Friday, July 8, 2022

Puisi cinta: Alam nyata yang sebenarnya hanya mimpi...

Peakpx

"Andai mereka yang membenciku secara berdepan mahupun dalam diam, ketahui perkhabaranku ini pasti mereka gembira...bergembiralah, kerana aku tidak pernah sabar mahu kembali pada Tuhanku setelah selesai tugasku di atas dunia ini...jika sakit ini lorong untukku menemuiNya...aku redha...tak pernah sekali aku sibukkan diriku mengejar dunia melainkan sekadar mahu menjadi manusia yang sentiasa cuba memberi manfaat biarpun dibenci, disalahfaham atau dimusuhi tanpa pengetahuanku...dan aku di sini berusaha sehabis baik semampu dayaku wahai Tuhan...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui betapa diri ini setiap hari terasa mahu hilang dan menjadi debu yang tidak ditimbang dan dipertanggungjawabkan kelak...akan tetapi, aku harus di sini dan memegang tugas sebagai manusia...jadilah penguatku wahai Tuhan..."

kebelakangan aku kerap sakit...

demam selsema bersin dan seantara dengannya,

seakan sudah jadi permainan biasa bagiku...

baik sekejap, kembali lagi ia menyinggah...

tahap kesihatan juga terasa semakin merosot...

entah kenapa...

tapi,

aku menolak untuk terusan berehat tanpa berbuat apa2...

sehingga badan terasa amat seksa, 

barulah aku ambil cuti dan berehat sebentar masuk ke alam mimpi...

biar jasad sembuh dengan berehat sebentar.

rohani?

dia lebih gembira tidur dan kembali pada Tuhannya...

alam mimpi? satu kerehatan...

dari penat dan lelahnya dunia yang digelar alam nyata ini...

alam nyata yang sebenarnya hanya mimpi...

lalu kita mengejar apa selama ini?

ilusi2 yang disangka benar ianya hakiki...

semoga kita tak hanyut dalam tipudayanya...

dan keluar dari alam cubaan ini sebagai para pemenang...


"Kalau bukan kerana kepercayaanku pada Tuhan, pastilah aku tiada sekarang ini...sentiasa, tiada daya dan upaya bagi diriku melainkan semua dariNya jua...dariMu aku datang, hanya kepadaMu aku akan dikembalikan...Maha SuciMu dari segala sangkaan buruk kami terhadapMu...bersihkanlah kami sebelum kami kembali menghadapMu..."

No comments:

Post a Comment

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...