Saturday, June 11, 2022

Cermin 24: “maka bermulalah kisah antara kau dan lelaki misteri itu…” suara misteri itu bergema semula...

https://www.pexels.com/photo/a-man-in-a-fencing-mask-6831973/

"Aku memang alien. Sebab tu aku selalu fikir camana nak balik tempat asal aku. "

" Habis tu ko datang kesini untuk apa? "

“ Aku larikan diri..."

Di hadapan tasik, dunia nyata.

Rin duduk sebentar di tepi tasik mengenangkan Nur yang masih lagi belum bangun dari koma. Dia mengeluh. Dia mendongak dan melihat awan biru kesukaan Nur. Dia lalu teringat perbualan mereka beberapa bulan lepas.

 

“Rin, kau tau tak…bila kita lihat langit, benarnya kita sedang mengembara dalam ruang masa?”

“Ha? Maksud ko?”

“Yela ko mesti tau kan yang bintang2 di langit semuanya jauh bertahun2 cahaya dari kita. “

“Aku tak faham.” Rin menganga dan keluarkan muka kelakarnya. Aku tergelak sahaja. Minah ni kalau tak buat muka sengal tak sah. Haha. Aku menggeleng geli hati.

“Apelah ko ni. Ko tau tak kemungkinan bintang yang berkelip waktu malam tu dah tak wujud lagi…atau…mungkin juga belum wujud?” Rin kerut dahi. Betul ek?

“Habis tu kita ni kira sedang lihat masa lepas dan masa depan ke camana? “ soal Rin teruja.

“ Lebih kurang camtulaaa…ko percaya pada alien?” soalku.

“ Mestilah. Yang kat sebelah aku ni kan dah perangai serupa alien juga. “ ujar Rin selamba. Aku ketawa besar. Dah semakin lali dicop dengan gelaran itu kerana sikapku yang tidak berapa gemar bergaul dan juga suka berfikir perkara pelik2 yang adakala jauh melangkaui pemikiran normal seorang manusia.

“ Aku memang alien. Sebab tu aku selalu fikir camana nak balik tempat asal aku. “ tiba masa aku pula menjawab dengan selamba. Rin disebelah angkat kening terkejut. Dia ingat aku serius agaknya. Geli hati aku jadinya.

“ Habis tu ko datang kesini untuk apa? “ Rin geram.

“ Aku larikan diri. Dunia sana bosanlaaa…tapi dorang kat sana sume cantik dan hensem belaka ko tau? Ko janganlah terpedaya dengan dakyah2 mengarut yang menyatakan alien tu buruk. Haih…dorang tu dah macam dewa dewi tau…” aku sengaja buat cerita. Seronok pula layan muka selenge si Rin ni petang2 gini.

“Dewa dewi? Ko tau tak itu semua cerita sesat? Ko jangan macam2 Nur. Aku rasa dah berjuta kali aku nasihat ko jangan pelik2 semua. Fokus dalam study kita Nur. Habis degree kita keje dan kawin. Ko taknak camtu ke? “

“ Itu memanglah semua orang pun nak. Tapi kalau tiba2 ada alien datang culik aku, ko takut tak? Ke ko nak aku ajak ko sekali pi planet lain? Haih…kalaulah ko jumpa alien yang hensem2, aku berani kerat jarila yang ko mesti taknak balik bumi da! Hahahahaaa..” aku mengekek ketawa. Tahu benar sikap Rin ni. Memang pantang dengar dan tahu kewujudan mamat hensem. Rin teruja sambil tolak2 badanku. Seronok benar nampaknya dia. Ee miang minah ni tau. Hehe.

 

Hujan menitik…Rin tersedar dari lamunan panjangnya. Segera dia bergegas untuk pulang. Hujan yang menitik seperti mengetahui gundah hatinya. Tanpa sedar Rin sebak. Kalaulah dia tahu alien mana yang culik semangat Nur, pasti dia akan belasah alien tu separuh mati. Aku rindu ko Nur! Walaupun kau sengal, tapi muka kelakar kau tu, aku susah nak lupa. Dari sebak dia terasa mahu ketawa teringatkan perangai Nur yang juga tak ubah seperti alien. Aku rasa alien bukan culik kau Nur, tapi dorang cuma panggil sedara mara dia balik je. Eh, apa aku mengarut ni? Rin ketawa sendiri. Nampaknya dia juga dah semakin kuat mengelamun sama seperti Nur dahulu. Perangai Nur pelan2 menjangkit ke dirinya jua.

 

 Di kamar Dr. Hakimi.

Dia menyelak mukasurat seterusnya diari Nur.

 

“ Harini aku bertemu mamat sengal tu lagi. Geram betul dengan dia tu. Tak habis2 cari gaduh. Dia ingat dia bagus sangat ke. Kalaulah aku boleh capai telinga dia tu, memang aku nak piat2 sampai merah. Geramnya.  Dunia hitam putih, dunia cermin. Semua dia sapu. Jenis alien apa dia tu? Entah2 dia memang alien tak? Jadi kira betullah dalam imaginasiku bahawa alien tu sebenarnya hensem! Huh.. Rin2 aku cakap aritu ko tak caya…tapi kejap, kalau lelaki misteri tu alien, dia datang dari mana? Aku kena siasat ni, yela mana tahu dia kenal dengan sedara mara aku daripada dunia alien juga. Bolehla aku tumpang kirim salam. Hahahahah…“

Dr. Hakimi ketawa kecil. Terasa seperti dengar Nur berkata2 dalam hati. Kelakar juga Nur ni. Bisik hati kecilnya. Alien? Nur diculik alien tak? Eh, apa aku merepek ni. Tapi siapa mamat ni? Hmm. Cik Rin mesti tahu. Nanti aku tanyakan. Suara hatinya. Dia semakin terasa tidak puas hati bila terbaca tentang kewujudan seorang lelaki pelik di dalam diari Nur.

 

https://www.pexels.com/photo/unknown-person-in-white-top-1760459/

"Bangun, bangun…” suara perempuan tua serak dari dalam telefon itu."

"Kelihatannya ada sebuah keluarga kuning sedang duduk menungguku"

"Kami dari selatan ada hajat wahai tuan puteri. Mohon dipandu akan permasalahan negeri."

"Aku menghilang dengan sekali imbas. lenyap."

Suatu pagi. Kejadian sebelum peristiwa koma berlaku. Di bilik Nur.  

Aku terkejut dari tidur. Berpeluh2. Bermimpi dikejar oleh sekumpulan manusia memenatkan. Mimpiku sejak kecil. Dicari dan dikejar. Bersembunyi dari entah siapa. Aku termenung memandang siling. Cahaya bulan dari luar tingkap kelihatan bersinar. Aku melirik jam dinding. Baru pukul 4 pagi. Rin disebelah sedang tidur lena. Tiba2 suara tadi terngiang2 semula.

“Maka bermulalah kisah antara kau dan lelaki misteri itu…” suara misteri itu bergema semula dalam fikiranku. Bingung maksud ayat itu. Aku memicit kepala yang mula sakit. Setiap kali bermimpi dikejar mesti aku pening kepala. Aku ni sebenarnya lari dari siapa? siapa mereka semua yang dalam mimpi2ku selama ni? Apa yang dorang nak sebenarnya? Tiba2 jantungku menyucuk2. Ini juga perkara yang sudah lali kurasakan. Sakit yang entah apa. Bila aku buat pemeriksaan semua elok sahaja. Angin agaknya. Begitulah aku fikir sejak lama dahulu. 

Tiba2 telefonku bergetar. Aku lihat nombor tidak dikenali sedang memanggil. Eh, siapa yang call memalam buta ni? Aku angkat.

“Bangun, bangun…” suara perempuan tua serak dari dalam telefon itu. Aku mengerut dahi dan bertanya pelik, siapa yang sedang bercakap ni? Soalku. Diletak. Ya panggilan itu tamat. Aku lihat semula daftar panggilan. Eh tiada. Eh mana perginya nombor tadi?

Aku mengusap rimas muka dan rambutku. Semenjak lelaki misteri ni datang dalam hidup aku, terlalu banyak benda pelik yang aku alami. Aku terasa seperti orang sewel. Aku jadi teringat mimpiku beberapa bulan lepas. Di dalam mimpi itu…

Aku memakai baju hitam berselubung, kelihatan seperti seorang wanita misteri. Aku datang dengan kepulan asap wangi. Kelihatannya ada sebuah keluarga kuning sedang duduk menungguku. Pawang yang menyeruku menunduk tanda hormat. Aku senyum sinis. Kenapa? Soalku padanya. Kami dari selatan ada hajat wahai tuan puteri. Mohon dipandu akan permasalahan negeri. Kami buntu. Aku ketawa kecil. Bukankah kalian bijak belaka? Mengapa baru kini memanggilku? Soalku serius. Kami sedang dalam masalah besar. Bantulah kami. Aku mendengar teliti. Aku beri jalan keluar, mereka dengar dengan tekun lalu Mereka ucapkan terima kasih. Aku menghilang dengan sekali imbas. lenyap.

Jantungku menyucuk sekali lagi. Terasa pedih benar. Siapa mereka dalam mimpi pelik ini? Keluarga kuning dari selatan? Ahhh lantaklah. Mainan tidur begitulah. Dalam mimpi siapa saja boleh jadi hero. Tiada apa yang pelik. Apatahlagi sifatku yang suka berkhayal, bertambah2 meyakinkanku semua mimpi2 pelik ini cumalah ulang tayang dan simbolik kelakar tentang kekusutan memoriku. Dicampur baur dengan angan melalutku untuk menjadi ala2 tuan puteri zaman dahulu. Dalam aku mengelamun, aku tertidur kembali.

 

***

Dalam masa yang sama.

Nenda Melur terbatuk2. Dia semakin kurang tenaga kebelakangan ini. Untuk berinteraksi dengan tuan puteri yang sudah di alam lain, bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan tenaga yang bukan calang2. Dia mula berfikir bagaimana mahu kedunia sana. Walaupun cuma sebentar dia perlu berkomunikasi berdepan untuk kembalikan memori Puteri Cahaya. Berinteraksi melalui talian cermin begini, terlalu memakan tenaga tuanya. Fikirannya mula ligat fikir cara. Memanggil semangatnya pulang? Atau menyedarkannya tentang penipuan dunia nyata itu? Atau bagaimana? Nenda Melur fikir cara memanipulasi teknologi cermin dan ilmu sakti bayang.. Apa cara terbaik? Dia bergegas mencari Nilam Mawar. Anak muridnya yang setia. Dia mula merancang sesuatu. Mungkin tenaga tuanya dapat dipulihkan dengan bantuan Nilam Mawar yang semakin tamat menguasai ilmu sakti bayang. Dia mengeluh. Kalaulah puteri masih ada, pasti dia dapat habiskan menguasai ilmu sakti cahayanya. Malah jika dia tamat belajar tempohari, pastilah tak akan semudah itu dia kehilangan memori. Kini semakin payah kerjanya. Bunga tak guna! Dia teringat bunga kemboja putih itu. Dia perlu berjumpa Raja Cermin dan memujuknya untuk melupuskan semua kemboja putih yang wujud di Inderaloka ini. Dek kerana bunga itulah segala rancangannya musnah sekelip mata. Nenda Melur perlukan ilmu sakti cahaya itu. Jika tidak dia akan terus menua dan mati. Dia begitu rindukan kecantikan masa mudanya.

Dalam diam, Nenda Melur menyimpan dendam. 

Dendam yang hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Kisah silamnya terimbau. Di dalam Inderaloka ini hanya Puteri Cahaya yang mampu menamatkan perguruan ilmu itu. Dia sangat memerlukannya. Ilmu rebutan para penimba ilmu sakti. Hikayatnya ilmu itu akan menjadikan pemiliknya kekal abadi dan tertinggi dalam ilmu kesaktian. Terlalu penat. Nenda Melur terlalu penat untuk bersandiwara di hadapan semuanya. Dia terbatuk sekali lagi. Kali ini darah hitam keluar. Dia mengawal nafas dan cuba bertenang. Bersabar Melur. Kemboja tak guna! Nenda Melur emosi lagi. Dia melolong seperti serigala. Dia bertukar menjadi serigala jadian dan bergerak pantas menuju kamar Nilam Mawar. Tiada siapapun perlu tahu siapa dirinya! Nilam Mawar? Dia hanyalah bonekaku. Bisik Nenda Melur di hati kecilnya. 

Bersambung...


https://www.pexels.com/photo/selective-focus-photography-of-woman-lying-on-flowers-3404200/

"Kini semakin payah kerjanya. Bunga tak guna! Dia teringat bunga kemboja putih itu. "

  "Dek kerana bunga itulah segala rancangannya musnah sekelip mata."

"Di dalam Inderaloka ini hanya Puteri Cahaya yang mampu menamatkan perguruan ilmu itu. Dia sangat memerlukannya. Ilmu rebutan para penimba ilmu sakti."





No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...