Tuesday, July 12, 2022

Cermin 31: “Sabar wahai adikku. Darah mudamu terlalu menggelegak..."

 



"Dia terlalu terasa bersalah selepas puteri lari ke lorong rahsia dunia Cermin. Lalu dia lahir ke dunia moden. Nasib baiklah dia bijak menyiasat." 

“Kenapa datang kesini wahai adindaku Rahasya?” soal Haqq. Setelah kepenatan bertarung tadi mereka duduk menyebelah di tepi sebuah tasik. Bersantai mengambil angin petang. Rahasya diam. hanya termenung melihat tasik. Dia lalu teringat peristiwa Bersama puteri di tepi tasik. Dalam diam dia tersenyum seorang. Haqq yang di sebelah pula entah apa yang difikirkannya. Suasana senyap seketika. Masing2 melayan perasaan dan suasana hening tasik yang cantik. 

“Abang Haqq tahukah apa yang sedang terjadi di Inderaloka atas?” soal Rahasya setelah lama terdiam. Haqq mengelus lembut rambutnya. Sebolehnya dia malas ambil tahu kecuali perihal puteri sahaja. Urusan kerajaannya saja sudah menyibukkan dirinya. Dia mengeluh perlahan. 


"Akhirnya dia mengakui, tindakan gila puteri tempohari benar2 bijak, kerana bunga itu takkan dapat berfungsi sepenuhnya tanpa kehadiran tuannya yang hak. "

“ Jadi, sekarang puteri di mana?” Haqq bertanya perlahan. Rahasya menarik nafas panjang sebelum menjawab lebih lanjut tentang masalahnya kini. Berat baginya. Terutama bila terfikir risiko yang ada. Dia terlalu terasa bersalah selepas puteri lari ke lorong rahsia dunia Cermin. Lalu dia lahir ke dunia moden. Nasib baiklah dia bijak menyiasat, jika tak, sampai bila2 dia fikir bahawa puteri sudah mati untuk selama2nya! Dia mengeluh, kali ni agak kuat sehingga kedengaran di telinga Haqq. Dia tahu, jika dia kesini itu bermakna dia sudah berani mengambil risiko besar ini. Iaitu akan berlaku perebutan antaranya dan abangnya Haqq! Kisah silam antara Haqq dan puteri menakutkannya. Ahhh, persetan itu semua! Jika aku tidak mengambil langkah ini, kesannya akan lebih besar lagi! Untuk terus membiarkan puteri hidup di zaman moden, itu lebih merbahaya kerana dia takkan dapat sepanjang masa menjaganya. Bagaimana jika musuh menjumpai puteri dan menggunakan dia untuk memanipulasi bunga larangan itu? Akhirnya dia mengakui, tindakan gila puteri tempohari benar2 bijak, kerana bunga itu takkan dapat berfungsi sepenuhnya tanpa kehadiran tuannya yang hak. 


"Ahhh, persetan itu semua! Jika aku tidak mengambil langkah ini, kesannya akan lebih besar lagi! "

Haqq menepuk bahu adiknya itu. Rahasya tersedar dari lamunan panjang. Aduh! Semenjak kejadian tertikam puteri tempohari, dia kerap termenung sebegini. 

“Puteri tidak lagi di sini. Dia di dunia moden. “ Rahasya terpaksa jujur. Haqq terkejut. 

“Bagaimana puteri terlepas sampai ke sana? Apa yang terjadi? “ Haqq terlepas berita ini. Mungkin disebabkan baru2 ini dia sangat sibuk dengan urusan pemerintahan Inderaloka bawah dan dalam siri peperangannya meluaskan kuasa. Dia menyesal. Nasib baiklah Rahasya datang dan berkhabar. Haqq mula risau. 

“Raja Cermin mengasingkan puteri ke atas Gunung Sulochana. Puteri dah jumpa bunga larangan itu. “ Haqq melopong. Bunga itu! Bunga lagenda yang dikatanya jika dijumpai pemiliknya yang hak akan mampu menggoncang  seluruh loka dan menggegar dunia kejahatan! Haqq telan air liur. Bagaimana dia boleh terlepas berita menggemparkan ini! Dia mendengus marah. Dunia kejahatan adalah di bawah kekuasaannya, ini bermakna jika puteri disalah guna demi memanipulasi kehebatan bunga larangan itu, kerajaan Inderaloka bawahnya juga bakal hancur! Haqq menggelabah. Pasti ini rancangan Raja Cermin untuk menentangnya! Tidak habis dengan merampas puteri darinya, ayahanda puteri itu nampaknya bercita2 lebih besar, iaitu menjadi penguasa besar seluruh loka! Haqq mula memahami duduk perkara dengan lebih jelas lagi. Patutlah setelah sekian lama, adiknya Rahasya kembali bertemunya, rupanya ini melibatkan masa depan Inderaloka sebagai salah satu loka yang dihormati di seluruh dunia ghaib. Tidak boleh jadi ni. Haqq dengan muka serius, memandang Rahasya. 


" Baik, abang janji. Abang janji akan jaga puteri baik2. Terima kasih atas tugas indah ini. “ Haqq kenyit mata nakalnya itu."

“Jika adinda kembalikan puteri kesini, abang Haqq kena sembunyikan puteri. “ Rahasya memandang abangnya tepat. Memohon pertolongan. Haqq senyum lebar. Itu sudah pasti! Tak perlu disuruh pun. Rahasya pula telan air liur. Dia Nampak kegembiraan yang ada pada wajah abang Haqq nya itu. Dia mula risau. Aku buat kerja, dia pula tuai hasil! Rahasya sudah kira risiko ini, tapi untuk dia sendiri menjaga puteri di sini, itu bermakna dia terpaksa membuka identitinya di hadapan Raja Cermin! Itu lebih gila! 

“Boleh.” Jawab Haqq laju. Rahasya bengang sebenarnya tapi dia memandang gambar besar yang ada di dalam masalah ini. Kerana itulah dia masih lagi disini bersabar Ketika melihat abangnya tersenyum dan tersengih2 begitu. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah riak wajah Haqq sekarang. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia terajang abangnya ini, tapi dia harus bersabar demi sebuah perancangan. 

“ Jangan buat apa2 dengan puteri. “ Rahasya memperingatkan. Haqq ketawa kecil. Terlalu banyak perkara yang telah diimaginasikan tadi. Haqq menahan dirinya dari ketawa yang lebih besar. Dia tahu adiknya sedang sakit hati. 

“Susah juga abang nak janji berkenaan itu. “ Rahasya seraya bangun bila terdengar pengakuan ikhlas abang Haqq nya itu. Haqq sudah tidak tahan. Kali ini dia ketawa besar, malah mengekek2! Rahasya memegang kolar baju abangnya dan serius. Dia sudah agak abangnya ini takkan lepaskan peluang keemasan sebegini! 

“Abang Haqq, Rahasya datang kesini bukan untuk menyerahkan puteri sepenuhnya kepada abang, jadi jangan terlalu perasan dan berbuat sesuka hati! “ Rahasya hampir saja menjerit. Berombak kencang dadanya menahan sabar dengan perangai nakal abangnya ini. Dia kenal sangat! Dia cuma sudah hilang cara, jika tidak, tak mungkin dia meminta tolong abangnya ini yang sudah2 tentu menyimpan perasaan terhadap puteri. Tidak termasuk kisah silam mereka lagi. Apa Haqq ingat semudah itu dia melepaskan? Tidak mungkin! 

Haqq pula tidak takut dicekik kolar sebegitu. Dia malah menyambung ketawa besarnya. Adiknya ini terlalu serius! Sudah tentulah dia akan menjaga puteri dengan baik, kekasih hatinya kan tu! Apelah. Bisik hati Haqq. Sifat nakalnya terserlah. Sangat! Gelak tawa Haqq bertambah memanaskan hati Rahasya. 

“ Baik, abang janji. Abang janji akan jaga puteri baik2. Terima kasih atas tugas indah ini. “ Haqq kenyit mata nakalnya itu. Lantas, dia menolak tangan adiknya lembut dan memegang lutut sambil menyambung ketawanya. 

“ Setelah segalanya selesai, Rahasya akan datang jemput puteri semula. Sementara itu, abang Haqq bawa puteri lari jauh dari Inderaloka ini, dan ajarkan ilmu kesaktian kepadanya. “ Rahasya menerangkan jelas perancangannya. Haqq tersenyum nakal. Puteri ditangannya? Dia akan melepaskan? Hahahah, pastilah tidak! Haqq mengawal perasaannya. Sabar Haqq, akhirnya puteri kembali ke sisi aku! Haqq puas hati dengan perancangan ini. Adiknya Rahasya ini memang bijak! Terlebih bijak. Haqq tersengih. 

“Apa kepastian bahawa abang Haqq akan serahkan puteri semula?” Rahasya tahu, dia memerlukan sebuah perjanjian yang lebih kemas berbanding cakap2 mulut sahaja. Abangnya Haqq ini bukan boleh dipercayai sangat, dunia kejahatan dia ketuanya kan! 

Haqq senyum. “ Adinda, kau datang kesini, tidak ketahuankah dek Raja Cermin sewel itu?” Haqq sengaja mengubah topik. 

“ Kepastian, abang Haqq! “ Rahasya mengingatkan tegas. Haqq senyum tepi. Dia tahu adiknya cuba mengikatnya dengan sebuah perjanjian kemas. Dia mengeluh. Dia mula serius. 

“Kau datang kesini dan meminta tolong musuhmu, sudah menampakkan sesuatu wahai adinda. Apakah erti sebuah kepastian jika kelak kau juga mengingkarinya? “ Haqq bermain madah. Rahasya mendengus marah. Abangnya cuba memanipulasi kelemahan anahatanya dengan ilmu sakti jiwanya! 

“ Ingkar atau tidak, bukanlah fokusnya di sini, Rahasya tetap mahu sebuah kepastian dari abang Haqq, jika tidak semua perancangan kita tadi terbatal, Rahasya akan bertindak sendirian menyelamatkan puteri! " Rahasya juga bijak bermain tarik tali. Rahasya berundur. Dia tahu jarak akan membuatkan dia lebih selamat. Dia risau mereka bertempur sekejap lagi nanti. Tidak pernah mereka membuka cerita soal puteri sebegini secara berdepan! 


"Rahasya berundur. Dia tahu jarak akan membuatkan dia lebih selamat. Dia risau mereka bertempur sekejap lagi nanti."

“Sabar wahai adikku. Darah mudamu terlalu menggelegak. Kau ketua Kundalini, tapi berkenaan ini, kau hampir hilang rasionalmu. Tak mungkin kau kesini meminta bantuan abang, jika kau tidak habis melakukan kira2 bukan? “ Haqq menjelaskan. Dia harap adiknya tahu pendiriannya berkenaan puteri. 

“ Adinda akan kerahkan tentera naga sakti untuk bersiap sedia bertempur jika abang bertindak diluar batasan.” Rahasya yang memang dikenali sebagai Raja Naga di dunia ghaib cuba mengugut abangnya Haqq. Ini bukan soal cintanya kepada puteri sahaja, tapi lebih kepada masa depan Inderaloka atas! Puteri harus ada demi menyeimbangkan semua energi pahlawan sakti dunia ghaib! Dan keseimbangan adalah tugas utama Inderaloka di dalam seluruh loka dunia ghaib. Mana mungkin benda ini dianggap enteng! Haqq jangan bukan2! 


"Rahasya yang memang dikenali sebagai Raja Naga di dunia ghaib cuba mengugut abangnya Haqq. Ini bukan soal cintanya kepada puteri sahaja, tapi lebih kepada masa depan Inderaloka atas!"

“ Tentera naga sakti bukanlah bertugas untuk benda remeh sebegini wahai adikku Rahasya yang kacak. “ Haqq memujuk. Dia sebegitu malas menghadap naga2 sakti itu semua. 

“Abang Haqq pasti tau, puteri adalah ketua ilmu sakti cahaya dan pewaris tunggal dunia sakti bunga. Ditangannya terletak suis untuk kita semua! “ Haqq mengangguk. Ya betul, dia tahu tentang itu. Dia juga tahu, bertugas sebagai dewi keberuntungan, memaksudkan bahawa di pihak mana sahaja dia berada, kemenangan milik mereka. Rahsia ini pasti Rahasya sengaja tidak perbesarkan. Dia sinis. Dia juga tahu adiknya ini laksamana Inderaloka atas, sudah tentulah dia mahukan kemenangan di pihak mereka. Haqq tahu benar persaingan ini. Tapi dia harus bersetuju, yang lain tu nanti taulah dia uruskan. Tentera naga sakti? Haqq tau adiknya ini ketua naga sakti, tapi takkanlah dengan abang sendiri hendak berkira kot. Haqq memandang rendah pendirian adiknya Rahasya. 

“Begini. Kita serahkan kepada puteri sendiri nanti. Biar tuan empunya badan membuat keputusan. Setuju?” Haqq rasional. Apakah gila mereka berdua ini, berbuat keputusan menidakkan kemahuan puteri sendiri? Rahasya telan air liur. Bagaimana jika nanti Haqq memujuk puteri, dan puteri yang pelupa itu melupakan dirinya? Dia tahu sangat sikap pelupa teruk puteri itu. Arghhh, rumitnya situasinya kini! Rahasya hampir saja mahu mengalah di dalam perjanjian ini. 



"“ Adinda akan kerahkan tentera naga sakti untuk bersiap sedia bertempur jika abang bertindak diluar batasan.”

“Tapi dengan satu syarat. “ kali ini Rahasya mengambil jalan sulit. Sekali lagi, eh entah berapa kali agaknya. Jalan sulit dan gelap, itulah jalannya setiap kali situasi meruncing sebegini. 

“Jangan abang usik bunga pada puteri. Bunga itu nyawanya. Ada kekosongan dihatinya. Ada sesuatu terjadi tempohari. “ Rahasya risau memikirnya soal itu. Haqq berkerut dahi. 

“ Apa terjadi?” Haqq bertanya serius. 

“Ketika kami bawa puteri menjelajah Gunung Sulochana, kami diserang sekumpulan makhluk sakti. Puteri cedera dan ditikam. Pertahanan kami lolos Ketika itu. Mata Haqq merah mendengar perkhabaran itu. Benda sekecil itu pun susah sangatkah nak jaga? Persepsi gelap Haqq menguasainya. Tetapi, dia perlu menjaga amarahnya dihadapan adiknya Rahasya, jika tidak terbatallah perjanjian tadi, dan sudah tentu Rahasya tidak akan percayakannya untuk menjaga puteri. 

" Nanti abang akan rawat puteri, adinda tak usah risau. Tentang bunga itu, tahulah abang tengokkan nanti. Bunga itu adalah masa depan Inderaloka bawah juga, takkanlah abang nak buat apa2 yang mengarut. “ ujar Haqq tenang. Rahasya berasa lega. Ayatnya abang ini, sudah boleh dipercayai dan dipegang. Benar, jika apa2 terjadi pada bunga dan puteri, Inderaloka bawah juga bakal tergugat. 

“ Baik, adinda pegang janji abang Haqq. Bila tiba masanya, Rahasya akan datang jemput puteri. Ketika itu, abang perlu lepaskan puteri. “ Rahasya memberi amaran tegas. 

“ Nanti kita lihat keputusan puteri.” Haqq juga mempertahankan haknya. Hak puteri juga! Memilih mahu kemana dan berada di pihak yang mana adalah hak setiap individu,kan? Rahasya terpaksa mengangguk. Tiba2, jantung Rahasya sakit! Dia terasa seperti dicucuk2. Hampir saja dia jatuh. Haqq terkejut! Dia memegang kemas adiknya itu. 

Dalam masa yang sama…


"Bila tiba masanya, Rahasya akan datang jemput puteri. Ketika itu, abang perlu lepaskan puteri. Rahasya memberi amaran tegas. "

Bersambung….



No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...