lupa...." 

-Asmaradana; Tiara Jacquelina-


Bersambung...

pixabay

“Satu hari nanti kau akan mengerti...” berkata2 lelaki misteri itu dari dunia sana berlapikkan langsir umpama buih. Dia tahu segalanya. "

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...