Wednesday, August 3, 2022

Cermin 35: Rahasya, kau ingat, aku bodoh. Bisik Indera sambil ketawa kecil.



"Setelah bermeditasi, dia mendapat firasat bahawa akan ada perkara besar yang bakal berlaku."

Keesokan harinya. Pagi di hadapan sebuah tasik. Perkarangan Istana Cermin.

Indera sedang berjalan laju menuju ke tepi tasik, dengan niat mahu berjumpa Laksamana. Dia tidak sedap hati setelah bermeditasi malam tadi. Kata2 pelik Cahaya semalam juga menggusarkannya. 

Laksamana yang ketika itu sedang duduk termenung. Sama seperti kebiasaannya. 

“ Kemana mahu dibawa puteri? “ soal Indera, mengejutkan Laksamana yang sedang asyik termenung semenjak tadi.

“ Ha?” Laksamana pura2 tidak tahu. Bagaimana rahsia ini boleh bocor? soal hati kecilnya. Dia paling malas berdepan dengan abang puteri ini. Terasa seperti berdepan dengan penyiasat pula. Ada sahaja tindak tanduknya yang suka dipertikaikan oleh Indera.

“ Hamba tak mengerti maksud tuan hamba. Maaf, hamba mohon undur, ada tugas perlu diselesaikan. “ Laksamana mahu pergi. Jika boleh dia perlu mengelak daripada disoal siasat Indera. Yang sememangnya terkenal sebagai manusia yang terlalu banyak berfikir adakala melebihi penyiasat handal.


"“ Bukan semua yang difirasatkan itu benar. Bukan semua yang diluar firasat itu salah. “ Laksamana juga bijak bermain kata. "

“ Jika kail panjang sejengkal, jangan diduga laut dalam wahai Tuan Laksamana.  “ Indera bermadah sinis. Bertindak sebagai pengawal diraja adiknya, apa sahaja melibatkan keselamatan puteri, pastilah dibawah pengawasannya. Sejak semalam, adiknya bertanya benda pelik sebegitu, dia terasa aneh. Setelah bermeditasi, dia mendapat firasat bahawa akan ada perkara besar yang bakal berlaku. Dan menurut firasatnya juga, ia melibatkan manusia di hadapannya kini, iaitu Laksamana.

“Hidup, jika terlalu banyak berfikir, akan mengundang padah, wahai Indera. “ Laksamana membalas dengan ayat yang pedih. Siapa tak kenal dengan Indera? Adakala perkara tidak ada sering diadakan demi membenarkan firasat peliknya itu.

“ Hidup jika tanpa berfikir, lebih mengundang malapetaka. Tak gitu Tuan Laksamana?” dia masih tahu duduk letak diri. Pengawal puteri tidaklah sama seperti pengawal Sultan. Pasti tarafnya rendah sedikit. Akan tetapi, itu bukan subjeknya di sini. Dia perlu tahu kebenaran firasatnya. Dia tidak akan teragak2 bertindak keras terhadap sesiapa yang melanggar batas tugasnya itu.

“ Bukan semua yang difirasatkan itu benar. Bukan semua yang diluar firasat itu salah. “ Laksamana juga bijak bermain kata. Dia mencebik sinis. Padanya, apa tindakannya tidak seharus menjadi persoalan orang bawahannya. Dia lebih tahu duduk letak sesuatu perkara dengan lebih jelas, meditasi? Hanya sebahagian dari penyiasatan. Ia tidak boleh dijadikan bukti kukuh sebuah persoalan. Seperti biasa, dia malas mahu melayan firasat Indera. Indera, satu2nya pengawal peribadi diraja yang tidak mahu tunduk kepadanya. Adakah kerana dia pengawal puteri? Ahh, baguslah begitu. Maknanya, puteri terlindungi. Cumanya, dengannya juga, tak perlulah terlalu protes! dia bukannya ada niat jahat dengan puteri pun. Laksamana bengang.


"Indera, satu2nya pengawal peribadi diraja yang tidak mahu tunduk kepadanya. Adakah kerana dia pengawal puteri? Ahh, baguslah begitu. Maknanya, puteri terlindungi."

“ Andai hamba tahu, ruang lingkup kerja hamba diceroboh, hamba tidak akan teragak2 untuk bertindak tegas. Hamba harap Laksamana jelas tentang ini. “ Indera memandang Laksamana tajam. Walaupun dia tidak tahu perincian perkara, dia pasti firasatnya itu benar. Apatahlagi, semenjak dahulu, sukar untuk dia mempercayai Laksamana yang baginya penuh helah dan tipudaya. Dia sangat tahu, insan dihadapannya ini sangat licik dalam membuat perancangan. Akal bijaknya itu adakala melampaui batasan perkara,asalkan tugasnya selesai. Persepsi negatifnya terhadap Laksamana semakin berbuah lebat.

“ Duduk sahaja dengan selesa di dalam ruang lingkupmu. Itu lebih baik. Bukan semua perkara yang kau fikirkan, itu yang sebenarnya. Belajar memahami firasat sendiri, ia boleh jadi petunjuk tapi dalam masa yang sama ia juga boleh jadi sebuah tipudaya akalmu sendiri. “ Laksamana membalas pandangan Indera dengan tajam juga. Dia takutkah? Oh, pastilah tidak. Dia cuma terlalu malas membongkarkan identiti sebenarnya dihadapan Indera. Jika dia mahu, sekarang juga dia mampu menumpaskannya tak kurang dari sekelipan mata. Kau terlalu beruntung menjadi pengawal peribadi puteri, jika bukan itu posisimu, pastilah terhapus dirimu dengan segera. Laksamana berbisik di dalam hati. Dia tersenyum sambil menunduk. Puteri, abang Inderamu ini sungguh kelakar.

“Wahai Tuan Laksamana, sampai bilapun, tuan hamba harus ketahui, bahawa hamba tidak pernah mempercayaimu sepenuhnya. Hamba tahu ada sesuatu yang disembunyikan. Sesuatu yang bersifat RAHSIA?“ ugutan halus Indera agak menggoncang jiwa Laksamana, tapi seperti biasa…Laksamana bereaksi tenang sahaja. Laksamana telan air liur dalam diam.

“ Sudah habis kita berbicara. Hamba ada perkara ingin diselesaikan. “ Laksamana mohon undur diri. Dia malas mahu bertekak. Rahsia dirinya biar kekal rahsia sehingga masanya tiba. Andai kata Indera tahupun rahsia ini, dia tidak peduli. Dia sekali2 tidak akan gentar jika masanya telah tiba.

Indera menurut tajam Laksamana beredar dengan pandangan matanya. Dia mengecilkan mata. Dia pasti, ada sesuatu yang besar sedang dirancangkan oleh Laksamana. Rahasya, kau ingat, aku bodoh. Bisik Indera sambil ketawa kecil.

 

***


“ Pastikan Cahaya pakai cincin ini sepanjang masa. Ini tanda kasih sayang abang untuk Cahaya."

Puteri Cahaya sedang berlari2 anak mengejar rama2. Ketika itu datang abangnya Indera memanggil.

“ Cahaya! Mari kesini abang mahu tunjukkan sesuatu. “ Cahaya yang sedang sibuk berlari berhenti sebentar. Dia menoleh kebelakang. Ada apa? Bisiknya.

“ Lihat cincin batu ini. Cantik bukan? “ Indera menunjukkan cincin berbatu putih berkilauan.

“ Cantik. Untuk siapa ini? “ soal Cahaya teruja.

“ Ini untuk adik abang yang sangat cantik. Nah pakai. “ Indera menyerahkan cincin itu.

“ Cahaya boleh pakai?” Indera mengangguk. Cincin batu putih. Cincin batu putih sakti. Selagi puteri memakai batu itu, mudah untuk dia menjejaki lokasi puteri dimana juapun. Puteri tidak tahu tentang itu.

“ Terima kasih! “ Cahaya memakai cincin itu dan sambung berlari mengejar rama2. Dia ketawa bila rama2 itu mempermainkannya. Indera mendekati lagi.

“ Pastikan Cahaya pakai cincin ini sepanjang masa. Ini tanda kasih sayang abang untuk Cahaya. Kalau Cahaya tanggalkan, itu bermakna Cahaya dah kecewakan abang. ” Indera mengingatkan adiknya. Cahaya kerut dahi. Macam ada sesuatu ja?

“ Ada apa dengan cincin ini? “ soal Cahaya pelik. Cahaya membelek2 cincin batu putih itu.

                                 

“ Tiada apa2, hanya sebagai tanda kasih dan sayang seorang abang terhadap adiknya. “ Indera tersenyum manis. Dia benar sayang pada adiknya seorang ini. Jika kehilangannya, pastilah dia akan sangat bersedih dan kecewa. Makanya, cincin itu akan membantunya untuk sentiasa melindungi puteri.

***

Petangnya. Laksamana duduk ditepi tasik dan sambung bermeditasi. Menerobos ke ruangan masa bukanlah kesukaannya. Terlalu memakan tenaga batin. Tapi dia perlu menyiasat sesuatu. Sejenak, dia kembali ke ruangan masa dimana Inderaloka baru sahaja wujud.

Sejarah kewujudan Inderaloka.

Bersambung...

"Sejarah kewujudan Inderaloka."





No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...