Sunday, August 21, 2022

Cermin 37: Bunga itu berdegup2 seakan jantung yang berdenyut...

pinterest

"Maafkan bonda wahai semua Nine dan Zaans…dia menunduk dan memegang erat bunga terakhir itu."

Sejarah bunga larangan.

Di Istana Sang Dewi, Ratu Penguasa Belah Selatan Dunia mistik bunga2an Zaansloka..satu kerajaan atas gunung yang diperintah oleh atasan perempuan yang juga merupakan ahli magis tahap tinggi. Memegang rahsia segala jenis bunga2an mistik yang berkuasa terhadap rahsia tenaga dalaman dan magis wangi2an. Segala jenis loka memerlukan loka ini sebagai rujukan kepada pelbagai rahsia dan magis tenaga dalaman. Ketinggian kualiti herbanya diperakui oleh semua loka dan menjadi sumber perubatan bagi pelbagai jenis penyakit. Sebuah loka yang pelik, kerana bunga2an yang tumbuh semuanya terapung di atas tanah dan diikat oleh kuasa magis. Ia bermakna, bukan semudah itu untuk memetik semua bungaan yang tumbuh di Zaansloka ini. Satu petikan tanpa kebenaran, akan melumpuhkan semua urat sarat pemetiknya serta merta. Tanpa rawatan dari Ahli Magis Tahap Tinggi yang juga digelar Para Nine, pemetik itu akan mati dalam 7 jam. Petikan yang dibenarnya juga memerlukan prosedur dan kod rahsia yang hanya boleh disebut oleh ahli magis tahap tinggi. Begitu sekali Sang Dewi menjaga kerahsiaan loka ini. Kerana ini jualah, loka ini ditakuti oleh semua loka yang lain. Akan tetapi, bunga larangan itu bakal mengubah segalanya.

pinterest

"Ratu penguasa belah selatan dunia mistik bunga2an Zaansloka..satu kerajaan atas gunung yang diperintah oleh atasan perempuan yang juga merupakan ahli magis tahap tinggi."

“ Lalita…” Sang Dewi menghulurkan tangannya. Lalita, pembantu setia Sang Dewi mengambil tujuh jenis herba mistis dan mencampurkannya menjadi satu di dalam bekas berwarna hitam berkilau. Dia menggunakan gayung emas dan mencedok air sungai kristal ditepi gua itu, lalu menuang air itu ke dalam bekas hitam tadi dan menghulurkan ia semula ke Sang Dewi.

Sang Dewi terkumat kamit membaca mantera. Lalu dia tersenyum. Inilah bunga terakhir darinya, selepas dari ini, dia sudah mahu berehat dari terus mencipta bunga2an sebagai sumber magis Zaans. Dia tahu, satu hari nanti bunga ini akan sampai jua ke waris terakhirnya, demi menyambung magisnya yang diperlukan di akhir masa kelak. Mantera tadi adalah mantera halimunan. Itu bererti bunga itu adalah dihalang dari penglihatan manusia biasa. Hanya mereka yang mempunyai genetik Zaans sahaja mampu melihatnya. Atas sebab ini, ia digelar bunga larangan. 


"Dia tahu, satu hari nanti bunga ini akan sampai jua ke waris terakhirnya, demi menyambung magisnya yang diperlukan di akhir masa kelak. "

Malang sekali, musuh kerajaan Zaansloka selalu mencuri2 berita masa depan, mereka telah mencipta bunga palsu seakan2 bunga ini, dan ia dijual kepada para penguasa loka yang lain dengan harga yang tidak masuk akal, iaitu darah manis seorang dara sunti dan pelbagai lagi syarat gila. Sang Dewi tahu tentang ini, dan dia tidak mengambil apapun tindakan berkenaan itu kerana dia berharap situasi itu akan menyembunyikan bunga larangan asli dari ditemui. Dia tahu akan ada peristiwa besar kelak, yang mana akan menyambungkan dua dimensi yang telah lama berpisah iaitu loka dan alam nyata. Alam nyata, memikirkan ini, Sang Dewi tersenyum sekali lagi. Dia akan turun membantu sebagai tanda kemurahan hatinya. Makanya, dia perlu menghasilkan bunga larangan ini, dan tidur buat masa yang lama selepas daripada ini. Demi menyelamatkan rahsia, dia juga harus menghapuskan seluruh loka ini segera. Semuanya setelah dia bermeditasi dan mendapat berita masa depan berkenaan peristiwa besar kesatuan dua dimensi itu. 

Maafkan bonda wahai semua Nine dan Zaans…dia menunduk dan memegang erat bunga terakhir itu. Cahaya, nanti kita akan bertemu sebagai satu perjanjian dan sumpah keramat dariku. Hanya kau sahaja yang mampu. Aku akan setia merinduimu di sini, puteri. Sang Dewi tersenyum manis. Dia tahu perancangan ini akan berjaya walaupun ia mengambil masa yang lama untuk terlaksana dan mencapai matlamat. Bunga ini adalah tanda perhubungan kita. Ia akan menjadi kekuatan dan juga rahsia pengenalan bagi waris keramat Zaans yang terakhir. Tiada siapa tahu, bunga ini adalah penyimpan segala rahsia kerajaan Zaans. 


"Dia lalu tidur dan perlahan2 ghaib dari pandangan..."

Bunga itu berdegup2 seakan jantung yang berdenyut. Cahaya putih berkilauan terlalu terang sehingga menghancurkan seluruh kerajaan itu. Sang Dewi tersenyum sedih atas letupan gila itu. Setelah terbang dan memeriksa semuanya mati dan hancur, dia kembali ke peraduannya dan berbaring. Dia lalu tidur dan perlahan2 ghaib dari pandangan. Peristiwa letupan Zaans telah memberi impak yang besar ke seluruh dunia loka. Masing2 hilang punca dan hilang keseimbangan. Lama selepas itu, Inderaloka muncul bawa keseimbangan semula bagi semua loka. Malah sehingga muncul buah mulut para penghuni pelbagai loka bahawasanya Inderaloka adalah pengganti baru Zaansloka. Mereka semua bergembira dan mulai hidup damai semula.

Sang Dewi? Lena tidur di peraduan ghaibnya sehingga waktu itu tiba nanti. Kini masa untuk berehat sebelum melaksanakan tugas terakhir nanti, dia sedar, itulah tujuan sebenar dia hidup. 

***


"Dia perlu bersiap, esok dia akan berangkat bersama puteri untuk mencari bunga larangan itu."

Laksamana tercungap2. Meditasi kali ini lebih memenatkan. Menerobos jauh sehingga kealam mistik Zaans terlalu memakan tenaga Anahatanya. Dia termenung seketika. Di mana Sang Dewi beradu? Adakah Sang Dewi mempunyai kaitan dengan amalan ilmu Raja Cermin? Laksamana semakin keliru untuk mencantumkan teka teki yang berselerak ini. Dia perlu bersiap, esok dia akan berangkat bersama puteri untuk mencari bunga larangan itu. Ya, dia harus memberi petanda kepada puteri hari ini juga. Jika tidak, semuanya akan kelam kabut nanti. Meditasi ini akan diteruskan lagi ketika dalam perjalanan nanti. Dia perlu tahu banyak perkara lagi. Melalui cara meditasi ini sahajalah dia dapat menyiasat sesuatu tanpa melibatkan pertolongan mata2 nya semua demi menjaga kerahsiaan tahap tinggi Inderaloka.

Bersambung…


No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...