Thursday, August 11, 2022

Cermin 36: Tidak dia sangka, mereka satu darah rupanya!


"Semoga anak ini menjadi anak yang sentiasa gagah hadapi kehidupan dan menjadi seorang pemimpin yang kuat.”

Sejarah Inderaloka.

Dalam meditasi laksamana…

Di dalam sebuah kamar diraja…kepunyaan ayahanda dan bonda Indera…

“ Kita beri namanya Indera…semoga anak ini menjadi anak yang sentiasa gagah hadapi kehidupan dan menjadi seorang pemimpin yang kuat.” Raja Surya memangku anaknya yang baru lahir itu dan tersenyum penuh harapan. Permaisuri Bhumi menyambut keputusan itu dengan anggukan mesra. Dia juga mengharapkan perkara yang sama buat anak sulungnya itu. Indera. Mereka berdua adalah Raja dan Permaisuri bagi sebuah kerajaan mistik yang digelar Kerajaan Panca. Kerajaan Panca adalah kerajaan tua asalan kepada Inderaloka kini, ditadbir oleh pemerintahan Kerajaan Cermin. Panca adalah kesinambungan kepada satu loka yang lebih rahsia dan mistik yang sememang terkenal  antara seantero loka dengan magis bunganya. Sebuah kerajaan bunga2an mistik yang berkuasa terhadap rahsia tenaga dalaman dan magis wangi2an. Ditadbir oleh seorang ratu digelar Sang Dewi. Malangnya, kerajaan itu telahpun lenyap dan punah semuanya. Mungkinkah bunga larangan itu adalah bunga terakhir kerajaan mistik ini? Waris tunggal magisnya?

Laksamana tersedar daripada meditasinya dan terkejut. Berpeluh2. Riak wajahnya cukup menggambarkan dia terasa amat berat menerobos sebegini.

Tak mungkin! Bisik hatinya. Takkanlah Indera itu adalah? Dia berspekulasi sendiri. Sejenak kemudian dia meneruskan meditasinya. Tak boleh jadi ni. Bisik laksamana.


"Mungkinkah bunga larangan itu adalah bunga terakhir kerajaan mistik ini? Waris tunggal magisnya?"

Dia sambung bermeditasi. 

Kali ini Laksamana berada di satu keadaan dimana…di satu bilik gelap…

“ Kau terlalu lemah, Surya…apa sahaja aku usahakan semuanya kau tolak. Kau menolak berperang, sedangkan tanpa itu kita akan lemah dan terus lemah. Aku tiada cara lain, Surya, maafkan adikmu ini wahai abangku. “ kelihatan seorang lelaki mirip Raja Cermin sedang memegang sesuatu bekas cecair merah.

“Arghhhh…” cecair merah itu dihirupnya keras. Darah. Ya, itu darah. Dalam diam, lelaki ini terlalu ketagihan darah manusia. Semenjak menjadi penyembah saka nenek moyang, dia mengambil jalan ini untuk berkuasa. Dia tidak mahu kerja keras keturunannya hancur di tangan abangnya, Surya.

“ Maafkan adikmu iniiii…” lelaki itu menangis dan ketawa serentak. Dia terlalu dirasuki semangat saka nenek moyangnya itu. Esoknya…dia mengamuk…bertukar rupa dan menjadi manusia penghisap darah. Terbang kemana2 dan mengamuk. Kesemua isi istana dibunuhnya kecuali seorang. Itulah bayi yang Bernama Indera. Satu2nya waris keturunan abangnya, Surya. Melihatkan anak buahnya yang seorang ini, hatinya sejuk. Dia kembali bertukar ke rupa asal dan menangis. Menangis disisi Indera.

“ Maafkanku pakcikmu wahai Indera. Aku janji akan menjagamu seperti anakku sendiri. “ lelaki itu terduduk memeluk bayi suci berusia sehari bernama Indera itu dengan badan dan mulut yang berlumuran darah. Darah ada dimana2. Kesal? Menyesal? Puas? Semuanya bercampur baur. Kerana rasa bersalah itu jualah, dia meletakkan nama tempat ini, Inderaloka. Sebagai tanda peringatan, asal usul.


"“Aku maafkan kau Indera…aku maafkan kau…” Laksamana menangis lagi."
"Tanpa sedar, laksamana menitiskan airmata. Dia benar2 sedih dengan meditasi hari ini. "

Laksamana terjaga dari meditasi dan terbeliak matanya. Dia benar2 terkejut dan tidak menyangka sejarah Inderaloka sebegini. Dia menutup mulutnya dan cuba menerima kenyataan yang ada. Sesekali dia tidak menyangka Raja Cermin yang kelihatan begitu baik itu. Aduh! Laksamana berpeluh2. Sakit kepalanya. Patutlah tempohari dia lihat rajanya itu seperti dirasuki sesuatu! Kenapa sampai begitu? Tanpa sedar, laksamana menitiskan airmata. Dia benar2 sedih dengan meditasi hari ini. Tak peliklah mengapa Indera sangat susah untuk tunduk kepadanya. Selama ini dia cuma beranggapan bahawa Indera dan puteri cumalah abang dan adik angkat sahaja. Tidak dia sangka, mereka satu darah rupanya!

“Aku maafkan kau Indera…aku maafkan kau…” Laksamana menangis lagi. Sadis sungguh pengakhiran ayahanda dan bonda Indera. Rupanya Indera adalah salah satu pewaris Inderaloka ini selain puteri. Tetapi, haknya telah hilang selepas amukan Raja Cermin satu ketika dahulu. Laksamana tertunduk dan sayu. Puteri, kau tak salah dalam sejarah ini. Ayahanda itu. Dia menggeleng. Terasa sedikit menyesal bekerja sebagai laksamana di bawah satu kerajaan yang bersejarahkan pemberontakan dan amukan kejam serta penuh darah oleh rajanya. Indera tahukah sejarah ini? Laksamana berkira2. Dia pasti ini adalah sejarah yang disenyapkan. Jika Indera dijaga sejak hari kedua dilahirkan, dan semua isi istana mati. Mungkinkah Indera tidak tahu tentang ini? Apa terjadi selepas itu?

Laksamana mahu teruskan meditasi tapi dia terbatuk2 tanda keletihan. Dia perlu berehat sebentar. Berjumpa Indera? Walaupun rasa simpati menyelubunginya, akan tetapi dia tidak mahu terus disoal siasat oleh abang puteri itu. Apa yang menjadi kerunsingannya sekarang adalah, adakah Raja Cermin masih mengamalkan ilmu itu? Laksamana perlu teruskan penyiasatan berkenaan ini.

Apapun, laksamana bersyukur, kerana ilmunya membenarkan dia untuk menerobos ruangan waktu. Satu kelebihannya berbanding adik beradiknya yang lain. Dek kerana ilmu ini jualah, dia selalu menjadi pengembara masa yang tersembunyi identiti. Satu keistimewaan yang bukan calang2. Meditasinya sudah mampu memecah ruangan masa dan memanipulasi ia mengikut kedalaman fokusnya. Kerana ini jualah dia mampu masuk ke ruangan ilusi dan mimpi puteri untuk menariknya kembali ke Inderaloka ini. Rahasya tersenyum. Membazirkan kelebihan adalah satu kebodohan. Itulah prinsip hidupnya sejak lama. 


"Kerana ini jualah dia mampu masuk ke ruangan ilusi dan mimpi puteri untuk menariknya kembali ke Inderaloka ini. Rahasya tersenyum. "

Bersambung…





No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...