Di
perkarangan Istana Cermin. Malam. Di tepi tasik.
Cahaya
duduk memandang langit malam. Perbualan bersama laksamana semalam mengusik
jiwanya. Tiba2 timbul rasa bersalah
dalam dirinya. Adakah dirinya terlalu pentingkan diri? Bagaimana jika
perancangannya bersama laksamana diketahui ayahanda? Dirinya? Dia tidak begitu
kisah sangat, sebab pasti ayahanda sayangkannya. Laksamana? Bagaimana nasibnya
pula? Cahaya sayu. Batalkan rancangan? Cahaya berkira2. Tiba2…
“ Apa yang
Cahaya fikirkan?” pengawal peribadinya merangkap abang angkatnya menyapa.
“ Abang
Indera, Cahaya ni seorang yang pentingkan dirikah? “ Cahaya memandang abangnya
itu mohon penerangan. Indera duduk disebelah puteri dan tersenyum memandang
bulan. Abang Inderanya ini seorang yang rasional. Setiap kali ada masalah,
pasti abang Inderanya ini mempunyai solusi yang rasional. Tidak pelik, jika ada
masalah, puteri pasti akan mencarinya.
“ Kenapa
Cahaya cakap begitu? Ada sesiapa yang berkatakah? “ soal Indera lembut. Dia
mengeluarkan seruling dari poketnya dan mula mengalunkan lagu syahdu. Cahaya
yang mendengar alunan sebegitu, hampir saja menangis. Entah kenapa tiba2
perasaan begini menyelinap ke dalam hatinya.
“ Cahaya selalu
rasa, bila duduk dalam istana ni, Cahaya tak boleh buat apa2. Sentiasa
dikawal. Abang Indera, hidup di luar
sana seronok tak? “ Indera tersenyum mendengar keluhan adik angkatnya itu.
“ Cahaya,
ada ramai orang di luar sana, yang mahukan kehidupan macam Cahaya. Bukankah
sepatutnya Cahaya bersyukur atas kurniaan? " pujuk Indera lembut. Cahaya
menunduk sedih. Dia tahu tentang itu. Cuma…entahla.
“ Abang
Indera, Cahaya ni puteri tak guna kah?” Cahaya mula berfikir negatif. Indera
ketawa kecil. Adiknya ini suka sangat berfikir bukan2.
“ Kalau
Cahaya rasa begitu, habis tu, abang kat sini, dikira abang tak guna juga kah?” seloroh
Indera sambil menyambung serulingnya.
“Kadang2
Cahaya berfikir, mesti bahagia jika Cahaya ni bukan puteri raja. Cahaya hidup
sebagai rakyat biasa. Mesti seronok, bebas kemana2 dan berbuat apapun. “ Cahaya
sebak. Semenjak kecil, itulah keinginannya. Dia termenung seketika. Indera yang
perasan kegundahan adiknya itu sambung memujuk, cuba meredakan keadaan.
“ Kata2
adakala boleh menjadi satu permintaan yang disuarakan pada Yang Esa. Cahaya tak
takut, ia jadi betul? Cahaya nak tinggalkan abang Indera kat sini sorang2 kah?
“ Cahaya terkejut dengan penerangan ringkas abangnya itu. Dia risau juga,
abangnya ini mesti sedih jika dia ikut laksamana nanti. Cahaya serba salah.
Indera sambung berseruling dan keadaan menjadi lebih sayup lagi. Malam itu
mereka berdua melayan perasaan masing2 ditemani cahaya bulan. Pertanyaan Indera
terbiar tanpa jawapan.
***
Keesokan
paginya. Di taman Istana Cermin.
Cahaya
berjalan keseorangan. Entah kenapa, tiba2 rasa berat pula hatinya. Terfikirkan
perbualan bersama abang Inderanya malam tadi, dia garu kepala. Nak pergi atau
tak ni Cahaya? Dia mengeluh perlahan. Kalau pergi, kau harus kembali, Cahaya.
Jangan susahkan sesiapapun. Cahaya cuba berjanji dengan dirinya sendiri.
Laksamana? Dimana dia? Ini sudah hari kedua, bila agaknya mereka akan
berangkat? Mengenangkan bunga larangan itu, Cahaya lupa segala2nya. Dia
tersenyum sendirian membayangkan dapat melihat bunga misteri itu. Imaginasinya
melalut.
“Menungkan
apa? “ tiba2 Laksamana datang. Entah darimana? Cahaya mengeluh. Dia garu kepala
yang tidak gatal. Fikirannya sedang berserabut. Dia memandang Laksamana yang
duduk ditepinya. Pandangannya kosong seakan menembusi wajah laksamana. Laksamana
terkejut. Lain macam mood puteri hari ini ya? Bisik hati kecilnya.
“ Puteri sihatkah?
“ soal laksamana sambil menggerak2 kan tangan di depan wajah puteri. Cahaya terkejut.
Tersedar dari lamunan. Dia tertunduk sedih.
“ Laksamana, adakah beta seorang yang tak guna? “ Cahaya bersuara perlahan. Laksamana mengerutkan dahinya.
“ Siapa
cakap? “ laksamana tidak suka pertanyaan itu. Siapa mengusik perasaan buah hatinya
ini?
“ Tak ada sesiapa…cuma
beta sendiri rasa camtu…laksamana, tuan puteri kerajaan lain, mesti baik dan sopan
belaka kan…tapi beta…beta ni teruk…” Cahaya menunduk sebak. Entah kenapa dia
hari ini. Dilanda keinsafankah? Laksamana menggeleng.
“ Kenapa
mesti suka rendahkan diri? Jadilah diri sendiri. Kita cantik bila kita menjadi
diri kita sendiri tanpa ada kepuraan. “ ujar Laksamana sambil tersenyum memandang
puteri. Kalaulah dia dapat terangkan betapa puteri ini indah dimatanya. Malang sekali,
semuanya hanya di dalam hati. Dia belum berani berterus terang. Peratus ditolak
rasanya masih tinggi. Mereka belum begitu rapat. Tapi, dia seperti suka mood
puteri pagi ini. Lembut sekali. Hilang habis perangai rebelnya itu. Nampak ayu
pula tiba2. Laksamana ketawa kecil. Dia tidak sedar puteri sedang memerhatinya
yang sedang asyik dilamun perasaan.
“ Kenapa ketawa
sorang2? Laksamana sakitkah?” soal Cahaya pelik. Ya, sakit angau. Kalaulah dia
berani berterus terang. Dia ketawa kecil lagi. Aduh! Memang teruk sakit yang
ini. Puteri menggeleng, malas dia mahu melayan insan pelik ditepinya ini. Kejap
senyum, kejap ketawa. Kejap menung jauh. Macam orang gila bayang aje! Ahh
biarlah! Cahaya, fokus! Fikir cepat. Tanpa sedar, dia sebak dan airmatanya
menitis. Laksamana terkejut.
“ Puteri
sakitkah? Kenapa ni? “ Laksamana yang memang menggelabah jika melihat wanita
menangis, mula mendepani puteri. Wajahnya risau.
“ Beta rasa
beta ni puteri tak gunaaaa….” Tangisan Cahaya bertambah kuat.
“ Ya ampun,
siapa yang cakap begitu pada tuan puteri? Cakap, biar patik kerat lidahnya! “
Cahaya
menggeleng laju. Dia sambung menangis. Laksamana berlari menuju bunga dihujung
sana dan pantas memetik.
“Nah bunga
ni. Khas untuk tuan puteri yang comel…” Laksamana sudah hilang kata2. Terpaksa dia
romantisan sedikit! Arghhh malunya! Kemerahan wajahnya. Dia garu kepala, malu
benar. Sebagai seorang laksamana, tak pernah dia buat kerja kelakar seperti
ini.
“ Terima
kasih wahai laksamana yang garang…” Cahaya ambil bunga itu dan meletakkannya di
tepi telinganya. Laksamana tersenyum terkebil2. Malu tapi gembira. Garang pun
garanglah! Janji tuan puteri kesuma jiwanya ini gembira dan tersenyum. Itulah kebahagiaannya.
Untuk sejenak,
mereka menikmati masa berdua di hadapan tasik kecil. Ironinya, mereka berdua tidak tahu
apa yang bakal terjadi nanti…tragedi yang akan mengubah masa depan Inderaloka keseluruhannya. Untuk selama2nya...
Bersambung…