Thursday, May 5, 2022

Cermin 7: Awak? awak ke tu???

 

pixabay

"Aku mula bangun dan memandang kekiri dan kekanan. Berjalan kehulu kehilir. Setiba aku disebelah cermin,suara itu kedengaran lagi."

Mimpiku semalam buat aku jadi seperti manusia khayalan sekali lagi. Aku masih keliru,itu memang mimpi,tapi kenapa ia seakan benar? Malah ketika aku terjaga dari tidur,aku masih dapat rasa badanku basah terkena tempias hujan. Ah,peluh mungkin. Aku sekadar menyedapkan hati sendiri. Kebelakangan ini mimpiku semuanya seakan bersatu untuk memberi aku petunjuk tentang sesuatu. Setiap satu seakan berkait. Aku pandang langit. Kosong, pandanganku kosong. Aku tak punya sebarang idea tentang semua itu. Aku ini puteri?


“Hoi,ko menung ape?” tegur Rin sambil menyuakan segelas teh o ais buatku.


“Oh Rin..aku berangan putera raja datang meminang,haha...” sengaja aku melawak dengan Rin,aku tau dia pasti sakit hati dengan perangai aku yang suka berangan. Aku tarik teh o ais yang disuakan.


“Hek eleh,manela ada putera raja nakkan perempuan macam ko...masak pun tak reti...ape ko tau?Cuma berangan jeeee...haha” tiba giliran dia pulak menyakitkan hati aku. Aku mula geram. Walaupun aku selalu makan masakannya tapi bukan bermakna aku tak tahu memasak. Cuma tak pandai sahaja.


“Putera raja mesti akan ada “dayang” dia sendiri kan?ko jangan pandang rendah kat aku tau... manela tau kan impian aku jadi kenyataan gak nanti...oh puteraku.....”aku mula berangan lagi sambil menyedut teh o ais. Sesuai benar dengan musim cuaca panas begini.


“Perempuan ni kejap bercakap kejap berangan...lebih baik ko masuk teaterla Nur oii...ko amik watak joyah yang suka berangan...aku rasa memang sesuaila sangat dengan ko!haha...”sedap benar dia mengutukku. Aku tepuk badannya berkali2 tanda geram.


“Heh,nasib baik aku tepuk je,kalau aku tendang karang masuk longkang terus...tapi kalau aku tendang sapa nak jadi pembantu peribadi aku nanti?sape nak uruskan semua jadual belajarku?ah,tak boleh2...” aku berkata2 di dalam hati. Aku mula tersengih membayangkan aku terkial2 menyiapkan tugasan sendiri sambil membetulkan cermin mata.


“Wahai cik Nur,bole tak ko jangan asik berangan je?ni ha...assignment belum siap ni...lusa da nak kena present...putera raja tu ko hantar pegi istana dia dulu,kau tu...datang sini...kedunia nyata!”pahaku ditepuk. Aku mula tersedar dari angan2ku sendiri.


“Ok2,ape aku kena buat ni?malasnye aku nak present lusa...nanti mesti ade je yang Dr.Siti komen...gambar sengetla...rujukan tak cukupla...sampaikan tudung aku senget pun dia nak komplen?adoi...”aku mula membebel sambil mengusap dahi tanda geram. Pensyarah aku yang seorang ni memang pelik sikit perangainya. Ada saja yang tak kena dimatanya. Cerewet sangat.


“Haha,nasibla ko Nur...dia minat ko tu...sebab tu sampai tudung pun dia komplen...dah2...daripada ko mengomel macam minah senget,lebih baik ko tolong aku kira baja ni...bagitau aku berapa kadar N,P dan K..cepat!” giliran Rin membebel macam mak nenek. Aku hanya mencebik. Rin memang selalu menganggu angan2ku.


Selepas kami menyiapkan tugasan, aku mula bertanya pada Rin tentang segala peristiwa yang aku alami kebelakangan ini.


“Rin,aku nak tanya sikit leh?” aku mula bertanya.


“Tanyalah...aku kan kaunter pertanyaan...”ringkas jawapannya. Cukup buat aku mencebik sambil tersenyum.


“Rin,kau rasalah kan, wujud tak situasi kita pergi kedunia lain?bukan setakat kita pergi dalam mimpi je,tapi ini melibatkan realiti...alam ilusi...ko pernah dengar konsep maya tak?” aku cuba wujudkan situasi.


“Ntahla Nur,aku rasa bole je kot...nape ko tanya?teringin pergi zaman Hang Tuah kee...muka ko ni layak pergi zaman Tok Kadok je...haha” Rin cuba melawak denganku. Dia cukup tahu yang aku meminati cerita zaman Kesultanan Melayu Melaka.


“Teringin gak...ko ni kan...aku tanya last2 nanti aku jugak jawab sendiri...takda beza pun kalau aku cakap sorang2...” aku mula merajuk. Nasib baik Rin merupakan pembantu peribadiku. Jika tidak,teringin juga aku membalas perliannya itu. Emak aku pernah berpesan, hati orang kita kena jaga.


“Rin,kalau aku kata aku pernah jumpa seorang lelaki yang bukan hidup pada realiti,ko percaya tak?” aku mula menguji kepercayaan Rin.


“Maksud ko? Ko biar betul Nur...hantu ke?” Rin mula mendekatiku. Dia memandang kekiri dan kekanan. Mukanya penuh resah.


“Isy ko ni! Bukanlah...jangan mengarut boleh tak? Ni da dekat senja ni...” aku pun mula mendekatkan diri dengannya sambil berlakon seolah2 takut. Saja mahu melayan kerenah Rin sekali sekala. Walaupun kami selalu bertengkar tapi sebenarnya aku sangat sayangkan dia sebagai sahabat setiaku.


“Ok2,Nur...ko jumpa lelaki tu katne?jika bukan pada realiti?dia ajak ko masuk hutan kee...?” Rin mula bertanya padaku dalam nada ketakutan. Serba salah aku jadinya.


“Dia cuma datang dalam ilusi aku. Aku pun tak tahu camne nak cerita...mula2 dia ajak aku masuk dunia dia...lama2 dia berani masuk realiti aku...yang peliknya,aku dan dia mudah sangat mesra,macam kenalan lama pun ada...kadang aku sendiri pun tak faham...” aku mula termenung mengenang semuanya terutama kali terakhir kami bertemu secara realiti. Tapi malangnya akhir sekali kerana kecabulan mulutku dia pergi bawa diri. Entah. Eh,sekejap. Aku tiba2 teringat sesuatu.


“Tapi semalam aku mimpi dia wujud sebagai suara hati aku! Baru aku ingat...ini lagi satu perkara pelik...siapa dia?Eh,dia hensem ko tau tak?hehe...” aku mula mengusik Rin. Aku kenal benar dengan Rin,teruja benar dia dengan lelaki hensem.


“Yeke???! Wei...kenalkanlah dengan aku...aku serius niii...” Rin mula menunjukkan reaksi positif. Dia menggoncangkan tanganku. Suka benar dia. Aku mula terkekek2 gelak.


“Ko ni kan...abis tu si Ehsan tu nak letak mana?dalam poket kau?jadi sparepart ke?” aku cekak pinggang berpura2 marah. Aku faham benar sikap Rin. Dia memang begitu,tapi hatinya baik. Ramai rakan sekuliah yang membencinya tapi tidak aku. Aku sentiasa mendoakan satu hari nanti Rin akan berubah dan bertemu dengan lelaki yang baik dan mampu membimbingnya.


“Ala...yang tu aku pass kat ko la...ok?hehe...” begitulah jawapan Rin setiap kali soalan yang sama aku ajukan. Rin2,aku sayangkan kau!


“Wei Nur, kali ni aku serius,sebagai kawan,aku nasihatkan kau berpegang pada realiti. Ilusi banyak permainan dan tipu helahnya. Syaitan tu semua! aku taknak kawan baik aku sesat...ko dengar tak???” Berkobar2 Rin menasihati aku. Aku cuma mampu tersenyum kerana kerap kali itulah juga rasionalku  cuba bersuara. Ya,lupakan semua Nur!


_________________*****_____________________


Malam itu selesai menyiapkan tugasan aku mula termenung. Rutin harianku setelah seharian sibuk menjalankan tugas seorang pelajar. Hujung minggu begini, Rin selalu pulang kerumah bergembira bersama keluarga. Aku begini saja. Setiap minggu aku pulang, jadi minggu ini aku mahu bersendirian. Aku masih termenung sendirian dikatil. Bila aku hampir terlelap.Tiba2.


Kedengaran satu suara tangisan dari sisiku. Ia sepertinya suara seorang lelaki. Aku mula memasang telinga. “Aku macam kenal suara ni...macam suara...! Ya aku pasti!” aku mula bermonolong sendiri. Makin lama suara itu makin sayup dan menghilang. Aku cuba memandang sekeliling,aku masih di bilikku. Tapi,dari mana suara itu datang?


“Awak?awak ke tu???” aku mula mencari2 dari mana suara tangisan itu datang. Aku mula bangun dan memandang kekiri dan kekanan. Berjalan kehulu kehilir. Setiba aku disebelah cermin,suara itu kedengaran lagi. Kali ini suara itu mula berkata2 sendiri dalam nada sedih. Aku dapat rasakan yang lelaki ini tidak perasan kehadiranku. Sepantas kilat aku memandang cermin.


Bersambung...

pixabay

"Kedengaran satu suara tangisan dari sisiku. Ia sepertinya suara seorang lelaki. Aku mula memasang telinga. “Aku macam kenal suara ni...macam suara...! Ya aku pasti!” aku mula bermonolong sendiri. Makin lama suara itu makin sayup dan menghilang.."


No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...