Monday, July 10, 2023

Cermin 50: Cahaya! Ini abang Indera! Cahaya bangun!

"Puteri semakin hilang hanyut dibawa angin lalu."

Indera yang pelik melihat Nilam Mawar berlari ketakutan, teruskan berjalan sambil fikirannya ligat berteka teki. Mengapa agaknya Nilam Mawar begitu? Ahhh biarlah, itu urusan dia, tiada kaitan denganku, bisik hati kecilnya. Ketika hampir sampai ke tempat yang dituju, Indera terdengar suara seorang perempuan menahan kesakitan. Indera cuba mendengar suara itu dengan tekun. Cahaya! Itu suara Cahaya! Indera terus berlari mencari dari mana datangnya suara itu. Dia melalui satu bilik yang pelik, yang penuh dengan cermin. Bilik apa ini? Rupanya suara itu datang dari satu cermin di situ. Indera berdiri di hadapan cermin itu sambil mengerut dahi. Dia terdetik untuk menyentuh cermin pelik itu yang kelihatan beralun2. Rupanya Indera telahpun termasuk ke dimensi cermin, yang mana ia mampu mengembara interdimensi.


"Indera terus berlari mencari dari mana datangnya suara itu."

***

Dunia Moden.

Indera kaku memandang sekeliling. Dia kini di dalam sebuah tempat yang sunyi. Sejuk. Malah tempat ini penuh cahaya lampu terang yang memelikkannya. Kelihatan pula seorang perempuan sedang berjalan laju memakai pakaian seakan seragam putih. Indera hampir terlupa tentang suara perempuan tadi. Dia lantas mencari2 dari mana datangnya suara tadi. Dia kini berdiri di depan sebuah bilik, dia masuk kemudian ternampak seorang perempuan terbaring keletihan. Darah penuh mengalir di tepi katilnya. Indera kaget dan mendekat. Cahaya!

“ Cahaya! Ini abang Indera! Cahaya bangun! Ya ampun, bagaimana boleh begini??! “ Indera kelam kabut mengangkat Cahaya dan dia perlu mencari portal tadi untuk kembali ke Inderaloka semula, dia yakin ini bukan dunianya. Ini dunia lain yang wujud di dalam cermin tadi. Dia berjalan laju membawa Cahaya, dan terus masuk ke portal tadi. Berjaya!

Kini mereka telahpun berada di Inderaloka. Dalam masa yang sama.

***

“Arghhhh…” Haqq kaget melihat puteri mengerang kesakitan begitu. Seakan diri dalamnya tertarik2. Jasad puteri seakan2 sedang hanyut menghilang. Haqq mencuba seluruh kuasanya untuk menyelamatkan puteri. Apa yang sedang terjadi ni???! Haqq menjerit keras. Haqq berdiri dan cuba menyalurkan cahaya dirinya kepada puteri. Gagal. Puteri semakin hilang hanyut dibawa angin lalu. Haqq memangku puteri dan membaca mantera, serta merta mereka kini berada di satu dunia putih. Haqq bermeditasi sebentar dan menyeru adiknya Rahasya mahu meminta bantuan. Tak pernah dia alami begini! Ahhh, malu letak tepi dulu, puteri harus diselamatkan dari hilang lenyap begini! Haqq rasional.

***

Rahasya yang sedang duduk termenung di tepi tasik tiba2 tersentak. Dia terdengar suara seruan abangnya dari dunia sana. Rahasya duduk bersila dan bermeditasi mahu kesana. Pasti ada sesuatu! Bisik hati Rahasya.

***


"Ketika itu juga, Rahasya sempat memecahkan dirinya, dan cuba menyelidiki apa sebenarnya yang sedang berlaku."

Di dunia serba putih tempat kegemaran Rahasya duduk berteleku meditasi. Kelihatan Haqq sedang duduk bersila di hadapan puteri dan cuba menyalurkan seluruh tenaga dan kuasanya kearah puteri. Rahasya yang baru sahaja tiba disitu terkejut besar.

“ Kenapa dengan puteri,abang Haqq??! “ Rahasya hampir menjerit. Haqq yang berpeluh2 sedang berusaha keras menjawab serius.

“ Berhenti bertanya! Bantu abang selamatkan puteri, cepat Ra!!!” Bentak Haqq keras.

Rahasya bingkas duduk dan membantu abangnya Haqq. Kedua mereka berusaha sedaya upaya berkongsi tenaga cahaya untuk memulihkan spiritual puteri. Ketika itu juga, Rahasya sempat memecahkan dirinya, dan cuba menyelidiki apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dia berada di dua dunia serentak, di dunia satu lagi…

***

Rahasya sampai ke dunia moden sebelum peristiwa tadi berlaku. Sebagai diri pecahan, dia tidak boleh masuk campur urusan semasa, dia sedar tentang itu. Maka, dia cuma melihat dari jauh. Kelihatan seorang perempuan berpakaian seragam putih datang senyap2 ke bilik Nur. Perempuan itu takut2 mendekati Nur dan mengeluarkan sesuatu dari koceknya. Satu sikat berwarna emas. Tiba2 muncul seorang perempuan dari dalam cermin sebelah katil itu, Nilam Mawar! Rahasya berang. Terbeliak matanya melihat keadaan itu. Nilam Mawar kelihatan tersengih2 menghasut perempuan tadi.

“ Mimi…lakukan…selepas kau lakukan tugas terakhirmu ini, kau pasti dapat bertemu ibumu semula…aku janji…” Mimi yang mendengar itu hilang warasnya, dia mengeluarkan sikat emas pemberian Nilam Mawar tempohari, lantas menikam puteri. Nilam Mawar membantunya dengan membacakan mantera supaya sikat itu lebih dalam bisanya. Setelah tikaman itu, Mimi terduduk. Nilam Mawar tiba2 berubah ekspresi wajahnya. Daripada ketawa mengilai, dia tiba2 ketakutan bila melihat banyak darah keluar dari badan Nur. Dia telan air liur. Tiba2 dia terbayang Nenda Melor, bagaimana jika gurunya itu tahu berkenaan ini? Dia kaget. Dia terus masuk ke dalam cermin mahu melarikan diri.

“ Mawar! Mawar! Datang sini semula! Mana janjimu???! “ Mimi mengetuk2 cermin. Dia terasa sudah ditipu oleh penjaganya itu. Mimi duduk di tepi katil dan mengigil2 ketakutan. Dia mencampak sikat emas tadi dan menarik2 rambutnya sendiri. Dia celaru mahu berbuat apa. Dek kerana ketakutan risau diketahui rakan2 sekerjanya, dia mengambil semula sikat emas tadi dan berjalan keluar dari bilik itu. Dia terus ke bilik persalinan untuk menukar uniformnya yang dipenuhi darah.

***


" Kau tahu ini sesuatu yang bahaya kan?! "

Rahasya bersatu semula dengan dirinya. Matanya terbuka luas. Kemarahan menguasai dirinya. Dia sedar kini diri puteri di dunia moden itu sedang bergelut dengan kematian. Makanya, diri pecahannya yang berada di hadapan mereka juga boleh hilang. Dia memandang abangnya Haqq dan mengeluh berat.

“ Abang Haqq, kita kena cari jasad puteri yang satu lagi. Jika tidak, puteri akan terus lenyap. “ Rahasya cuba menerangkan keadaan yang berlaku.

“ Jasad lagi satu? “ Haqq keliru.

“ Ya…adinda menyeru diri puteri untuk pulang, tapi tidak keseluruhannya. Maka dirinya terpecah dua, dan kini kita perlu menyatukan kedua jasad ini supaya puteri dapat terus hidup. “ Jelas Rahasya kesedihan.

“ Kau tahu ini sesuatu yang bahaya kan?! Mengapa baru kini kau ceritakan pada abang? Ilmu pecahan diri tidak boleh kau lakukan sesuka hati! Kau sendiri sedar akibatnya! “ Haqq pula naik berang mendengar penjelasan adiknya. Ilmu pecahan diri, satu ilmu magis purba yang selalu digunakan untuk berada di banyak tempat dalam satu masa. Akan tetapi, ilmu ini jika disalahguna, menjurus kepada maut. Terutama apabila diri salah satunya dalam bahaya dan diri2 tersebut tidak sempat menyatu semula. Maka, kesemuanya akan mati. Oleh kerana itulah ilmu ini dikira sebagai ilmu larangan. Ilmu ini mereka berdua dapati ketika senyap2 masuk ke ruang kamar rahsia milik guru mereka Sang Pertapa.

Bersambung...

 


" Ya…adinda menyeru diri puteri untuk pulang, tapi tidak keseluruhannya. Maka dirinya terpecah dua.."

Saturday, July 8, 2023

Cermin 49: “ Abang Haqq sedarkan puteri hanya sementara bersama abang??? “


"Tiba2 dia terfikir untuk menyeru puteri kealam mimpi."

Segala kenangan pengembaraan mencari bunga larangan tempohari membuatkan Rahasya sayu. Dia masih di sini menghadap tekanan daripada pihak Indera. Dalam masa yang sama dia sedang cuba menyelesaikan teka teki tentang perkaitan antara dendam Sang Dewi, bunga larangan dan juga rahsia Raja Cermin. Apakah kisah disebalik semuanya? Keliru dengan tanda2 yang ada, dia cuba untuk bermeditasi lagi. Apa khabar puteri di dalam jagaan Haqq agaknya?

Di dalam meditasinya…

Di satu ruang kosong yang putih. Rahasya kelihatan sedang duduk bersila dan berzikir perlahan. Berusaha mencapai ketenangan dengan mengingati Yang Maha Abadi. Tiba2 bahunya ditepuk lembut.

“ Apa khabar adik abang?” Haqq berhembus perlahan serta merta suasana keliling bertukar menjadi suasana di tepi sebuah sungai dan adanya air terjun mengalir sejuk.

Rahasya membuka matanya dan mengerling kesebelah. Dia sedar abangnya Haqq menyilang meditasinya. Dia tidak berapa suka suasana begini, seolah2 mengusik ketenangan jiwanya. Tapi, tak mengapalah, sesuai dengan hajat hatinya yang terdetik tentang khabar puteri.


“ Puteri bagaimana?”Rahasya terus ke tajuk utama.  

“ Adinda baik2 sahaja…abang Haqq apa khabar?” Rahasya berbasa basi memulakan perbualan yang hambar diantara mereka berdua. Di dalam hati dia merasakan mesti ada sesuatu jika abangnya ini mencari dirinya sehingga ke alam meditasi. Rahasya dingin.

“ Ya, abang begini sahaja seperti yang kau lihat. Abang lihat kau seperti dilanda masalah…“ Haqq berdiri dan berjalan lalu duduk bersandar di bawah sebuah pohon. Dia paling gemar suasana deruan air begini.

“ Puteri bagaimana?” Rahasya terus ke tajuk utama. Dia sedikit malas dengan perbualan kosong. Tegas suaranya. 

“ Selagi puteri masih dalam pemerhatian abang, tiada apa yang kau perlu risaukan. Adalah lebih baik kau risaukan dirimu sendiri. Siapa agaknya gerangan yang membawa kekusutan diwajahmu?” Haqq bertanya sambil tersengih. Tanpa Rahasya sedar,Haqq sedar pergolakan di Inderaloka atas kini. Mata2nya sentiasa memerhati daripada jauh. Pembantunya Si Hitam sentiasa ada memberitahu semua perkembangan di Inderaloka. 

Rahasya yang sedar dirinya sedang dipersenda dan diperli abangnya sendiri merenung jauh kepemandangan di hadapan mereka. Malas sekali dia mahu menjawab persoalan lecehan begitu. Tetapi terasa maruahnya tercalar jua dek sikap humor abangnya itu, dia membalas.


"Dimana dikau wahai adinda?"

“ Abang Haqq sedarkan puteri hanya sementara bersama abang??? “ Rahasya memandang abangnya dengan pandangan sakit hati. Haqq dengan wajah selambanya hanya tersengih. Dia merasakan adiknya ini terlalu naif dan mudah percayakan orang lain.

“ Jangan terlalu serius wahai adikku. Puteri tidak selamat di sana, kau sendiri pun tahu hakikat ini kan…” ujar Haqq sambil bermain angin dengan petikan jarinya. Bunyian air bergeser ibarat alunan alat muzik yang indah.

“ Bagaimanapun puteri tetap harus pulang ke Inderaloka atas. Abang Haqq tak boleh berlama2. “ Rahasya bersuara tegas. Dia sedar dia perlu menghadap situasi ini, tapi jika tidak bertegas, begitu mudah nanti dirinya di’makan’ oleh abangnya Haqq yang nakal ini.



“ Apa khabar adik abang?” 

“ Cubalah jika adinda bersungguh…” Haqq ketawa lalu lenyap bersama angin hitam, awan yang terang mulai gelap dan hujan renyai2 mulai turun. Rahasya mengeluh perlahan dengan sikap biadap abangnya itu dan membaca mantera bagi tersedar dari meditasinya petang ini.

Rahasya tersedar dari meditasi. Dia mengusap muka dan mengawal nafas supaya tidak terganggu emosi. Dia mahu balik dan berendam melepaskan amarah diri. Entah mengapa segalanya kini, memberi tekanan buatnya. Dia perlukan satu kekuatan. Oh Tuhan, bisik hatinya merayu mohon keteguhan.

Tiba2 dia terfikir untuk menyeru puteri kealam mimpi. Ya, abangnya Haqq sukar dipercayai, dia perlu menukar rancangan. Jika cara berlembut tidak sesuai, dia akan gunakan cara halus memujuk puteri supaya pulang. Dia tahu jalannya. Habis bermesyuarat dengan Pertama sebentar lagi, dia akan mula menyeru puteri, masuk ke dalam mimpinya dan menerangkan situasi sebenar. Dia yakin tuan puterinya itu belum betul2 sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku di Inderaloka. Rahasya mengeluh, nampaknya dia perlu tunjukkan identiti sebenarnya, siapakah di sebalik watak lelaki misteri itu.

***


"Indera tak keruan mencari2 puteri di dalam hutan belantara itu."

“ Tuan Indera! Tuan tak boleh ceroboh masuk! “ pengawal kediaman Rahasya mengejar laju Indera. Indera datang tergesa2 sambil mukanya merah menahan kemarahan yang teramat. Rahasya yang ketika itu sedang menenangkan diri dengan berendam terkejut dengan terjahan Indera. Dia menggelengkan kepalanya. Dia bangkit dan memakai pakaiannya perlahan.

“ Tuan puteri di mana sekarang? Di tempat abangmu ya???!!!” Indera bersuara keras. Rahasya meminta pengawalnya keluar dari ruangan itu. Indera sudah melampau!

“ Jika hamba tahu, tak mungkin hamba boleh tenang di sini. Jangan menuduh tanpa bukti wahai Indera.” Rahasya memandang Indera tajam. Indera ketawa mengekek2.

“ Kau selalu memperbodohkan orang lain dengan sikapmu yang santai. Kehilangan puteri bukan perkara kecil tuan laksamana!” Indera mencekak leher Rahasya keras. Dia benar2 sudah hilang akal.

Rahasya bergelut, ahhh lari saja! Rahasya sekelip mata hilang dan muncul di taman bunga istana. Dia terbatuk2. Kurang ajar kau Indera!

Indera terkejut kerana tiba2 sekelip mata kelibat tuan laksamananya hilang bagaikan angin lalu.

Arrghhh, main tipu lagi kau Rahasya! Indera berang. Indera bergegas keluar dari teratak Rahasya. Keluarnya dengan dengusan yang kedengaran keras oleh penghuni teratak dan menakutkan mereka. Tak pernah mereka melihat Tuan Indera sebegini rupa. Selalunya Indera dikenali sebagai tuan yang sangat tenang dan rasional malah kerap tersenyum. Penghuni teratak mengeluh kesemuanya, mereka dapat merasakan bahang kemarahan Tuan Indera semakin hari semakin meledak. Kehilangan puteri benar2 merosakkan keharmonian Istana Cermin.


"Dalam masa yang sama dia sedang cuba menyelesaikan teka teki tentang perkaitan antara dendam Sang Dewi, bunga larangan dan juga rahsia Raja Cermin. Apakah kisah disebalik semuanya?"

***

Indera baru balik dari mengamuk di teratak Rahasya tadi. Mukanya merah menahan marah. Mimpinya malam tadi benar2 menganggu emosinya seharian ini. Di dalam mimpinya malam tadi puteri menangis2 seperti hilang arah. Bila dia mahu mendekati, puteri menghilang. Muncul lagi di tempat lain, dan menghilang lagi. Indera tak keruan mencari2 puteri di dalam hutan belantara itu. Gerak hatinya seakan2 puteri berada di dalam kesusahan. Dimana dikau wahai adinda? Indera mengeluh teringatkan mimpi sedih itu. 

Cincin batu puteri pula sudah lama tidak berkelip. Dia semakin buntu. Ada juga dia terfikirkan untuk memberitahu ayahandanya Raja Cermin berkenaan rahsia Rahasya, dan siapa dia sebenarnya. Tetapi, jika dia persembahkan perkara itu kehadapan ayahandanya tanpa bukti yang kukuh, pastilah dia terkena murka. Murka ayahandanya itu bukan sebarang, dia pernah trauma satu ketika dahulu. Ketika dia mengadu tentang sesuatu, dan ternyata perkara itu salah, lama ayahnya itu tidak mahu menerima kunjungannya. bertahun2 dia menahan seksa dipulaukan!  Seolah2 dimusuhi pun ada.


"Entah kenapalah dia selalu merasakan bahawa wujud satu kebencian di dalam hati ayahandanya itu ketika melihat wajahnya. Apa salah dirinya? Indera kecewa dengan nasibnya. "

Lama untuknya mengambil hati ayahandanya itu,bertahun2, itupun dengan bantuan puteri, barulah dia berjaya meraih kemaafan. Jiwanya merana semenjak kecil, terasa tidak cukup kasih sayang dari keluarga sendiri. Ada seperti tiada. Jika tiada pun, tidak dicari. Entah kenapalah dia selalu merasakan bahawa wujud satu kebencian di dalam hati ayahandanya itu ketika melihat wajahnya. Apa salah dirinya? Indera kecewa dengan nasibnya. 

Dia sedar, dia cuma anak angkat ayahandanya itu, tapi…Indera mengeluh lagi. Jangan cakap mengadu, malah menerima pendapatnya sekalipun, hampir sifar peluang! Inilah salah satu sebab utama mengapa dia begitu geram dengan Rahasya. Apa sahaja diutarakan laksamana gila itu, diterima bulat2 oleh ayahandanya walaupun itu dikira cadangan luar akal! Seperti saja laksamana gila itulah yang sebenarnya sedang berkuasa di Inderaloka ini. Ayahandanya kelihatan bagai lembu dicucuk hidung saja. 

Arghhh, Indera mengenggam tangannya kemas. Jika laksamana di depan matanya sekarang, mahu sahaja ditumbuknya! Tiba2 muncul idea gila dia untuk meminta bantuan Nenda Melor. Pasti Nenda Melor boleh membantunya! Nenek tua itu boleh tahan cerdiknya! Indera tersengih yakin. Dia terus berlari menuju ke tempat nenek itu untuk menyatakan hasrat mahu berkomplot bersama demi menumbangkan Rahasya. Ketika perjalanan, Indera terserempak dengan Nilam Mawar. Nilam Mawar kelihatan mengigil2 sedang kelam kabut mahu melarikan diri. 

Bersambung…


Pasti Nenda Melor boleh membantunya! Nenek tua itu boleh tahan cerdiknya! 


Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...