Monday, September 26, 2022

Cermin 40: Kalau kita berdua minum, kita akan tertidur di sini selama2nya...


"“ Kalau minum? “ soal Cahaya. Laksamana tersenyum."

 Paginya. Di sebuah perkampungan rakyat jelata. Inderaloka atas.

Cahaya menyapu muka. Kepenatan. Tiba2 Laksamana menghulurkan sapu tangan berwarna kuning.

“ Terima kasih. Kita dimana sekarang ni wahai laksamana? “ Cahaya mengelap wajahnya. Perutnya sudah berbunyi.

“Syhh…semalam saya dah pesan kan, tiada gelaran di sini. Gunakan ayat awak saya, sudah memadai. Kita kena rahsiakan identiti. Kita masih di Inderaloka, kita kena lalu sini untuk masuk ke dunia magis sana. Portal itu ada di dalam hutan sana. Atas gunung hujung sana. Nampak?  “ Laksamana membetulkan ayat puteri. Cahaya hanya mengangguk. Dia terlupa.  Dia cuba melihat arah yang ditunjukkan. Dahinya berkerut.

“ Kita berhenti beli makanan, bolehka? Saya lapar…” Laksamana mengangguk mendengar permintaan puteri. Benar, dia juga sedang kelaparan.

“ Jom kesana. Seperti ada pasar pagi. Ingat pesan saya?“  sekali lagi laksamana mengingatkan puteri. Risau jika mata2 Indera ada disini. Pastinya dia sedang fokus mencari mereka berdua. Dia perlu lebih peka. Puteri mengangguk perlahan.

“ Awak, saya…ingat…jomlah cepat, sekejap lagi matahari naik tinggi da…saya dah berpeluh2 kat sini, awak tak kesian ke…” Cahaya mengingatkan Laksamana. Mereka berdua berjalan pantas melalui perkampungan dan menuju ke pasar pagi.

“ Eh kenapa ramai pengawal kat kampung kita arini ya? Macam cari sesuatu je kan…?“ dua orang perempuan berbual2 di sebelah puteri dan laksamana.



"Suasana di sini agak merbahaya. Pengawal Indera ada dimana2. "

Laksamana tiada reaksi tetapi di dalam hati dia faham situasi tersebut dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Keselamatan puteri adalah keutamaannya. Cahaya yang mendengar perbualan mereka berdua, menunjukkan reaksi risau. Laksamana menegur perlahan supaya bertenang dan abaikan. Buat seperti tidak tahu sahaja. Cahaya mengangguk perlahan. Dia menjaga reaksi wajahnya. Lagipula, wajah mereka sudah berubah, tiada apa perlu dirisaukan.

“ Jarang nampak adik di kampung ni, orang kampung sebelah ka? “ soal seorang pakcik menjual kuih di pasar. Cahaya hanya tersengih. Malas mahu membalas. Risau tersalah skrip. Laksamana mengetap bibir geram. Rasanya mereka perlu cepat, risau kehadiran mereka berdua menjadi perhatian di sini lalu menarik pengawal untuk memeriksa.

“ Kita tak boleh duduk makan di sini, kita beli bungkus sahaja dan cepat beredar. Suasana di sini agak merbahaya. Pengawal Indera ada dimana2. “ Laksamana berbisik kepada Cahaya. Cahaya mengangguk perlahan.

“ Belikan saya satu hijab kepala dan muka. Saya nak pakai. Saya rasa tak selesa orang pandang2. Saya taknak perhatian. " Cahaya membalas bisikan Laksamana.

Laksamana mengangguk faham dan bergegas ke ruangan menjual tudung dan membeli satu tudung berwarna hitam. Dia lalu menghulurkan kepada Cahaya, dan Cahaya segera menutup kepala dan wajahnya dengan hijab tersebut. Fuhh lega. Laksamana juga tersenyum lega. Benar, hijab akan melindungi jiwa puteri yang memang terkenal sebagai seorang yang anti sosial. Apatahlagi berada di dalam keramaian manusia begini, pastilah merimaskan puteri.

Tidak berapa lama mereka berdua sudah melepasi perkampungan tersebut dan menuju kearah gunung hujung sana. Cahaya berasa lega, berada dalam situasi tadi benar janggal. Keramahan orang kampung bagus, tapi di dalam situasinya kini, dia begitu seram untuk berkomunikasi dengan sesiapapun kecuali laksamana.

“Awak, berhenti di bawah pokok sana sebelum naik gunung. Makan dahulu, mana ada tenaga begini. “ Cahaya menunjukkan muka masam. Laksamana hampir tergelak. Terlupa pula benda teknikal begini. Haha.

“Maaf awak, saya lupa, hehe. Jom duduk sana makan. Lapar ek? Aduh kesiannya anak raja seorang niii…. “ Laksamana gelak. Cahaya masih lagi bermasam muka. Malas mahu melayan loyar buruk Laksamana itu.


"sehinggalah ada manusia magis yang mampu kejutkan jiwa kita berdua. Hanyut dalam dunia mimpi tanpa sempadan..."

Di bawah pokok, mereka berdua duduk makan sebentar. Cahaya memandang Laksamana tajam.

“ Aik, kenapa? “ Laksamana risau melihat puteri memandangnya tajam begitu. Dia telan air liur. Puteri ini adakala emosi tak stabil, nanti tiba2 tau2 marah sahaja. Hehe

“ Ada magis, kenapa taknak guna? Takkan kita kena naik gunung sana bersusah payah tengahari buta ni sampai hari malam? Awak memang sengaja kan?! “ ujar Cahaya geram. Laksamana ketawa besar.

“ Senaman ringan, takmau? Ekspedisi kan? Barulah mencabar. “ laksamana sambung ketawa. Cahaya bertambah geram. Memanglah, tapi dalam perancangan semalam, tak pula Laksamana beritahu kena panjat gunung. Cahaya menjeling sakit hati.

“Baiklah awak, saya berkenan untuk bermagis sekejap lagi. Tapi jangan terkejut pula tau. Kena pegang tangan saya kuat2. Jangan lepas. Kuat2 macam ni. “ ujar laksamana sambil menunjukkan gaya tangan digenggam. Dia masih bersisa ketawa.  

“ Tolong jangan nak menggatal. Kalau lebih2 nanti saya angkat kaki balik. Saya panggil je pengawal hujung kampung sana dan beritahu saya puteri. Habis cerita. Berani? “ Cahaya memandang laksamana dan tersenyum geram. Laksamana mengangkat tangan kalah. Dia mengalah. Aduhla, main ugut2 pulak anak raja seorang ni. Haha.

“ Manalah saya berani nak menggatal dengan anak raja garang ni, nanti saya kena cekik, susahlaaa.. ok jom. Mai tangan. “ laksamana mengambil tangan puteri dan menggenggamnya kemas. Dia tersenyum.


"Laksamana tiada reaksi tetapi di dalam hati dia faham situasi tersebut dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan."

Tak sampai beberapa minit mereka sudahpun berada di puncak gunung. Hijab kepala Cahaya sudahpun terbang ditiup angin. Cahaya terduduk ketika sampai. Bergerak sepantas kilat sebegitu mampu buat sesiapa sahaja trauma. Dia termenung seketika. Fikirannya celaru. Magis gila apalah laksamana buat ni. Laju betul. Dia meraba rambutnya, aduh tudung pun dah terbang. Cahaya menjeling geram.

“ Awak ok ke tu? “ laksamana duduk sebelah dan memandang puteri. Risau.

“ Nasib baik hijab kepala je terbang, kalau dengan saya sekali terbang sekali tadi, ekspedisi batal! Geramnya! “ Cahaya mendengus marah. Laksamana ketawa lagi. aduhla lawak betul tuan puteri ni. Tadi dia yang suruh kita guna magis, dah guna mengomel lagi. Haha.

“Otak saya dah bergegar sekarang ni. Cepat bertanggungjawab! “ Cahaya balas lagi. Geram sangat nampaknya. Laksamana ketawa dan membaca mantera perlahan.

“ Izinkan saya…” dia memegang dahi puteri perlahan dan serta merta sakit kepala puteri kembali pulih. Kecelaruan sebentar tadi hilang. Puteri terkejut.  Dia menolak perlahan tangan laksamana dan memegang jantungnya sendiri. Laju debarannya. Puteri telan air liur.

“ Lain kali, jangan suka2 pegang orang. Jaga sikit tangan tu. “ ujar Cahaya. Laksamana hanya tersenyum. Malas membalas, nanti lebih panjang ngomelan tuan puteri kesuma jiwanya ini. Takkanlah dia ada niat bukan2 kepada buah hatinya sendiri. Jika bukan untuk membantu, dia masih waras menjaga adab pergaulan. Laksamana tersenyum lagi.

Mereka berdua berjalan, puteri mengekori laksamana perlahan. Mereka tiba di hadapan satu gua. Mereka berdua masuk dan laksamana menggerakkan tangannya perlahan. Batu2 di pintu gua tertutup sendiri  dan keadaan berubah sepertinya tiada gua disitu.

“ Sebelum masuk ke dalam pintu gerbang magis sana, kita akan duduk bermeditasi di sebelah sungai ini. Kita kena kuatkan tenaga dalaman kerana dunia sana tidak seperti di sini. Kita perlu bersedia atas sebarang kemungkinan. “ laksamana menerangkan. Puteri mengangguk melihat laksamana menerangkan ruangan gua ini dan portal di hadapan mereka itu. Dia teruja mahu pergi ke dunia itu.

“ Sungai apa ini, jernih airnya. “ Cahaya menyentuh air sungai dan membasuh mukanya. Sungai di dalam gua, menarik.

“ Ini adalah sungai rahsia. Begitu juga dengan gua ini. Hanya yang punyai ilmu magis mampu lihat dan tahu keberadaan gua ini. Ia terlindungi dari mata umum. Air sungai ini pernah digunakan sebagai satu air magis di satu waktu dahulu…air ini adalah air kristal, jangan minum. Cuci muka tak mengapa.  “ terang laksamana. Cahaya memuncungkan bibir. Dia memandang sekeliling. Cantik suasana gua ini. Unik kilauan seakan kristal.

“ Kalau minum? “ soal Cahaya. Laksamana tersenyum.

“ Kalau kita berdua minum, kita akan tertidur di sini selama2nya sehinggalah ada manusia magis yang mampu kejutkan jiwa kita berdua. Hanyut dalam dunia mimpi tanpa sempadan. Tahu?” laksamana serius. Cahaya telan air liur. Begitu sekali impaknya? Laksamana tersenyum kembali, dia faham sangat. Larangan adalah kawan baik puteri kan?

“ Ok duduk. Saya akan ajar awak meditasi. “ Cahaya duduk bersila seperti diajarkan. Meditasi pun bermula…


"“ Ini adalah sungai rahsia. Begitu juga dengan gua ini. Hanya yang punyai ilmu magis mampu lihat dan tahu keberadaan gua ini. Ia terlindungi dari mata umum. "

bersambung...



No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...