Ketika keadaan getir dengan keadaan Nur dan Cahaya yang hampir menemui maut, mereka berdua bertembung di dalam sebuah mimpi…
***
Disebuah pantai
biru yang jernih. Malam.
Cahaya
duduk dan bersandar di pohon kelapa yang landai. Dia menarik nafas
panjang dan menghembusnya berat. Terasa jiwanya penat sekali. Seketika bayu
malam meniup, rambutnya terlepas lembut. Dia sedar apa yang berlaku. Sepertinya
dia menunggu seseorang. Ekor matanya memandang tepi. Seorang lelaki berjalan
perlahan seraya duduk disebelahnya. Lelaki itu tersenyum.
“ Abang
Indera, Cahaya nak bersendirian. “ ujarnya perlahan.
“ Adakala
perkataan dibibir tidak sama dengan apa yang ada dihati. “ Indera tunduk dan
tersenyum lagi. Dia faham keresahan di hati adiknya ini.
Cahaya ketawa
perlahan. Abangnya ini selalu sahaja tahu cara supaya dia kembali tersenyum.
“ Cahaya
serius. Mengapa abang Indera jadikan ia satu bahan ketawa?” Cahaya geram melihat
abangnya seolah mempermainkan perasaan hatinya. Ketika dia sedang terlalu penat
dengan semua yang terjadi, abangnya datang dan buat lawak pula!
“ Ketawa
itu satu terapi jiwa tau. “ Indera tersenyum lagi melihat adiknya. Cahaya pecah
ketawa. Abangnya ini memang magis, daripada rasa hendak menangis, terus terasa
mahu ketawa pula kini. Akhirnya mereka berdua ketawa seperti selalunya.
“ Sudah
jauh pergi, akhirnya kini Cahaya kembali semula di sisi abang. Disisi kami semua.
Abang gembira. “ ujar Indera perlahan sambil khusyuk memandang laut malam. Hatinya
terasa tenang sekali.
“Tak jauh
pun…” Cahaya membalas dengan rasa sebak. Dia semakin sedar kesilapannya tempohari.
“ Itu apa
yang Cahaya rasa. Apa yang abang alami, apa yang kami di sini jalani
sepemergian Cahaya, tidaklah semudah yang disangka. Sampai hati tinggalkan kami
kan? “ Indera sudah mula beremosi. Hatinya terlalu mahukan penjelasan. Cahaya ketap
bibir. Dia diselubungi perasaan bersalah dan menyesal.
“ Nasib
baik abang tergerak hati datang kesitu. Jika tidak, apa yang akan terjadi? Selamanya2
lah hilang?” Indera benar2 mahukan penerangan dari adiknya itu. Cahaya cuma
tertunduk sedih. Dia sedar, abangnya punya hak untuk marah, punya hak untuk
bertanya. Dia menutup matanya cuba meraih kekuatan utk menjawab setiap
pertanyaan abangnya itu.
“ Abang
Indera, semua orang buat silap kan? “ Cahaya memandang abangnya tulus.
Indera mengeluh.
Panjang keluhannya kali ini. Terasa lepas semua yang disimpan didada selama
ini. Hendak dimarah, terlalu sayang. Begitulah.
“ Abang Indera,
Cahaya terlalu mahu pulang. Tapi…” Cahaya tertunduk risau. Dia sedar abangnya
ini pasti tidak sedar akan apa yang sedang terjadi. Jangankan abangnya, dia
sendiri tersedar baru tadi. Entah bagaimana dia sedar, dia pun kurang pasti. Akan
tetapi, dia tahu, jasadnya kini terpecah dua. Masing2 dengan memori yang
celaru. Jika dia tersedar semula, dia tidak pasti samaada kesedaran dirinya di
dalam mimpi ini masih kekal ataupun tidak.
Boleh jadi dia tidak lagi kenal abangnya ini. Entahla. Hatinya berat sekali.
“ Boleh tak
jika Cahaya duduk di sini sahaja? Cahaya takut untuk bangun…” Cahaya menitiskan
airmatanya sambil memandang laut malam yang gelap. Indera mengerut dahi.
“ Apa yang
adinda takutkan? Cuba beritahu. “ Indera terasa sesuatu yang pelik. Apa masalahnya
di sini?
“ Jasad yang
di sisi abang Indera kini adalah jasad kembar Cahaya. Namanya Nur. Jika Cahaya
mahu bangun dengan selamat, abang Indera kena cari jasad Cahaya satu lagi. Itu
pasti sukar. Ia terlalu rumit untuk diselesaikan. “ Cahaya menangis sedih. Kerana
keras hatinya, semuanya menjadi terlalu rumit.
“ Jika
abang berjaya, lalu apa yang abang perlu lakukan supaya adinda kembali seperti
sediakala?” Indera serius. Jauh disudut hatinya, dia sangat pasti ini semua ada
kaitan dengan Laksamana.
“Satukan
kami. Tapi ada risikonya. “ Cahaya memandang abangnya dengan hati yang berat. Dia
menutup mata, berusaha untuk terus kuat berkata2. Indera terkejut.
“ Risikonya
jika berlaku masalah ketika penyatuan itu nanti, Cahaya dan Nur akan mati dan
terus lenyap. “ Cahaya lega. Akhirnya dia berjaya menerangkan kenyataan pahit
itu.
“ Adakah
abang seorang mampu melakukan itu? “ soal Indera mahu tahu. Dia benar2 perlu
selidik prosesnya dengan terperinci kerana risiko ini terlalu tinggi.
“ Cahaya khawatir,
jawapan kepada persoalan itu adalah tidak. “ Cahaya menjawab perlahan. Indera mengeluh
lagi. Berat keputusan ini.
“ Jika
begitu, abang akan kumpulkan kekuatan yang cukup untuk melakukannya. Abang beritahu
ayahanda dan kami akan bersiap untuk itu. Sehingga waktu itu, Cahaya bertahan
boleh? “ Indera cuba meyakinkan adiknya itu.
“ Abang Indera,
ada sesuatu yang abang belum tahu tentang ayahanda. Jika Cahaya panjang umur,
Cahaya akan terangkan. Tapi buat masa ini, percayakan Cahaya, jangan libatkan
ayahanda sekali2. Padah akan menimpa. “ Cahaya mengingatkan. Indera pelik,
malas bertanya lanjut tentang itu.
“ Abang
Indera perlu bekerjasama dengan Laksamana dan juga Haqq. Selamatkan ini. “
Cahaya berdiri dan menarik keluar satu cahaya dari hatinya. Sekuntum bunga
putih bersinar indah. Indera terkesima.
“ Laksamana
dan Haqq? Ini apa?” soal Indera penuh rasa ingin tahu. Entah kenapa dia
merasakan terlalu banyak cerita dia ketinggalan. Apa kaitan mereka bertiga?
“ Inilah
bahan rebutannya. Bunga larangan ini menyimpan rahsia besar tentang kerajaan kita.
“ Cahaya duduk semula, lemah. Bunga tadi terapung2 dan terbang jauh. Akhirnya menjadi
bulan.
Indera
terduduk juga. Kenyataan apakah ini???
Bersambung...