Indera yang
pelik melihat Nilam Mawar berlari ketakutan, teruskan berjalan sambil fikirannya
ligat berteka teki. Mengapa agaknya Nilam Mawar begitu? Ahhh biarlah, itu
urusan dia, tiada kaitan denganku, bisik hati kecilnya. Ketika hampir sampai ke
tempat yang dituju, Indera terdengar suara seorang perempuan menahan kesakitan.
Indera cuba mendengar suara itu dengan tekun. Cahaya! Itu suara Cahaya! Indera
terus berlari mencari dari mana datangnya suara itu. Dia melalui satu bilik
yang pelik, yang penuh dengan cermin. Bilik apa ini? Rupanya suara itu datang
dari satu cermin di situ. Indera berdiri di hadapan cermin itu sambil mengerut
dahi. Dia terdetik untuk menyentuh cermin pelik itu yang kelihatan beralun2. Rupanya
Indera telahpun termasuk ke dimensi cermin, yang mana ia mampu mengembara
interdimensi.
***
Dunia Moden.
Indera kaku
memandang sekeliling. Dia kini di dalam sebuah tempat yang sunyi. Sejuk. Malah tempat
ini penuh cahaya lampu terang yang memelikkannya. Kelihatan pula seorang perempuan
sedang berjalan laju memakai pakaian seakan seragam putih. Indera hampir
terlupa tentang suara perempuan tadi. Dia lantas mencari2 dari mana datangnya
suara tadi. Dia kini berdiri di depan sebuah bilik, dia masuk kemudian
ternampak seorang perempuan terbaring keletihan. Darah penuh mengalir di tepi
katilnya. Indera kaget dan mendekat. Cahaya!
“ Cahaya! Ini
abang Indera! Cahaya bangun! Ya ampun, bagaimana boleh begini??! “ Indera kelam
kabut mengangkat Cahaya dan dia perlu mencari portal tadi untuk kembali ke Inderaloka
semula, dia yakin ini bukan dunianya. Ini dunia lain yang wujud di dalam cermin
tadi. Dia berjalan laju membawa Cahaya, dan terus masuk ke portal tadi. Berjaya!
Kini mereka
telahpun berada di Inderaloka. Dalam masa yang sama.
***
“Arghhhh…” Haqq
kaget melihat puteri mengerang kesakitan begitu. Seakan diri dalamnya
tertarik2. Jasad puteri seakan2 sedang hanyut menghilang. Haqq mencuba seluruh
kuasanya untuk menyelamatkan puteri. Apa yang sedang terjadi ni???! Haqq menjerit
keras. Haqq berdiri dan cuba menyalurkan cahaya dirinya kepada puteri. Gagal. Puteri
semakin hilang hanyut dibawa angin lalu. Haqq memangku puteri dan membaca
mantera, serta merta mereka kini berada di satu dunia putih. Haqq bermeditasi
sebentar dan menyeru adiknya Rahasya mahu meminta bantuan. Tak pernah dia alami
begini! Ahhh, malu letak tepi dulu, puteri harus diselamatkan dari hilang lenyap
begini! Haqq rasional.
***
Rahasya
yang sedang duduk termenung di tepi tasik tiba2 tersentak. Dia terdengar suara
seruan abangnya dari dunia sana. Rahasya duduk bersila dan bermeditasi mahu
kesana. Pasti ada sesuatu! Bisik hati Rahasya.
***
Di dunia serba
putih tempat kegemaran Rahasya duduk berteleku meditasi. Kelihatan Haqq sedang
duduk bersila di hadapan puteri dan cuba menyalurkan seluruh tenaga dan
kuasanya kearah puteri. Rahasya yang baru sahaja tiba disitu terkejut besar.
“ Kenapa dengan
puteri,abang Haqq??! “ Rahasya hampir menjerit. Haqq yang berpeluh2 sedang
berusaha keras menjawab serius.
“ Berhenti
bertanya! Bantu abang selamatkan puteri, cepat Ra!!!” Bentak Haqq keras.
Rahasya bingkas
duduk dan membantu abangnya Haqq. Kedua mereka berusaha sedaya upaya berkongsi
tenaga cahaya untuk memulihkan spiritual puteri. Ketika itu juga, Rahasya sempat
memecahkan dirinya, dan cuba menyelidiki apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dia
berada di dua dunia serentak, di dunia satu lagi…
***
Rahasya
sampai ke dunia moden sebelum peristiwa tadi berlaku. Sebagai diri pecahan, dia
tidak boleh masuk campur urusan semasa, dia sedar tentang itu. Maka, dia cuma melihat
dari jauh. Kelihatan seorang perempuan berpakaian seragam putih datang senyap2
ke bilik Nur. Perempuan itu takut2 mendekati Nur dan mengeluarkan sesuatu dari
koceknya. Satu sikat berwarna emas. Tiba2 muncul seorang perempuan dari dalam
cermin sebelah katil itu, Nilam Mawar! Rahasya berang. Terbeliak matanya
melihat keadaan itu. Nilam Mawar kelihatan tersengih2 menghasut perempuan tadi.
“ Mimi…lakukan…selepas
kau lakukan tugas terakhirmu ini, kau pasti dapat bertemu ibumu semula…aku
janji…” Mimi yang mendengar itu hilang warasnya, dia mengeluarkan sikat emas
pemberian Nilam Mawar tempohari, lantas menikam puteri. Nilam Mawar membantunya
dengan membacakan mantera supaya sikat itu lebih dalam bisanya. Setelah tikaman
itu, Mimi terduduk. Nilam Mawar tiba2 berubah ekspresi wajahnya. Daripada ketawa
mengilai, dia tiba2 ketakutan bila melihat banyak darah keluar dari badan Nur. Dia
telan air liur. Tiba2 dia terbayang Nenda Melor, bagaimana jika gurunya itu
tahu berkenaan ini? Dia kaget. Dia terus masuk ke dalam cermin mahu melarikan
diri.
“ Mawar! Mawar!
Datang sini semula! Mana janjimu???! “ Mimi mengetuk2 cermin. Dia terasa sudah
ditipu oleh penjaganya itu. Mimi duduk di tepi katil dan mengigil2 ketakutan. Dia
mencampak sikat emas tadi dan menarik2 rambutnya sendiri. Dia celaru mahu berbuat
apa. Dek kerana ketakutan risau diketahui rakan2 sekerjanya, dia mengambil
semula sikat emas tadi dan berjalan keluar dari bilik itu. Dia terus ke bilik
persalinan untuk menukar uniformnya yang dipenuhi darah.
***
Rahasya
bersatu semula dengan dirinya. Matanya terbuka luas. Kemarahan menguasai
dirinya. Dia sedar kini diri puteri di dunia moden itu sedang bergelut dengan
kematian. Makanya, diri pecahannya yang berada di hadapan mereka juga boleh hilang.
Dia memandang abangnya Haqq dan mengeluh berat.
“ Abang
Haqq, kita kena cari jasad puteri yang satu lagi. Jika tidak, puteri akan terus
lenyap. “ Rahasya cuba menerangkan keadaan yang berlaku.
“ Jasad
lagi satu? “ Haqq keliru.
“ Ya…adinda
menyeru diri puteri untuk pulang, tapi tidak keseluruhannya. Maka dirinya terpecah
dua, dan kini kita perlu menyatukan kedua jasad ini supaya puteri dapat terus
hidup. “ Jelas Rahasya kesedihan.
“ Kau tahu
ini sesuatu yang bahaya kan?! Mengapa baru kini kau ceritakan pada abang? Ilmu pecahan
diri tidak boleh kau lakukan sesuka hati! Kau sendiri sedar akibatnya! “ Haqq
pula naik berang mendengar penjelasan adiknya. Ilmu pecahan diri, satu ilmu
magis purba yang selalu digunakan untuk berada di banyak tempat dalam satu
masa. Akan tetapi, ilmu ini jika disalahguna, menjurus kepada maut. Terutama apabila
diri salah satunya dalam bahaya dan diri2 tersebut tidak sempat menyatu semula.
Maka, kesemuanya akan mati. Oleh kerana itulah ilmu ini dikira sebagai ilmu
larangan. Ilmu ini mereka berdua dapati ketika senyap2 masuk ke ruang kamar
rahsia milik guru mereka Sang Pertapa.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment