Thursday, May 5, 2022

Cermin 9 : Ini jasad kau,ini hati kau...ambil semuanya...aku tidak ingini...

pixabay

"Puteri,jangan hairan...ini semua cuma permainan maya,dalam maya tiada peraturan,semua boleh terjadi jika kita percaya dan esa izinkan..."

“Eh Rin,ko nampak tak kertas aku?isy mana pulak pegi ni...tadi ada...” aku gelabah sambil mencari2 kertas di dalam beg sandangku. Kertas itu adalah kertas contengan aku ketika di dalam kelas. Begitulah sikapku yang suka menulis puisi ketika pensyarah sibuk mengajar didepan. Aku mahu taipkan puisi itu nanti di bilik sebagai simpanan peribadi tapi tak sangka pula ia hilang. Habislah aku kalau Rin tahu hobi terlarang aku itu.


“Aku mahu kekasihku berada disini...disini di dalam dunia yang kosong yang wujud cuma kami...hehe...ini ke kertas ko?” Rin mula berjalan kehulu kehilir sambil terus membaca puisiku. Alamak,habislah aku!


“Wei Rin,tolongla bagi balik...itu kertas aku tuuuu...” aku mula merayu padanya. Mukaku betul2 malu ketika ini.


“Tidak hamba sangka,sahabat baik hamba sungguh bijak berpuisi...tunggu,akan hamba kirimkan ke majalah fakulti untuk dinikmati semua mereka...hohoho..” Rin mula ketawa berdekah2.


“Kurang asam...dahla...pegila hantar kalau kau berani!” aku mula bersiap untuk pergi. Sengaja aku memancing Rin. Aku tahu dia pasti kembali untuk meminta maaf.


“Wei Nur,sorila ek...aku gurau je tadi,tapi aku tak tipu,puisi ni memang best...” pujuk Rin sambil bersiap2 juga untuk pergi. Dia masih tergelak. Memikirkan puisi aku mungkin. Isy!


“Rin,ko baliklah dulu...aku nak lepak tasik jap...” ujarku.


“Wei Nur,ko ni suka lepak time2 gini...bahaya tau...sorang2 pulak tu...da nak senja ni tuan puteri oiii...” Rin menasihatiku.


“Alah baru pukul 6 kot...” jawabku.


“Sekalipun kau nak tunggu putera raja datang,bukan ini caranya,tiap2 hari mengadap muka tasik...ini gaya tunggu naga keluar dari tasik tuuuu...aku temanla!” bebel Rin.


“Yela2...jom!” aku mula menarik tangan Rin ke tasik tempat biasaku duduk termenung sambil berpuisi.


Aku mengambil ranting berdekatan sambil mengacau air tasik dan terus menyanyi lagu kesukaanku; tanya sama hati. Hampir terlupa aku kewujudan Rin disitu.


“Tanya sama hati...apa asal sayang...adakah tandanya nampak dipandang...” nyanyiku dengan senang hati, tiba2.


“Kumbang rayu bunga....bulan dan bintangnya....punya tanda2 hubungan mesra...hmm...puteri...maafkanku tentang tempohari...” satu suara menyambung nyanyianku.


“Eh?” aku memandang kebelakang,ku lihat wajah lelaki misteri itu sedang tersenyum.


“Macamana awak boleh ada kat...sini?Rin mana?”  aku mula melilau mencari kelibat Rin disitu. Rin tiada. Aku pandang keliling,semua manusia keliling pun tiada. Ah,pelik.


“Cuba lihat sana...” ujar lelaki misteri itu sambil tersenyum dan menunjukkan kawasan tasik seberang sana.


“Hah?” ujarku pelik. Mataku cuba menangkap kelibat manusia diseberang.


Disana aku dapat melihat aku dan Rin sedang duduk berbual...mesra sambil bergelak tawa. Aku mula hairan. Dunia belah sana dan dunia belah sini. Keduanya seakan cermin!  Ia cuma dipisahkan dengan tasik. Aku disini bersama lelaki misteri tapi dalam masa yang sama aku juga disana sedang bergurau senda dengan Rin.


“Aik???” bisikku.


 “Tadi aku tengok takda orang,sekarang ada pulak,lepas tu Rin dengan aku kat sana,jadi aku kat sini siapa?...magis ape ni???” bisikku lagi hairan.


“Puteri,jangan hairan...ini semua cuma permainan maya,dalam maya tiada peraturan,semua boleh terjadi jika kita percaya dan esa izinkan...sekali lagi,saya memohon maaf tentang tempohari...” lembut lelaki itu berkata2. Penuh sopan dan santun sekali.


“Lelaki ni aku bisik pun dia dengar...sibuk je...” kali ini aku berkata2 dalam hati. Takut didengar lagi.


“Tak perlu minta maaf...cara awak memandang sebenarnya tiada kaitan dengan saya...saya cuma datang untuk membantu...itu sahaja,lepas tu saya akan pergi...” jawabku. Sebenarnya aku masih marah,tapi entah mengapa,melihatkan lelaki misteri ini tiba2 sejuk pula hatiku. Dia siapa?


“Lagi satu,tak perlu berputeri2 dengan saya...rimasla...” ujarku sambil sibuk memandang dunia belah sana. Kelakar pula rasa hati melihat diri sendiri.


“Awak2,cuba tengok sana...kami nampak macam couple kan?hehe...saya sayangkan Rin,dia sahabat saya...” aku masih teruja melihat dunia sana. Apatah lagi mereka tidak nampak kelibatku. Fikiranku  mula berputar nakal.


Aku berlari kearah mereka,aku pasti mereka tidak akan dapat melihatku. Lelaki misteri itu melihat sahaja setiap perlakuanku. Dia tersenyum seperti tahu sesuatu.


“Aduh!” aku terjatuh terjelepuk ketanah. Sakit benar rasanya.


“Hehe...walaupun awak boleh nampak mereka,bukan bermakna dengan mudah awak dapat tembus kesana...ia ibarat hijab yang nipis tapi kenyal...” lelaki itu berkata2 sambil tergelak kecil. Suka benar dia.


“Kenapa tak bagitau tadi?sakit tau...” aku mengusap2 dahiku. Aku harap tiada benjol menyusul nanti.


“Awak tak tanya...hehe..” lelaki itu masih gelakkan aku. Entah apa yang kelakar sangat dimatanya,aku pun tak pasti.


Tiba2 ada sekuntum bunga jatuh dikepala lelaki misteri itu.


“Kejap! Jangan gerak...”aku ambil bunga itu lalu aku letakkan ditapak tanganku. Aku memang sebegini,terlalu teruja melihat bunga. Entah kenapa aku pun tak tahu.


“Sekarang beritahu saya,ini apa?” sekali lagi aku menguji lelaki itu. aku harapkan dia beri jawapan yang memuaskan hatiku. Aku letakkan ditelapak tangannya sama seperti malam kelmarin.


“Eh,bunga ni nak buat apa?cuma wangi dan indah tapi mudah layu...” lelaki itu memulangkan bunga itu kepadaku.


“Layu bunga itu pasti...tapi keindahan sementara yang bunga beri pasti awak takkan mengerti selagi awak butakan mata yang tuhan beri...” jawabku. Lembut teguranku.


Lelaki itu mula serius dan duduk memandang tasik. Dia benar terusik dengan kata2ku. Aku melihat lalu mengikut duduk disisinya.


“Jika awak menafi keindahan bunga,samalah seperti awak menafikan keindahan diri awak sendiri...itulah perlambangannya bunga yang saya beri...” sambungku lagi. Sengaja aku hujani lelaki misteri ini dengan pernyataan. aku mahu lihat reaksinya. Lelaki itu masih termenung melihat tasik sambil melempar batu.


“Benar...saya mengerti maksud awak,tapi saya sekali2 tak akan memuja sesuatu yang bukan abadi.” jawab lelaki misteri itu. Tegas benar kata2nya. Entah kenapa aku rasa tercabar. Bermain ego kami nampaknya.


“Keindahan bunga andai selama2nya juga tak akan mampu awak hargai jika pandangan awak kabur apatah lagi buta...” ujarku cuba bermain lumpur. Aku menyambung kata2 lagi.


“Kau memuja yang abadi,maka semua didepan mata kau benci,maka menjadilah kau seorang manusia yang buta dalam mencari erti...” aku mula ber’aku kau’ sebagai petanda marahku mula kepuncak tapi aku masih cuba mengawal. Kami seolah sedang berlawan menggunakan keris kata. Silatnya jelek benar dihadapan mataku.


 “Bau yang harum akan kekal selamanya dan bisa kuhidu walaupun mataku buta...tak bererti bagiku bunga yang indah tanpa haruman yang wangi...” balas lelaki misteri itu. Mukanya juga penuh keegoan tapi kelihatan dia juga mampu mengawal rasa.


“Sekalipun bunga itu mewangi,tidakkan mampu kau hidu tanpa deria yang peka...kerana haruman bunga itu rahsia...bukan kau tak tahu...” jawabku. Aku mula menjeling dan memandang jauh ketasik. Lelaki misteri ini benar2 mencabar diriku.


“Ku tahu jawapanku pasti dibenci setiap kali...tapi mahukah kau miliki bunga tanpa haruman wangi? ibarat jasad tanpa hati?” lelaki itu mula mengundur dalam kata2nya. Letih mungkin berlawan kata2 denganku.


“Ini jasad kau....ini hati kau...ambil semuanya...aku tidak ingini...apa yang ada padaku masih belum habis aku selidiki...” kasar jawapanku. Hatiku benar2 sakit. Entah kenapa ayat sebegitu pula keluar dari mulutku, aku pun tak pasti. Apa sebenarnya yang aku harapkan dari lelaki misteri ini?


Aku harus pergi dari sini sebelum marahku terus meledak. Kata2nya benar2 menyucuk hati perempuanku. Bagiku lelaki misteri ini datang lagi hanya untuk menyakitiku. Gembira agaknya dia?


Aku mula menutup mata dan cuba kembali bersama2 mereka iaitu Nur dan Rin. Sakit rasa badanku bila menyatu semula dengan Nur dari dunia sana. Aku buka mata semula.


“Wei Nur,ko kenapa tiba2 macam orang kena rasuk je...tengah2 bercakap tiba2 diam pulak...jomla balik...dah maghrib ni!” ajak Rin sambil berkemas2 untuk pulang. Mukanya pucat melihat aku begitu. Aku diam sambil terus mengikutnya pulang. Wajahku masih merah padam menahan kemarahan.


“Terima kasih puteri...ku pasti kau akan kembali...” ujar lelaki itu sambil berlalu pergi. Perasaannya bercampur baur antara kesal dan sedih.


Aku mengeluh,sekali lagi egoku dan lelaki misteri itu bertembung. Siapakah pemenang???


Bersambung....

pixabay

“Terima kasih puteri...ku pasti kau akan kembali...” ujar lelaki itu sambil berlalu pergi. Perasaannya bercampur baur antara kesal dan sedih."

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...