Di kamar Indera. Istana Cermin.
Indera
terjaga dari lenanya. Nur masih disisinya terbaring lemah kehilangan banyak
darah. Indera yang masih lagi mamai, sedang memandang sekeliling dengan rasa pelik.
Dia lantas teringat, ketika keletihan mengembara intradimensi tadi kealam
cermin, dia terlena jauh memimpikan adiknya,Cahaya. Sejenak, wajahnya serius
teringat semula perbualan mereka. Indera telan air liur, gentar menerima
hakikat bahawasanya di hadapannya kini adalah kembar Cahaya, iaitu Nur. Dia
tidak begitu mengerti perkaitan yang ada, akan tetapi dia merasakan sebahagian besar
diri adiknya itu kini berada di dalam Nur. Dia teringat pesan adiknya yang dia
perlu mencari Laksamana untuk bergabung dan membantu menyelesaikan teka teki
diri Cahaya. Teringatkan pesan itu, dia mendengus marah. Kenapa semua ini
berlaku??! Indera sukar menerima kenyataan. Dia menggenggam tangannya kuat
tanda marah. Tiba2 dia terdengar Nur terbatuk2. Indera kaget.
Baru sahaja
dia mendekati Nur mahu membantu, tangannya dipegang kemas.
“ Tolong
saya…” Nur bersuara lemah. Antara sedar dan tidak, Nur tahu dia hampir menemui
maut.
“ Sebentar.
“ Indera mengambil kain dan menutup luka tikaman di perut Nur. Dia membaca
sepotong doa dan meniupkan di air kosong, lalu memberi Nur minum air itu. Tidak
lama selepas itu, Nur pun tertidur lemah semula. Indera mengeluh berat. ‘Wahai
Indera, ego atau rasional? ‘ Indera bermonolog. Kepalanya berdenyut2 perlahan. Dia
sukar membuat keputusan. Dia begitu benci memikirkan permintaan adiknya Cahaya.
Jika dibiar, keadaan akan menjadi lebih sukar. Jika dia menurut, pasti
Laksamana memandang rendah dirinya. Arghhh. Indera betul2 buntu. Dia menarik
nafas dalam2 sebanyak tiga kali, dan duduk bertafakur sebentar. Dia harus
bertenang di dalam situasi rumit sebegini. Ya, dia harus menolak ego dirinya
sebentar dan bersatu dengan Laksamana dan Haqq sama seperti permintaan adiknya.
Ahhh! Persetan dengan ego, nyawa adikku dalam bahaya! Dia seraya bergegas meninggalkan
Nur yang sedang beradu di kamarnya, dan berlari mencari Laksamana.
***
Di kamar
Rahasya.
Haqq dan
Rahasya sedang berusaha memberi cahaya spiritual kepada puteri. Keduanya semakin
melemah. Tidak lama selepas itu, Rahasya pengsan, dia terbaring lemah. Haqq
sedar keadaan itu, dan mula mengagihkan cahayanya buat membantu adiknya dan
Cahaya serentak. Peluh semakin merecik,dan Haqq juga mula kepenatan. Dia terbatuk2
keletihan. Perlahan2 darah hitam mengalir dari bibirnya.
“ Cahaya! “
Indera yang baru sahaja sampai, terus memeluk erat adiknya. Rindunya membuak2. Haqq
yang melihat sudah tiada daya untuk bereaksi, lantas dia pun pengsan. Kini Haqq
dan Rahasya keduanya telahpun pengsan kerana terlalu keletihan membantu puteri.
Melihatkan keadaan itu, Indera terus mengangkat puteri dan membawanya lari. Dia
terlupa dengan janjinya tadi bahawa dia perlu bertindak rasional.
***
Di kamar
Indera. Kini Nur dan Cahaya berada di hadapannya sebelah menyebelah. Indera garu
kepala. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Nenda Melur! Ya, dia harus
memanggil pengasuh puteri itu! Pasti dia punya cara! Nenek itu adakala bijak
juga! Dia terus bergegas kearah kamar Nenda Melur.
***
Di Kamar
Raja Cermin.
Tiba2
cermin kamarnya retak dan pecah berderai. Raja Cermin melihat keadaan itu dan
berpaling. Wajahnya berkerut. Petanda apakah ini? Dia menutup matanya dan cuba
mengamati keadaan. Dia menghidu aliran angin yang bertiup dan terus tersenyum. Anakandanya
sudah kembali. Raja Cermin dapat menghidu aura anakanda kesayangannya itu. Dia terus
bergegas dan terus menghidu mencari dari mana datangnya bau semerbak itu. Dia yakin
bau itu datangnya dari bunga larangan yang sudah lama dicarinya itu.
Kini Raja Cermin
tiba di hadapan kamar Indera, dan dia menguak pintu dan terlihat dua jasad perempuan
sedang terbaring lesu. Dia terkesima bila mendekati dan mendapati jasad
keduanya mirip cuma berlainan persalinan sahaja. Raja Cermin keliru. Baru
sahaja dia mahu memegang jasad Cahaya, tiba2 jasad itu pudar seakan halimunan. Dia
cuba memegang jasad Nur, pudar juga bagaikan hanyut di angin lalu. Raja Cermin
terduduk. Permainan apakah ini?
Dalam kekeliruan
itu, dia terdengar suara perempuan cantik ketawa mengilai dan terbang menujunya.
“ Hahahaha….akhirnya,
kau hadir juga Renjana. Aku fikir kau sudah mati jiwa. “ Sang Dewi berlabuh dan
duduk disebuah kerusi dihadapan Raja Cermin.
“ Ratna…kenapa
kau kesini…apa urusanmu?” Raja Cermin memandang Sang Dewi dengan pandangan benci.
Memori lama kembali lagi.
Sang Dewi
menutup matanya dan membacakan mantera. Tidak sampai sekerlipan, mereka
berempat sudahpun sampai di sebuah pergunungan sejuk di pinggir sebuah sungai
kecil yang mengalir perlahan. Raja Cermin mencebik, dia sedar magisnya wanita
ini. Dia terlalu malas bermain ilusi begini.
“ Nyatakan
hajatmu dan pegi dari sini, kau sama sekali tidak dialukan di sini. “ Raja
Cermin memandangnya angkuh. Sang Dewi sambung ketawa tanpa henti. Terhibur benar
hatinya.
“ Kembalikan
apa yang kau curi, dan urusan kita selesai. “ Sang Dewi tersenyum manis.
“ Ia bukan
milikmu. Kau tidak berhak untuk ini. “ Raja Cermin tegas.
“ Sekali
lagi? bukan milikku? Kau sedang bercanda? “ Sang Dewi ketawa besar.
“ Puteri
bukan barang rebutan, Ratna! Lepaskannya! Aku yakin selama ini kaulah dalang
yang menyelubungi kehilangannya, bukan???!” bentak Raja Cermin.
“ Kau tidak
pernah berubah, Renjana. Tidak pernah jujur dan lebih rela berpura2 hatta
kepada dirimu sendiri! Manusia jenis apa kau ini hah?” Sang Dewi sudah mula
naik angin.
“ Kau sudah
ada segala2nya Ratna, mengapa kau masih tamak???” Raja Cermin membalas marah.
“ Kau bukan
mahukan puteri, kau mahukan bunga itu. Kau ingat aku bodoh? Kau ingat aku sama
seperti orang lain yang mudah kau budakkan? Kau benar2 gila Renjana! Empayar
ini bukan milikmu! Kau sedang dalam khayalan yang nyata! “ Sang Dewi merah mata
menahan amarah.
“ Tiada siapa
yang tahu dan tiada sesiapa perlu tahu. Itu urusan peribadiku. Kau siapa Ratna,
mahu masuk campur?” Raja Cermin terasa
sedikit gentar apabila tembelangnya pecah.
“Aku siapa?
Hahaha, kau sudah lupa nampaknya segala kisah kita. Oh, aku lupa, kau telahpun
punya keluargamu sendiri. Tidak mengapa, akan tetapi, itu bukanlah perkara penting
sudah bagiku. Pulangkan kesemuanya dan berambus pergi dari negeri ini. Aku akan
lepaskanmu tanpa ada sebarang gangguan lagi. “ ujar Sang Dewi cuba negosiasi.
“Aku? Aku
keluar dari negeri ini? Ini negeriku. Aku rajanya. Jaga baik2 mulutmu itu. “ Raja
Cermin ketawa besar.
“ Sebentar
lagi Indera akan sampai, segala rahsiamu akan terbongkar. Indera pasti tahu
bahawa kau lah pembunuh ibubapanya! Selamat tinggal Renjana. Kau akan mendapat
pembalasannmu kelak. “ Sang Dewi terbang dan keadaan sama seperti sediakala. Raja
Cermin menelan air liur. Matanya merah menahan sabar.
Indera yang
baru sahaja sampai bersama Nenda Melor sempat mendengar ayat2 terakhir Sang
Dewi tadi. Dia terduduk. Kenyataan apakah ini wahai Tuhan??? Nafas Indera laju
cuba menahan rasa.
Bersambung…