Di hadapan portal biru…Rahasya dan Cahaya.
“ Ingat, di
sini, dunianya lain daripada kita. Sejauh mana ia berlainan, saya kurang pasti,
saya pun pertama kali jejak. Dunia alam Zaans dikatakan alam magis yang misteri.
Sentiasa berada berdekatan dengan saya, mudah untuk saya melindungi awak. “ Rahasya
menerangkan dengan serius. Cahaya mengangguk tenang. Tidak sabar rasanya,
begitulah di dalam hati mereka berdua.
“ Mari…”
Rahasya memegang tangan Cahaya kemas dan mereka berdua melangkah ke dalam portal
tersebut.
Dalam masa
sekejap sahaja mereka melalui lorong portal dan mereka telahpun sampai ke Dunia
Magis Zaans.
“ Sejuknya.
“ Cahaya menggigil kesejukan. Cuaca disini seperti ais batu. Rahasya
mengeluarkan api hijaunya dan memberi kehangatan buat mereka berdua dalam
bentuk baju panas hijau. Cahaya berasa lebih tenang. Rahasya tersenyum.
Suasana keliling
sunyi. Mereka tiba di dalam hutan yang pelik. Pokok di sini semua terapung
bersama akarnya. Tanahnya bercahaya bagaikan permata. Udaranya juga jauh lebih
segar berbanding Inderaloka.
“Pokok
jenis apa ini? “ Cahaya bermonolog. Tidak pernah dia melihat tumbuhan sebegini
rupa. Melangkaui peraturan alam biasa. Ini siang atau malam? Cahaya seperti
malam, tetapi langitnya tidak pula gelap.
“ Saya rasa
ada baiknya kita jangan sentuh apapun di sini. Risau ia beracun. “ Rahasya
mengingatkan cepat. Dia cukup tahu Cahaya sangat berminat dengan tumbuhan dan
herba.
“ Bagaimana
kita nak cari bunga larangan tu, jika kita tak tahu rupanya?” Soal Cahaya bijak.
“ Ya, kita
memang tak tahu rupanya, tapi ada tanda2nya. Bunga itu akan berdegup2 di
hadapan awak. “ Rahasya menerangkan, Cahaya terpinga2.
“ Di
hadapan saya je? Awak bagaimana? “ Cahaya pelik.
“ Ya, di
hadapan awak sahaja, itu bunga larangan bagi awak. Sebab itu ia berdegup di
hadapan awak sahaja. “ Rahasya tersenyum, Cahaya kerut dahi. dalam mereka
berborak, Tiba2 hutan itu terbelah dua membentuk satu jalan kearah satu bukit
tinggi di hujung sana. Mereka berdua terkejut. Mereka berpandangan sesama
sendiri. Cahaya angkat kening. Rahasya dalam keadaan bersedia.
“ Jalan?”
Cahaya bertanya tulus. Rahasya keliru, dia perlu cepat buat keputusan. Jesteru
dia mengangguk.
“ Mari,
pegang tangan saya kemas, kita tak boleh perlahan disini. Risau ia adalah
perangkap. “ Rahasya memegang tangan Cahaya kemas dan bergerak sepantas kilat
menuju ke hujung laluan itu. Sesampainya mereka di hujung laluan, hutan itu
kembali seperti sediakala. Sekali lagi, mereka terpegun. Rahasya melepaskan
tangan puteri dan mengeluh perlahan. Nasib baik tiada apa2 berlaku. Bisiknya
dalam hati. Puteri terdiam. Dia masih memandang suasana keliling dengan
perasaan takjub.
Sekarang mereka berada berhadapan dengan sebuah bukit yang
mempunyai tona warna pelik. Merah dan hitam sahaja. Kesemua bunga2an dan tumbuhan
disini seperti menyeramkan. Wajah Cahaya berubah.
“ Arghhhh!!!” Cahaya menahan satu kuasa pelik yang cuba meresapi
dirinya. Rahasya terkejut dan memegang wajah puteri.
“ Kenapa???” Rahasya bertanya pantas. Puteri tetap mengerang
kesakitan. Rahasya menutup matanya perlahan dan cuba bertenang mengalirkan
anahatanya kepada puteri. Puteri tetap kekal meraung dan matanya bertukar merah kehitaman,
asap hitam keluar dari hidung dan telinganya. Urat2 hitam kelihatan di leher
dan tangannya. Rahasya tergamam. Dia cuba memikirkan cara.
Puteri tiba2 terbang dan berubah rupa. Gigi taringnya jelas kelihatan.
Rahasya telan air liur. Dia benar2 tidak sangka begini jadinya. Dia terbang
menuju puteri dan cuba memancarkan cahaya anahatanya tepat kepada jantung
puteri. Puteri terbang laju mengelilingi bukit misteri itu dan mengilai2. Panahan cahaya
anahata Rahasya tidak mengena. Rahasya tidak putus asa. Dia mengejar puteri
yang seperti dirasuki sesuatu. Kuasa apa ini yang merasuki puteri? Dia bingung.
Dengan tak semena2 datang seorang perempuan cantik ibarat
dewi berjalan tenang menuju puteri.
“Selamat datang wahai sayangku…sudah lama bonda menantimu…”
Perempuan itu tersenyum jelita dan memegang dagu puteri perlahan. Puteri memandangnya
tanpa perasaan. Rahasya bingung dan cuba memahami apa yang sedang terjadi
dihadapannya kini. Dia kaku.
Dewi itu menaburkan serbuk berkilau ke atas kepala puteri,
serta merta puteri berubah kepada rupa asal, malah lebih cantik dari yang
sebelumnya, terhias bagaikan seorang ratu dari kerajaan Zaans. Puteri menunduk sambil
sebelah tangan memegang batu berdiamnya dan sebelah tangan lagi dihulurkan kepada Dewi
itu. Dewi itu menyerahkan sehelai selendangkuning dan sebuah mahkota bertatahkan
batu permata berwarna putih berkilauan anggun. Puteri bangun dan
selendangkuning itu serta merta berada silang dibadannya dan mahkota itu terapung
dan berada tepat di atas kepala puteri dan duduk berdiam disitu. Dewi itu
tersenyum dan puteri juga tersenyum.
“ Terima kasih bonda. Anakanda sudah kembali…“ puteri berbalas seperti sudah kenal lama.
Lantas mereka berdua berjalan seiringan di atas
laluan yang penuh dengan bunga2an yang harum. Dewi itu memandang Rahasya yang
sedang kaku terkebil2 disitu dan dewi itu tersenyum. Rahasya boleh bergerak
semula. Jantungnya terasa hendak pecah ketika cuba untuk merungkaikan magis dewi
itu. Ampuh sungguh, bisik hatinya. Tiba2 datang segerombolan wanita layaknya
seperti dayang2 dewi itu membawakan pelbagai jenis bunga2an dan tumbuhan. Mereka
beratur di tepi laluan bunga2an tadi dan masing2 tersenyum kepada puteri. Puteri
tersenyum manis.
“ Terima kasih wahai Rahasya, kembalikan puteri Zaans kami. Beta
terhutang budi…silakan masuk ke teratak kami…“ dewi itu mengajak Rahasya
berjalan bersama mereka. Rahasya yang terpinga2 sejak dari tadi hanya menurut. Dia
berasa seperti dipukau. Dia berjalan perlahan memandang suasana sekeliling. Bukit
yang beraura merah kehitaman tadi telahpun berubah menjadi satu taman bunga atas
bukit yang sangat indah. Di dalam hati, dia masih berfikir, benarkah
tindakannya ini? Dia tidak berasa mereka ini jahat, malah seperti keluarga
besar puteri yang telah lama tidak berjumpa sahaja. Sambil berjalan, Rahasya
sedang bingung berfikir. Adakah dunia ini asalnya puteri? Dimana bunga larangan
itu? Bagaimana dia harus mencapai objektif ekspedisi ini? Rahasya mengeluh perlahan.
Dia bingung sebingung-bingungnya.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment