" Jaga diri, adikku. Jaga hati ini. Ia sangat bernilai. "
Selesai sahaja tadi bermesyuarat
dengan pasukannya, Rahasya berjalan perlahan menuju ke tepi tasik seperti rutin
kebiasaannya. Duduk tenang dan merindui. Dia mengeluh perlahan menahan rasa. Dia
terlalu penat. Hilang motivasi, jika tidak kerana tanggungjawab sebagai laksamana,
pastilah dia sudahpun mengikut jejak langkah abang seperguruannya, Pawana. Dia lantas
teringat abangnya itu. Dimana dia? Memori lama kembali menerpa ketika mereka
masih lagi bersama dalam pengajian ilmu sakti di bawah Sang Pertapa. Ketika itu
Pawana mengambil langkah berpecah. Dia mahu membawa haluannya sendiri.
“Abang Pawana betul2 nak pergi? “ Rahasya
cuba memujuk. Dia tidak suka situasi ini. Kepalanya mula sakit.
Pawana mengangguk.
“ Bukan semua perkara kita perlu
toleransi. Kita perlu teguh dalam prinsip wahai adikku Rahasya. Pendirian Haqq
tidak boleh diterima. Ia sangat menyalahi dari apa yang sepatutnya berlaku. Abang
tak boleh terima. “ Pawana tegas. Rahasya tertunduk sedih. Dia merasakan pasti
ada jalan yang lebih harmoni berbanding berpecah sebegini. Jalan tengah yang
lebih memberi erti.
“Abang Pawana janganlah terlalu keras
sebegini, pasti kita boleh ketemu jalan penyelesaian kepada pertikaian ini. Rahasya
percayakan itu. Kita tak perlu sehingga…berpecah…” sayu Rahasya berkata2. Dia benar2
sedih dengan apa yang terjadi.
"Pawana sebak. Dia berjalan terus tanpa menoleh lagi. "
Pawana tersenyum tawar dan mengusap
belakang adik kesayangannya itu. Adik yang dia kira terlalu baik hati dan
lembut.
“Kau terlalu muda wahai Rahasya untuk
memahami duduk letak perkara ini. Seiring dengan masa kau pasti akan faham, bahawasanya
prinsip itu pertama, yang lain letaknya di bawah dari itu. Hatimu ini terlalu
baik, abang akui. Akan tetapi, hidup dengan hati sebegini, akan memakan dirimu
kelak. “ Pawana tersenyum lagi. Dia harus menasihati adiknya ini dari terus
lena dari perjuangan sebenar. Rahasya mengeluh. Dia tidak faham
semua ini. Mengapa mesti bawa haluan sendiri sedangkan mereka semua boleh bersatu?
“ Rahasya merasakan bahawa bersatu itu
juga dikira sebagai prinsip. Jika kita bersatu, pasti Inderaloka malah seluruh loka
akan hidup aman damai. Sengketa yang terjadi hari ini akan menjadi titik tolak
kepada sesuatu bencana dikemudian hari. Tak bolehkah abang Pawana beralah demi
satu tujuan yang lebih murni?”
“ Kau patut nasihatkan abangmu Haqq,
bukan abangmu ini. Kau silap tempat adikku. Abang berada di atas jalan yang
benar. Sedang abang Haqqmu itu, dia cenderung memilih jalan sebaliknya. Salah abangkah
jika kekal mempertahankan kebenaran? “ Pawana berdiri. Dia tetap keras.
“ Kebenaran jenis apa ini jika semuanya
hancur berkecai? “ Rahasya menunduk. Dia semakin hilang kata2. Dia sedar, dia
tidak sepandai abangnya itu dalam berkata2, tapi dia juga punya persepsinya
tersendiri, tidak bolehkah mereka tidak berpecah? Rahasya kecewa. Walaupun dia
tidak tahu tentang masa depan, tapi dia merasakan jika perselisihan ini
berpanjangan, sesuatu yang buruk bakal berlaku kelak. Satu pertempuran yang
mungkin sukar untuk dielakkan.
“ Begini, Rahasya…abang tidak memaksamu
untuk menyebelahi abang, tapi jika kau berpihak kepada prinsip abangmu Haqq,
kau akan ketahui, bahawa abangmu di depan ini juga akan menjadi musuhmu. Abang juga
tidak suka benda ini berlaku, tapi prinsip kekal prinsip. Hitam itu hitam, putih
itu putih. Kau harus bijak membezakan kebenaran dan kebatilan. Teguhkan kepercayaanmu
Rahasya! “ Pawana mula berang apabila dipertikai. Rahasya mengerlus rambutnya. Berat
jiwanya. Dia sayangkan kedua abangnya itu. Mereka punya kekuatan tersendiri,
jika mereka bertiga bergabung, tiada siapapun akan mampu menggugat mereka.
“ Ini semua sudah tertulis Rahasya.
Janganlah kau bersedih hati. Abang tahu apa yang abang pegang, dan abang juga
merasakan abangmu Haqq tidak akan berpatah balik lagi. Dia juga telah memilih
jalannya. Maka kau sebagai adik, juga harus terima keputusan kami dan teruskan
hidupmu seperti biasa. Bila tiba masanya, kita semua akan bertemu semula. Abang
pasti. “ Pawana perlahankan semula suaranya. Dia tahu adiknya ini berhati lembut
dan sensitif. Dia tidak mahu ada pertikaian dengan manusia berhati suci seperti
adiknya ini. Dia mengusap lembut belakang adiknya dan perlahan beredar.
“ Jaga diri, adikku. Jaga hati ini. Ia
sangat bernilai. Abang tidak sesucimu…” Pawana sebak. Dia berjalan terus tanpa
menoleh lagi. Rahasya terduduk dan hampir menangis. Jiwa lelakinya benar2
terguris dengan perpisahan hari ini.
Rahasya tersedar dari lamunan itu
apabila Pertama menegur. Dia berdehem untuk mengembalikan kesedaran sebagai
seorang laksamana.
“ Tuan Laksamana, hamba ada maklumat
terbaru tentang…” belum sempat Pertama menghabiskan ayatnya,dia mendengar seseorang
berdehem di tepinya. Tuan Indera! Pertama tunduk hormat dan meminta diri untuk pergi.
Rahasya mengangguk dan memberi signal bahawa malam nanti mereka sambung bicara.
Pertama mengangguk.
"Kesetiaan dan kejujurannya itu padu."
Pertama, ketua penyiasat Rahasya yang
sangat dipercayai. Dia boleh menusuki pelbagai dimensi untuk mencari apa saja
maklumat yang diperlukan, dia memegang sakti layaran. Iaitu satu ilmu sakti
untuk mengembara interdimensi tanpa diketahui dan tidak meninggalkan satupun jejak yang boleh ditelusuri. Dia juga sangat bijak menyamar malah dikatakan
ilmu sakti penyamarannya menghampiri ilmu sakti bayang milik Nilam Mawar. Kerana
kelebihan ini juga, Rahasya mengambilnya sebagai ketua penyiasat merangkap orang
suruhan terdekatnya. Kesetiaan dan kejujurannya itu padu.
“ Ya, mengapa tuan hamba mencari hamba
petang2 sebegini. Tidak boleh tunggu esokkah?” Rahasya sinis. Dia meluat
diganggu ketika waktu petang kerana inilah waktu dia melepaskan penat Lelah bekerja
seharian. Indera ketawa sinis juga. Dia angkat kening. Rahasya mencebik melihat
riak wajah Indera dan memandang tasik dihadapannya. Dia begitu malas sekali
bila manusia ini bertemunya.
“ Sudah sepurnama lebih selepas ketiadaan
puteri. Dan tuan hamba masih lagi kekal tenang. Hebat ya?"
Indera membulatkan
mata. Rahasya ketawa kecil.
“ Boleh bergelak tawa lagi, pemergian
puteri satu bahan lawak tuan laksamanakah? “ Indera menyoal sinis.
Rahasya yang
malas mahu melayan sikap Indera itu perlahan2 naik ke atas sampan dan mula duduk
mendayung. Indera tidak mahu melepaskan peluang, dia juga melompat perlahan ke
atas sampan sebelah dan mengejar Rahasya dari tepi. Dia cuba meraih perhatian ketuanya
itu. Rahasya naik meluat dengan sikap tidak faham bahasa yang ditunjukkan
Indera itu. Ada2 sahajalah dia ini.
“ Hamba sedang mengumpul sekalian
bukti untuk dipersembah kepada Baginda Tuanku tentang salahlaku Tuan laksamana.
Tuan hamba tidak akan dapat lama menipu kami lagi. Hamba yakin tuan hamba
adalah dalang kepada kehilangan puteri! “ Indera menolak sampan Rahasya mengguna
dayungnya. Rahasya mengeluh benci.
“ Setiap sesuatu ada sempadannya.
Jangan biadap, Indera! “ Rahasya bersuara keras. Indera ketawa mengekek.
“ Bercakap tentang diri sendirikah wahai
tuan laksamana yang dihormati?” Indera kembali mengejek.
“ Kasihan puteri punya abang yang
tidak profesional sebegini. Gaya lagak bagai samseng jalanan sahaja. “ Rahasya memandang Indera tajam. Indera menaikkan anak matanya dan menunjukkan muka benci.
“ Nikmati kebebasanmu sementara waktu
ini. Hamba akan pastikan tuan hamba mendapat balasan atas apa yang terjadi. Tuan
hamba wajib bertanggungjawab. Hati2 Rahasya. Hamba yakin ada sesuatu yang tuan
hamba sembunyikan dari pengetahuan Baginda Tuanku. Kau begitu licik dalam
permainanmu. “ Indera tersenyum yakin.
Laksamana terkejut. Bagaimana Indera
boleh tahu nama sebenarnya? Rahasya telan air liur dalam diam. Tapi wajahnya
kekal tenang seperti selalunya. Ahhh persetan itu. Dia tidak peduli. Dia tidak
ada niat buruk terhadap puteri. Malah, dia tahu puteri sedang selamat dalam penjagaan
abangnya Haqq. Tiada apa yang perlu dirisaukan di sana. Sebaliknya, Raja Cermin
lah yang perlu disiasat. Tentang ini pasti Indera tidak tahu. Jika kisah silam
Raja Cermin dan ayahanda bonda Indera dibongkar, pastilah Indera tidak seyakin
ini dalam berbicara. Anak yang kasihan. Bisik Rahasya dalam hatinya. Jauh disudut
jiwanya, dia masih punya rasa belas dan kasihan kepada abang puteri ini. Cukuplah
apa yang terjadi dulu, dia yakin Indera berhak untuk mendapat sebuah kehidupan
yang baik. Akan tetapi, sikap Indera sedikit sebanyak menganggu jiwanya untuk
terus berjuang menyelamatkan Inderaloka dan puteri. Dia mengeluh perlahan.
"Jauh disudut jiwanya, dia masih punya rasa belas dan kasihan kepada abang puteri ini."
“ Lakukan apa yang tuan hamba rasa
terbaik. Hamba di sini juga sentiasa melakukan apa yang terbaik. Tidak pernah terlintas
dalam fikiran hamba untuk mengkhianati sesiapapun. Semuanya sudah tertulis, dan
apa Yang Maha Esa kehendaki, telahpun Dia lakukan. Kita sebagai hamba, hanya
melalui semuanya dengan jiwa yang tenang dan redha. Terlalu banyak perkara di
luar pengetahuan kita sebagai seorang insan. Kejahilan kita dalam genggaman Tuhan
Yang Maha Mengetahui. Hamba yakin segalanya punya hikmah, termasuklah kelahiran
tuan hamba.” Rahasya membalas dengan ayat yang lebih pedih. Ayat terakhir itu
menyentak jiwa Indera. Entah kenapa Indera mendayung perlahan mendekati tebing
tasik dan mula pergi dengan wajah yang keliru dan celaru. Hatinya terusik
dengan ayat terakhir Rahasya. Benar, sehingga kini, dia tidak tahu siapakah
orang tuanya. Adakah itu sesuatu yang penting? Indera pulang dengan hati yang
sebu. Dahinya berkerut. Krisis identitinya kembali menerpa.
Rahasya sedar perkara itu. Dia juga
merasa bersalah, tapi setiap orang berhak mempertahankan diri. Mungkin sudah tiba
masanya perkara tentang kelahiran Indera harus dipersoalkan. Tak mustahil, Raja
Cermin akan lebih gentar tentang kisah silam Indera dan mungkin timbul
keinsafan dalam dirinya untuk tidak mengamalkan ilmu lamanya itu. Dia tidak
sabar mahu lihat apa yang akan berlaku seterusnya. Rahasya cuba berkira2. Cahaya
matahari petang yang menyinar di permukaan air menenangkan hatinya yang kini
sedang hanyut merindui puteri...
Bersambung...
"Malah, dia tahu puteri sedang selamat dalam penjagaan abangnya Haqq. Tiada apa yang perlu dirisaukan di sana. "
"Sebelum dia menjemput puteri kembali ke Inderaloka atas, dia perlu menyiasat dengan lebih dalam apa jenis kuasa yang sedang membayangi Inderaloka atas."
Perlawanan jiwa tiga penjuru...
Rahasya.
Rahasya mengeluh. Memori bersama puteri sangat mengguris
jiwanya. Terutama apabila kini puteri sudahpun hilang hampir keseluruhan
ingatannya. Dia termenung seketika memikirkan bahawa kini Haqq sedang menjaga puteri.
Bunga itu sudahpun ditanam tepat di jantung puteri. Dia berharap Haqq menjaga puteri
sebaiknya, sementelah dia kini sedang cuba menyelesaikan konflik dalaman yang
berlaku di Istana Cermin. Kini, setiap kali dia bermeditasi pasti akan diganggu
dengan bayangan puteri. Sebelum dia menjemput puteri kembali ke Inderaloka
atas, dia perlu menyiasat dengan lebih dalam apa jenis kuasa yang sedang
membayangi Inderaloka atas. Kuasa mistik yang sedang menganggu kedamaian
sentero loka dengan menghasut pelbagai watak untuk terus berperang demi
mendapatkan kuasa. Rahasya mengeluh lagi. Meditasi demi meditasi kini tidak
begitu memberi impak buat jiwanya. Dia juga sedar ketenangan dirinya sekarang tergugat
kerana bebanan tugas yang semakin memberat ditambah dengan kerisauan tentang
keadaan puteri.
“Puteri, jika tidak kerana kuasa itu yang semakin membarah
di dalam tubuh ayahandamu itu, pastilah patik segera menjemputmu..."
Rahasya bermonolog. Dia kecewa tapi dia harus kuat. Memegang posisi sebagai laksamana
sebuah negara pastilah setiap tindakan tidak boleh semudah itu. Semuanya pasti
dikira dalam pertimbangan kerana dia mengerti setiap satu tindakan punya
risikonya tersendiri. Jika diikutkan hati, mahu sahaja sekarang ini juga dia
menjemput puteri. Tapi jika dia menjemput puteri, pastilah akan berlaku
perebutan bunga larangan itu samaada secara halus mahupun kasar dari Raja Cermin.
Jika bunga itu berjaya dirampas, pastilah selepas itu berlaku pula siri peperangan
besar2an antara Inderaloka atas dan juga seluruh loka lainnya yang entah bila
tamatnya dan sudah tentu ia akan mengorbankan ramai nyawa yang tidak bersalah. Rahasya
tahu bunga itu mempunyai tarikan yang mampu membuatkan sesiapa saja yang berkehendakkan
kekuasaan, menjadi gila. Godaannya terlalu kuat.
Raja Cermin yang terkenal
sangat baik itupun tak mustahil kalah dengan aura bunga itu. Apatahlagi,
sejarah amukan Raja Cermin suatu masa dahulu, membuktikan ada sesuatu potensi
tersembunyi tentang rajanya itu. Ini semua membuatkan Rahasya sangat runsing. Adakah
dia cukup kuat untuk menghapuskan kuasa misteri yang sedang merasuki ayahanda
puteri itu? Jika dia tidak cukup kuat, pada siapakah dia perlu memohon bantuan?
Abangnya Haqq akan membantu musuhnya kah? Bagaimana jika dia memohon bantuan
adik beradik seperguruannya? Mencari abangnya Pawana? Bagaimana pula jika berlaku pertempuran besar antara abangnya Pawana dan abangnya Haqq? Aduh bahaya. Bagaimana pula Nenda Melor? Dia juga meragui kejujurannya,
ada sesuatu pada Nenda Melor yang merisaukannya. Paling penting sekali , selepas semuanya selesai nanti,
akankah abangnya Haqq itu patuh pada janji mereka untuk memulangkan puteri
semula padanya? Rahasya mengeluh lagi dan lagi. Sungguh berat pertimbangan kali
ini.
Akhir sekali, dia mengakui, ini bukanlah apa yang dia rancangkan dahulu. Semuanya telahpun lari dari perancangan asal. Dia tidak mengetahui serumit ini kesan daripada pencarian bunga larangan itu. Jika dia tahu, takkanlah dia mahu menggadaikan keselamatan puteri! Yang tinggal kini, dia perlu merancang perancangan baru supaya keharmonian dan kestabilan loka2 terutama Inderaloka Atas terpelihara. Dalam dia sibuk merancang dan bertindak langkah demi langkah, dia mengeluh sekali lagi. Kenangan bersama puteri mengacau jiwa kasarnya. Guruh yang tiba2 berbunyi di selang seli dengan kilat. Hujan menitik sedikit demi sedikit seperti mengetahui kegundahan hatinya kini.
***
Haqq.
Malam ini bulan mengambang penuh. Haqq mengeluh keseorangan.
Dia sedang berkira2 adakah dia juga perlu menyimpan bunga larangan itu demi
perluasan kuasanya? Walaupun itu bukanlah motif utamanya, tapi jika bunga larangan
itu dapat ke tangan ayahanda puteri, pastilah kerajaan Inderaloka bawah akan digempur
habis2an, dia sangat pasti tentang itu. Dia juga risau, adakah kuasanya mampu
melawan kuasa bunga larangan itu? Bagaimana dengan puteri? Adakah jika bunga larangan
itu dipisahkan dari dirinya, akan memberi kesan pada diri puteri? Jika boleh dalam
apapun keputusan yang diambil, keselamatan puteri menjadi keutamaannya. Dia tidak
mahu melihat kekasihnya itu terluka. Selain daripada dia sudahpun berjanji
dengan adiknya Rahasya untuk menjaga puteri dengan baik, dia juga perlu memikirkan banyak perkara. Untuk memulangkan puteri kepada adiknya itu? Biar hancur
dirinya, tidak akan sekali2 dia melakukan sebegitu. Puteri miliknya! Persepsi gelap
Haqq merasuki ruang ego dirinya. Jika dia terus menyimpan puteri disisinya,
pasti segalanya dapat diselamatkan. Kerajaan Inderaloka bawahnya juga akan
kekal makmur dan siri perluasan kuasanya kelak pasti akan disulami dengan kemenangan
tanpa kalah. Haqq tersenyum yakin. Ya, dia perlukan puteri untuk menyeimbangkan segalanya
yang dia sedang pelihara. Dia bertekad untuk tidak melepaskan puteri biar apapun
terjadi. Titik.
***
Indera.
Sudah sebulan lebih puteri hilang. Sehingga kini, dia masih
gagal bertelepati dengan adiknya itu yang kini dibawa lari Haqq, Raja Kegelapan Inderaloka Bawah. Dia sangat risau. Kerahan tentera di segenap
pelusuk negara diperketatkan, masih buntu menemui hasilnya. Indera sudah hampir
putus asa. Setiap kali bertembung dengan Laksamana, hatinya panas membara. Entah
gila apa, laksamana tak pernah mahu mengaku silapnya. Dia sangat yakin, tempohari
kerja laksamana lah yang telah membawa puteri mencari bunga larangan itu,
mengapa laksamana tak mahu mengaku???! Kerana inilah semuanya bermula. Krisis demi
krisis terjadi selepas pemergian puteri. Jika tidak kerana laksamana membawa posisi
yang lebih tinggi darinya, pasti dia sudah menghapuskannya! Arghhh persetan
dengan posisi tugas, dia cuma perlukan bukti2 kukuh untuk mempersembah kepada
Raja Cermin tentang siapa sebenarnya laksamana itu. Jika boleh, dia mahu
laksamana dipenjarakan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik, malah
menyebabkan puteri hilang sehingga kini! Indera terlalu bengang! Dia hampir
hilang rasionaliti. Sejenak dia teringat peristiwa ketika mereka diserang di atas gunung tempohari. Itulah terakhir dia melihat adiknya. Dia sangat rindu untuk bergelak tawa bersama adiknya itu. Puteri, mana awak...Indera hampir menjerit cuba menahan rasa. Dia mencucuk pedangnya ke tanah dan cuba bertenang menahan amarah yang teramat pada laksamana.
"Kesemua bunga2an dan tumbuhan disini seperti menyeramkan. Wajah Cahaya berubah."
Di hadapan
portal biru…Rahasya dan Cahaya.
“ Ingat, di
sini, dunianya lain daripada kita. Sejauh mana ia berlainan, saya kurang pasti,
saya pun pertama kali jejak. Dunia alam Zaans dikatakan alam magis yang misteri.
Sentiasa berada berdekatan dengan saya, mudah untuk saya melindungi awak. “ Rahasya
menerangkan dengan serius. Cahaya mengangguk tenang. Tidak sabar rasanya,
begitulah di dalam hati mereka berdua.
“ Mari…”
Rahasya memegang tangan Cahaya kemas dan mereka berdua melangkah ke dalam portal
tersebut.
Dalam masa
sekejap sahaja mereka melalui lorong portal dan mereka telahpun sampai ke Dunia
Magis Zaans.
“ Sejuknya.
“ Cahaya menggigil kesejukan. Cuaca disini seperti ais batu. Rahasya
mengeluarkan api hijaunya dan memberi kehangatan buat mereka berdua dalam
bentuk baju panas hijau. Cahaya berasa lebih tenang. Rahasya tersenyum.
Suasana keliling
sunyi. Mereka tiba di dalam hutan yang pelik. Pokok di sini semua terapung
bersama akarnya. Tanahnya bercahaya bagaikan permata. Udaranya juga jauh lebih
segar berbanding Inderaloka.
“Pokok
jenis apa ini? “ Cahaya bermonolog. Tidak pernah dia melihat tumbuhan sebegini
rupa. Melangkaui peraturan alam biasa. Ini siang atau malam? Cahaya seperti
malam, tetapi langitnya tidak pula gelap.
“ Saya rasa
ada baiknya kita jangan sentuh apapun di sini. Risau ia beracun. “ Rahasya
mengingatkan cepat. Dia cukup tahu Cahaya sangat berminat dengan tumbuhan dan
herba.
“ Bagaimana
kita nak cari bunga larangan tu, jika kita tak tahu rupanya?” Soal Cahaya bijak.
“ Ya, kita
memang tak tahu rupanya, tapi ada tanda2nya. Bunga itu akan berdegup2 di
hadapan awak. “ Rahasya menerangkan, Cahaya terpinga2.
“ Di
hadapan saya je? Awak bagaimana? “ Cahaya pelik.
“ Ya, di
hadapan awak sahaja, itu bunga larangan bagi awak. Sebab itu ia berdegup di
hadapan awak sahaja. “ Rahasya tersenyum, Cahaya kerut dahi. dalam mereka
berborak, Tiba2 hutan itu terbelah dua membentuk satu jalan kearah satu bukit
tinggi di hujung sana. Mereka berdua terkejut. Mereka berpandangan sesama
sendiri. Cahaya angkat kening. Rahasya dalam keadaan bersedia.
“ Jalan?”
Cahaya bertanya tulus. Rahasya keliru, dia perlu cepat buat keputusan. Jesteru
dia mengangguk.
“ Mari,
pegang tangan saya kemas, kita tak boleh perlahan disini. Risau ia adalah
perangkap. “ Rahasya memegang tangan Cahaya kemas dan bergerak sepantas kilat
menuju ke hujung laluan itu. Sesampainya mereka di hujung laluan, hutan itu
kembali seperti sediakala. Sekali lagi, mereka terpegun. Rahasya melepaskan
tangan puteri dan mengeluh perlahan. Nasib baik tiada apa2 berlaku. Bisiknya
dalam hati. Puteri terdiam. Dia masih memandang suasana keliling dengan
perasaan takjub.
Sekarang mereka berada berhadapan dengan sebuah bukit yang
mempunyai tona warna pelik. Merah dan hitam sahaja. Kesemua bunga2an dan tumbuhan
disini seperti menyeramkan. Wajah Cahaya berubah.
“ Arghhhh!!!” Cahaya menahan satu kuasa pelik yang cuba meresapi
dirinya. Rahasya terkejut dan memegang wajah puteri.
“ Kenapa???” Rahasya bertanya pantas. Puteri tetap mengerang
kesakitan. Rahasya menutup matanya perlahan dan cuba bertenang mengalirkan
anahatanya kepada puteri. Puteri tetap kekal meraung dan matanya bertukar merah kehitaman,
asap hitam keluar dari hidung dan telinganya. Urat2 hitam kelihatan di leher
dan tangannya. Rahasya tergamam. Dia cuba memikirkan cara.
Puteri tiba2 terbang dan berubah rupa. Gigi taringnya jelas kelihatan.
Rahasya telan air liur. Dia benar2 tidak sangka begini jadinya. Dia terbang
menuju puteri dan cuba memancarkan cahaya anahatanya tepat kepada jantung
puteri. Puteri terbang laju mengelilingi bukit misteri itu dan mengilai2. Panahan cahaya
anahata Rahasya tidak mengena. Rahasya tidak putus asa. Dia mengejar puteri
yang seperti dirasuki sesuatu. Kuasa apa ini yang merasuki puteri? Dia bingung.
"Panahan cahaya anahata Rahasya tidak mengena. Rahasya tidak putus asa. Dia mengejar puteri yang seperti dirasuki sesuatu."
Puteri yang keletihan mengilai dan terbang merata duduk di
atas sebuah batu. Rambutnya terurai panjang dan kepala bergerak2 memandang
sekeliling aneh. Rahasya lantas teringat apa yang terjadi pada suatu masa
dahulu berkenaan Raja Cermin. Mungkinkah puteri ini adalah keturunan...? Rahasya
telan air liur. Dia perlu berbuat sesuatu untuk mengeluarkan kuasa itu dari
badan puteri.
Dengan tak semena2 datang seorang perempuan cantik ibarat
dewi berjalan tenang menuju puteri.
“Selamat datang wahai sayangku…sudah lama bonda menantimu…”
Perempuan itu tersenyum jelita dan memegang dagu puteri perlahan. Puteri memandangnya
tanpa perasaan. Rahasya bingung dan cuba memahami apa yang sedang terjadi
dihadapannya kini. Dia kaku.
Dewi itu menaburkan serbuk berkilau ke atas kepala puteri,
serta merta puteri berubah kepada rupa asal, malah lebih cantik dari yang
sebelumnya, terhias bagaikan seorang ratu dari kerajaan Zaans. Puteri menunduk sambil
sebelah tangan memegang batu berdiamnya dan sebelah tangan lagi dihulurkan kepada Dewi
itu. Dewi itu menyerahkan sehelai selendangkuning dan sebuah mahkota bertatahkan
batu permata berwarna putih berkilauan anggun. Puteri bangun dan
selendangkuning itu serta merta berada silang dibadannya dan mahkota itu terapung
dan berada tepat di atas kepala puteri dan duduk berdiam disitu. Dewi itu
tersenyum dan puteri juga tersenyum.
“ Terima kasih bonda. Anakanda sudah kembali…“ puteri berbalas
seperti sudah kenal lama.
Lantas mereka berdua berjalan seiringan di atas
laluan yang penuh dengan bunga2an yang harum. Dewi itu memandang Rahasya yang
sedang kaku terkebil2 disitu dan dewi itu tersenyum. Rahasya boleh bergerak
semula. Jantungnya terasa hendak pecah ketika cuba untuk merungkaikan magis dewi
itu. Ampuh sungguh, bisik hatinya. Tiba2 datang segerombolan wanita layaknya
seperti dayang2 dewi itu membawakan pelbagai jenis bunga2an dan tumbuhan. Mereka
beratur di tepi laluan bunga2an tadi dan masing2 tersenyum kepada puteri. Puteri
tersenyum manis.
“ Terima kasih wahai Rahasya, kembalikan puteri Zaans kami. Beta
terhutang budi…silakan masuk ke teratak kami…“ dewi itu mengajak Rahasya
berjalan bersama mereka. Rahasya yang terpinga2 sejak dari tadi hanya menurut. Dia
berasa seperti dipukau. Dia berjalan perlahan memandang suasana sekeliling. Bukit
yang beraura merah kehitaman tadi telahpun berubah menjadi satu taman bunga atas
bukit yang sangat indah. Di dalam hati, dia masih berfikir, benarkah
tindakannya ini? Dia tidak berasa mereka ini jahat, malah seperti keluarga
besar puteri yang telah lama tidak berjumpa sahaja. Sambil berjalan, Rahasya
sedang bingung berfikir. Adakah dunia ini asalnya puteri? Dimana bunga larangan
itu? Bagaimana dia harus mencapai objektif ekspedisi ini? Rahasya mengeluh perlahan.
Dia bingung sebingung-bingungnya.
"Adakah dunia ini asalnya puteri?Dimana bunga larangan itu? "
“ Saya belajar. Tapi itu asas sahaja. Selebihnya saya sendiri kuasai dengan latihan meditasi dan penerokaan diri. “
Di dalam
gua rahsia, Rahasya a.k.a Laksamana dan Cahaya sedang duduk bermeditasi…
Di dalam
meditasi Cahaya…
Di satu
hutan tebal…Cahaya sedang berjalan perlahan di dalam kegelapan malam…
Kedengaran bunyi
sungai, Cahaya mengikut sinaran cahaya bulan. Di mana ini? Cahaya berkata
sendiri. Akhirnya dia tiba di sebelah air terjun yang berseri indah disirami
cahaya bulan terang. Cahaya tersenyum sendiri. Suasana yang indah, Cahaya duduk
di sebelah air sungai yang sejuk.
“Ouch! “
sejuknya. Bisik Cahaya. Di mana laksamana? Adakah mereka berasingan dalam
meditasi ini?
“ Selamat
datang wahai tuan puteri…” Laksamana datang perlahan menujunya. Cahaya
terkejut. Nampak lain benar rupa laksamana, benarkah ini laksamana?
“ Laksamana?
“ Cahaya cuba bertanya. Mungkin silap orang?
“ Rahasya…panggil
saya Rahasya…” laksamana tersenyum menunduk. Malu rasanya memperkenalkan identiti
sebenar di hadapan puteri.
“ Ra apa? Rara?
“ Cahaya berkerut dahi. Dia hampir ketawa. Laksamana tersengih.
“ Sebut? Ra…Ha…Sya…”
laksamana menyebut namanya perlahan-lahan.
“ Oh…saya panggil
awak Rara…awak laksamana ke bukan? “ Cahaya masih tidak berpuas hati. Keliru.
Laksamana pula
terlopong disitu. Itu pertama kali, seorang makhluk Tuhan berani mempermainkan
namanya sebegitu. Aduh.Tapi comel juga
Rara, cuma tidak sesuai dengan imejnya yang ganas dan berprinsip itu! Laksamana
garu kepala.
“ Ini dunia ilusi saya, alam saya mengembara guna meditasi dan juga alam mimpi saya. Dunia ini ada beberapa lapisan. Tapi saya yang mengawalnya. “
“ Disini
saya bukan lagi laksamana, di sini saya Rahasya, bukan Rara. Inilah rupa saya
yang sebenar. “ tiba giliran Cahaya pula melopong.
“ Ini dunia
apa,Rara ? “ Cahaya menyengetkan kepala pelik.
“ Ini dunia
ilusi saya, alam saya mengembara guna meditasi dan juga alam mimpi saya. Dunia ini
ada beberapa lapisan. Tapi saya yang mengawalnya. “ laksamana tersenyum tepi. Yakin.
“ Jadi kita
ke sini untuk apa? Kalau meditasi pun, saya tetap nampak muka awak, jadi apa guna
saya bermeditasi? Apa tujuannya? “ soal Cahaya jujur sekali. Laksamana hampir
ketawa besar.
“ Kita
kesini, supaya saya mampu berkongsi tenaga dengan awak. Di alam Inderaloka,
kuasa saya tersangkut-sangkut. Sini kuasa saya penuh, cuba lihat. “ Laksamana
menunjukkan cahaya hijau yang keluar dari tangannya. Berada di sekeliling
pokok2 hijau yang besar dan tua, benar2 memenuhi keperluan spiritualnya. Tenaga
hijau, adalah sejenis tenaga yang dikuasainya. Gelaran lain bagi Anahata. Sumber
tenaga asal adalah melalui alam kehijauan. Kerana ini jualah, ketika bermeditasi,
laksamana akan tiba pertama sekali di dalam hutan sebagai tanda keseimbangan
kuasa magisnya.
“ Anahata? Awak
ada kuasa anahata? “ Cahaya terkejut. Dia terbaca tentang kuasa mistis lagenda
itu di dalam perpustakaan diraja tempohari. Tidak sangka, kuasa magis itu
benar2 wujud.
“ Bijak.bagaimana
tahu? “ Laksamana tersenyum lagi. Ilmu nama tuan puteri boleh tahan.
“ Bukan penting
bagaimana saya tahu, tapi lebih penting, kenapa awak ada kuasa anahata? Bukankah
itu ilmu lagenda? Awak belajar dari siapa? “ Cahaya pelik. Setahunya, ilmu itu
warisnya cuma satu. Iaitu Sang Petapa. Tak mungkin?
“ Saya
belajar. Tapi itu asas sahaja. Selebihnya saya sendiri kuasai dengan latihan meditasi
dan penerokaan diri. “ ujar laksamana jujur. Dengan puteri, susah sekali untuk
berhelah. Dia sangat bijak menerka.
"Bukankah itu ilmu lagenda? Awak belajar dari siapa? “ Cahaya pelik.
“ Awak
belajar? Ilmu ni bukan semudah itu untuk dipelajari. Tiada yang mampu kuasai,
selalunya maut yang menanti sebelum orang itu mampu belajar asas pun. Jadi bagaimana?
“ Cahaya mengecilkan matanya, sangsi dengan kenyataan Rahasya.
“ Kata guru
saya, setiap orang ada haknya. Ini mungkin hak saya. Jika sesuatu itu sudah sampai
ke empunya hak, mudah sahaja. “ Laksamana mahu berhenti berbicara soal ini. Ada
soal yang lebih penting dari ini, iaitu latihan tenaga dalaman sebelum bertolak
ke alam magis Zaans.
“ Awak anak
murid Sang Petapa, kah? “ Cahaya menerka lagi. Laksamana mengarahkan tangannya
ke langit dan menyerap tenaga hijau di sekelilingnya. Dia lalu terbang
berpusing2 sepertiburung yang sedang
bermain angin malam.
“ Hebat
Ra... “ entah darimana datang seekor burung hantu duduk betul2 di tepi Cahaya,
di atas batu sungai. Cahaya terkejut hampir saja dia terjatuh ke dalam sungai.
“ Siapa kamu?
“ Cahaya cuba memegang kepak burung hantu comel itu.
“ Jangan
pegang2. Geli. Nama patik Auli wahai tuan puteri. Tak kenal ka? “ Burung itu
menunduk sedikit dan memusingkan kepalanya hampir 360 darjah.
“ Kita
kenalkah?” Cahaya pelik.
“ Kita dah
lama kenal wahai tuan puteri yang pelupa. Pakcik saya kirim salam. Ini dia
kirimkan manisan. Ambil satu. Satu sahaja jangan lebih. “ Auli memberikan satu
gula2 ungu kepada Cahaya. Cahaya ambil. Boleh makankah ini?
“ Makanlah,
sedap tau. Pakcik saya kata ini yang paling sedap. “ Auli berkata lagi. Aduh,
burung hantu yang boleh berkata2, comel sangat. Cahaya makan gula2 itu dan dia
melompat. Sedapnya! Manisan jenis apa ini? Cahaya ketawa kecil. Sementara Rahasya
terbang merayau, seronok juga ada burung hantu, Si Auli ni temankan. Dahla comel,
petah bercakap, burung sesat mana lah agaknya ini. Hehe.
“ Siapa
pakcik awak? “ Cahaya menyoal pelik.
“ Dia? Tak payah
tahu. Nanti tuan puteri minta gula banyak2 pula. Susahlaaa. “ Auli menjeling
tamak.
“ Eh? “
Cahaya garu kepala. Egois betul burung hantu pelik ni. Cahaya pun menjeling
juga. Ego keduanya bertembung. Taknak bagitahu sudahla, burung hantu kedekut. Cahaya
berbisik dalam hatinya. Auli terbang menuju Rahasya. Rahasya yang sedang
khusyuk terbang menikmati harmoni anahatanya terkejut. Auli? Buat apa di sini? Bukankah
dia sedang di alam selari sana menemani pasangan kembar spiritualnya? Menjadi pemerhati
sejak sekian lama.
“ Auli? Kenapa
kesini? Ada apa? “ Rahasya berhenti di atas pokok. Auli duduk menyebelahnya.
“ Saja
kesini nak ambil angin. Nak pergi ke Zaans ka? Auli nak ikut boleh? “ soal Auli
minta kasihan.
“ Tak
boleh. Kamu sepatut di alam sana, siapa nak tengokkan dunia sana? Dah lupa
perancangan kita? “ ujar Rahasya geram.
“ Tak lupa.
Tapi Auli nak rasa udara Zaans, bolehlaaa Ra…” Auli menggeselkan kepalanya ke
leher Rahasya. Rahasya tergeliat2. Aduh budak bertuah ni. Selalu sangat suka langgar
rancangan. Burung hantu sakti yang ditugaskan untuk menjadi pemerhati dan peneman
kembarnya.
"Dia sedang dalam celaru diri. Dia mencari kamu, Ra…"
“ Apa khabar
dia? “ Rahasya memandang Auli serius. Auli menunjukkan muka comelnya. Rahasya
menaikkan kening tanda dia serius dengan pertanyaannya. Auli faham, dia terbang
dan keluar cahaya dari badannya membentuk satu skrin berimej. Kelihatan seorang
lelaki sedang termenung. Murung. Lelaki itu sedang murung.
“ Kenapa
dia? “ Rahasya risau. Auli terbang disebelah Rahasya dan duduk sama melihat
skrin pancaran itu.
“ Dia
sedang dalam celaru diri. Dia mencari kamu, Ra…” Auli jujur menerangkan.
“ Aduhla. Bimbinglah
dia. Kamu kesini lagi dah kenapa? “ Rahasya bengang. Mencari dirinya? Rahasya tepuk
dahi.
"Akan tetapi, sebagai burung kembara masa, dia sekali2 dilarang untuk masuk campur di dalam proses kronologi masa. "
Auli, si burung
hantu sakti. Kuasa utamanya adalah kembara masa. Dia boleh berada di mana2
kepingan satah masa sesuka hatinya. Malang sekali, dia begitu malas membocorkan
apa sahaja yang dilihatnya. Sikap itu menjadikan dia haiwan sakti yang menggemaskan.
Sekalipun Rahasya tidak tahu dengan terperinci kuasa Si Auli. Kerana ini
jualah, Auli tidak takut untuk lari dari apa2 rancangan pun. Semuanya di poketnya
sahaja. Sekelipan mata, dia boleh berada di masa lepas, mahupun masa depan. Oleh
kerana ilmu ini jualah, Auli si burung hantu sakti itu, sentiasa berlapang dada
dengan apapun yang sedang berlaku dimatanya, kerana dia tahu semuanya adalah
kronologi. Jika berlaku pesongan dari segi kronologi, jalan baru akan
terbentuk, ruangan masa cuma terkoyak sedikit, tapi keadaan akan kembali normal
kembali. Ini semua ibarat permainan sahaja. Akan tetapi, sebagai burung kembara
masa, dia sekali2 dilarang untuk masuk campur di dalam proses kronologi masa. Perancangannya
bersama Rahasya telah melanggar larangan itu! Auli menggeleng, jika diketahui Haqq,
habislah dirinya. Bakal dikurung di Inderaloka Bawah sebagai banduan terseksa. Nasib
baiklah Rahasya berjanji untuk melindungi dirinya dari kecaman Haqq.
“ Hah? Bimbing?”
Auli menggeleng. Tugasnya bukan membimbing sesiapa, dia cuma sebagai pemerhati
bebas yang sentiasa menyimpan data2 untuk disimpan dalam poket masanya. Rahasya
geram dengan perangai nakal Auli dan mencubitnya. Auli yang sedar tangan laju Rahasya
itu cepat2 terbang sebelum Rahasya berjaya. Dia terbang sambil ketawa2. Dia memandang
belakang dan mengejek Rahasya dari jauh.
“ Pergi
balik sana! Burung hantu nakal! Kamu balik sini, siap! “ Rahasya tergelak
melihat keletah humor Auli. Taulah awak tu burung hantu sakti kembara masa,
orang nak berduaan dengan puteri pun, sibuk mengacau. Rahasya terbang turun ke
tepi air terjun tadi dan duduk di sebelah puteri.
“ Tenaga saya
dah penuh, sekarang awak duduk berdepan saya. “ Rahasya duduk bersila di
hadapan Cahaya yang juga sedang duduk. Dia memegang dahinya dan dahi puteri
dalam masa yang sama. Dia mengalirkan tenaga hijaunya ke puteri dan Cahaya yang
menerima tenaga itu terbatuk2.
“ Mungkin tenaga
ini baru untuk awak, tapi ia sesuai dengan diri awak. Saya dah lihat, ia
harmoni. “ ujar laksamana. Cahaya masih lagi terbatuk2. Dia terasa aliran
tenaga hijau itu di dalam badannya, menyelinap di setiap sendi2nya. Nafasnya juga
lebih segar.
“ Mungkin tenaga ini baru untuk awak, tapi ia sesuai dengan diri awak. Saya dah lihat, ia harmoni. “
“ Dah penuh
juga. Dah tiba masanya. Mari kita kembali ke Inderaloka.” Rahasya menepuk bahu puteri perlahan dan serta
merta puteri terjaga di dalam gua rahsia tadi. Matanya terbuka. Rahasya di sebelah
tersenyum. Berjaya. Bisik hatinya. Kini, dia lebih yakin untuk masuk ke portal
itu.
Paginya. Di
sebuah perkampungan rakyat jelata. Inderaloka atas.
Cahaya
menyapu muka. Kepenatan. Tiba2 Laksamana menghulurkan sapu tangan berwarna
kuning.
“ Terima
kasih. Kita dimana sekarang ni wahai laksamana? “ Cahaya mengelap wajahnya. Perutnya
sudah berbunyi.
“Syhh…semalam
saya dah pesan kan, tiada gelaran di sini. Gunakan ayat awak saya, sudah
memadai. Kita kena rahsiakan identiti. Kita masih di Inderaloka, kita kena lalu
sini untuk masuk ke dunia magis sana. Portal itu ada di dalam hutan sana. Atas gunung
hujung sana. Nampak? “ Laksamana
membetulkan ayat puteri. Cahaya hanya mengangguk. Dia terlupa. Dia cuba melihat arah yang ditunjukkan. Dahinya
berkerut.
“ Kita
berhenti beli makanan, bolehka? Saya lapar…” Laksamana mengangguk mendengar
permintaan puteri. Benar, dia juga sedang kelaparan.
“ Jom
kesana. Seperti ada pasar pagi. Ingat pesan saya?“ sekali lagi laksamana mengingatkan puteri. Risau
jika mata2 Indera ada disini. Pastinya dia sedang fokus mencari mereka berdua. Dia
perlu lebih peka. Puteri mengangguk perlahan.
“ Awak,
saya…ingat…jomlah cepat, sekejap lagi matahari naik tinggi da…saya dah
berpeluh2 kat sini, awak tak kesian ke…” Cahaya mengingatkan Laksamana. Mereka berdua
berjalan pantas melalui perkampungan dan menuju ke pasar pagi.
“ Eh kenapa
ramai pengawal kat kampung kita arini ya? Macam cari sesuatu je kan…?“ dua
orang perempuan berbual2 di sebelah puteri dan laksamana.
"Suasana di sini agak merbahaya. Pengawal Indera ada dimana2. "
Laksamana tiada
reaksi tetapi di dalam hati dia faham situasi tersebut dan sentiasa bersedia
untuk sebarang kemungkinan. Keselamatan puteri adalah keutamaannya. Cahaya yang
mendengar perbualan mereka berdua, menunjukkan reaksi risau. Laksamana menegur
perlahan supaya bertenang dan abaikan. Buat seperti tidak tahu sahaja. Cahaya mengangguk
perlahan. Dia menjaga reaksi wajahnya. Lagipula, wajah mereka sudah berubah,
tiada apa perlu dirisaukan.
“ Jarang nampak
adik di kampung ni, orang kampung sebelah ka? “ soal seorang pakcik menjual
kuih di pasar. Cahaya hanya tersengih. Malas mahu membalas. Risau tersalah
skrip. Laksamana mengetap bibir geram. Rasanya mereka perlu cepat, risau
kehadiran mereka berdua menjadi perhatian di sini lalu menarik pengawal untuk
memeriksa.
“ Kita tak
boleh duduk makan di sini, kita beli bungkus sahaja dan cepat beredar. Suasana di
sini agak merbahaya. Pengawal Indera ada dimana2. “ Laksamana berbisik kepada Cahaya.
Cahaya mengangguk perlahan.
“ Belikan saya
satu hijab kepala dan muka. Saya nak pakai. Saya rasa tak selesa orang pandang2.
Saya taknak perhatian. " Cahaya membalas bisikan Laksamana.
Laksamana
mengangguk faham dan bergegas ke ruangan menjual tudung dan membeli satu tudung
berwarna hitam. Dia lalu menghulurkan kepada Cahaya, dan Cahaya segera menutup
kepala dan wajahnya dengan hijab tersebut. Fuhh lega. Laksamana juga tersenyum
lega. Benar, hijab akan melindungi jiwa puteri yang memang terkenal sebagai
seorang yang anti sosial. Apatahlagi berada di dalam keramaian manusia begini,
pastilah merimaskan puteri.
Tidak berapa
lama mereka berdua sudah melepasi perkampungan tersebut dan menuju kearah
gunung hujung sana. Cahaya berasa lega, berada dalam situasi tadi benar janggal.
Keramahan orang kampung bagus, tapi di dalam situasinya kini, dia begitu seram
untuk berkomunikasi dengan sesiapapun kecuali laksamana.
“Awak, berhenti
di bawah pokok sana sebelum naik gunung. Makan dahulu, mana ada tenaga begini. “
Cahaya menunjukkan muka masam. Laksamana hampir tergelak. Terlupa pula benda
teknikal begini. Haha.
“Maaf awak,
saya lupa, hehe. Jom duduk sana makan. Lapar ek? Aduh kesiannya anak raja
seorang niii…. “ Laksamana gelak. Cahaya masih lagi bermasam muka. Malas mahu
melayan loyar buruk Laksamana itu.
"sehinggalah ada manusia magis yang mampu kejutkan jiwa kita berdua. Hanyut dalam dunia mimpi tanpa sempadan..."
Di bawah
pokok, mereka berdua duduk makan sebentar. Cahaya memandang Laksamana tajam.
“ Aik,
kenapa? “ Laksamana risau melihat puteri memandangnya tajam begitu. Dia telan
air liur. Puteri ini adakala emosi tak stabil, nanti tiba2 tau2 marah sahaja. Hehe
“ Ada magis,
kenapa taknak guna? Takkan kita kena naik gunung sana bersusah payah tengahari
buta ni sampai hari malam? Awak memang sengaja kan?! “ ujar Cahaya geram. Laksamana
ketawa besar.
“ Senaman
ringan, takmau? Ekspedisi kan? Barulah mencabar. “ laksamana sambung ketawa. Cahaya
bertambah geram. Memanglah, tapi dalam perancangan semalam, tak pula Laksamana
beritahu kena panjat gunung. Cahaya menjeling sakit hati.
“Baiklah
awak, saya berkenan untuk bermagis sekejap lagi. Tapi jangan terkejut pula tau.
Kena pegang tangan saya kuat2. Jangan lepas. Kuat2 macam ni. “ ujar laksamana
sambil menunjukkan gaya tangan digenggam. Dia masih bersisa ketawa.
“ Tolong
jangan nak menggatal. Kalau lebih2 nanti saya angkat kaki balik. Saya panggil
je pengawal hujung kampung sana dan beritahu saya puteri. Habis cerita. Berani?
“ Cahaya memandang laksamana dan tersenyum geram. Laksamana mengangkat tangan
kalah. Dia mengalah. Aduhla, main ugut2 pulak anak raja seorang ni. Haha.
“ Manalah saya
berani nak menggatal dengan anak raja garang ni, nanti saya kena cekik, susahlaaa..
ok jom. Mai tangan. “ laksamana mengambil tangan puteri dan menggenggamnya
kemas. Dia tersenyum.
"Laksamana tiada reaksi tetapi di dalam hati dia faham situasi tersebut dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan."
Tak sampai
beberapa minit mereka sudahpun berada di puncak gunung. Hijab kepala Cahaya
sudahpun terbang ditiup angin. Cahaya terduduk ketika sampai. Bergerak sepantas
kilat sebegitu mampu buat sesiapa sahaja trauma. Dia termenung seketika. Fikirannya
celaru. Magis gila apalah laksamana buat ni. Laju betul. Dia meraba
rambutnya, aduh tudung pun dah terbang. Cahaya menjeling geram.
“ Awak ok
ke tu? “ laksamana duduk sebelah dan memandang puteri. Risau.
“ Nasib
baik hijab kepala je terbang, kalau dengan saya sekali terbang sekali tadi, ekspedisi
batal! Geramnya! “ Cahaya mendengus marah. Laksamana ketawa lagi. aduhla lawak
betul tuan puteri ni. Tadi dia yang suruh kita guna magis, dah guna mengomel
lagi. Haha.
“Otak saya
dah bergegar sekarang ni. Cepat bertanggungjawab! “ Cahaya balas lagi. Geram
sangat nampaknya. Laksamana ketawa dan membaca mantera perlahan.
“ Izinkan
saya…” dia memegang dahi puteri perlahan dan serta merta sakit kepala puteri
kembali pulih. Kecelaruan sebentar tadi hilang. Puteri terkejut. Dia menolak perlahan tangan laksamana dan memegang
jantungnya sendiri. Laju debarannya. Puteri telan air liur.
“ Lain
kali, jangan suka2 pegang orang. Jaga sikit tangan tu. “ ujar Cahaya. Laksamana
hanya tersenyum. Malas membalas, nanti lebih panjang ngomelan tuan puteri kesuma
jiwanya ini. Takkanlah dia ada niat bukan2 kepada buah hatinya sendiri. Jika bukan
untuk membantu, dia masih waras menjaga adab pergaulan. Laksamana tersenyum
lagi.
Mereka berdua
berjalan, puteri mengekori laksamana perlahan. Mereka tiba di hadapan satu gua.
Mereka berdua masuk dan laksamana menggerakkan tangannya perlahan. Batu2 di
pintu gua tertutup sendiri dan keadaan
berubah sepertinya tiada gua disitu.
“ Sebelum
masuk ke dalam pintu gerbang magis sana, kita akan duduk bermeditasi di sebelah
sungai ini. Kita kena kuatkan tenaga dalaman kerana dunia sana tidak seperti di
sini. Kita perlu bersedia atas sebarang kemungkinan. “ laksamana menerangkan. Puteri
mengangguk melihat laksamana menerangkan ruangan gua ini dan portal di hadapan mereka
itu. Dia teruja mahu pergi ke dunia itu.
“ Sungai apa
ini, jernih airnya. “ Cahaya menyentuh air sungai dan membasuh mukanya. Sungai di
dalam gua, menarik.
“ Ini adalah
sungai rahsia. Begitu juga dengan gua ini. Hanya yang punyai ilmu magis mampu
lihat dan tahu keberadaan gua ini. Ia terlindungi dari mata umum. Air sungai
ini pernah digunakan sebagai satu air magis di satu waktu dahulu…air ini adalah
air kristal, jangan minum. Cuci muka tak mengapa.“ terang laksamana. Cahaya memuncungkan bibir.
Dia memandang sekeliling. Cantik suasana gua ini. Unik kilauan seakan kristal.
“ Kalau
kita berdua minum, kita akan tertidur di sini selama2nya sehinggalah ada manusia
magis yang mampu kejutkan jiwa kita berdua. Hanyut dalam dunia mimpi tanpa
sempadan. Tahu?” laksamana serius. Cahaya telan air liur. Begitu sekali impaknya?
Laksamana tersenyum kembali, dia faham sangat. Larangan adalah kawan baik
puteri kan?
“ Ok duduk.
Saya akan ajar awak meditasi. “ Cahaya duduk bersila seperti diajarkan. Meditasi
pun bermula…
"“ Ini adalah sungai rahsia. Begitu juga dengan gua ini. Hanya yang punyai ilmu magis mampu lihat dan tahu keberadaan gua ini. Ia terlindungi dari mata umum. "
"Kita akan pergi mencari bunga larangan. Seronok tak? “"
Di atas
kapal. Malam.
“ Bintang ya?
“ Cahaya memandang Laksamana bengang. Laksamana tersenyum sahaja. Adakala dia
memandang langit malam dan senyum lagi. Agaknya apa terjadi sekarang agaknya,
kasihan Indera. Maaf wahai saudara, sekali sekala sahaja. Pandai2 lah tuan
hamba menjaga kemaslahatan dunia ya. Laksamana ketawa dalam hati. Seronok juga
begini. Pelannya menjadi. Laksamana tahan ketawa.
“ Jadi, kemana
kita ni? “ soal Cahaya ingin tahu. Sejuk benar malam ini. Laksamana menyuakan
selimut untuknya. Cahaya ambil dan selimuti badan sambil menghirup air panas. Inikah
perasaan bebas dari kawalan? Cahaya menikmati suasana. Sekali sekala dia tersenyum.
“ Sama
seperti yang kita rancangkan. Kita akan pergi mencari bunga larangan. Seronok tak?
“ Laksamana duduk di tepi puteri dan dia juga berselimut sambil menghirup air
panas. Kapal ini dipandu sepenuhnya dengan kuasa magisnya, sengaja begitu. Dia begitu
malas dan mahu menyimpan tenaga untuk apa2 situasi yang tidak diketahui nanti.
Puteri mengangguk.
Dia tersenyum memandang langit malam.
“ Jadi, kemana kita ni? “ soal Cahaya ingin tahu.
“ Tapi kenapa kapal
ni kosong? “ soal puteri. Laksamana garu
kepala.
“ Supaya ekspedisi
kita ini kekal rahsia. Boleh tak jawapan begitu? “ usikan Laksamana buat Cahaya
mencebik.
“ Jadi
siapa yang pandu kapal ni? “ kali ni Cahaya memandang laksamana serius. Ini benar
pelik. Baru dia terfikir. Laksamana tersedak. Mahu beritahu jujur ke ni? Laksamana
telan air liur.
“ Takdir. “
ujar laksamana. Cahaya bangun dan bercekak pinggang. Laksamana terkebelakang
dan ketawa mengekek2.
“ Tolong
jangan cakap, awak tak tahu kemana hala kita pergi ni? Laksamana, jangan
macam2! “ Cahaya naik berang. Ini sudah lebih. Laksamana berhenti ketawa. Alamak,
ada orang marahla.
“ Perhatikan.
“ Laksamana berdiri dan menunjukkan semua barang keliling bergerak sendiri
seperti ada anak kapal yang sedang sibuk bekerja. Puteri menganga. Magis apakah
ini? Baru dia teringat tadi, dia dan laksamana tiba2 sekelip mata sudahpun
berada di atas kapal. Dia garu kepala. Laksamana ahli magiskah?
“ Laksamana…awak…ahli
magis..?” Cahaya terkejut habis. Dia menutup mulutnya sukar mempercayai. Laksamana
menunjukkan tanda senyap. Kemudian dia menggeleng.
“ Saya
bukan ahli magis, saya laksamana. Saya cuma ada sekelumit ilmu magis. Itu sahaja.
Sedikit sahaja. " dia menunjukkan isyarat jari tanda sedikit. Kemudian dia
tersenyum.
“ Kenapa
selama ni saya tak tahu?” Puteri semakin mesra dan menggunakan bahasa yang
lebih membumi. Laksamana tersenyum manis. Dia lega, puteri yang garang itu
telahpun perlahan2 mesra. Lagipun mereka di luar istana, bahasa begini lebih
sesuai supaya penyamaran mereka menjadi.
“ Sebab
selama ni awak tak pernah ambil tahu tentang saya? “ laksamana tersenyum lagi.
cahaya garu kepala. Dia pandang langit malam. Terasa malu pula dengan jawapan
laksamana.
“ Jadi, apa
lagi yang saya tak tahu?” puteri cuba membuang perasaan segan itu. Dia telan
air liur. Malu pula berbahasa begini dihadapan mamat garang ini.
“ Tak perlu
ambil tahu kalau tak berminat. Bukan penting pun. “ Laksamana sengaja memancing
jiwa. Dia sambung pandang langit dan berdiri di tepi kapal untuk melayan
perasaan melihat laut malam.
Eh mamat ni.
Meluatnya. Bisik hati puteri.
“ Memang
tak penting pun, ekspedisi ni lebih penting, jadi esok kita akan sampai ke
tempat dituju? Jauh tak tempat tu? “ puteri cuba mengubah topik supaya suasana
lebih selesa. Malu betul topik tadi. huh.
"“ Kenapa selama ni saya tak tahu?” Puteri semakin mesra dan menggunakan bahasa yang lebih membumi"
Laksamana yang
sedar topik sedang berubah, tersenyum lagi. Masa masih panjang Rahasya,
sabarlah. Jangan terlalu gelojoh dalam memikat jiwa.
“Ehem…belum
wahai tuan puteri kesuma jiwa patik. Esok kita sedang dalam perjalanan. Tempat tu
jauh tau tak?” laksamana menjawab dengan senyuman lagi. Cahaya telan air liur. Risau
pula dia malam ini. Laksamana asyik tersenyum sahaja. Cahaya menjeling.
“ Sejauh
mana? Beritahulah semuanya dengan terperinci, susahla kalau beta asyik perlu
bertanya macam2. Lagipun laksamana mana suka beta tanya macam2 kan?” Cahaya
memujuk.
“ Siapa
cakap patik tak suka puteri bertanya?” Laksamana menjelaskan.
“ Beta. Beta
yang cakap. “ puteri menjawab sambil menjeling lagi. Sakit hati.
“ Oh, jadi
kiranya sendiri bertanya, sendiri buat spekulasi, sendiri menjawab. Wah, hebat.
Tiga dalam satu. Jarang manusia biasa punyai kelebihan sebegini. “ laksamana mengusap2
dagunya tanda kagum. Dia ni dah kenapa? Cahaya geram.
“ Cakaplaaa…”
Cahaya sakit hati. Dia bersuara manja. Tolonglah beritahu dengan jelas
bagaimana agaknya perjalanan mereka berdua ini? Paling kurang, dapatlah dia membuat
persediaan mental dan fizikal mungkin?
“ Cuba
bertanya dengan ikhlas, sikit? “ Laksamana menyuakan senyuman lagi.
"Masa masih panjang Rahasya, sabarlah. Jangan terlalu gelojoh dalam memikat jiwa."
Cahaya
mendengus geram. Dia menarik nafas panjang cuba menahan rasa geram dan sakit hati
tahap dewa. Sabar Cahaya, sabar.
“ Wahai
tuan laksamana yang kacak lagi budiman, bolehkah tuan laksamana menerangkan
dengan jelas dan teliti, bagaimanakah agaknya rupa bentuk perjalanan,
pengembaraan kita berdua ini ya?” naik turun nafas cahaya menahan geram. Lembut
dan merdu suara yang dipaksa itu. Laksamana tergelak. Alahai comelnya tuan
puteri Inderaloka ini. Lagi marah, lagi comel.
“ Baiklah
wahai tuan puteri patik yang comel, dipersilakan duduk. Jangan berdiri penatkan
diri, mari kita bersantai ambil angin laut . Malam masih panjang. Patik akan
menceritakan dengan jelas perjalanan kita, sebentar. “ Laksamana memetik jari,
teko kecil itu bergerak sendiri menuangkan air untuk mereka berdua. Puteri tersenyum
kelakar melihat magis itu.
“ Begini…”
Laksamana menceritakan dengan terperinci perancangannya. Puteri tekun
mendengar. Dia benar2 teruja. Sambil2 bercerita, kerana terlupa tadi, laksamana
berdiri dan membaca mantera halimunan untuk menutupi kapal itu dari pandangan
mata kasar. Lega. Begini, lebih selamat. Puteri tidak tahu berkenaan itu.
""Ini namanya ilmu sakti wajah. Kita boleh berubah2 wajah, hanya yang punyai ilmu sejati akan mengenali diri kita yang sebenar."
“ Mulai
esok, tiada sebutan beta patik tau? Janji? “ Laksamana mengingatkan. Ini kerana
mereka akan melalui beberapa perkampungan rakyat jelata. Dia tidak mahu identiti
mereka terbongkar. Oh lupa, dia lupa menyamarkan rupa puteri. Dia membaca
mantera dan meniup ke wajah puteri. Jari jemarinya dilepaskan kemudiannya. Serta
merta wajah puteri berubah dan juga persalinannya juga berubah menjadi seperti
rakyat biasa sedang berkelana. Puteri memandang cermin tingkap dan terkejut.
“
Bagaimana? “ puteri kaget. Sama seperti wajah laksamana kini yang sama tapi tak
serupa. Magis apakah ini? Laksamana tersenyum lagi dan lagi.
“ Ini namanya
ilmu sakti wajah. Kita boleh berubah2 wajah, hanya yang punyai ilmu sejati akan
mengenali diri kita yang sebenar. Selain dari itu, mereka tidak tahu. Mereka akan
melihat kita sebagai satu susuk tubuh dan wajah manusia lain. “ laksamana
menerangkan sambil tersenyum. Aduh laksamana, janganlah asyik tersenyum, puteri
telan air liur risau.
"Laksamana memetik jari, teko kecil itu bergerak sendiri menuangkan air untuk mereka berdua. "
“ Tak
kisahla tukar sejuta wajah pun, tapi beta tak berapa selesa laksamana asyik
tersenyum sahaja. Tak penatkah? “ puteri menggerakkan bibir dan memberi isyarat
muka masam. Laksamana ketawa. Dia benar terhibur dengan keletah comel puteri.
“ Kalau
tersenyum, kan indah? Kenapa? Risau tak lena tidur malam ka? “ laksamana tersenyum
lagi. Ya ampun, Tuhan, Kau kasihanilah hambaMu yang lemah ini.
“ Haruslah.
Sebab beta boleh mimpi ngeri terkenangkan senyuman laksamana. Tahu? “ puteri
puas. Puas dapat mengenakan laksamana balik. Laksamana tersenyum lagi.
"Adakala mamat ni kelakar juga. Ingatkan garang sangat. Selalu di istana, muka macam nak makan orang je. Bengis semacam."
“ Jangan
risau wahai tuan puteri, kita berdua akan bersama lamaaa lagi, jadi mohon biasakan
dengan wajah patik ni yer. Kalau rasa nak muntah tu, silakan ke tandas . Jangan
dihalakan ke laut pula, kesian ikan2 bawah sana. Risau mati terkejut. “
laksamana mengusik. Bulat mata puteri. Geram benar dia. Laksamana senyum manis.
Cahaya berpaling dan tersenyum. Adakala mamat ni kelakar juga. Ingatkan garang
sangat. Selalu di istana, muka macam nak makan orang je. Bengis semacam.
Untuk seketika
mereka berdua tersenyum gembira. Beginilah keduanya, masam2 manis dan pedas. Usik
mengusik memanaskan malam yang semakin larut dan dingin.
Mereka berdua
sambung berborak sehingga tengah malam.
“ Patik
lihat, tuan puteri sudah mengantuk. Silakan masuk beradu. Patik sudahpun
sediakan semuanya. Hala kesana. Silakan. “ Puteri mengundur diri dan
mengucapkan terima kasih. Laksamana juga masuk tidur. Sebelum itu, dia
membacakan sedikit doa mohon dilindungi perjalanan mereka berdua. Dia juga
terlalu penat hari ini. Cahaya bulan yang menyinari menjadikan kapal mereka
bersinar2. Akan tetapi, tiada siapa tahu, dan juga tiada siapa mampu melihat
keberadaan kapal itu di tengah lautan. Ekspedisi ini berjalan dalam rahsia…
"Akan tetapi, tiada siapa tahu, dan juga tiada siapa mampu melihat keberadaan kapal itu di tengah lautan..."