Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi sebelum tertidur. Kepalanya sakit. Dia mengeluh. Terasa hampa di jiwanya. Dimana dia perlu mencari Nur di dunia pelik ini? Dia buntu. Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya. Seketika dia ternampak kelibat sepertinya seorang perempuan berjalan di belakang pokok sana. Budak tadikah? Jiwanya berbisik. Dia bangun dan cuba melihat lebih dekat. Angin sejuk bertiup di tengkuknya. Ahh! Hakimi terpana.
“Bantulah
aku Hakimi…” sayup suara itu meminta tolong. Hakimi melihat kebelakang. Cahaya!
Dia terus tersenyum. Dia kenal puteri ini! Dialah yang selalu datang di dalam siri
mimpi yang pelik.
“ Cahaya
kan?” Hakimi tersenyum lagi. Puteri itu mengangguk. Puteri itu duduk di sebuah
kerusi kuning yang entah bagaimana tiba2 ada. Puteri itu tersenyum kemudian
wajahnya kembali muram. Dia perlahan2 bertukar menjadi kepulan asap dan menghilang.
Hakimi terkejut. Dia berlari kesana sini cuba mencari kelibat puteri itu lagi. Tiada.
Hakimi hampa. Yang tinggal cuma kepulan2 asap putih wangi.
“ Aku
terlalu penat di sini Hakimi. Bantulah lepaskan jiwaku dari belenggu ini…” satu
suara terngiang2 di mindanya. Eh? Hakimi tersentak. Permainan minda pula? Hakimi
menutup matanya. Dia kini berada di sebuah bilik gelap. Bilik yang penuh dengan
topeng2 pelik. Hakimi terasa seperti dejavu. Sama seperti keadaan di dalam
novel kegemarannya. Aku berhalusinasikah? Ahhh sudah. Hakimi ketawa seorang2. Kegilaan
apakah ini wahai Nur! Jika kau mahu diselamatkan, mengapa muncul begini? Bagaimana
aku mahu bantu? Hakimi ketawa lagi. Dia terasa seperti bermasalah mental sudah.
Tiba2 kedengaran satu suara menangis teresak2. Di bilik gelap begini? Aduhlaaa.
Lemahla aku cenggini. Hakimi berbisik lucu.
“ Tolong saya,Hakimi…” suara itu lemah. Berbekalkan satu cahaya dari tingkap hujung sana, dia melihat seorang perempuan sedang terikat di sebatang tiang. Dia mendekati wanita itu. Nur! Hakimi cepat2 bantu buka ikatan Nur. Gagal. Ikatan itu seperti terlalu kuat. Aduh! Bagaimana ni? Hakimi cuba lagi. Gagal lagi. Dia bangkit dan cuba mencari apa2 peralatan di situ jika ada. Tiada.
“ Nur, kenapa awak di sini? Siapa yang ikat awak ni???“ Hakimi memeluk Nur kemas. Dia tahu Nur lemah dan takut. Nur menangis lagi. Dia berasa lega. Tali apa ini? Kemas betul ikatannya. Hakimi cuba lagi leraikan. Gagal lagi dan lagi. Dia lalu terduduk sebelah Nur keletihan mencuba. Nur berbaring di bahunya lemah. Nur pun menangis lagi. makin lama suara seraknya kedengaran sayup,sayup dan terus senyap. Hakimi memandang sebelah. Dia tahu Nur lemah. Hakimi memicit kepalanya yang sakit. Ini halusinasi mindanya. Bagaimana mahu tersedar? Dia melempang dirinya sendiri. Masih lagi di tempat sama. Tolonglah hambaMu ini Ya Allah. Kasihanilah kami. Lepaskanlah kami dari tempat gelap ini. Hamba bermohon padamu dengan semua keikhlasan yang hamba ada. Perlahan2 bilik itu bertukar menjadi terang. Nur terus terlepas dari ikatan itu dan terbaring lemah. Hakimi terkedu! Dia sudah tahu sesuatu. Doa itulah cahaya! Terima kasih ya Allah! Kini dia perlu fikir cara untuk membawa Nur dari dalam mindanya ke realiti. Hakimi tergelak2 seorang. Entah apalah terjadi padanya kini. Dr.Hakimi, balik dunia sana nanti,baik kau pergi cek dengan psikiatri! Dia ketawa terkekek2 mengenangkan semua kejadian magis yang menimpa dirinya dan Nur kini. Nur di sebelah sedang lemah terbaring.
Bersambung…