Monday, March 27, 2023

Cermin 46: Cinta itu sendiri adalah satu perangkap.


"Rahasya…ohhh Rahasya, kau dalam masalah besar sekarang ni!"

Di Taman Bunga Arushi, Istana Lama Zaans. 

Rahasya duduk sebentar melepaskan tekanan jiwanya. Perjanjian semalam bersama Sang Dewi agak berisiko untuknya terima. Dia mengeluh perlahan. Puteri hilang ingatan? ini kerja gila. dia terasa dijerat dengan perjanjian berat sebelah sebegitu. Apa niat sebenar Sang Dewi agaknya? Rahasya mula meluat. Dia mengulang semula kata2 Sang Dewi di dewan besar semalam.

 " Beta mahukan tuan laksamana jagakan puteri dengan baik. Penyatuan itu akan mengambil masa beberapa purnama untuk matang. Sebelum tempoh itu, dia tidak boleh berada dalam bahaya apapun, jika ia berlaku, segala ingatannya bakal hilang, dirinya yang lama akan hancur berkecai dan mungkin lebih teruk, puteri akan bertemu ajalnya. Tuan laksamana berani mengambil risiko ini? " Sang Dewi tersenyum mengejek. "

Jagakan puteri dengan baik, itu perkara enteng baginya. Tapi dia bukannya Tuhan untuk memberi kepastian sebegitu! Aduh! Memberi satu kepastian bahawa tiada apa2 bahaya menimpa tuan puteri adalah satu perjanjian yang gila! Beberapa purnama pula. Sudahlah begitu, jika gagal segala ingatan tuan puteri bakal hilang, diri lama hancur berkecai dan mungkin bertemu ajal? Rahasya terasa kepalanya seperti mahu pecah. 

Untuk seketika dia terasa bodoh sekali membawa puteri datang ke sini. Mengapalah dia tidak tegas ketika dipujuk tuan puteri? Mengapa dia begitu berani sekali melanggar titah rajanya sendiri! Rahasya…ohhh Rahasya, kau dalam masalah besar sekarang ni! Rahasya menarik rambutnya sendiri tanda buntu dengan semua yang terjadi kini. Jangan mati akal Rahasya, kau seorang laksamana, kau dah melalui pelbagai kesukaran sebelum ini termasuklah siri perang yang hampir meragut nyawamu sendiri. Pasti kau boleh melepasi kesusahan kali ini. Monolognya menyedapkan hati sendiri. Rahasya tersandar di bawah satu pohon besar berbunga merah jambu. 

Keindahan pemandangan terbentang luas di hadapannya kini gagal menenteramkan hatinya yang sedang gundah gulana tentang keselamatan buah hatinya. Penyesalan tiada gunanya. Dia harus terus berdiplomasi lagi sedaya upaya. Ya, dia perlu segera pulang ke Inderaloka bersama puteri. Malam ini dia harus bertemu Sang Dewi untuk membawa puteri pulang. Puteri. Bagaimana khabarnya? Sekelip mata Rahasya berlari sepantas kilat menuju tempat beradu Cahaya.

                                             


"Dia teringat kekasihnya suatu masa dahulu. Dendamnya takkan semudah itu terhapus."

Sampainya dia didepan kamar beradu Cahaya, kelihatan dua pengawal wanita sedang berdiri tegak.

“Hamba mahu masuk ke dalam bertemu tuan puteri kerajaan Inderaloka. “ ujarnya tegas. Keduanya menggeleng tanda bantah. Rahasya bengang. Dia menarik nafas panjang dan memetik jarinya di hadapan keduanya,lantas mereka terpukau. Pintu dibukakan tanpa sebarang halangan. Rahasya tersenyum. Nasibnya baik kerana kelihatan Sang Dewi tidak mengenakan sebarang magis ampuh di sini. Dia lantas berjalan perlahan ke kamar beradu Cahaya. Terlihat sahaja wajah tuan puterinya, dia duduk di sebelahnya sayup. Rasa bersalah menyelubungi jiwanya. Maafkan patik wahai tuan puteri. Kalau saja patik tidak begitu degil melanggar titah Raja Cermin, pastilah kita berdua sedang berbual mesra di Taman Larangan Istana Cermin.

***

Sang Dewi yang sedang asyik bertafakur di sebelah tasik dipenuhi bungaan teratai magisnya, terbatuk2. Ada sesuatu yang menganggu meditasinya petang ini. Dia memusingkan tangannya membentuk satu buih kecil di hadapannya. Dia ingin mengetahui khabar puteri. Dia tersenyum melihat Rahasya sedang memegang tangan puteri yang sedang asyik beradu. Ya, dia memang sengaja mengurangkan tahap magisnya di kamar anakandanya itu. Apa yang sedang berlaku semua di dalam kiraannya. Sang Dewi tersenyum. Rancangannya menjadi. 

Sedikit masa lagi dia akan dapat menuai hasilnya. Dia teringat kekasihnya suatu masa dahulu. Dendamnya takkan semudah itu terhapus. Rahasya akan menjadi kambing hitam untuk melaksanakan pembalasan dendam itu. Anakandanya pula adalah boneka jujur yang mudah dimanipulasi. Itulah sangkaan gelap Sang Dewi. Dia meniup buih tadi dan buih itu meletup dan terpercik keliling menghasilkan debu2 gemerlap.

Malamnya.

“ Patik datang untuk berbincang. Beritahu patik cara supaya risiko semalam dikurangkan dan tuan puteri selamat sepenuhnya. “ Ujar Rahasya tegas. Sang Dewi tersenyum menuangkan teh bunga di cawan Rahasya.

“ Setiap sesuatu ada harganya, beta rasa Tuan Laksamana faham berkenaan ini kan?” Sang Dewi senyum lagi. Dia menongkat dagunya dan memandang Rahasya dengan pandangan penuh perangkap. Rahasya membalas pandangan Sang Dewi dengan tajam sekali.

“ Apa sebenarnya niat Sang Dewi melakukan sebegini terhadap anakanda sendiri? “ Rahasya cuba mencungkil kebenaran.

“ Tuan Laksamana terlalu mentah untuk mengambil tahu tujuan beta. Cukuplah tuan tahu beta cuma mahu yang terbaik buatnya. Itu sahaja. Silakan jamah hidangan yang ada. Berlapar bukanlah jalan yang terbaik. “ Sang Dewi tergelak kecil. Rahasya menjeling. 



"Jangan mati akal Rahasya, kau seorang laksamana, kau dah melalui pelbagai kesukaran sebelum ini termasuklah siri perang yang hampir meragut nyawamu sendiri. Pasti kau boleh melepasi kesusahan kali ini."

Dia menarik nafas panjang. Dia menutup matanya dan cuba menawarkan magis yang ada pada setiap makanan dan minuman terhidang. Tiada magis rupanya. Dia menarik nafas lega. Permainan Sang Dewi sangat mengelirukan. Dia lantas menjamah sedikit makanan sebagai tanda adab sopan di tempat orang. Sambil mereka berdua makan perlahan, Rahasya bersuara lagi.

“ Esok patik mahu bawa tuan puteri pulang. Patik tidak mengharapkan sebarang halangan daripada pihak Sang Dewi. “ selamba Rahasya bersuara sambil menyuap makanan.

“ Seperti yang sudah dipersetujui, beta tiada halangan setelah Tuan Laksamana bersetuju dengan syarat beta semalam. “ Sang Dewi sambung menyuap pula.

“ Patik sudahpun beritahu semalam, patik hanya bersetuju jika Sang Dewi jujur berkenaan bunga larangan itu. “ Rahasya bijak berdiplomasi. Dia sedaya upaya mengawal emosinya.

“ Nama pun bunga larangan, apa lagi penjelasan terbaik selain makna namanya?” Sang Dewi tergelak.

“ Maksud Sang Dewi, kami berdua sudahpun berada dalam perangkapkah?” Rahasya mengecilkan matanya memandang Sang Dewi.

“ Cinta itu sendiri adalah satu perangkap. Bukan salah beta. “ Sang Dewi tersenyum manis memandang Rahasya.

“ Jangan mempergunakan sesuatu yang suci demi kepentingan sendiri. Kelak, ia pasti memakan diri. “ Rahasya memberi amaran halus.

“ Esok, jumpa beta di Tasik Teratai. Beta akan bawa tuan puteri sekali. Bungkuskan barang tuan laksamana malam ini. Kirimkan salam beta pada raja sucimu itu. “ Sang Dewi bangkit dan beredar. Dia terasa dengan ayat pedas Rahasya sebentar tadi.

Rahasya seperti mengerti sesuatu. Adakah Sang Dewi berdendam dengan Raja Cermin? Dia harus pulang segera ke Inderaloka untuk bermeditasi dan menyiasat semua perkaitan ini. Di Zaans ini, kuasanya seperti dirantai dan disekat. Dia sungguh benci suasana sebegini.


bersambung...


“ Cinta itu sendiri adalah satu perangkap. " 

Wednesday, February 1, 2023

Puisi misteri: adakala kitalah seni yang dipuisikan...


"Setiap hari terasa masih lagi tersekat dalam teka-teki hidup dan mati...semuanya membuatkan aku semakin takut mahu merancang apapun di dalam hidup ini..." 

Kesini semula...cuba berkhabar...

terasa begitu berat hati...

hari demi hari terasa seperti sudah punya semangat baru...

sudah bangkit dan mahu mulakan hidup baru...

tetapi benarnya masih lagi sama...

cuba bangun, tapi terjatuh kembali...

terasa seperti berkali2...

berhari...berbulan...bertahun...

terasa jalan hampir tamat...

ini perasaan atau sekadar ilusi...

tak pasti...

tempohari aku bermimpi...

terjun ke lautan dalam dan terasa seperti balik ke kampung halamanku...

berjumpa mereka yang seolah2 kenalan2 lama...

baca ini : https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/04/puisi-sang-puteri-aku-punya-banyak-masa.html


" Adakala kita menulis puisi...adakala kitalah seni yang dipuisikan..."

Saturday, January 28, 2023

Cermin 45: Sanggupkah tuan laksamana mengikut syarat beta?


"Sang Dewi hanya tersenyum yakin. Dia yakin anakandanya itu boleh menghabiskan ritual ini dengan cemerlang. Dia yakin dengan potensi dalam diri puteri. "

Di Dewan Besar Istana Zaans, Rahasya berjalan dalam keadaan bingung. Dia duduk selepas dipersilakan bersama segerombolan iringan dayang2 Istana. Dia menelan air liur. Sentiasa dalam keadaan bersedia. Jika dia merasakan sesuatu yang pelik, dia tidak teragak2 untuk membawa puteri pergi dari sini. Walaupun begitu, layanan di sini agak menyenangkan. Keindahan istana ini juga nampak begitu unik sekali, penuh dengan bunga2an ibarat satu taman bunga yang besar. Dalam keadaan berhati2 dia tidak menafikan, dia juga terpegun dengan suasana istana indah ini. Puteri kelihatan sedang berbual dan bergelak tawa dengan bondanya itu. Entah darimana datangnya ikatan kekeluargaan mereka, Rahasya kurang pasti. Dia perlu bermeditasi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ini.

“ Silakan minum teh bunga ini. Ini adalah teh dari 7 jenis bunga magis di sini. Beta pasti tuan laksamana menyukainya. “ Dewi Zaans itu tersenyum manis. Rahasya mengangguk. Dia berfikir sejenak. Dia memandang puteri dan menunjukkan reaksi wajah tertanya. Puteri mengangguk dan mengizinkannya minum. Rahasya mengangguk lagi perlahan dan meneguk teh bunga itu. Sedap.

“Terima kasih Sang Dewi. Patik bersyukur atas layanan yang baik. Tetapi…” Rahasya kehilangan kata2.

Sang Dewi tertawa sejenak mendengar ayat terhenti Rahasya itu. Dia faham apa yang berada di dalam minda tuan laksamana itu.

“ Apa yang tuan laksamana hajati, berada di tangan beta. Adakah jawapan ini menjawab persoalan yang bermain di dalam hati tuan sekarang ini?” Sang Dewi tersenyum lagi. Rahasya berdehem perlahan. Dia memandang Sang Dewi dengan senyuman juga.

“ Maksud Sang Dewi? “ Rahasya juga bijak bermain kata2, membalas soalan dengan soalan semula. Dia tidak mahu terjerat diri.

“ Bukankah tuan dan anakanda beta kesini mencari ini? “ Sang Dewi memetik jarinya. Beberapa orang dayang datang dan membuka sebuah peti emas. Rahasya pelik. Adakah di dalam itu…

Sang Dewi bangun dan berjalan perlahan menuju peti itu. Dia membaca beberapa mantera pembukaan dan peti itu terapung dan terbuka. Badan puteri tertarik seperti magnet serta merta berada di hadapan peti itu. Rahasya terkejut. Dia bingkas bangun mahu melindungi puteri.. Sang Dewi menghalakan tangan kearah Rahasya, Rahasya kaku disitu, sekali lagi. Ah, sekali lagi! bisik Rahasya. Dia bengang. Rahasya bergelut dengan magis itu untuk kesekian kalinya. Sang dewi memandangnya tenang.


"...jika beta mahu, sekarang juga kerajaannya hancur beta lenyapkan. Tuan laksamana terlalu memandang rendah pada keupayaan beta..."

“ Bawa bersabar wahai tuan laksamana. Tuan hamba hanya perlu melihat. “ Sang Dewi tegas.

Ketika peti itu terbuka, satu bunga putih terbang dan berhenti di hadapan puteri. Puteri tergamam. Tangannya seperti dikawal, dia memegang bunga itu dan kemudian…

Satu cahaya putih memancar dari puteri dan bunga larangan itu. Gabungan keduanya memberi satu energi yang sangat berkuasa. Puteri yang merasakan kesatuan itu merasa penuh kesakitan tetapi suara batinnya tiada kedengaran. Dia terduduk menahan tangan di lantai bumi dan berpeluh2 menahan satu kuasa yang sedang merasukinya kini. Rahasya disebelah masih bergelut dengan kuasa magis kaku Sang Dewi, dia sangat risau keselamatan tuan puteri ketika penyatuan itu berlaku. Dengan sedaya upayanya dia cuba melepaskan diri dari ikatan magis itu, tetapi malang sekali dia gagal, kuasa magis Sang Dewi terlalu ampuh baginya untuk melawan. Rahasya terlalu kecewa. 

Dalam masa yang sama, puteri masih menahan seksa penyatuan itu. Sang Dewi hanya tersenyum yakin. Dia yakin anakandanya itu boleh menghabiskan ritual ini dengan cemerlang. Dia yakin dengan potensi dalam diri puteri. Walaupun ritual ini berlangsung dalam kesakitan, ia perlu ditamatkan dengan baik, dengan cara ini sahaja kuasa bunga larangan itu mencapai tahap optimum. Hanya bila bertemu yang hak, bunga larangan ini akan hidup dan magisnya menjadi. Sang Dewi tersenyum lagi, dia benar2 yakin magisnya kali ini berjaya mencapai matlamatnya. Bunga larangan ini akan menjadi rahsia kepada sebuah kebangkitan. 

Akhirnya penyatuan itu tamat, cahaya putih yang memancar tadi perlahan2 malap. Puteri kelihatan sangat penat dan akhirnya dia pengsan. Penyatuan ini benar2 memakan jiwanya. Sang Dewi menyambut puteri dan mengarahkan dayang2 membawanya ke bilik untuk berehat. Sang Dewi membaca mantera, jesteru Rahasya kembali bergerak. Rahasya terus berlari mengejar puteri, tindakannya dihalang oleh dayang2 istana, Rahasya melawan keras. Dia menoleh kebelakang dan memandang Sang Dewi dengan pandangan amarah. Sang Dewi hanya tersenyum dan berkata2. 

"Penyatuan ini memakan tenaga anakanda beta sedikit, dia cuma pengsan. Setelah tenaganya pulih, dia akan kembali bangun seperti biasa. Tuan Laksamana tak perlu risau. Dia dalam jagaan kami. Tuan Laksamana boleh kembali ke Inderaloka jika mahu. Kirimkan salam beta pada raja kesayangan tuan. " Sang Dewi tergelak kecil. Rahasya naik berang. 

"Patik tidak akan berganjak dari sini. pulangkan puteri kami!" ujar Rahasya tegas. 


"Rahasya melawan keras. Dia menoleh kebelakang dan memandang Sang Dewi dengan pandangan amarah."

" Puteri milik kami, beliau adalah puteri Zaans. Tuan laksamana perlu terima kenyataan ini. Puteri tidak akan kemana2. Jika tuan laksamana ambilnya sekalipun, dia bukan lagi sama seperti yang tuan pernah kenal sebelum ini. Penyatuan ini bukan sahaja memakan hampir keseluruhan tenaganya, malah ingatannya juga. Beta juga agak kesal dengan kesan ini, akan tetapi ketika kita dalam tugas, kita perlu menolak emosi dan segala kepentingan diri. Beta pasti tuan laksamana jelas tentang ini." Terang Sang Dewi tenang. 

Rahasya mula menyerang Sang Dewi dengan seluruh kemarahannya. Sang Dewi menyambut serangan itu dengan senyuman. Pertarungan itu tidak memberi sebarang erti buat Sang Dewi sedangkan Rahasya sudah lelah menahan tipudayanya. Sang Dewi sangat bijak bermain helah dan magis lutsinarnya. Akhirnya Rahasya berhenti bertarung fizikal dan mula berdiplomasi. 

" Sang Dewi telah mengecewakan patik. Patik terasa dikhianati." Rahasya memandang Sang Dewi tajam. Kedengaran ketawa kecil Sang Dewi dari seberang sana. Rahasya cuba menahan sabar dengan segala permainan dewi gila ini. Dia harus bijak menjerat, jika tidak puteri pasti tersekat di sini selama2nya. Ini bukanlah termasuk di dalam perancangannya. 

" Tuan Laksamana sudahpun berbuat tindakan yang betul. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Ingatan tuan puteri bukanlah sesuatu yang penting untuk tuan, bukan? puteri milik kami, sini asalnya, kami berhak mengambilnya kembali. Akan tetapi...jika tuan laksamana tetap mahukan puteri, ia berlaku dengan syarat. Sanggupkah tuan laksamana mengikut syarat beta?" Sang Dewi tersenyum nakal. 

" Sang Dewi jangan bersikap biadap pada raja kami! jika syaratnya patik mampu, pasti patik laksanakan asalkan puteri kembali pada kami. " Rahasya berasa lega, akhirnya Sang Dewi mahu bernegosiasi. Akan tetapi, dia juga risau pada permainan licik Sang Dewi. Dia harus berhati2 supaya tidak termasuk jeratnya.

" Raja kamu? Raja Cermin itu? Hahaha...jika beta mahu, sekarang juga kerajaannya hancur beta lenyapkan. Tuan laksamana terlalu memandang rendah pada keupayaan beta. Malang sekali, beta tidak berminat untuk itu. " Sang Dewi tersenyum lagi, kali ini dia sinis. 

" Nyatakan syarat segera. Jangan bermain2 lagi wahai Sang Dewi, kami berdua harus pulang. " Rahasya cuba meringkaskan bicara. 


"Rahasya cuba menahan sabar dengan segala permainan dewi gila ini."

" Beta mahukan tuan laksamana jagakan puteri dengan baik. Penyatuan itu akan mengambil masa beberapa purnama untuk matang. Sebelum tempoh itu, dia tidak boleh berada dalam bahaya apapun, jika ia berlaku, segala ingatannya bakal hilang, dirinya yang lama akan hancur berkecai dan mungkin lebih teruk, puteri akan bertemu ajalnya. Tuan laksamana berani mengambil risiko ini? " Sang Dewi tersenyum mengejek. 

" Ini terang2 sebuah jerat. Beri patik pilihan lain. Syarat ini terlalu berisiko untuk patik terima. Nyawa puteri bukan taruhan dalam keadaan apapun. Tolong hormati prinsip patik. Patik yakin Sang Dewi tahu betapa pentingnya puteri pada kerajaan kami. " Rahasya cuba berdiplomasi sehabis baik. Pandangannya mulai layu mengharapkan sebuah belas kasihan dari pihak Sang Dewi. Dia harus lakukan apapun cara janji puteri kembali dengan selamat ke Inderaloka. 

" Adakah permintaan untuk puteri berada dalam keadaan selamat, sesuatu yang terlalu besar bagi tuan laksamana? " Sang Dewi cuba mencucuk jarumnya. 

" Ingatan puteri adalah sesuatu yang penting buatnya. Apakah erti seorang manusia hidup tanpa ingatan? Ia seolah2 patung tiada nyawa. Sang Dewi jangan terlalu kejam! " Rahasya hampir gagal menahan sabarnya. 

"Jika tuan laksamana menolak permintaan beta, jadi puteri harus berada di sini secara kekal. Tiada pengembalian lagi. Selepas tuan kembali ke Inderaloka, beta akan ghaibkan Zaans dari pandangan sesiapapun sehingga kewujudan kami dikenali sebagai mitos bagi kesemua makhluk yang pernah wujud sehingga akhir masa nanti. Maka, tuan laksamana pilih. " Sang Dewi menguji untuk kali terakhir. 

" Patik janji. Tetapi, patik juga punya syarat. Sang Dewi harus beritahu patik dengan lebih terperinci tentang bunga larangan itu. Jika tidak, perjanjian kita tadi terbatal, dan patik pasti akan datang kesini semula dengan segerombolan tentera untuk membawa tuan puteri pulang kepangkuan kami. Raja kami pasti mengisytiharkan perang. Jangan cabar maruah kerajaan kami. " Rahasya juga bijak memasang jerat. Dia harus bijak bermain licik dengan Sang Dewi ini. 

Sang Dewi mengangguk gembira. 


"Selepas tuan kembali ke Inderaloka, beta akan ghaibkan Zaans dari pandangan sesiapapun sehingga kewujudan kami dikenali sebagai mitos bagi kesemua makhluk yang pernah wujud sehingga akhir masa nanti. Maka, tuan laksamana pilih. " Sang Dewi menguji untuk kali terakhir. "

bersambung...

Sunday, November 27, 2022

Cermin 44: “Abang Pawana betul2 nak pergi? “


" Jaga diri, adikku. Jaga hati ini. Ia sangat bernilai. "

Selesai sahaja tadi bermesyuarat dengan pasukannya, Rahasya berjalan perlahan menuju ke tepi tasik seperti rutin kebiasaannya. Duduk tenang dan merindui. Dia mengeluh perlahan menahan rasa. Dia terlalu penat. Hilang motivasi, jika tidak kerana tanggungjawab sebagai laksamana, pastilah dia sudahpun mengikut jejak langkah abang seperguruannya, Pawana. Dia lantas teringat abangnya itu. Dimana dia? Memori lama kembali menerpa ketika mereka masih lagi bersama dalam pengajian ilmu sakti di bawah Sang Pertapa. Ketika itu Pawana mengambil langkah berpecah. Dia mahu membawa haluannya sendiri.

“Abang Pawana betul2 nak pergi? “ Rahasya cuba memujuk. Dia tidak suka situasi ini. Kepalanya mula sakit.

Pawana mengangguk.

“ Bukan semua perkara kita perlu toleransi. Kita perlu teguh dalam prinsip wahai adikku Rahasya. Pendirian Haqq tidak boleh diterima. Ia sangat menyalahi dari apa yang sepatutnya berlaku. Abang tak boleh terima. “ Pawana tegas. Rahasya tertunduk sedih. Dia merasakan pasti ada jalan yang lebih harmoni berbanding berpecah sebegini. Jalan tengah yang lebih memberi erti.

“Abang Pawana janganlah terlalu keras sebegini, pasti kita boleh ketemu jalan penyelesaian kepada pertikaian ini. Rahasya percayakan itu. Kita tak perlu sehingga…berpecah…” sayu Rahasya berkata2. Dia benar2 sedih dengan apa yang terjadi.


"Pawana sebak. Dia berjalan terus tanpa menoleh lagi. "

Pawana tersenyum tawar dan mengusap belakang adik kesayangannya itu. Adik yang dia kira terlalu baik hati dan lembut.

“Kau terlalu muda wahai Rahasya untuk memahami duduk letak perkara ini. Seiring dengan masa kau pasti akan faham, bahawasanya prinsip itu pertama, yang lain letaknya di bawah dari itu. Hatimu ini terlalu baik, abang akui. Akan tetapi, hidup dengan hati sebegini, akan memakan dirimu kelak. “ Pawana tersenyum lagi. Dia harus menasihati adiknya ini dari terus lena dari perjuangan sebenar.
Rahasya mengeluh. Dia tidak faham semua ini. Mengapa mesti bawa haluan sendiri sedangkan mereka semua boleh bersatu?

“ Rahasya merasakan bahawa bersatu itu juga dikira sebagai prinsip. Jika kita bersatu, pasti Inderaloka malah seluruh loka akan hidup aman damai. Sengketa yang terjadi hari ini akan menjadi titik tolak kepada sesuatu bencana dikemudian hari. Tak bolehkah abang Pawana beralah demi satu tujuan yang lebih murni?”

“ Kau patut nasihatkan abangmu Haqq, bukan abangmu ini. Kau silap tempat adikku. Abang berada di atas jalan yang benar. Sedang abang Haqqmu itu, dia cenderung memilih jalan sebaliknya. Salah abangkah jika kekal mempertahankan kebenaran? “ Pawana berdiri. Dia tetap keras.

“ Kebenaran jenis apa ini jika semuanya hancur berkecai? “ Rahasya menunduk. Dia semakin hilang kata2. Dia sedar, dia tidak sepandai abangnya itu dalam berkata2, tapi dia juga punya persepsinya tersendiri, tidak bolehkah mereka tidak berpecah? Rahasya kecewa. Walaupun dia tidak tahu tentang masa depan, tapi dia merasakan jika perselisihan ini berpanjangan, sesuatu yang buruk bakal berlaku kelak. Satu pertempuran yang mungkin sukar untuk dielakkan.

“ Begini, Rahasya…abang tidak memaksamu untuk menyebelahi abang, tapi jika kau berpihak kepada prinsip abangmu Haqq, kau akan ketahui, bahawa abangmu di depan ini juga akan menjadi musuhmu. Abang juga tidak suka benda ini berlaku, tapi prinsip kekal prinsip. Hitam itu hitam, putih itu putih. Kau harus bijak membezakan kebenaran dan kebatilan. Teguhkan kepercayaanmu Rahasya! “ Pawana mula berang apabila dipertikai. Rahasya mengerlus rambutnya. Berat jiwanya. Dia sayangkan kedua abangnya itu. Mereka punya kekuatan tersendiri, jika mereka bertiga bergabung, tiada siapapun akan mampu menggugat mereka.

“ Ini semua sudah tertulis Rahasya. Janganlah kau bersedih hati. Abang tahu apa yang abang pegang, dan abang juga merasakan abangmu Haqq tidak akan berpatah balik lagi. Dia juga telah memilih jalannya. Maka kau sebagai adik, juga harus terima keputusan kami dan teruskan hidupmu seperti biasa. Bila tiba masanya, kita semua akan bertemu semula. Abang pasti. “ Pawana perlahankan semula suaranya. Dia tahu adiknya ini berhati lembut dan sensitif. Dia tidak mahu ada pertikaian dengan manusia berhati suci seperti adiknya ini. Dia mengusap lembut belakang adiknya dan perlahan beredar.

“ Jaga diri, adikku. Jaga hati ini. Ia sangat bernilai. Abang tidak sesucimu…” Pawana sebak. Dia berjalan terus tanpa menoleh lagi. Rahasya terduduk dan hampir menangis. Jiwa lelakinya benar2 terguris dengan perpisahan hari ini.

Rahasya tersedar dari lamunan itu apabila Pertama menegur. Dia berdehem untuk mengembalikan kesedaran sebagai seorang laksamana.

“ Tuan Laksamana, hamba ada maklumat terbaru tentang…” belum sempat Pertama menghabiskan ayatnya,dia mendengar seseorang berdehem di tepinya. Tuan Indera! Pertama tunduk hormat dan meminta diri untuk pergi. Rahasya mengangguk dan memberi signal bahawa malam nanti mereka sambung bicara. Pertama mengangguk.


"Kesetiaan dan kejujurannya itu padu."

Pertama, ketua penyiasat Rahasya yang sangat dipercayai. Dia boleh menusuki pelbagai dimensi untuk mencari apa saja maklumat yang diperlukan, dia memegang sakti layaran. Iaitu satu ilmu sakti untuk mengembara interdimensi tanpa diketahui dan tidak meninggalkan satupun jejak yang boleh ditelusuri. Dia juga sangat bijak menyamar malah dikatakan ilmu sakti penyamarannya menghampiri ilmu sakti bayang milik Nilam Mawar. Kerana kelebihan ini juga, Rahasya mengambilnya sebagai ketua penyiasat merangkap orang suruhan terdekatnya. Kesetiaan dan kejujurannya itu padu.

“ Ya, mengapa tuan hamba mencari hamba petang2 sebegini. Tidak boleh tunggu esokkah?” Rahasya sinis. Dia meluat diganggu ketika waktu petang kerana inilah waktu dia melepaskan penat Lelah bekerja seharian. Indera ketawa sinis juga. Dia angkat kening. Rahasya mencebik melihat riak wajah Indera dan memandang tasik dihadapannya. Dia begitu malas sekali bila manusia ini bertemunya.

“ Sudah sepurnama lebih selepas ketiadaan puteri. Dan tuan hamba masih lagi kekal tenang. Hebat ya?"

 Indera membulatkan mata. Rahasya ketawa kecil.

“ Boleh bergelak tawa lagi, pemergian puteri satu bahan lawak tuan laksamanakah? “ Indera menyoal sinis.

 Rahasya yang malas mahu melayan sikap Indera itu perlahan2 naik ke atas sampan dan mula duduk mendayung. Indera tidak mahu melepaskan peluang, dia juga melompat perlahan ke atas sampan sebelah dan mengejar Rahasya dari tepi. Dia cuba meraih perhatian ketuanya itu. Rahasya naik meluat dengan sikap tidak faham bahasa yang ditunjukkan Indera itu. Ada2 sahajalah dia ini.

“ Hamba sedang mengumpul sekalian bukti untuk dipersembah kepada Baginda Tuanku tentang salahlaku Tuan laksamana. Tuan hamba tidak akan dapat lama menipu kami lagi. Hamba yakin tuan hamba adalah dalang kepada kehilangan puteri! “ Indera menolak sampan Rahasya mengguna dayungnya. Rahasya mengeluh benci.

“ Setiap sesuatu ada sempadannya. Jangan biadap, Indera! “ Rahasya bersuara keras. Indera ketawa mengekek.

“ Bercakap tentang diri sendirikah wahai tuan laksamana yang dihormati?” Indera kembali mengejek.

“ Kasihan puteri punya abang yang tidak profesional sebegini. Gaya lagak bagai samseng jalanan sahaja. “ Rahasya memandang Indera tajam. Indera menaikkan anak matanya dan menunjukkan muka benci.

“ Nikmati kebebasanmu sementara waktu ini. Hamba akan pastikan tuan hamba mendapat balasan atas apa yang terjadi. Tuan hamba wajib bertanggungjawab. Hati2 Rahasya. Hamba yakin ada sesuatu yang tuan hamba sembunyikan dari pengetahuan Baginda Tuanku. Kau begitu licik dalam permainanmu.  “ Indera tersenyum yakin.

Laksamana terkejut. Bagaimana Indera boleh tahu nama sebenarnya? Rahasya telan air liur dalam diam. Tapi wajahnya kekal tenang seperti selalunya. Ahhh persetan itu. Dia tidak peduli. Dia tidak ada niat buruk terhadap puteri. Malah, dia tahu puteri sedang selamat dalam penjagaan abangnya Haqq. Tiada apa yang perlu dirisaukan di sana. Sebaliknya, Raja Cermin lah yang perlu disiasat. Tentang ini pasti Indera tidak tahu. Jika kisah silam Raja Cermin dan ayahanda bonda Indera dibongkar, pastilah Indera tidak seyakin ini dalam berbicara. Anak yang kasihan. Bisik Rahasya dalam hatinya. Jauh disudut jiwanya, dia masih punya rasa belas dan kasihan kepada abang puteri ini. Cukuplah apa yang terjadi dulu, dia yakin Indera berhak untuk mendapat sebuah kehidupan yang baik. Akan tetapi, sikap Indera sedikit sebanyak menganggu jiwanya untuk terus berjuang menyelamatkan Inderaloka dan puteri. Dia mengeluh perlahan.


"Jauh disudut jiwanya, dia masih punya rasa belas dan kasihan kepada abang puteri ini."

“ Lakukan apa yang tuan hamba rasa terbaik. Hamba di sini juga sentiasa melakukan apa yang terbaik. Tidak pernah terlintas dalam fikiran hamba untuk mengkhianati sesiapapun. Semuanya sudah tertulis, dan apa Yang Maha Esa kehendaki, telahpun Dia lakukan. Kita sebagai hamba, hanya melalui semuanya dengan jiwa yang tenang dan redha. Terlalu banyak perkara di luar pengetahuan kita sebagai seorang insan. Kejahilan kita dalam genggaman Tuhan Yang Maha Mengetahui. Hamba yakin segalanya punya hikmah, termasuklah kelahiran tuan hamba.” Rahasya membalas dengan ayat yang lebih pedih. Ayat terakhir itu menyentak jiwa Indera. Entah kenapa Indera mendayung perlahan mendekati tebing tasik dan mula pergi dengan wajah yang keliru dan celaru. Hatinya terusik dengan ayat terakhir Rahasya. Benar, sehingga kini, dia tidak tahu siapakah orang tuanya. Adakah itu sesuatu yang penting? Indera pulang dengan hati yang sebu. Dahinya berkerut. Krisis identitinya kembali menerpa.

Rahasya sedar perkara itu. Dia juga merasa bersalah, tapi setiap orang berhak mempertahankan diri. Mungkin sudah tiba masanya perkara tentang kelahiran Indera harus dipersoalkan. Tak mustahil, Raja Cermin akan lebih gentar tentang kisah silam Indera dan mungkin timbul keinsafan dalam dirinya untuk tidak mengamalkan ilmu lamanya itu. Dia tidak sabar mahu lihat apa yang akan berlaku seterusnya. Rahasya cuba berkira2. Cahaya matahari petang yang menyinar di permukaan air menenangkan hatinya yang kini sedang hanyut merindui puteri...

Bersambung...


"Malah, dia tahu puteri sedang selamat dalam penjagaan abangnya Haqq. Tiada apa yang perlu dirisaukan di sana. "



Wednesday, November 23, 2022

Puisi tenang: menjauhlah sebab ia sangat menyakitkan...


"Semoga semua baik2 sahaja..."

Akan ada satu saat, memaafkan tu boleh.

tapi hati ni dah taknak berjumpa, 

taknak tengok dah orang tu...

menjauhlah sebab ia sangat menyakitkan...

hati perlu masa untuk sembuh...

jangan tabur pasir pada luka yang sedang berdarah...
                                                                                                                                                                                                          


" Kekal dengan prinsip tak semudah yang disangka. Kita akan jadi bahan kebencian manusia. Tak mengapa, ini lumrah. Kita tak cari redha manusia..."

Wednesday, November 9, 2022

Cermin 43: Perlawanan jiwa tiga penjuru...


"Sebelum dia menjemput puteri kembali ke Inderaloka atas, dia perlu menyiasat dengan lebih dalam apa jenis kuasa yang sedang membayangi Inderaloka atas."

Perlawanan jiwa tiga penjuru...


Rahasya.

Rahasya mengeluh. Memori bersama puteri sangat mengguris jiwanya. Terutama apabila kini puteri sudahpun hilang hampir keseluruhan ingatannya. Dia termenung seketika memikirkan bahawa kini Haqq sedang menjaga puteri. Bunga itu sudahpun ditanam tepat di jantung puteri. Dia berharap Haqq menjaga puteri sebaiknya, sementelah dia kini sedang cuba menyelesaikan konflik dalaman yang berlaku di Istana Cermin. Kini, setiap kali dia bermeditasi pasti akan diganggu dengan bayangan puteri. Sebelum dia menjemput puteri kembali ke Inderaloka atas, dia perlu menyiasat dengan lebih dalam apa jenis kuasa yang sedang membayangi Inderaloka atas. Kuasa mistik yang sedang menganggu kedamaian sentero loka dengan menghasut pelbagai watak untuk terus berperang demi mendapatkan kuasa. Rahasya mengeluh lagi. Meditasi demi meditasi kini tidak begitu memberi impak buat jiwanya. Dia juga sedar ketenangan dirinya sekarang tergugat kerana bebanan tugas yang semakin memberat ditambah dengan kerisauan tentang keadaan puteri.

“Puteri, jika tidak kerana kuasa itu yang semakin membarah di dalam tubuh ayahandamu itu, pastilah patik segera menjemputmu..." Rahasya bermonolog. Dia kecewa tapi dia harus kuat. Memegang posisi sebagai laksamana sebuah negara pastilah setiap tindakan tidak boleh semudah itu. Semuanya pasti dikira dalam pertimbangan kerana dia mengerti setiap satu tindakan punya risikonya tersendiri. Jika diikutkan hati, mahu sahaja sekarang ini juga dia menjemput puteri. Tapi jika dia menjemput puteri, pastilah akan berlaku perebutan bunga larangan itu samaada secara halus mahupun kasar dari Raja Cermin. Jika bunga itu berjaya dirampas, pastilah selepas itu berlaku pula siri peperangan besar2an antara Inderaloka atas dan juga seluruh loka lainnya yang entah bila tamatnya dan sudah tentu ia akan mengorbankan ramai nyawa yang tidak bersalah. Rahasya tahu bunga itu mempunyai tarikan yang mampu membuatkan sesiapa saja yang berkehendakkan kekuasaan, menjadi gila. Godaannya terlalu kuat. 

Raja Cermin yang terkenal sangat baik itupun tak mustahil kalah dengan aura bunga itu. Apatahlagi, sejarah amukan Raja Cermin suatu masa dahulu, membuktikan ada sesuatu potensi tersembunyi tentang rajanya itu. Ini semua membuatkan Rahasya sangat runsing. Adakah dia cukup kuat untuk menghapuskan kuasa misteri yang sedang merasuki ayahanda puteri itu? Jika dia tidak cukup kuat, pada siapakah dia perlu memohon bantuan? Abangnya Haqq akan membantu musuhnya kah? Bagaimana jika dia memohon bantuan adik beradik seperguruannya? Mencari abangnya Pawana? Bagaimana pula jika berlaku pertempuran besar antara abangnya Pawana dan abangnya Haqq? Aduh bahaya. Bagaimana pula Nenda Melor? Dia juga meragui kejujurannya, ada sesuatu pada Nenda Melor yang merisaukannya. Paling penting sekali , selepas semuanya selesai nanti, akankah abangnya Haqq itu patuh pada janji mereka untuk memulangkan puteri semula padanya? Rahasya mengeluh lagi dan lagi. Sungguh berat pertimbangan kali ini.

Akhir sekali, dia mengakui, ini bukanlah apa yang dia rancangkan dahulu. Semuanya telahpun lari dari perancangan asal. Dia tidak mengetahui serumit ini kesan daripada pencarian bunga larangan itu. Jika dia tahu, takkanlah dia mahu menggadaikan keselamatan puteri! Yang tinggal kini, dia perlu merancang perancangan baru supaya keharmonian dan kestabilan loka2 terutama Inderaloka Atas terpelihara. Dalam dia sibuk merancang dan bertindak langkah demi langkah, dia mengeluh sekali lagi. Kenangan bersama puteri mengacau jiwa kasarnya. Guruh yang tiba2 berbunyi di selang seli dengan kilat. Hujan menitik sedikit demi sedikit seperti mengetahui kegundahan hatinya kini. 

***


Haqq.

Malam ini bulan mengambang penuh. Haqq mengeluh keseorangan. Dia sedang berkira2 adakah dia juga perlu menyimpan bunga larangan itu demi perluasan kuasanya? Walaupun itu bukanlah motif utamanya, tapi jika bunga larangan itu dapat ke tangan ayahanda puteri, pastilah kerajaan Inderaloka bawah akan digempur habis2an, dia sangat pasti tentang itu. Dia juga risau, adakah kuasanya mampu melawan kuasa bunga larangan itu? Bagaimana dengan puteri? Adakah jika bunga larangan itu dipisahkan dari dirinya, akan memberi kesan pada diri puteri? Jika boleh dalam apapun keputusan yang diambil, keselamatan puteri menjadi keutamaannya. Dia tidak mahu melihat kekasihnya itu terluka. Selain daripada dia sudahpun berjanji dengan adiknya Rahasya untuk menjaga puteri dengan baik, dia juga perlu memikirkan banyak perkara. Untuk memulangkan puteri kepada adiknya itu? Biar hancur dirinya, tidak akan sekali2 dia melakukan sebegitu. Puteri miliknya! Persepsi gelap Haqq merasuki ruang ego dirinya. Jika dia terus menyimpan puteri disisinya, pasti segalanya dapat diselamatkan. Kerajaan Inderaloka bawahnya juga akan kekal makmur dan siri perluasan kuasanya kelak pasti akan disulami dengan kemenangan tanpa kalah. Haqq tersenyum yakin. Ya, dia perlukan puteri untuk menyeimbangkan segalanya yang dia sedang pelihara. Dia bertekad untuk tidak melepaskan puteri biar apapun terjadi. Titik. 

***


Indera.

Sudah sebulan lebih puteri hilang. Sehingga kini, dia masih gagal bertelepati dengan adiknya itu yang kini dibawa lari Haqq, Raja Kegelapan Inderaloka Bawah. Dia sangat risau. Kerahan tentera di segenap pelusuk negara diperketatkan, masih buntu menemui hasilnya. Indera sudah hampir putus asa. Setiap kali bertembung dengan Laksamana, hatinya panas membara. Entah gila apa, laksamana tak pernah mahu mengaku silapnya. Dia sangat yakin, tempohari kerja laksamana lah yang telah membawa puteri mencari bunga larangan itu, mengapa laksamana tak mahu mengaku???! Kerana inilah semuanya bermula. Krisis demi krisis terjadi selepas pemergian puteri. Jika tidak kerana laksamana membawa posisi yang lebih tinggi darinya, pasti dia sudah menghapuskannya! Arghhh persetan dengan posisi tugas, dia cuma perlukan bukti2 kukuh untuk mempersembah kepada Raja Cermin tentang siapa sebenarnya laksamana itu. Jika boleh, dia mahu laksamana dipenjarakan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik, malah menyebabkan puteri hilang sehingga kini! Indera terlalu bengang! Dia hampir hilang rasionaliti. Sejenak dia teringat peristiwa ketika mereka diserang di atas gunung tempohari. Itulah terakhir dia melihat adiknya. Dia sangat rindu untuk bergelak tawa bersama adiknya itu. Puteri, mana awak...Indera hampir menjerit cuba menahan rasa. Dia mencucuk pedangnya ke tanah dan cuba bertenang menahan amarah yang teramat pada laksamana. 

Bersambung...



Monday, October 31, 2022

Cermin 42 : Mungkinkah puteri ini adalah keturunan...?


"Kesemua bunga2an dan tumbuhan disini seperti menyeramkan. Wajah Cahaya berubah."

Di hadapan portal biru…Rahasya dan Cahaya.

“ Ingat, di sini, dunianya lain daripada kita. Sejauh mana ia berlainan, saya kurang pasti, saya pun pertama kali jejak. Dunia alam Zaans dikatakan alam magis yang misteri. Sentiasa berada berdekatan dengan saya, mudah untuk saya melindungi awak. “ Rahasya menerangkan dengan serius. Cahaya mengangguk tenang. Tidak sabar rasanya, begitulah di dalam hati mereka berdua.

“ Mari…” Rahasya memegang tangan Cahaya kemas dan mereka berdua melangkah ke dalam portal tersebut.

Dalam masa sekejap sahaja mereka melalui lorong portal dan mereka telahpun sampai ke Dunia Magis Zaans.

“ Sejuknya. “ Cahaya menggigil kesejukan. Cuaca disini seperti ais batu. Rahasya mengeluarkan api hijaunya dan memberi kehangatan buat mereka berdua dalam bentuk baju panas hijau. Cahaya berasa lebih tenang. Rahasya tersenyum.

Suasana keliling sunyi. Mereka tiba di dalam hutan yang pelik. Pokok di sini semua terapung bersama akarnya. Tanahnya bercahaya bagaikan permata. Udaranya juga jauh lebih segar berbanding Inderaloka.

“Pokok jenis apa ini? “ Cahaya bermonolog. Tidak pernah dia melihat tumbuhan sebegini rupa. Melangkaui peraturan alam biasa. Ini siang atau malam? Cahaya seperti malam, tetapi langitnya tidak pula gelap.

“ Saya rasa ada baiknya kita jangan sentuh apapun di sini. Risau ia beracun. “ Rahasya mengingatkan cepat. Dia cukup tahu Cahaya sangat berminat dengan tumbuhan dan herba.

“ Bagaimana kita nak cari bunga larangan tu, jika kita tak tahu rupanya?” Soal Cahaya bijak.

“ Ya, kita memang tak tahu rupanya, tapi ada tanda2nya. Bunga itu akan berdegup2 di hadapan awak. “ Rahasya menerangkan, Cahaya terpinga2.

“ Di hadapan saya je? Awak bagaimana? “ Cahaya pelik.

“ Ya, di hadapan awak sahaja, itu bunga larangan bagi awak. Sebab itu ia berdegup di hadapan awak sahaja. “ Rahasya tersenyum, Cahaya kerut dahi. dalam mereka berborak, Tiba2 hutan itu terbelah dua membentuk satu jalan kearah satu bukit tinggi di hujung sana. Mereka berdua terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Cahaya angkat kening. Rahasya dalam keadaan bersedia.

“ Jalan?” Cahaya bertanya tulus. Rahasya keliru, dia perlu cepat buat keputusan. Jesteru dia mengangguk.

“ Mari, pegang tangan saya kemas, kita tak boleh perlahan disini. Risau ia adalah perangkap. “ Rahasya memegang tangan Cahaya kemas dan bergerak sepantas kilat menuju ke hujung laluan itu. Sesampainya mereka di hujung laluan, hutan itu kembali seperti sediakala. Sekali lagi, mereka terpegun. Rahasya melepaskan tangan puteri dan mengeluh perlahan. Nasib baik tiada apa2 berlaku. Bisiknya dalam hati. Puteri terdiam. Dia masih memandang suasana keliling dengan perasaan takjub.

Sekarang mereka berada berhadapan dengan sebuah bukit yang mempunyai tona warna pelik. Merah dan hitam sahaja. Kesemua bunga2an dan tumbuhan disini seperti menyeramkan. Wajah Cahaya berubah.

“ Arghhhh!!!” Cahaya menahan satu kuasa pelik yang cuba meresapi dirinya. Rahasya terkejut dan memegang wajah puteri.

“ Kenapa???” Rahasya bertanya pantas. Puteri tetap mengerang kesakitan. Rahasya menutup matanya perlahan dan cuba bertenang mengalirkan anahatanya kepada puteri. Puteri tetap kekal meraung dan matanya bertukar merah kehitaman, asap hitam keluar dari hidung dan telinganya. Urat2 hitam kelihatan di leher dan tangannya. Rahasya tergamam. Dia cuba memikirkan cara.

Puteri tiba2 terbang dan berubah rupa. Gigi taringnya jelas kelihatan. Rahasya telan air liur. Dia benar2 tidak sangka begini jadinya. Dia terbang menuju puteri dan cuba memancarkan cahaya anahatanya tepat kepada jantung puteri. Puteri terbang laju mengelilingi bukit misteri itu dan mengilai2. Panahan cahaya anahata Rahasya tidak mengena. Rahasya tidak putus asa. Dia mengejar puteri yang seperti dirasuki sesuatu. Kuasa apa ini yang merasuki puteri? Dia bingung.  


"Panahan cahaya anahata Rahasya tidak mengena. Rahasya tidak putus asa. Dia mengejar puteri yang seperti dirasuki sesuatu."

Puteri yang keletihan mengilai dan terbang merata duduk di atas sebuah batu. Rambutnya terurai panjang dan kepala bergerak2 memandang sekeliling aneh. Rahasya lantas teringat apa yang terjadi pada suatu masa dahulu berkenaan Raja Cermin. Mungkinkah puteri ini adalah keturunan...? Rahasya telan air liur. Dia perlu berbuat sesuatu untuk mengeluarkan kuasa itu dari badan puteri.

Dengan tak semena2 datang seorang perempuan cantik ibarat dewi berjalan tenang menuju puteri.

“Selamat datang wahai sayangku…sudah lama bonda menantimu…” Perempuan itu tersenyum jelita dan memegang dagu puteri perlahan. Puteri memandangnya tanpa perasaan. Rahasya bingung dan cuba memahami apa yang sedang terjadi dihadapannya kini. Dia kaku.

Dewi itu menaburkan serbuk berkilau ke atas kepala puteri, serta merta puteri berubah kepada rupa asal, malah lebih cantik dari yang sebelumnya, terhias bagaikan seorang ratu dari kerajaan Zaans. Puteri menunduk sambil sebelah tangan memegang batu berdiamnya dan sebelah tangan lagi dihulurkan kepada Dewi itu. Dewi itu menyerahkan sehelai selendangkuning dan sebuah mahkota bertatahkan batu permata berwarna putih berkilauan anggun. Puteri bangun dan selendangkuning itu serta merta berada silang dibadannya dan mahkota itu terapung dan berada tepat di atas kepala puteri dan duduk berdiam disitu. Dewi itu tersenyum dan puteri juga tersenyum.

“ Terima kasih bonda. Anakanda sudah kembali…“ puteri berbalas seperti sudah kenal lama.

 Lantas mereka berdua berjalan seiringan di atas laluan yang penuh dengan bunga2an yang harum. Dewi itu memandang Rahasya yang sedang kaku terkebil2 disitu dan dewi itu tersenyum. Rahasya boleh bergerak semula. Jantungnya terasa hendak pecah ketika cuba untuk merungkaikan magis dewi itu. Ampuh sungguh, bisik hatinya. Tiba2 datang segerombolan wanita layaknya seperti dayang2 dewi itu membawakan pelbagai jenis bunga2an dan tumbuhan. Mereka beratur di tepi laluan bunga2an tadi dan masing2 tersenyum kepada puteri. Puteri tersenyum manis.

“ Terima kasih wahai Rahasya, kembalikan puteri Zaans kami. Beta terhutang budi…silakan masuk ke teratak kami…“ dewi itu mengajak Rahasya berjalan bersama mereka. Rahasya yang terpinga2 sejak dari tadi hanya menurut. Dia berasa seperti dipukau. Dia berjalan perlahan memandang suasana sekeliling. Bukit yang beraura merah kehitaman tadi telahpun berubah menjadi satu taman bunga atas bukit yang sangat indah. Di dalam hati, dia masih berfikir, benarkah tindakannya ini? Dia tidak berasa mereka ini jahat, malah seperti keluarga besar puteri yang telah lama tidak berjumpa sahaja. Sambil berjalan, Rahasya sedang bingung berfikir. Adakah dunia ini asalnya puteri? Dimana bunga larangan itu? Bagaimana dia harus mencapai objektif ekspedisi ini? Rahasya mengeluh perlahan. Dia bingung sebingung-bingungnya.


"Adakah dunia ini asalnya puteri? Dimana bunga larangan itu? "

Bersambung…



Thursday, October 6, 2022

Cermin 41: Dah penuh juga. Dah tiba masanya...


“ Saya belajar. Tapi itu asas sahaja. Selebihnya saya sendiri kuasai dengan latihan meditasi dan penerokaan diri. “

 Di dalam gua rahsia, Rahasya a.k.a Laksamana dan Cahaya sedang duduk bermeditasi…

Di dalam meditasi Cahaya…

Di satu hutan tebal…Cahaya sedang berjalan perlahan di dalam kegelapan malam…

Kedengaran bunyi sungai, Cahaya mengikut sinaran cahaya bulan. Di mana ini? Cahaya berkata sendiri. Akhirnya dia tiba di sebelah air terjun yang berseri indah disirami cahaya bulan terang. Cahaya tersenyum sendiri. Suasana yang indah, Cahaya duduk di sebelah air sungai yang sejuk.

“Ouch! “ sejuknya. Bisik Cahaya. Di mana laksamana? Adakah mereka berasingan dalam meditasi ini?

“ Selamat datang wahai tuan puteri…” Laksamana datang perlahan menujunya. Cahaya terkejut. Nampak lain benar rupa laksamana, benarkah ini laksamana?

“ Laksamana? “ Cahaya cuba bertanya. Mungkin silap orang?

“ Rahasya…panggil saya Rahasya…” laksamana tersenyum menunduk. Malu rasanya memperkenalkan identiti sebenar di hadapan puteri.

“ Ra apa? Rara? “ Cahaya berkerut dahi. Dia hampir ketawa. Laksamana tersengih.

“ Sebut? Ra…Ha…Sya…” laksamana menyebut namanya perlahan-lahan.

“ Oh…saya panggil awak Rara…awak laksamana ke bukan? “ Cahaya masih tidak berpuas hati. Keliru.

Laksamana pula terlopong disitu. Itu pertama kali, seorang makhluk Tuhan berani mempermainkan namanya sebegitu. Aduh.  Tapi comel juga Rara, cuma tidak sesuai dengan imejnya yang ganas dan berprinsip itu! Laksamana garu kepala.



“ Ini dunia ilusi saya, alam saya mengembara guna meditasi dan juga alam mimpi saya. Dunia ini ada beberapa lapisan. Tapi saya yang mengawalnya. “ 


“ Disini saya bukan lagi laksamana, di sini saya Rahasya, bukan Rara. Inilah rupa saya yang sebenar. “ tiba giliran Cahaya pula melopong.

“ Ini dunia apa,Rara ? “ Cahaya menyengetkan kepala pelik.

“ Ini dunia ilusi saya, alam saya mengembara guna meditasi dan juga alam mimpi saya. Dunia ini ada beberapa lapisan. Tapi saya yang mengawalnya. “ laksamana tersenyum tepi. Yakin.

“ Jadi kita ke sini untuk apa? Kalau meditasi pun, saya tetap nampak muka awak, jadi apa guna saya bermeditasi? Apa tujuannya? “ soal Cahaya jujur sekali. Laksamana hampir ketawa besar.

“ Kita kesini, supaya saya mampu berkongsi tenaga dengan awak. Di alam Inderaloka, kuasa saya tersangkut-sangkut. Sini kuasa saya penuh, cuba lihat. “ Laksamana menunjukkan cahaya hijau yang keluar dari tangannya. Berada di sekeliling pokok2 hijau yang besar dan tua, benar2 memenuhi keperluan spiritualnya. Tenaga hijau, adalah sejenis tenaga yang dikuasainya. Gelaran lain bagi Anahata. Sumber tenaga asal adalah melalui alam kehijauan. Kerana ini jualah, ketika bermeditasi, laksamana akan tiba pertama sekali di dalam hutan sebagai tanda keseimbangan kuasa magisnya.

“ Anahata? Awak ada kuasa anahata? “ Cahaya terkejut. Dia terbaca tentang kuasa mistis lagenda itu di dalam perpustakaan diraja tempohari. Tidak sangka, kuasa magis itu benar2 wujud.

“ Bijak.bagaimana tahu? “ Laksamana tersenyum lagi. Ilmu nama tuan puteri boleh tahan.

“ Bukan penting bagaimana saya tahu, tapi lebih penting, kenapa awak ada kuasa anahata? Bukankah itu ilmu lagenda? Awak belajar dari siapa? “ Cahaya pelik. Setahunya, ilmu itu warisnya cuma satu. Iaitu Sang Petapa. Tak mungkin?

“ Saya belajar. Tapi itu asas sahaja. Selebihnya saya sendiri kuasai dengan latihan meditasi dan penerokaan diri. “ ujar laksamana jujur. Dengan puteri, susah sekali untuk berhelah. Dia sangat bijak menerka.  


"Bukankah itu ilmu lagenda? Awak belajar dari siapa? “ Cahaya pelik.

“ Awak belajar? Ilmu ni bukan semudah itu untuk dipelajari. Tiada yang mampu kuasai, selalunya maut yang menanti sebelum orang itu mampu belajar asas pun. Jadi bagaimana? “ Cahaya mengecilkan matanya, sangsi dengan kenyataan Rahasya.

“ Kata guru saya, setiap orang ada haknya. Ini mungkin hak saya. Jika sesuatu itu sudah sampai ke empunya hak, mudah sahaja. “ Laksamana mahu berhenti berbicara soal ini. Ada soal yang lebih penting dari ini, iaitu latihan tenaga dalaman sebelum bertolak ke alam magis Zaans.

“ Awak anak murid Sang Petapa, kah? “ Cahaya menerka lagi. Laksamana mengarahkan tangannya ke langit dan menyerap tenaga hijau di sekelilingnya. Dia lalu terbang berpusing2 seperti  burung yang sedang bermain angin malam.

“ Hebat Ra... “ entah darimana datang seekor burung hantu duduk betul2 di tepi Cahaya, di atas batu sungai. Cahaya terkejut hampir saja dia terjatuh ke dalam sungai.

“ Siapa kamu? “ Cahaya cuba memegang kepak burung hantu comel itu.

“ Jangan pegang2. Geli. Nama patik Auli wahai tuan puteri. Tak kenal ka? “ Burung itu menunduk sedikit dan memusingkan kepalanya hampir 360 darjah.

“ Kita kenalkah?” Cahaya pelik.

“ Kita dah lama kenal wahai tuan puteri yang pelupa. Pakcik saya kirim salam. Ini dia kirimkan manisan. Ambil satu. Satu sahaja jangan lebih. “ Auli memberikan satu gula2 ungu kepada Cahaya. Cahaya ambil. Boleh makankah ini?

“ Makanlah, sedap tau. Pakcik saya kata ini yang paling sedap. “ Auli berkata lagi. Aduh, burung hantu yang boleh berkata2, comel sangat. Cahaya makan gula2 itu dan dia melompat. Sedapnya! Manisan jenis apa ini? Cahaya ketawa kecil. Sementara Rahasya terbang merayau, seronok juga ada burung hantu, Si Auli ni temankan. Dahla comel, petah bercakap, burung sesat mana lah agaknya ini. Hehe.

“ Siapa pakcik awak? “ Cahaya menyoal pelik.

“ Dia? Tak payah tahu. Nanti tuan puteri minta gula banyak2 pula. Susahlaaa. “ Auli menjeling tamak.

“ Eh? “ Cahaya garu kepala. Egois betul burung hantu pelik ni. Cahaya pun menjeling juga. Ego keduanya bertembung. Taknak bagitahu sudahla, burung hantu kedekut. Cahaya berbisik dalam hatinya. Auli terbang menuju Rahasya. Rahasya yang sedang khusyuk terbang menikmati harmoni anahatanya terkejut. Auli? Buat apa di sini? Bukankah dia sedang di alam selari sana menemani pasangan kembar spiritualnya? Menjadi pemerhati sejak sekian lama.

“ Auli? Kenapa kesini? Ada apa? “ Rahasya berhenti di atas pokok. Auli duduk menyebelahnya.

“ Saja kesini nak ambil angin. Nak pergi ke Zaans ka? Auli nak ikut boleh? “ soal Auli minta kasihan.

“ Tak boleh. Kamu sepatut di alam sana, siapa nak tengokkan dunia sana? Dah lupa perancangan kita? “ ujar Rahasya geram.

“ Tak lupa. Tapi Auli nak rasa udara Zaans, bolehlaaa Ra…” Auli menggeselkan kepalanya ke leher Rahasya. Rahasya tergeliat2. Aduh budak bertuah ni. Selalu sangat suka langgar rancangan. Burung hantu sakti yang ditugaskan untuk menjadi pemerhati dan peneman kembarnya.


"Dia sedang dalam celaru diri. Dia mencari kamu, Ra…"

“ Apa khabar dia? “ Rahasya memandang Auli serius. Auli menunjukkan muka comelnya. Rahasya menaikkan kening tanda dia serius dengan pertanyaannya. Auli faham, dia terbang dan keluar cahaya dari badannya membentuk satu skrin berimej. Kelihatan seorang lelaki sedang termenung. Murung. Lelaki itu sedang murung.

“ Kenapa dia? “ Rahasya risau. Auli terbang disebelah Rahasya dan duduk sama melihat skrin pancaran itu.

“ Dia sedang dalam celaru diri. Dia mencari kamu, Ra…” Auli jujur menerangkan.

“ Aduhla. Bimbinglah dia. Kamu kesini lagi dah kenapa? “ Rahasya bengang. Mencari dirinya? Rahasya tepuk dahi.


"Akan tetapi, sebagai burung kembara masa, dia sekali2 dilarang untuk masuk campur di dalam proses kronologi masa. "

Auli, si burung hantu sakti. Kuasa utamanya adalah kembara masa. Dia boleh berada di mana2 kepingan satah masa sesuka hatinya. Malang sekali, dia begitu malas membocorkan apa sahaja yang dilihatnya. Sikap itu menjadikan dia haiwan sakti yang menggemaskan. Sekalipun Rahasya tidak tahu dengan terperinci kuasa Si Auli. Kerana ini jualah, Auli tidak takut untuk lari dari apa2 rancangan pun. Semuanya di poketnya sahaja. Sekelipan mata, dia boleh berada di masa lepas, mahupun masa depan. Oleh kerana ilmu ini jualah, Auli si burung hantu sakti itu, sentiasa berlapang dada dengan apapun yang sedang berlaku dimatanya, kerana dia tahu semuanya adalah kronologi. Jika berlaku pesongan dari segi kronologi, jalan baru akan terbentuk, ruangan masa cuma terkoyak sedikit, tapi keadaan akan kembali normal kembali. Ini semua ibarat permainan sahaja. Akan tetapi, sebagai burung kembara masa, dia sekali2 dilarang untuk masuk campur di dalam proses kronologi masa. Perancangannya bersama Rahasya telah melanggar larangan itu! Auli menggeleng, jika diketahui Haqq, habislah dirinya. Bakal dikurung di Inderaloka Bawah sebagai banduan terseksa. Nasib baiklah Rahasya berjanji untuk melindungi dirinya dari kecaman Haqq.

“ Hah? Bimbing?” Auli menggeleng. Tugasnya bukan membimbing sesiapa, dia cuma sebagai pemerhati bebas yang sentiasa menyimpan data2 untuk disimpan dalam poket masanya. Rahasya geram dengan perangai nakal Auli dan mencubitnya. Auli yang sedar tangan laju Rahasya itu cepat2 terbang sebelum Rahasya berjaya. Dia terbang sambil ketawa2. Dia memandang belakang dan mengejek Rahasya dari jauh.

“ Pergi balik sana! Burung hantu nakal! Kamu balik sini, siap! “ Rahasya tergelak melihat keletah humor Auli. Taulah awak tu burung hantu sakti kembara masa, orang nak berduaan dengan puteri pun, sibuk mengacau. Rahasya terbang turun ke tepi air terjun tadi dan duduk di sebelah puteri.

“ Tenaga saya dah penuh, sekarang awak duduk berdepan saya. “ Rahasya duduk bersila di hadapan Cahaya yang juga sedang duduk. Dia memegang dahinya dan dahi puteri dalam masa yang sama. Dia mengalirkan tenaga hijaunya ke puteri dan Cahaya yang menerima tenaga itu terbatuk2.

“ Mungkin tenaga ini baru untuk awak, tapi ia sesuai dengan diri awak. Saya dah lihat, ia harmoni. “ ujar laksamana. Cahaya masih lagi terbatuk2. Dia terasa aliran tenaga hijau itu di dalam badannya, menyelinap di setiap sendi2nya. Nafasnya juga lebih segar.


“ Mungkin tenaga ini baru untuk awak, tapi ia sesuai dengan diri awak. Saya dah lihat, ia harmoni. “

“ Dah penuh juga. Dah tiba masanya. Mari kita kembali ke Inderaloka.”  Rahasya menepuk bahu puteri perlahan dan serta merta puteri terjaga di dalam gua rahsia tadi. Matanya terbuka. Rahasya di sebelah tersenyum. Berjaya. Bisik hatinya. Kini, dia lebih yakin untuk masuk ke portal itu.

Bersambung…



Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...