Rahasya masih
lagi terbaring. Matahari semakin memancar, dia terasa dahaga sekali. Dia memandang
sekeliling jika ternampak sesiapa. Tiba2 dia terlihat fatamorgana air, dia
merangkak dan terus merangkak kesitu. Setibanya dia disitu, dia mengeluh berat,
rupanya ia hanya bayangannya sahaja. Dimana aku ini? Bisik hatinya.
“ Bahagia? “
keluar satu suara dari atas. Suara Cumi! Rahasya yakin! Dia geram.
“ Apa
maksudmu wahai pari2 nakal?” ujar Rahasya berang.
“ Kau tahu
seperkara? Berkhayal dan terus berkhayal adalah racun buat jiwa?” Cumi ketawa
mengekek.
“ Dimana abangku
Haqq?” Rahasya risau.
“ Dia ada
disatu lembah yang lain. Ujiannya juga berbeza denganmu. Tiada apa yang kau
perlu risaukan. Lebih baik kau risaukan diri sendiri. Hahahah. “ Cumi ketawa kuat.
Terhibur sungguh dia nampaknya.
“ Hamba
tiada daya mahu bertelagah. Keluarkan hamba dari sini. “ Rahasya sudah tidak
larat. Kehausan begini benar2 memakan tenaga mudanya. Tiba2 suasana berubah. Salji
turun dengan lebat mematikan semua kepanasan tadi. Rahasya kesejukan pula. Lama
begitu sehingga dia sudahpun hampir membeku. Kegilaan apakah ini? Dia terasa
menyesal. Dia hampir mengalah. Lama dia terbaring sehinggalah muncul satu
makhluk berbulu tebal bagaikan raksasa mahu memakan dirinya. Aduhhh. Rahasya geram.
Dia bangkit juga walaupun payah, tidak mungkin semudah itu dia jadi makanan. Penat
dia berlari, dia menoleh kebelakang mahu melawan dengan daya yang ada. Makhluk itu
terus menerkamnya ganas. Rahasya bergelut tapi gagal. Ketika sahaja makhluk itu
mahu memasukkan dirinya ke dalam mulut, makhluk itu hilang. Rahasya terduduk
lega. Dia memegang dahi kepalanya terasa berdenyut sekali. Sudahlah haus,ditimpa
cuaca sejuk sekerlipan mata diterjah raksasa ganas pula. Dia terasa amat penat.
Tiba2
sahaja dunia terasa gelap. Hanya bunyi air dan unggas yang kedengaran. Matanya juga
sakit. Sangat perit. Gelap sudahkah hari ini? Rahasya berkata2 di dalam hatinya.
Tidak sekali dia sedar, mata keduanya telahpun buta. Dia berjalan di dalam
hutan itu sambil meraba2 jika2 ternampak cahaya. Tiada. Kosong dan masih gelap.
Rahasya pelik. Matanya yang sakit tadi cuba dipegang. Dia kaget. Dia baru tersedar
bahawasanya dia telahpun kehilangan penglihatan. Dia menjerit sekuat hatinya. Gagal
menerima kenyataan. Adakah ini reality atau ilusi dirinya semata? Rahasya sudah
penat meraung. Dia terduduk dan menangis semaunya.
“ Cumi!!!!!!!”
Rahasya cuba memanggil pari2 gila itu. Peliknya tiada suaranya yang terkeluar. Tiada
bunyi kedengaran di telinganya. Rahasya menggelabah sambil meraba2 dalam gelapnya
pandangan. Tak mungkin! Aku bisu juga kah? Rahasya menangis lagi dan kali ini
tangisannya lebih sayup.
“ Kau tahu wahai
bitara? Kau hanya akan tahu nilai sesuatu nikmat ketika ianya hilang? “ Cumi tergelak2.
Gembira sungguh dia mengenakan kedua mereka. Rahasya terduduk dan menangis
perlahan. Dia juga tahu kuasanya tiada maknanya di sini. Ternyata, mereka telah
dikenakan oleh pari2 sewel ini. Sudahlah penglihatannya hilang, suaranya juga
tiada. Hampir sahaja dia mati kutu di situ. Tiba2 muncul ideanya untuk bermeditasi
dan mencari abangnya Haqq di dunia spiritual.
Rahasya
menutup matanya dan cuba bertenang. Cumi yang melihat mula menggelabah dan cuba
membina dinding spiritual disekeliling Rahasya supaya dia gagal keluar dari
percubaan ini. Dia berjaya. Cumi terkekek ketawa lagi. Ingat semudah ini? Bisik
hatinya. Selagi dia belum puas hati, dia akan terus mengenakan bitara Rahasya
lagi.
Rahasya
yang tiada tahu apa yang sedang terjadi, cuba lagi menembus hijab spiritual dan
berhubung dengan abangnya Haqq. Gagal. Dia terbatuk2 keletihan. Darah memancut2
keluar dari mulutnya. Dia pengsan. Tenaganya sudah kehabisan. Cumi yang melihat, tahu Rahasya cuba masuk ke dunia mimpi pula. Dia tersenyum lagi. Apa kau ingat semudah
itu kau boleh keluar dari sini? Cumi tersenyum geram. Dia masuk ke dunia mimpi
Rahasya pula.
Di dalam
tidurnya. Dia bermimpi.
Dia muncul di satu hutan yang sangat gelap. Cuma cahaya bulan yang menyinari. Rahasya terduduk disatu pokok puas. Ehem! Dia cuba bersuara pula. Berjaya! Dia tergelak. Melompat dari satu dunia ke dunia yang lain adalah kepakarannya. Mana boleh Cumi gila itu mahu memperdayakannya? Rahasya ketawa kecil. Dia teruskan berjalan mahu mencari punca air dan tempat berehat. Kabus yang menyelubungi makin lama makin menebal sehingga menyukarkan pandangan. Dia geram. Ada lagi kah pari2 itu di sini? Tiba2 dia terdengar suara perempuan mengilai2. Cumi! Itu suara dia! Kali ini Rahasya bertekad untuk melawan. Jika tanpa kuasa sekalipun, dia akan bermain dengan fizikal. Dia sentiasa bersedia.
Nampaknya pertarungan akan jadi lebih
sukar kerana dia gagal melihat apapun di dalam kabus tebal begini. Bijak
sungguh pari2 tak guna ini! Bisik hati Rahasya. Ketika itu jualah dia diserang
bertubi2 dari pelbagai arah. Dia menggunakan kekuatan hatinya untuk mengagak
dari mana datangnya serangan itu. Dia hampir berjaya! Tetapi baru sahaja dia mahu
menangkapnya, pari2 itu hilang entah kemana. Begitulah setiap kalinya. Rahasya
berang dipermainkan begitu. Tidak boleh jadi begini. Rahasya berfikir cerdas. Dia
terus duduk bertafakur cuba bertenang. Dia tahu, di dalam ketidakpastian begini,
ketenangan adalah kunci. Selagi dia kelam kabut dan menggelabah, segalanya akan
lebih kabur dan tiada kepastian. Dia menarik nafas dan memulakan tafakurnya. Cumi
yang melihat datang bagaikan angin berbisik2 di telinganya. Rahasya sedar
perkara itu, tetapi dia mengabaikan bisikan itu. Dia tahu kini dia sedang diuji.
Dia harus kekalkan fokus supaya dia dapat keluar dari dunia ciptaan pari2 gila
ini.
Cumi yang
melihat buih itu mengeluh perlahan. Kuat juga spiritual bitara yang satu ini. Bisik
hatinya. Dia tahu ketenangan bitara itu mengalahkan godaan dan kuasa dirinya. Cumi
berfikir lagi. dia melihat jasad Haqq yang sedang terbaring pulas itu. Baik,
aku akan tamatkan di sini. Wahai bitara Rahasya, kau menang. Ketenanganmu sukar
aku tembusi. Tapi sama seperti abangmu,aku akan menyumpahmu dengan sumpahan
halus.
“ Dikau kusumpah hidup dalam ketidakpastian, kekeliruan dan kebingungan. Apa sahaja kau
cuba lakukan akan susah mendatangkan hasil. Malah kau sentiasa diselubungi
keputus asaan dan sifat lemah yang tiada hentinya. Ilmu kenal diri yang kau
cuba ketahui akan menjadi madu dan racun buatmu. Makin dalam kau mendalami,
makin tiada kau ketahui. Makin tiada kau ketahui, makin resah engkau jadinya. Resah
gelisah akan menjadi sahabat jiwamu sentiasa. “ Cumi tersenyum puas. Dia menyambung.
“ Kau akan kekal
di dalam sumpahan ini sehinggalah kau tersedar tentang kuasa dirimu sendiri. Selagi
itu, rasakanlah sengsaranya hidup dalam kabus jiwa yang tebal. Hahaha. “ Cumi
menyentuh buih itu dan ianya meletup. Jasad Rahasya pengsan.
Bersambung...