Wednesday, August 24, 2022

Cermin 38: “ Puteri, abang Indera ni…mana awak? “ sayup…



"Cahaya yang mendengar jadi bingung. Bintang? Bintang apa pula ni?"

 Laksamana bergegas ke tempat Puteri Cahaya selalu berpetang.

“ Puteri…” panggil Laksamana,perlahan. Hampir2 tidak didengari. Laksamana menutup mata sekejap, dia merasakan sesuatu. Ada seseorang yang memerhati dari jauh.

Cahaya menoleh cepat. Haaa, panjang umur, bisik hatinya. Baru sahaja dia memikirkan laksamana, ingin tahu perancangannya.

“ Bagaimana? “ soal puteri perlahan dan dekat dengan laksamana. Laksamana menunjukkan isyarat diam. Dia menutup mata semula. Firasatnya tak mungkin salah. Ada yang memerhati dari jauh. Dia cuba melihat dengan mata ketiganya. Indera. Laksamana mengeluh perlahan. Gerak geri nya diperhati. Maka, terpaksalah dia berhelah.

“ Puteri, malam nanti ada bintang atas langit. “ Laksamana terus beredar selepas memberitahu kod rahsia itu. Cahaya yang mendengar jadi bingung. Bintang? Bintang apa pula ni?

“ Laksamana! “ Cahaya mengejar. Laksamana sepantas kilat hilang. Cahaya mengeluh perlahan. Dia menggaru2 kepalanya. Bintang?

Cahaya duduk dihadapan tasik dan mula termenung. Bintang? Bintang atas langit? Aduh, bagaimana jadi kah perancangan mereka ini? Dah kenapa pula dengan bintang? Memanglah bintang setiap malam duduk atas langit kan. Cahaya ketawakan diri sendiri. Sebentar. Tempohari laksamana katakan akan beri petanda sebelum bertolak. Bintang itu kah tandanya? Jadi, malam ini dia perlu keluar ke taman dan melihat bintang atas langitkah? Oh, agaknya begitu. Baik, malam nanti aku akan ketaman,mungkin laksamana ada di sana menunggu.


"Cahaya yakin, dia tidak salah dengar. "

Malamnya.

Cahaya perlahan2 menyusup ke taman tanpa diketahui sesiapapun. Dia duduk di hadapan tasik dan melihat langit malam. Bintang. Ya, banyak bintang malam ni. Wah. Tiba2 Cahaya berasa sangat takjub.

“ Puteri….“ tiba2 ada yang memanggil di balik pokok. Suara itu seperti…Cahaya cuba mengikut arah suara itu.

“ Esok,bersiap. Bila masa yang sesuai, kita bertolak.” Laksamana berpesan dalam berbisik. Belum sempat puteri bertanya, laksamana sudahpun lenyap dari pandangan. Cahaya yakin, dia tidak salah dengar. Dia bergegas ke bilik dan bersiap untuk esok.

Dalam masa yang sama, laksamana duduk di hadapan tasik berdekatan rumahnya. Lega walaupun dapat menyampaikan pesanan yang amat sekejap itu, dia berharap puteri ambil serius berkenaan itu. Esok akan diadakan keramaian di Pulau Seberang. Dia tidak akan kesana, mengikut jadual kerjanya, dia akan kesempadan untuk menyiasat sesuatu. Dia akan menggunakan peluang ini, untuk membawa puteri sebentar. Tapi, dia perlu menukar identiti terlebih dahulu. Laksamana tersenyum. Sudah lama dia tidak mengamalkan ilmu penyamaran ini. Tiga hari. Ya, dia Cuma perlukan tiga hari untuk pergi mencari bunga larangan itu. Selepas itu, dia akan bawa puteri pulang ke istana semula supaya perkara ini tidak menjadi isu besar. Laksamana yakin perancangannya ini akan berjaya. Dia juga teringin untuk tahu apa akan terjadi sekiranya puteri berjumpa dengan bunga itu. Mesti ada sesuatu, bisiknya. Dia sudah bersiap sedia dari segi zahir dan batin sekiranya berlaku sebarang risiko yang merbahaya. Beberapa hari ini, dia kerap bermeditasi untuk menguatkan tenaga dalamannya.

***


"Indera cuba menyedapkan hati sendiri. "

"Malam nanti, keramaian akan bermula. Ramai tetamu penting akan hadir, dia mengarahkan orang bawahannya mengetatkan kawalan."

Esoknya.

Pagi lagi puteri bersama seangkatan pengiring sudahpun bertolak ke Pulau Seberang. Dalam senyap, dia ada membawa persalinan ringkas. Cahaya mula risau, apa agaknya rancangan laksamana? Dia resah. Riak wajahnya, kelihatan ketara di hadapan wajah Indera. Sebagai seorang abang, dia sangat kenal, jika adiknya beriak begitu. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Dia juga tidak sedap hati semalam. Dia berjanji dengan dirinya sendiri, untuk sentiasa berada di sisi puteri sepanjang masa, supaya tidak ada apa2 buruk berlaku kepadanya. Laksamana tidak ikut hari ini, dia terasa lega sedikit berkenaan ini. Dia mendapat tahu melalui mata2nya bahawa laksamana akan ke sempadan hari ini untuk bekerja luar selama beberapa hari. Jadi, mengapa gerak hatinya sejak semalam tidak enak? Batu cincinnya juga menyala2 semalam, seperti sesuatu sahaja. Indera cuba menyedapkan hati sendiri. Mungkin tiada apa2, dia cuma terlalu banyak fikir, mungkin juga ada benarnya kata laksamana tempohari, dia ini terlalu kuat berfikir. Hari sudahpun petang. Malam nanti, keramaian akan bermula. Ramai tetamu penting akan hadir, dia mengarahkan orang bawahannya mengetatkan kawalan. Bagaimanapun, dia perlu sentiasa berhati2.

Sekejap,petang pun berlalu...

Malam telahpun tiba, keramaian pun bermula...

                                       

"Puteri tidak pakai cincin pemberiannya kah? Aduh. Indera cuak."

“ Tuan Indera, Puteri! “ Indera terkejut apabila ditegur sebegitu. Dia sedang sibuk mengelamun tadi merisaukan keselamatan puteri.

“ Kenapa dengan puteri? “ soal Indera keras kepada orang bawahannya.

“ Tadi, puteri ke tandas…tapi, lama…kami rasa tak sedap hati, kami soal dayang untuk memeriksa. Puteri dah takda. “ Pengawal itu tertunduk dan bersuara perlahan, dia betul2 menyesal tadi kerana terlelap, entah kenapa betul2 mengantuk tadi.

Tanpa ambil masa yang lama, Indera terus ke tempat kejadian dan mengarahkan pengawalnya untuk memeriksa sekeliling, dia berharap puteri cuma ke tempat yang berdekatan. Indera memegang batu cincinnya dan menutup matanya sambil membacakan sesuatu. Tiada sebarang signal. Puteri tidak pakai cincin pemberiannya kah? Aduh. Indera cuak. Dia menggigit jari.



"Puteri terus mematikan signal telepati itu. "

Dia lalu menutup mata dan cuba memanggil adiknya itu melalui telepati.

“ Puteri, abang Indera ni…mana awak? “ sayup…puteri terdengar bisikan itu. Dia serba salah. Tapi dia tahu abangnya itu mesti akan risau.

“ Abang Indera, puteri keluar kejap. Nanti puteri balik. Abang Indera jangan risau ya. “ Puteri terus mematikan signal telepati itu. Dia tidak mahu diganggu dalam masa sekejap ini. Dia betul2 teringin melihat bunga larangan itu. 

Indera terduduk. Sakit kepalanya. Apa dia perlu beritahu pada Raja Cermin? Cepat Indera, fikir cara! Indera mengeluh berat, kali ini dia terpaksa berhelah begini. Dia memanggil semua pengawal bawahannya dan meminta mereka merahsiakan apa yang terjadi. Dia juga memberitahu bahawa dia tahu adiknya kemana, dia berjanji akan bawa pulang adiknya segera. Lantas, Indera bergerak menuju Raja Cermin untuk berhelah.

“ Ampunkan patik wahai Tuanku. Puteri sudahpun pulang ke istana. Dia mahu berehat. Penat katanya.” Raja Cermin yang sedang gembira melayan tetamu yang hadir, mengangguk. Dia faham perangai anakandanya itu, setiap kali ada keramaian pasti ada saja alasan untuk pulang awal. Sejenis malas bergaul. Dia faham sangat. Indera berasa sangat lega. Melihat kepada reaksi Raja Cermin dia tahu semuanya akan baik2 sahaja. 

Akan tetapi, masalah besar dipihaknya kini, dimana dia harus mencari puteri? Laksamana bekerja luar pula sekarang ni. Aduhla. Indera pucat lesi memikirkan masalahnya kini. Dia perlu ketemu puteri sebelum Raja Cermin perasan ketiadaan anakandanya sendiri. Indera ohhh Indera, bijak sangat kau menipu kan? Dia garu kepala mengenangkan kebodohan sendiri. Matilah aku. Indera berbisik sendiri. Laksamana, waktu kritikal begini, tiba2 je kau kerja luar kan? Disempadan pula tu. Indera geram dengan semua kebetulan ini. Berat kepalanya. 

***



"“ Hebat ya? Bagaimana boleh kenal? “ Laksamana ketawa kecil."

Beberapa minit yang lepas…

Ketika puteri mahu ke tandas, dia ternampak beberapa kelip2 terbang. Terlalu teruja, dia mengikut kelip2 itu sehingga ke hutan belakang. Peliknya, pergerakan puteri tidak diperasan oleh sesiapapun termasuk pengawal yang lalu lalang. Magis laksamana menjadi. Dia melepaskan beberapa ekor kelip2 dan membaca mantera supaya puteri mengikut kelip2 itu ke hutan belakang.

“Puteri…” Cahaya memandang keliling. Arghhh, dia hampir terjatuh.. Seorang lelaki berpakaian serba hitam memegangnya erat daripada jatuh.

“ Awak siapa? “ Cahaya berasa takut. Dia tidak kenal lelaki ini. Sekejap. Dia perhati sekali lagi. lelaki ini, mirip seseorang. Laksamana? Bagaimana? Cahaya mengerutkan dahi. Macam sama tapi tak serupa. Eh?

“ Laksamana ke ni? “ soal puteri. Laksamana tersenyum2. Akhirnya puteri berjaya juga kenali dia walaupun dia adakan magis penyamaran tadi.

“ Hebat ya? Bagaimana boleh kenal? “ Laksamana ketawa kecil. Dia menarik tangan puteri dan sepantas kilat, dia sudahpun di atas kapal bersama puteri di tengah laut. 

Maka, bermulalah pengembaraan mereka berdua bersama2 mencari bunga larangan…

Benar, ia cuma tiga hari menurut perkiraan masa di Inderaloka, akan tetapi itu bukanlah perkiraan masa di alam  magis sana...Laksamana terlepas kira berkenaan ini. Malang sekali, mereka berdua tidak tahu...

Bersambung...


"Dia menarik tangan puteri dan sepantas kilat, dia sudahpun di atas kapal bersama puteri di tengah laut. "



No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...