Di kamar
rahsia Sang Petapa.
“ Abang Haqq,
bolehka ni?” Rahasya ketakutan. Haqq menjeling.
“ Takda benda dapat kau capai, jika kau asyik takut2 sahaja. Jangan risau,abang ada. “ Haqq membalas keresahan adiknya itu. Rahasya memandang keliling risau diketahui guru mereka. Haqq berjalan dengan yakin, tidak mungkin kitab tua itu menipu, pasti gurunya itu menyimpan artifak rahsia itu di sini.
Tiba2 Rahasya
terlanggar sesuatu. Bilik gelap itu bercahaya terang. Haqq menepuk adiknya.
“ Janganlah
buat onar, aduh kau ni dik. “ Haqq geram. Rahasya tersengih. Cahaya itu
memancar2 menyilaukan mata mereka berdua. Haqq kerut dahi memandang suasana sekeliling
kerana bilik gelap itu berubah menjadi sebuah taman bunga yang sangat pelik. Taman
ini tiada warna! Jernih kesemuanya. Mereka berdua kebingungan tidak tahu mahu
berbuat apa.
“ Habislah
kita Abang Haqq, kita dah masuk alam lain agaknya ni. Kalau guru dapat tahu,
mati kita bang. “ Rahasya mengeluh.
“Kau ni
jangan cakap benda mengarut boleh? Ini mesti sebab kau terpijak entah benda apa
tadi.” Haqq memandang adiknya geram. Tiba giliran Rahasya pula naik angin asyik
dipersalahkan.
“ Kalau Abang
Haqq tak curi baca kitab tua tu, mesti kita takda kat sini, tahu?” Rahasya membulatkan
matanya sakit hati. Haqq ketawa mengekek.
“ Kau ni
kelakarla dik. Yang kau menyibuk2 nak tahu juga isi kitab tu ada abang paksa
ke?” Haqq sinis. Mereka berdua ini memang teman subahat yang suka bertekak. Akan
tetapi mereka mesra. Pergaduhan mereka masih di dalam kasih sayang.
“ Dah2,
takda masa bergaduh lagi, kita kena kembali ke bilik gelap tadi, cepat usahakan
cara. Bukan setakat guru je dapat tahu nanti, Abang Pahwana pun nanti mesti
cekik kita berdua! Ini satu kesalahan, bang! Ingat tu. “ Rahasya yang malas
bertingkah, mengingatkan abangnya itu tentang asal mereka. Mendengar nama Pahwana
sudah cukup buat Haqq panas.
“ Ahhh kau
jangan sebut pasal Pahwana. Geli telinga abang ni dengar. Kaki bodek guru
begitu, kau nak agungkan sangat ke???” Haqq menjeling menyampah.
“ Abang
Pahwana bukan kaki bodekla bang, dia cuma anak murid yang taat, bukan macam kita
ni, aduhhh bang, cepat bang. Ra risau ni, kita kena balik, mati kita kalau kena
denda nanti! “ Rahasya mengingatkan sekali lagi akibat tindakan rahsia mereka
ini.
“Syhhh,jangan
membebel la dik. Jangan lurus sangat boleh tak?! Jap…jap… kau nampak tak kat
sana tu?” Haqq berjalan laju menuju sesuatu di atas batu besar. Rahasya
mengejar laju abangnya itu. Dia masih lagi runsing. Tapi terlihatkan artifak
rahsia itu, dia terus jadi lupa keinginan untuk pulang tadi.
Kini,
mereka berdua di hadapan artifak usang itu. Rupa artifak itu seperti bunga
kristal berwarna jernih. Mereka berpandangan sesama sendiri. Baru sahaja Haqq mahu
menyentuh bunga itu, tangannya kaku. Dia cuba lagi, tapi tangannya masih kaku. Rahasya
yang pelik dengan apa terjadi mula menyentuh juga. Kali ini berjaya. Rahasya
mampu menyentuh bunga itu. Akan tetapi, setiap kali dia tersentuh, badannya seperti
terkena renjatan eletrik. Berkali2 dicubanya, begitu juga jadinya. Mereka berdua
mengerutkan dahi keliru.
“ Abang
pastikah ini artifaknya?” Rahasya memandang abangnya mahu penjelasan.
“ Ya, ini
dia. Abang pasti, tapi…abang pelikla, mesti ada cara untuk kita aktifkan bunga kristal
ini. “ Haqq cuba mengingat2 apa yang dibacanya malam tadi. Rahasya cuba
berfikir. Tiba2 dia teringat sesuatu.
“ Maksud
abang kita kena aktifkan bunga ni? Bunga perlukan cahaya, benar kan? “ Rahasya
cuba menguraikan teka-teki itu. Haqq tersenyum senget. Ya, bijak juga adiknya
ini.
Mereka berdua mengalirkan cahaya spiritual mereka dengan harapan bunga itu berjaya diaktifkan. Tiba2 bunga kristal itu terapung2 dan menyilaukan cahaya warna warni terang benderang. Tenaganya yang kuat telah menolak mereka berdua terjatuh ditepi. Bunga itu berjaya diaktifkan! Mereka berdua tersenyum bangga. Untuk seketika cahaya dari bunga kristal itu perlahan2 malap. Bunga itu mengembang dan seekor pari2 berkepak yang sedang enak tidur di dalam kuntuman bunga itu terjaga. Pari2 itu mengelipkan matanya beberapa kali, terkejut agaknya. Haqq memandang adiknya. Ra tersengih. Dia tahu pandangan mata jahat abangnya itu, pasti ada sahaja idea nakal bakal terkeluar sekejap lagi.
“ Wahai sang pari2, perkenalkan dirimu. “ Seru Haqq serius. Rahasya disebelah bersedia untuk sebarang kemungkinan.
“ Nama
hamba Cumi. Hamba adalah semangat yang mendiami bunga kristal ini. Mengapa tuan
hamba berdua kejutkan hamba bangun dari tidur?” Cumi, sang pari2 bunga. Satu semangat
yang menyimpan rahsia ilmu magis purba.
“ Hmm, Cumi,
tuan hamba tahukah tentang ilmu magis purba? Boleh ajarkan kami berdua?” Haqq
terus ke tajuk utama. Dia sedar, masa semakin suntuk, mereka berdua harus
pulang.
“ Ohh, ada
banyak di dalam galeri patik. Ilmu yang mana satu tu? “ ujar Cumi santun. Haqq
tersengih.
“ Tempohari
hamba ada baca di kitab tua berkenaan ilmu pecahan diri, boleh Cumi bukakan
rahsia itu untuk kami? “ mata Haqq bersinar2. Rahasya memukul lembut tangan
abangnya Haqq. Haqq menolak adiknya perlahan sambil mengenyit2 matanya. Rahasya
tahu niat nakal abangnya itu. Dengan ilmu pecahan diri itu, pastilah nanti mereka
dapat menyelinap kemana2 ketika didenda guru, malah apa sahaja projek2 nakal
mereka pasti terlindungi.
Betara Haqq
dan Betara Rahasya. Mereka berdua adalah anak murid yang kerap didenda kerana
sering ponteng kelas dan berbuat nakal apa sahaja. Pahwana sahaja sudah penat
menasihati, apatah lagi adik beradik seperguruan mereka yang lain.
“Boleh, tapi
setiap ilmu punya pantangnya tersendiri. Sanggupkah tuan hamba sekalian menanggung
risikonya? “ soal Cumi mengingatkan akibatnya. Haqq tanpa berfikir panjang
terus mengangguk. Rahasya geleng kepala melihat kerenah abangnya itu. Walaupun dia
juga sama nakal seperti Haqq, tapi dia lebih berfikir jauh dan mendalam.
“ Cumi
terangkan dulu berkenaan ilmu itu dan akibatnya, nanti kami akan fikirkan. “ Rahasya
berdiplomasi sopan. Haqq menepuk bahu adiknya itu geram. Dia berbisik sesuatu.
“ Kau diam
je dik, biar abang uruskan Si Cumi ni. “ bisik Haqq. Rahasya senyum menyampah. Setiap
kali abangnya uruskan sesuatu pasti kesannya bencana. Rahasya sangat tahu tentang
itu. Bukan sehari dua dia kenal abangnya ini.
“ Begini
bang, kita dengar dulu Cumi terangkan tentang ilmu tu, nanti kita cuba uruskan
akibatnya, tapi ingat bang, kalau jauh dari kuasa kita, kita kena tolak. Payah nanti
nak uruskan bang. “ Rahasya masih lagi rasional. Haqq menjeling malas. Dia mengangguk
benci. Walaupun adiknya ini lurus, tapi otaknya boleh tahan bijak, jarang
sekali dia mendengar nasihat orang lain, tapi kali ini, nasihat adiknya bernas
dan berpihak tepat kepada mereka.
“ Baiklah
Cumi, terangkan tentang ilmu itu dan kesannya, kami bersedia. “ Haqq yakin.
Rahasya berkerut dahi cuba berjaga2 untuk sebarang jenis kemungkinan.
“ Hulurkan tangan kamu berdua. “ arah Cumi. Dia menyentuh tapak tangan keduanya untuk mengalirkan maklumat dalam bentuk aliran eletrik. Dalam masa sekejap mereka berdua meneroka alam dinamis eletrika. Cumi tersenyum2. Dia tahu sesuatu yang menarik bakal berlaku.
" Selamat kembara, wahai dua budak nakal. " Cumi tersenyum. Matanya bersinar jahat.
Bersambung…