Monday, April 18, 2022

Cermin 1 : persetankan kertas itu...itu cuma cara...

 

Photo by Luis Ruiz: https://www.pexels.com/photo/oval-brown-framed-mirror-954539/

"Tidak pernah puas kucurahkan hati...yang mendengar tidak cukup memerhati..."

-Tidak lama lagi;Imran Ajmain-


Aku berjalan. Perlahan sambil mencari-cari sesuatu di dalam beg. Tiba-tiba aku terjumpa sekeping kertas lama yang hampir reput tersembunyi dibalik buku. Aku terus terlupa apa yang aku ingin cari sebentar tadi. Aku keluarkan kertas reput itu sambil meneliti isinya. Wajahku berkerut pelik. Tulisannya buruk. Comot benar sehingga aku sendiri gagal memahami. Aku dekatkan dengan mataku dengan harapan aku dapat melihat dengan lebih jelas isinya. "Dahla comot tulisannya,kecik pulak tu..heh!",bisik hati kecilku. Ada sesuatu yang misteri tentang kertas ini. Jika tidak masakan aku mampu terlupa tujuan sebenar aku menyelongkar begku tadi. 


Aku dapat rasakan sesuatu. Inilah tulisanku beberapa tahun dahulu. Aku jadi jelik dengan diri sendiri. Dalam masa aku mencebik kecomotan tulisanku sendiri, aku tergelincir lalu jatuh. 


Tiba-tiba seseorang lelaki menegurku.


"Kau cari apa semenjak dari tadi? kan kertas itu kosong. Yang kau lihat cuma ilusi saja",ujar lelaki misteri itu.



"Hah?". Aku kembali merenung isi kertas itu sambil menahan kesakitan kerana tergelincir sebentar tadi. Ya kosong! Aku mula pelik kerana sebentar tadi aku lihat ada tulisan comot diatasnya. Masakan sekelip mata ia boleh hilang. Tak mungkin. Aku kembali merenung lelaki itu pabila dia kembali berkata-kata. 


" Cuba kau lihat sekeliling, inilah duniamu selalunya. Kosong. Disini hanya wujud kau dan aku. Persetankan kertas itu, itu cuma cara untuk aku jemput kau datang kesini, kedunia belah sini. Kan kau selalu cari aku? Aku datang kerana seruanmu dari dunia sana. Sekarang tanyakan apa yang terbuku dihatimu". Panjang lebar lelaki misteri itu berkata-kata. 


Aku mulai marah. Ini pasti mimpi. Aku menampar mukaku berkali-kali. Bila aku tersedar, aku harapkan aku dilorong kekelas tadi. Aku hampa bila aku masih didunia serba putih dan kosong ini. Dalam keredhaan diri, aku mulai mengeluh hampa sambil mengangkat tangan tanda mengaku kalah pada lelaki misteri yang menjengkelkan itu.


"Kau siapa?". Tanyaku malas sambil membetulkan hijabku sambil berkira-kira jika ada cermin didunia kosong ini.


"Aku adalah kamu". Bicara lelaki itu sambil tersenyum manis seolah berharapkan aku bertanya lebih lanjut. 


Aku terus berjalan tidak menghiraukan lelaki itu, cuba mencari jika ada cermin disini. "Habis comot muka aku,tengok,pin tudung pun da terburai, lelaki ni sengaja cari pasal,siap kau". Aku sibuk bermonolog sambil ekor mataku dapat memerhati wajah lelaki itu yang masih tersenyum. 


"Kau cari apa?disini cuma kita berdua. Segala yang kau cari ada padaku.", sambung lelaki itu tenang. 


Darahku mula naik kemuka bila aku rimas dengan segala kata-kata misterinya. Bila aku menoleh mahu marah, lelaki itu menunjukkan isyarat tangan berhenti. Marahku terus bertukar kepada rasa pelik.


"Jangan marah. Jika kau marah aku akan hilang. Tolong...", rayu lelaki misteri itu.


Aku mulai tenang tatkala melihat wajahnya yang pucat. Suhu badanku mulai menyejuk semula. 


"Bak sini cermin. Muka saya da selebet ni.", ujarku sambil menghalakan tangan kepada lelaki itu. 


"Akulah cermin kamu", kata lelaki itu sambil menutup mulut menahan geli hati.


"Arrgggghhhh.......!!!!!",aku mula baran dengan perangai lelaki misteri yang menjelikkan itu. 


Aku terpinga-pinga bila aku ditegur kawanku Rin.


"Yes!", aku hampir menjerit. Terlalu gembira kerana akhirnya aku berjaya keluar dari dunia pelik itu. 


Aku berjalan dengan gembira disamping Rin sambil menutup semula beg yang terbuka. Kertas reput ditanganku telah kubuang kedalam tong sampah tanpa sebarang rasa bersalah.


Dikejauhan...berlapikkan sesuatu seolah buih berupa langsir, seorang lelaki misteri mengeluh hampa.


"Di dunia yang kosong ini, hanya wujud kau dan aku. Kerana kita itu satu."

-Tulisan dikertas reput tadi-

Photo by cottonbro: https://www.pexels.com/photo/woman-with-red-light-on-face-5473950/

" Cuba kau lihat sekeliling, inilah duniamu selalunya. Kosong. Disini hanya wujud kau dan aku."

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...