Monday, September 18, 2023

Cermin 53: Makin dalam kau mendalami, makin tiada kau ketahui...


“ Hamba tiada daya mahu bertelagah. Keluarkan hamba dari sini. “

Rahasya masih lagi terbaring. Matahari semakin memancar, dia terasa dahaga sekali. Dia memandang sekeliling jika ternampak sesiapa. Tiba2 dia terlihat fatamorgana air, dia merangkak dan terus merangkak kesitu. Setibanya dia disitu, dia mengeluh berat, rupanya ia hanya bayangannya sahaja. Dimana aku ini? Bisik hatinya.

“ Bahagia? “ keluar satu suara dari atas. Suara Cumi! Rahasya yakin! Dia geram.

“ Apa maksudmu wahai pari2 nakal?” ujar Rahasya berang.

“ Kau tahu seperkara? Berkhayal dan terus berkhayal adalah racun buat jiwa?” Cumi ketawa mengekek.

“ Dimana abangku Haqq?” Rahasya risau.

“ Dia ada disatu lembah yang lain. Ujiannya juga berbeza denganmu. Tiada apa yang kau perlu risaukan. Lebih baik kau risaukan diri sendiri. Hahahah. “ Cumi ketawa kuat. Terhibur sungguh dia nampaknya.


"Cumi yang melihat, tahu Rahasya cuba masuk ke dunia mimpi pula. Dia tersenyum lagi."

“ Hamba tiada daya mahu bertelagah. Keluarkan hamba dari sini. “ Rahasya sudah tidak larat. Kehausan begini benar2 memakan tenaga mudanya. Tiba2 suasana berubah. Salji turun dengan lebat mematikan semua kepanasan tadi. Rahasya kesejukan pula. Lama begitu sehingga dia sudahpun hampir membeku. Kegilaan apakah ini? Dia terasa menyesal. Dia hampir mengalah. Lama dia terbaring sehinggalah muncul satu makhluk berbulu tebal bagaikan raksasa mahu memakan dirinya. Aduhhh. Rahasya geram. Dia bangkit juga walaupun payah, tidak mungkin semudah itu dia jadi makanan. Penat dia berlari, dia menoleh kebelakang mahu melawan dengan daya yang ada. Makhluk itu terus menerkamnya ganas. Rahasya bergelut tapi gagal. Ketika sahaja makhluk itu mahu memasukkan dirinya ke dalam mulut, makhluk itu hilang. Rahasya terduduk lega. Dia memegang dahi kepalanya terasa berdenyut sekali. Sudahlah haus,ditimpa cuaca sejuk sekerlipan mata diterjah raksasa ganas pula. Dia terasa amat penat.


"Matanya juga sakit. Sangat perit. Gelap sudahkah hari ini? Rahasya berkata2 di dalam hatinya."

Tiba2 sahaja dunia terasa gelap. Hanya bunyi air dan unggas yang kedengaran. Matanya juga sakit. Sangat perit. Gelap sudahkah hari ini? Rahasya berkata2 di dalam hatinya. Tidak sekali dia sedar, mata keduanya telahpun buta. Dia berjalan di dalam hutan itu sambil meraba2 jika2 ternampak cahaya. Tiada. Kosong dan masih gelap. Rahasya pelik. Matanya yang sakit tadi cuba dipegang. Dia kaget. Dia baru tersedar bahawasanya dia telahpun kehilangan penglihatan. Dia menjerit sekuat hatinya. Gagal menerima kenyataan. Adakah ini reality atau ilusi dirinya semata? Rahasya sudah penat meraung. Dia terduduk dan menangis semaunya.

“ Cumi!!!!!!!” Rahasya cuba memanggil pari2 gila itu. Peliknya tiada suaranya yang terkeluar. Tiada bunyi kedengaran di telinganya. Rahasya menggelabah sambil meraba2 dalam gelapnya pandangan. Tak mungkin! Aku bisu juga kah? Rahasya menangis lagi dan kali ini tangisannya lebih sayup.

“ Kau tahu wahai bitara? Kau hanya akan tahu nilai sesuatu nikmat ketika ianya hilang? “ Cumi tergelak2. Gembira sungguh dia mengenakan kedua mereka. Rahasya terduduk dan menangis perlahan. Dia juga tahu kuasanya tiada maknanya di sini. Ternyata, mereka telah dikenakan oleh pari2 sewel ini. Sudahlah penglihatannya hilang, suaranya juga tiada. Hampir sahaja dia mati kutu di situ. Tiba2 muncul ideanya untuk bermeditasi dan mencari abangnya Haqq di dunia spiritual.


"Rahasya yang tiada tahu apa yang sedang terjadi, cuba lagi menembus hijab spiritual dan berhubung dengan abangnya Haqq."

Rahasya menutup matanya dan cuba bertenang. Cumi yang melihat mula menggelabah dan cuba membina dinding spiritual disekeliling Rahasya supaya dia gagal keluar dari percubaan ini. Dia berjaya. Cumi terkekek ketawa lagi. Ingat semudah ini? Bisik hatinya. Selagi dia belum puas hati, dia akan terus mengenakan bitara Rahasya lagi.

Rahasya yang tiada tahu apa yang sedang terjadi, cuba lagi menembus hijab spiritual dan berhubung dengan abangnya Haqq. Gagal. Dia terbatuk2 keletihan. Darah memancut2 keluar dari mulutnya. Dia pengsan. Tenaganya sudah kehabisan. Cumi yang melihat, tahu Rahasya cuba masuk ke dunia mimpi pula. Dia tersenyum lagi. Apa kau ingat semudah itu kau boleh keluar dari sini? Cumi tersenyum geram. Dia masuk ke dunia mimpi Rahasya pula.

Di dalam tidurnya. Dia bermimpi.

Dia muncul di satu hutan yang sangat gelap. Cuma cahaya bulan yang menyinari. Rahasya terduduk disatu pokok puas. Ehem! Dia cuba bersuara pula. Berjaya! Dia tergelak. Melompat dari satu dunia ke dunia yang lain adalah kepakarannya. Mana boleh Cumi gila itu mahu memperdayakannya? Rahasya ketawa kecil. Dia teruskan berjalan mahu mencari punca air dan tempat berehat. Kabus yang menyelubungi makin lama makin menebal sehingga menyukarkan pandangan. Dia geram. Ada lagi kah pari2 itu di sini? Tiba2 dia terdengar suara perempuan mengilai2. Cumi! Itu suara dia! Kali ini Rahasya bertekad untuk melawan. Jika tanpa kuasa sekalipun, dia akan bermain dengan fizikal. Dia sentiasa bersedia. 

"Kuat juga spiritual bitara yang satu ini. "

Nampaknya pertarungan akan jadi lebih sukar kerana dia gagal melihat apapun di dalam kabus tebal begini. Bijak sungguh pari2 tak guna ini! Bisik hati Rahasya. Ketika itu jualah dia diserang bertubi2 dari pelbagai arah. Dia menggunakan kekuatan hatinya untuk mengagak dari mana datangnya serangan itu. Dia hampir berjaya! Tetapi baru sahaja dia mahu menangkapnya, pari2 itu hilang entah kemana. Begitulah setiap kalinya. Rahasya berang dipermainkan begitu. Tidak boleh jadi begini. Rahasya berfikir cerdas. Dia terus duduk bertafakur cuba bertenang. Dia tahu, di dalam ketidakpastian begini, ketenangan adalah kunci. Selagi dia kelam kabut dan menggelabah, segalanya akan lebih kabur dan tiada kepastian. Dia menarik nafas dan memulakan tafakurnya. Cumi yang melihat datang bagaikan angin berbisik2 di telinganya. Rahasya sedar perkara itu, tetapi dia mengabaikan bisikan itu. Dia tahu kini dia sedang diuji. Dia harus kekalkan fokus supaya dia dapat keluar dari dunia ciptaan pari2 gila ini.

Cumi yang melihat buih itu mengeluh perlahan. Kuat juga spiritual bitara yang satu ini. Bisik hatinya. Dia tahu ketenangan bitara itu mengalahkan godaan dan kuasa dirinya. Cumi berfikir lagi. dia melihat jasad Haqq yang sedang terbaring pulas itu. Baik, aku akan tamatkan di sini. Wahai bitara Rahasya, kau menang. Ketenanganmu sukar aku tembusi. Tapi sama seperti abangmu,aku akan menyumpahmu dengan sumpahan halus.


"Ilmu kenal diri yang kau cuba ketahui akan menjadi madu dan racun buatmu."

“ Dikau kusumpah hidup dalam ketidakpastian, kekeliruan dan kebingungan. Apa sahaja kau cuba lakukan akan susah mendatangkan hasil. Malah kau sentiasa diselubungi keputus asaan dan sifat lemah yang tiada hentinya. Ilmu kenal diri yang kau cuba ketahui akan menjadi madu dan racun buatmu. Makin dalam kau mendalami, makin tiada kau ketahui. Makin tiada kau ketahui, makin resah engkau jadinya. Resah gelisah akan menjadi sahabat jiwamu sentiasa. “ Cumi tersenyum puas. Dia menyambung.

“ Kau akan kekal di dalam sumpahan ini sehinggalah kau tersedar tentang kuasa dirimu sendiri. Selagi itu, rasakanlah sengsaranya hidup dalam kabus jiwa yang tebal. Hahaha. “ Cumi menyentuh buih itu dan ianya meletup. Jasad Rahasya pengsan.

Bersambung...


“ Kau akan kekal di dalam sumpahan ini sehinggalah kau tersedar tentang kuasa dirimu sendiri. "


Saturday, September 16, 2023

Cermin 52: Cumi tersenyum menyatakan sumpahan nakal itu.

"Buih itu pecah. Cumi melompat2 keseronokan."

Cumi duduk bersandar sambil tersenyum2 ditepi kelopak bunga kristal itu. Menggerak2kan jari telunjuknya kearah buih dihadapannya itu. Kesedaran Haqq dan Rahasya sudahpun berada di dalam buih mereka masing2 sedang jasad mereka terbujur kaku disitu.

Buih pertama (Haqq).

Haqq memandang sekeliling, dunia serba gelap itu menarik perhatiannya. Tiada apa2 disitu, cuma dirinya dan juga latar belakang hitam. Tempat apa ini? Tiba2 dia melihat satu titik putih disitu. Dia menyentuhnya dan zuppp serta merta dia terawang2an dan beralun seperti gelombang. Tekanan daripada gerakan itu menyebabkannya terasa mahu muntah dan pitam. Muncul satu cahaya dari atas dan terdengar suara ketawa daripada cahaya itu. Suara Cumi! Bisik Haqq.


"Rasakan keseronokannya wahai bitara."

“Keluarkan aku!” bentak Haqq. Cumi masih lagi ketawa.

“ Bukankah ini yang kau mahu wahai bitara?” Cumi sinis.

“ Maksudmu?” Haqq bingung.

“ Kau mahu tahu tentang ilmu pecahan diri kan? Itu bermakna dirimu perlu dipecahkan terlebih dahulu, kau wajib merasakan derita perpisahan demi perpisahan. Itu undang2nya. Tiada apa yang percuma wahai bitara, semua benda ada harganya yang perlu dibayar. “ Cumi tergelak.

Haqq yang berang cuba melawan. Malang sekali dia tiada daya. Di tempat ini, kuasanya seperti tersekat. Haqq mengeluh.

“ Tiada guna kau melawan, kau cuma perlu merasakan derita siri perpisahan ini dengan penuh tenang. Kalau kau melawan, kau sendiri penat. Haha” Cumi terhibur. Cumi sambung lagi bicara. Kini Haqq merasakan dirinya panas seperti terbakar dan dirinya tercarik2 ke sana sini.

“ Rasakan keseronokannya wahai bitara. Perpisahan demi perpisahan yang memecahkan jiwamu menjadi berkeping2. Kekecewaan dan keputus asaan yang mematikan masa dan menghidupkan setiap jiwa2mu. Kau akan terpecah, terpecah…sehinggalah kau sudah tidak percaya apapun. Segala kepercayaan kau hancur berkecai bagaikan gelas yang pecah..kau keliru. Tenang wahai bitara, ini baru permulaan…hahaha “ Cumi menggigit bibirnya seronok mempermainkan Haqq disitu yang sedang meraung kesakitan bagaikan dibakar api neraka.


"Kau akan terpecah, terpecah…sehinggalah kau sudah tidak percaya apapun. Segala kepercayaan kau hancur berkecai bagaikan gelas yang pecah..kau keliru."

Seterusnya Cumi meniupkan sesuatu di telinga Haqq. Haqq jatuh ke lantai. Dirinya naik semula dan turun lagi seperti dihempas2. Kali ini Haqq sangat sakit sehingga tiada lagi jeritan kedengaran,suasana sunyi itu gagal mendengar jeritan batinnya. Hanyalah tangisan Haqq mengalir laju. Tiba2 satu batu besar menghempap dirinya. Haqq terbaring lemah, jasadnya yang pecah berkecai tercantum semula. Ia berlaku berkali2. Sehinggalah dia sudah tidak mampu melawan walaupun di dalam hati.

Dia merangkak lemah. Dalam sedar dia merangkak sehingga tiba ke satu tebing tinggi, dia pun jatuh. Terhuyung hayang melawan kuatnya angin sehingga masuk ke dalam sungai yang sangat dalam dan gelap. Dia berenang2 seolah2 tiada tepinya. Dia sangat penat sampailah dia berhenti berenang,dia terapung sendiri. Dia mengeluh perlahan. Cubaan apakah ini. Haqq terlalu penat melawan.



"Kalau kau melawan, kau sendiri penat. Haha” Cumi terhibur."

Dia terapung sehinggalah kelangit tinggi. Tiba2 semua burung menghampirinya dan memakan dagingnya. Haqq menjerit2 kesakitan. Setiap kali dagingnya dicarik burung ia tumbuh semula. Proses itu benar2 mematikan jiwanya. Cumi yang seronok melihat kesengsaraan itu bertepuk tangan gembira. Selepas itu dia memusingkan tangannya laju. Ini sumpahan buatmu kerana degil. Dia masuk kebilik penuh cermin. Di cermin itu adalah pecahan diri2nya. Kesemua cermin itu berkata2 sehingga memekakkan telinga Haqq.

“ Senyap!!!!” Haqq naik berang dengan suara masing2 yang bingit. Kemudian semua mereka ketawa2 mengejek dirinya. Sepanjang dia berjalan melalui bilik itu, setiap satu mereka memegang dirinya. Ada yang menyentuh rambut, bahu dan juga tangan. Haqq benar2 rimas, tapi kakinya seperti automatic bergerak sendiri melintasi bilik itu. Dipenghujung bilik panjang itu, dia terbaring lemah. Satu persatu dirinya hadir dan keluar entah darimana. Mereka bergilir2 membelasahnya. Haqq mahu melawan tapi dia tiada tenaga untuk itu.


"“ Sebagai hidangan pencuci mulut, rasakan ini. “ Cumi menjilat2 jarinya sendiri."

 Sebagai jalan keluar, dia berkhayal sendiri. Kejap dia ketawa, kejap dia menangis, kejap dia meraung. Dia hampir sudah kehilangan dirinya sendiri. Kewarasannya hilang, dia sudah tiada disitu,kesedaran lapisannya itu melayang2 terbang dan ketawa gembira.

“ Sebagai hidangan pencuci mulut, rasakan ini. “ Cumi menjilat2 jarinya sendiri. Dia mengurung Haqq di dalam satu kotak yang hanya cukup untuk dirinya duduk memeluk tubuh. Proses ini paling lama sekali, tanpa makan dan minum, tanpa ruang untuk bertenang pun. Dia tidak boleh tidur, dia dalam kelaparan dan kepenatan. Matanya terbeliak sepanjang masa,dia sedang bermimpi di dalam jaga. Di dalam mimpinya itu dia diuji dengan perpisahan tanpa henti, berpisah dengan yang tersayang, harta benda kebanggaan dan juga dunia yang menggembirakannya. Cubaan ini telah mengalahkan jiwa berontaknya itu.

“Sudah-sudahlah.” Haqq berbisik lemah. Buih itu pecah. Cumi melompat2 keseronokan. Dia bertepuk2 tangan, dia tahu Haqq sudahpun menang di dalam cubaan itu apabila dia merendahkan ego dan mengarah semuanya supaya berhenti. Arahannya itu telahpun diterima sebagai satu perintah tulus buat matriks itu ketika jiwanya berserah sepenuhnya pada Yang Maha Agung.


"Cumi tersenyum menyatakan sumpahan nakal itu."


Cumi belum habis nakalnya, dia menyumpah Haqq dengan satu sumpahan halus.

“ Disebabkan keinginanmu, kamu akan dianugerahi dengan ilmu lorong diri. Tetapi ilmu ini terlalu dalam dan terlalu merata, sehingga kau merasakan kau terlalu bijak dan pandai dalam segalanya. Kau akan hanyut di dalam fasa itu, fasa melalui lorong2 diri yang tiada berpenghujung. Akhir sekali kau akan ketahui bahawa lorong itu bukanlah infiniti melainkan ia satu bulatan yang sangat besar. Disaat kau merasa tahu segalanya, kau kembali ke asalan semula. 


"Akhir sekali kau akan ketahui bahawa lorong itu bukanlah infiniti melainkan ia satu bulatan yang sangat besar."

Kau akan teruskan berpusing di dalam lorong donat ini dan merasa seronok dan bebalnya kesemua permainan ini. Setiap kali sifar bertemu satu, kau akan melalui siri2 nombor yang sangat panjang sehingga kau ketemu sifar semula bercampur satu yang bertambah2 bilangannya. Begitulah seterusnya sehingga jiwamu tidak temui kerehatan melainkan penat belaka. Ketidaktahuan dan pengetahuan akan kau rasakan sama sahaja, tiada kemanisan dalam keduanya. Setiap kali kau merasa tahu, benarnya kau tidak tahu dan setiap kali kau merasa tidak tahu, benarnya kau tahu. Kau akan keliru dengan jalanmu sendiri walaupun kau terlalu yakin dengannya. Dan ini adalah hukuman yang setimpal bagi sang bitara yang degil dan penuh rasa ingin tahu. “ Cumi tersenyum menyatakan sumpahan nakal itu.

Sebaik saja Haqq tersedar dari ilusi buih itu, dia terus pengsan.


"Kau akan keliru dengan jalanmu sendiri walaupun kau terlalu yakin dengannya. "


Dalam masa yang sama adiknya, Rahasya…

Buih kedua (Rahasya)

Rahasya berada di satu tanah gersang. Tiada sesiapa disitu. Kerana panasnya terik Mentari dia berasa sangat haus. Bagaikan telah berjalan sejauh apa, dia terbaring lesu. Ketika dia mendengar dirinya dipanggil, dia mengangkat kepala memandang. Tiada sesiapa. Dimana abang Haqq??? Rahasya bingung.

Bersambung…


"Ketidaktahuan dan pengetahuan akan kau rasakan sama sahaja, tiada kemanisan dalam keduanya."

Monday, August 21, 2023

Cermin 51: Betara Haqq dan Betara Rahasya. Selamat kembara, wahai dua budak nakal.



"Bunga perlukan cahaya, benar kan?"

"Dia tahu sesuatu yang menarik bakal berlaku. "

Di kamar rahsia Sang Petapa.

“ Abang Haqq, bolehka ni?” Rahasya ketakutan. Haqq menjeling.

“ Takda benda dapat kau capai, jika kau asyik takut2 sahaja. Jangan risau,abang ada. “ Haqq membalas keresahan adiknya itu. Rahasya memandang keliling risau diketahui guru mereka. Haqq berjalan dengan yakin, tidak mungkin kitab tua itu menipu, pasti gurunya itu menyimpan artifak rahsia itu di sini.

Tiba2 Rahasya terlanggar sesuatu. Bilik gelap itu bercahaya terang. Haqq menepuk adiknya.

“ Janganlah buat onar, aduh kau ni dik. “ Haqq geram. Rahasya tersengih. Cahaya itu memancar2 menyilaukan mata mereka berdua. Haqq kerut dahi memandang suasana sekeliling kerana bilik gelap itu berubah menjadi sebuah taman bunga yang sangat pelik. Taman ini tiada warna! Jernih kesemuanya. Mereka berdua kebingungan tidak tahu mahu berbuat apa.

“ Habislah kita Abang Haqq, kita dah masuk alam lain agaknya ni. Kalau guru dapat tahu, mati kita bang. “ Rahasya mengeluh.

“Kau ni jangan cakap benda mengarut boleh? Ini mesti sebab kau terpijak entah benda apa tadi.” Haqq memandang adiknya geram. Tiba giliran Rahasya pula naik angin asyik dipersalahkan.

“ Kalau Abang Haqq tak curi baca kitab tua tu, mesti kita takda kat sini, tahu?” Rahasya membulatkan matanya sakit hati. Haqq ketawa mengekek.

“ Kau ni kelakarla dik. Yang kau menyibuk2 nak tahu juga isi kitab tu ada abang paksa ke?” Haqq sinis. Mereka berdua ini memang teman subahat yang suka bertekak. Akan tetapi mereka mesra. Pergaduhan mereka masih di dalam kasih sayang.


" Rahasya yang malas bertingkah, mengingatkan abangnya itu tentang asal mereka."

“ Dah2, takda masa bergaduh lagi, kita kena kembali ke bilik gelap tadi, cepat usahakan cara. Bukan setakat guru je dapat tahu nanti, Abang Pahwana pun nanti mesti cekik kita berdua! Ini satu kesalahan, bang! Ingat tu. “ Rahasya yang malas bertingkah, mengingatkan abangnya itu tentang asal mereka. Mendengar nama Pahwana sudah cukup buat Haqq panas.

“ Ahhh kau jangan sebut pasal Pahwana. Geli telinga abang ni dengar. Kaki bodek guru begitu, kau nak agungkan sangat ke???” Haqq menjeling menyampah.

“ Abang Pahwana bukan kaki bodekla bang, dia cuma anak murid yang taat, bukan macam kita ni, aduhhh bang, cepat bang. Ra risau ni, kita kena balik, mati kita kalau kena denda nanti! “ Rahasya mengingatkan sekali lagi akibat tindakan rahsia mereka ini.

“Syhhh,jangan membebel la dik. Jangan lurus sangat boleh tak?! Jap…jap… kau nampak tak kat sana tu?” Haqq berjalan laju menuju sesuatu di atas batu besar. Rahasya mengejar laju abangnya itu. Dia masih lagi runsing. Tapi terlihatkan artifak rahsia itu, dia terus jadi lupa keinginan untuk pulang tadi.

Kini, mereka berdua di hadapan artifak usang itu. Rupa artifak itu seperti bunga kristal berwarna jernih. Mereka berpandangan sesama sendiri. Baru sahaja Haqq mahu menyentuh bunga itu, tangannya kaku. Dia cuba lagi, tapi tangannya masih kaku. Rahasya yang pelik dengan apa terjadi mula menyentuh juga. Kali ini berjaya. Rahasya mampu menyentuh bunga itu. Akan tetapi, setiap kali dia tersentuh, badannya seperti terkena renjatan eletrik. Berkali2 dicubanya, begitu juga jadinya. Mereka berdua mengerutkan dahi keliru.

“ Abang pastikah ini artifaknya?” Rahasya memandang abangnya mahu penjelasan.

“ Ya, ini dia. Abang pasti, tapi…abang pelikla, mesti ada cara untuk kita aktifkan bunga kristal ini. “ Haqq cuba mengingat2 apa yang dibacanya malam tadi. Rahasya cuba berfikir. Tiba2 dia teringat sesuatu.

“ Maksud abang kita kena aktifkan bunga ni? Bunga perlukan cahaya, benar kan? “ Rahasya cuba menguraikan teka-teki itu. Haqq tersenyum senget. Ya, bijak juga adiknya ini.


"Dia tahu pandangan mata jahat abangnya itu, pasti ada sahaja idea nakal bakal terkeluar sekejap lagi."

Mereka berdua mengalirkan cahaya spiritual mereka dengan harapan bunga itu berjaya diaktifkan. Tiba2 bunga kristal itu terapung2 dan menyilaukan cahaya warna warni terang benderang. Tenaganya yang kuat telah menolak mereka berdua terjatuh ditepi. Bunga itu berjaya diaktifkan! Mereka berdua tersenyum bangga. Untuk seketika cahaya dari bunga kristal itu perlahan2 malap. Bunga itu mengembang dan seekor pari2 berkepak yang sedang enak tidur di dalam kuntuman bunga itu terjaga. Pari2 itu mengelipkan matanya beberapa kali, terkejut agaknya. Haqq memandang adiknya. Ra tersengih. Dia tahu pandangan mata jahat abangnya itu, pasti ada sahaja idea nakal bakal terkeluar sekejap lagi.

“ Wahai sang pari2, perkenalkan dirimu. “ Seru Haqq serius. Rahasya disebelah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“ Nama hamba Cumi. Hamba adalah semangat yang mendiami bunga kristal ini. Mengapa tuan hamba berdua kejutkan hamba bangun dari tidur?” Cumi, sang pari2 bunga. Satu semangat yang menyimpan rahsia ilmu magis purba.


""Cumi tersenyum. Matanya bersinar jahat. "

“ Hmm, Cumi, tuan hamba tahukah tentang ilmu magis purba? Boleh ajarkan kami berdua?” Haqq terus ke tajuk utama. Dia sedar, masa semakin suntuk, mereka berdua harus pulang.

“ Ohh, ada banyak di dalam galeri patik. Ilmu yang mana satu tu? “ ujar Cumi santun. Haqq tersengih.

“ Tempohari hamba ada baca di kitab tua berkenaan ilmu pecahan diri, boleh Cumi bukakan rahsia itu untuk kami? “ mata Haqq bersinar2. Rahasya memukul lembut tangan abangnya Haqq. Haqq menolak adiknya perlahan sambil mengenyit2 matanya. Rahasya tahu niat nakal abangnya itu. Dengan ilmu pecahan diri itu, pastilah nanti mereka dapat menyelinap kemana2 ketika didenda guru, malah apa sahaja projek2 nakal mereka pasti terlindungi.

Betara Haqq dan Betara Rahasya. Mereka berdua adalah anak murid yang kerap didenda kerana sering ponteng kelas dan berbuat nakal apa sahaja. Pahwana sahaja sudah penat menasihati, apatah lagi adik beradik seperguruan mereka yang lain.

“Boleh, tapi setiap ilmu punya pantangnya tersendiri. Sanggupkah tuan hamba sekalian menanggung risikonya? “ soal Cumi mengingatkan akibatnya. Haqq tanpa berfikir panjang terus mengangguk. Rahasya geleng kepala melihat kerenah abangnya itu. Walaupun dia juga sama nakal seperti Haqq, tapi dia lebih berfikir jauh dan mendalam.

“ Cumi terangkan dulu berkenaan ilmu itu dan akibatnya, nanti kami akan fikirkan. “ Rahasya berdiplomasi sopan. Haqq menepuk bahu adiknya itu geram. Dia berbisik sesuatu.

“ Kau diam je dik, biar abang uruskan Si Cumi ni. “ bisik Haqq. Rahasya senyum menyampah. Setiap kali abangnya uruskan sesuatu pasti kesannya bencana. Rahasya sangat tahu tentang itu. Bukan sehari dua dia kenal abangnya ini.

“ Begini bang, kita dengar dulu Cumi terangkan tentang ilmu tu, nanti kita cuba uruskan akibatnya, tapi ingat bang, kalau jauh dari kuasa kita, kita kena tolak. Payah nanti nak uruskan bang. “ Rahasya masih lagi rasional. Haqq menjeling malas. Dia mengangguk benci. Walaupun adiknya ini lurus, tapi otaknya boleh tahan bijak, jarang sekali dia mendengar nasihat orang lain, tapi kali ini, nasihat adiknya bernas dan berpihak tepat kepada mereka.

“ Baiklah Cumi, terangkan tentang ilmu itu dan kesannya, kami bersedia. “ Haqq yakin. Rahasya berkerut dahi cuba berjaga2 untuk sebarang jenis kemungkinan.

“ Hulurkan tangan kamu berdua. “ arah Cumi. Dia menyentuh tapak tangan keduanya untuk mengalirkan maklumat dalam bentuk aliran eletrik. Dalam masa sekejap mereka berdua meneroka alam dinamis eletrika. Cumi tersenyum2. Dia tahu sesuatu yang menarik bakal berlaku. 

" Selamat kembara, wahai dua budak nakal. " Cumi tersenyum. Matanya bersinar jahat. 

Bersambung…


Monday, July 10, 2023

Cermin 50: Cahaya! Ini abang Indera! Cahaya bangun!

"Puteri semakin hilang hanyut dibawa angin lalu."

Indera yang pelik melihat Nilam Mawar berlari ketakutan, teruskan berjalan sambil fikirannya ligat berteka teki. Mengapa agaknya Nilam Mawar begitu? Ahhh biarlah, itu urusan dia, tiada kaitan denganku, bisik hati kecilnya. Ketika hampir sampai ke tempat yang dituju, Indera terdengar suara seorang perempuan menahan kesakitan. Indera cuba mendengar suara itu dengan tekun. Cahaya! Itu suara Cahaya! Indera terus berlari mencari dari mana datangnya suara itu. Dia melalui satu bilik yang pelik, yang penuh dengan cermin. Bilik apa ini? Rupanya suara itu datang dari satu cermin di situ. Indera berdiri di hadapan cermin itu sambil mengerut dahi. Dia terdetik untuk menyentuh cermin pelik itu yang kelihatan beralun2. Rupanya Indera telahpun termasuk ke dimensi cermin, yang mana ia mampu mengembara interdimensi.


"Indera terus berlari mencari dari mana datangnya suara itu."

***

Dunia Moden.

Indera kaku memandang sekeliling. Dia kini di dalam sebuah tempat yang sunyi. Sejuk. Malah tempat ini penuh cahaya lampu terang yang memelikkannya. Kelihatan pula seorang perempuan sedang berjalan laju memakai pakaian seakan seragam putih. Indera hampir terlupa tentang suara perempuan tadi. Dia lantas mencari2 dari mana datangnya suara tadi. Dia kini berdiri di depan sebuah bilik, dia masuk kemudian ternampak seorang perempuan terbaring keletihan. Darah penuh mengalir di tepi katilnya. Indera kaget dan mendekat. Cahaya!

“ Cahaya! Ini abang Indera! Cahaya bangun! Ya ampun, bagaimana boleh begini??! “ Indera kelam kabut mengangkat Cahaya dan dia perlu mencari portal tadi untuk kembali ke Inderaloka semula, dia yakin ini bukan dunianya. Ini dunia lain yang wujud di dalam cermin tadi. Dia berjalan laju membawa Cahaya, dan terus masuk ke portal tadi. Berjaya!

Kini mereka telahpun berada di Inderaloka. Dalam masa yang sama.

***

“Arghhhh…” Haqq kaget melihat puteri mengerang kesakitan begitu. Seakan diri dalamnya tertarik2. Jasad puteri seakan2 sedang hanyut menghilang. Haqq mencuba seluruh kuasanya untuk menyelamatkan puteri. Apa yang sedang terjadi ni???! Haqq menjerit keras. Haqq berdiri dan cuba menyalurkan cahaya dirinya kepada puteri. Gagal. Puteri semakin hilang hanyut dibawa angin lalu. Haqq memangku puteri dan membaca mantera, serta merta mereka kini berada di satu dunia putih. Haqq bermeditasi sebentar dan menyeru adiknya Rahasya mahu meminta bantuan. Tak pernah dia alami begini! Ahhh, malu letak tepi dulu, puteri harus diselamatkan dari hilang lenyap begini! Haqq rasional.

***

Rahasya yang sedang duduk termenung di tepi tasik tiba2 tersentak. Dia terdengar suara seruan abangnya dari dunia sana. Rahasya duduk bersila dan bermeditasi mahu kesana. Pasti ada sesuatu! Bisik hati Rahasya.

***


"Ketika itu juga, Rahasya sempat memecahkan dirinya, dan cuba menyelidiki apa sebenarnya yang sedang berlaku."

Di dunia serba putih tempat kegemaran Rahasya duduk berteleku meditasi. Kelihatan Haqq sedang duduk bersila di hadapan puteri dan cuba menyalurkan seluruh tenaga dan kuasanya kearah puteri. Rahasya yang baru sahaja tiba disitu terkejut besar.

“ Kenapa dengan puteri,abang Haqq??! “ Rahasya hampir menjerit. Haqq yang berpeluh2 sedang berusaha keras menjawab serius.

“ Berhenti bertanya! Bantu abang selamatkan puteri, cepat Ra!!!” Bentak Haqq keras.

Rahasya bingkas duduk dan membantu abangnya Haqq. Kedua mereka berusaha sedaya upaya berkongsi tenaga cahaya untuk memulihkan spiritual puteri. Ketika itu juga, Rahasya sempat memecahkan dirinya, dan cuba menyelidiki apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dia berada di dua dunia serentak, di dunia satu lagi…

***

Rahasya sampai ke dunia moden sebelum peristiwa tadi berlaku. Sebagai diri pecahan, dia tidak boleh masuk campur urusan semasa, dia sedar tentang itu. Maka, dia cuma melihat dari jauh. Kelihatan seorang perempuan berpakaian seragam putih datang senyap2 ke bilik Nur. Perempuan itu takut2 mendekati Nur dan mengeluarkan sesuatu dari koceknya. Satu sikat berwarna emas. Tiba2 muncul seorang perempuan dari dalam cermin sebelah katil itu, Nilam Mawar! Rahasya berang. Terbeliak matanya melihat keadaan itu. Nilam Mawar kelihatan tersengih2 menghasut perempuan tadi.

“ Mimi…lakukan…selepas kau lakukan tugas terakhirmu ini, kau pasti dapat bertemu ibumu semula…aku janji…” Mimi yang mendengar itu hilang warasnya, dia mengeluarkan sikat emas pemberian Nilam Mawar tempohari, lantas menikam puteri. Nilam Mawar membantunya dengan membacakan mantera supaya sikat itu lebih dalam bisanya. Setelah tikaman itu, Mimi terduduk. Nilam Mawar tiba2 berubah ekspresi wajahnya. Daripada ketawa mengilai, dia tiba2 ketakutan bila melihat banyak darah keluar dari badan Nur. Dia telan air liur. Tiba2 dia terbayang Nenda Melor, bagaimana jika gurunya itu tahu berkenaan ini? Dia kaget. Dia terus masuk ke dalam cermin mahu melarikan diri.

“ Mawar! Mawar! Datang sini semula! Mana janjimu???! “ Mimi mengetuk2 cermin. Dia terasa sudah ditipu oleh penjaganya itu. Mimi duduk di tepi katil dan mengigil2 ketakutan. Dia mencampak sikat emas tadi dan menarik2 rambutnya sendiri. Dia celaru mahu berbuat apa. Dek kerana ketakutan risau diketahui rakan2 sekerjanya, dia mengambil semula sikat emas tadi dan berjalan keluar dari bilik itu. Dia terus ke bilik persalinan untuk menukar uniformnya yang dipenuhi darah.

***


" Kau tahu ini sesuatu yang bahaya kan?! "

Rahasya bersatu semula dengan dirinya. Matanya terbuka luas. Kemarahan menguasai dirinya. Dia sedar kini diri puteri di dunia moden itu sedang bergelut dengan kematian. Makanya, diri pecahannya yang berada di hadapan mereka juga boleh hilang. Dia memandang abangnya Haqq dan mengeluh berat.

“ Abang Haqq, kita kena cari jasad puteri yang satu lagi. Jika tidak, puteri akan terus lenyap. “ Rahasya cuba menerangkan keadaan yang berlaku.

“ Jasad lagi satu? “ Haqq keliru.

“ Ya…adinda menyeru diri puteri untuk pulang, tapi tidak keseluruhannya. Maka dirinya terpecah dua, dan kini kita perlu menyatukan kedua jasad ini supaya puteri dapat terus hidup. “ Jelas Rahasya kesedihan.

“ Kau tahu ini sesuatu yang bahaya kan?! Mengapa baru kini kau ceritakan pada abang? Ilmu pecahan diri tidak boleh kau lakukan sesuka hati! Kau sendiri sedar akibatnya! “ Haqq pula naik berang mendengar penjelasan adiknya. Ilmu pecahan diri, satu ilmu magis purba yang selalu digunakan untuk berada di banyak tempat dalam satu masa. Akan tetapi, ilmu ini jika disalahguna, menjurus kepada maut. Terutama apabila diri salah satunya dalam bahaya dan diri2 tersebut tidak sempat menyatu semula. Maka, kesemuanya akan mati. Oleh kerana itulah ilmu ini dikira sebagai ilmu larangan. Ilmu ini mereka berdua dapati ketika senyap2 masuk ke ruang kamar rahsia milik guru mereka Sang Pertapa.

Bersambung...

 


" Ya…adinda menyeru diri puteri untuk pulang, tapi tidak keseluruhannya. Maka dirinya terpecah dua.."

Saturday, July 8, 2023

Cermin 49: “ Abang Haqq sedarkan puteri hanya sementara bersama abang??? “


"Tiba2 dia terfikir untuk menyeru puteri kealam mimpi."

Segala kenangan pengembaraan mencari bunga larangan tempohari membuatkan Rahasya sayu. Dia masih di sini menghadap tekanan daripada pihak Indera. Dalam masa yang sama dia sedang cuba menyelesaikan teka teki tentang perkaitan antara dendam Sang Dewi, bunga larangan dan juga rahsia Raja Cermin. Apakah kisah disebalik semuanya? Keliru dengan tanda2 yang ada, dia cuba untuk bermeditasi lagi. Apa khabar puteri di dalam jagaan Haqq agaknya?

Di dalam meditasinya…

Di satu ruang kosong yang putih. Rahasya kelihatan sedang duduk bersila dan berzikir perlahan. Berusaha mencapai ketenangan dengan mengingati Yang Maha Abadi. Tiba2 bahunya ditepuk lembut.

“ Apa khabar adik abang?” Haqq berhembus perlahan serta merta suasana keliling bertukar menjadi suasana di tepi sebuah sungai dan adanya air terjun mengalir sejuk.

Rahasya membuka matanya dan mengerling kesebelah. Dia sedar abangnya Haqq menyilang meditasinya. Dia tidak berapa suka suasana begini, seolah2 mengusik ketenangan jiwanya. Tapi, tak mengapalah, sesuai dengan hajat hatinya yang terdetik tentang khabar puteri.


“ Puteri bagaimana?”Rahasya terus ke tajuk utama.  

“ Adinda baik2 sahaja…abang Haqq apa khabar?” Rahasya berbasa basi memulakan perbualan yang hambar diantara mereka berdua. Di dalam hati dia merasakan mesti ada sesuatu jika abangnya ini mencari dirinya sehingga ke alam meditasi. Rahasya dingin.

“ Ya, abang begini sahaja seperti yang kau lihat. Abang lihat kau seperti dilanda masalah…“ Haqq berdiri dan berjalan lalu duduk bersandar di bawah sebuah pohon. Dia paling gemar suasana deruan air begini.

“ Puteri bagaimana?” Rahasya terus ke tajuk utama. Dia sedikit malas dengan perbualan kosong. Tegas suaranya. 

“ Selagi puteri masih dalam pemerhatian abang, tiada apa yang kau perlu risaukan. Adalah lebih baik kau risaukan dirimu sendiri. Siapa agaknya gerangan yang membawa kekusutan diwajahmu?” Haqq bertanya sambil tersengih. Tanpa Rahasya sedar,Haqq sedar pergolakan di Inderaloka atas kini. Mata2nya sentiasa memerhati daripada jauh. Pembantunya Si Hitam sentiasa ada memberitahu semua perkembangan di Inderaloka. 

Rahasya yang sedar dirinya sedang dipersenda dan diperli abangnya sendiri merenung jauh kepemandangan di hadapan mereka. Malas sekali dia mahu menjawab persoalan lecehan begitu. Tetapi terasa maruahnya tercalar jua dek sikap humor abangnya itu, dia membalas.


"Dimana dikau wahai adinda?"

“ Abang Haqq sedarkan puteri hanya sementara bersama abang??? “ Rahasya memandang abangnya dengan pandangan sakit hati. Haqq dengan wajah selambanya hanya tersengih. Dia merasakan adiknya ini terlalu naif dan mudah percayakan orang lain.

“ Jangan terlalu serius wahai adikku. Puteri tidak selamat di sana, kau sendiri pun tahu hakikat ini kan…” ujar Haqq sambil bermain angin dengan petikan jarinya. Bunyian air bergeser ibarat alunan alat muzik yang indah.

“ Bagaimanapun puteri tetap harus pulang ke Inderaloka atas. Abang Haqq tak boleh berlama2. “ Rahasya bersuara tegas. Dia sedar dia perlu menghadap situasi ini, tapi jika tidak bertegas, begitu mudah nanti dirinya di’makan’ oleh abangnya Haqq yang nakal ini.



“ Apa khabar adik abang?” 

“ Cubalah jika adinda bersungguh…” Haqq ketawa lalu lenyap bersama angin hitam, awan yang terang mulai gelap dan hujan renyai2 mulai turun. Rahasya mengeluh perlahan dengan sikap biadap abangnya itu dan membaca mantera bagi tersedar dari meditasinya petang ini.

Rahasya tersedar dari meditasi. Dia mengusap muka dan mengawal nafas supaya tidak terganggu emosi. Dia mahu balik dan berendam melepaskan amarah diri. Entah mengapa segalanya kini, memberi tekanan buatnya. Dia perlukan satu kekuatan. Oh Tuhan, bisik hatinya merayu mohon keteguhan.

Tiba2 dia terfikir untuk menyeru puteri kealam mimpi. Ya, abangnya Haqq sukar dipercayai, dia perlu menukar rancangan. Jika cara berlembut tidak sesuai, dia akan gunakan cara halus memujuk puteri supaya pulang. Dia tahu jalannya. Habis bermesyuarat dengan Pertama sebentar lagi, dia akan mula menyeru puteri, masuk ke dalam mimpinya dan menerangkan situasi sebenar. Dia yakin tuan puterinya itu belum betul2 sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku di Inderaloka. Rahasya mengeluh, nampaknya dia perlu tunjukkan identiti sebenarnya, siapakah di sebalik watak lelaki misteri itu.

***


"Indera tak keruan mencari2 puteri di dalam hutan belantara itu."

“ Tuan Indera! Tuan tak boleh ceroboh masuk! “ pengawal kediaman Rahasya mengejar laju Indera. Indera datang tergesa2 sambil mukanya merah menahan kemarahan yang teramat. Rahasya yang ketika itu sedang menenangkan diri dengan berendam terkejut dengan terjahan Indera. Dia menggelengkan kepalanya. Dia bangkit dan memakai pakaiannya perlahan.

“ Tuan puteri di mana sekarang? Di tempat abangmu ya???!!!” Indera bersuara keras. Rahasya meminta pengawalnya keluar dari ruangan itu. Indera sudah melampau!

“ Jika hamba tahu, tak mungkin hamba boleh tenang di sini. Jangan menuduh tanpa bukti wahai Indera.” Rahasya memandang Indera tajam. Indera ketawa mengekek2.

“ Kau selalu memperbodohkan orang lain dengan sikapmu yang santai. Kehilangan puteri bukan perkara kecil tuan laksamana!” Indera mencekak leher Rahasya keras. Dia benar2 sudah hilang akal.

Rahasya bergelut, ahhh lari saja! Rahasya sekelip mata hilang dan muncul di taman bunga istana. Dia terbatuk2. Kurang ajar kau Indera!

Indera terkejut kerana tiba2 sekelip mata kelibat tuan laksamananya hilang bagaikan angin lalu.

Arrghhh, main tipu lagi kau Rahasya! Indera berang. Indera bergegas keluar dari teratak Rahasya. Keluarnya dengan dengusan yang kedengaran keras oleh penghuni teratak dan menakutkan mereka. Tak pernah mereka melihat Tuan Indera sebegini rupa. Selalunya Indera dikenali sebagai tuan yang sangat tenang dan rasional malah kerap tersenyum. Penghuni teratak mengeluh kesemuanya, mereka dapat merasakan bahang kemarahan Tuan Indera semakin hari semakin meledak. Kehilangan puteri benar2 merosakkan keharmonian Istana Cermin.


"Dalam masa yang sama dia sedang cuba menyelesaikan teka teki tentang perkaitan antara dendam Sang Dewi, bunga larangan dan juga rahsia Raja Cermin. Apakah kisah disebalik semuanya?"

***

Indera baru balik dari mengamuk di teratak Rahasya tadi. Mukanya merah menahan marah. Mimpinya malam tadi benar2 menganggu emosinya seharian ini. Di dalam mimpinya malam tadi puteri menangis2 seperti hilang arah. Bila dia mahu mendekati, puteri menghilang. Muncul lagi di tempat lain, dan menghilang lagi. Indera tak keruan mencari2 puteri di dalam hutan belantara itu. Gerak hatinya seakan2 puteri berada di dalam kesusahan. Dimana dikau wahai adinda? Indera mengeluh teringatkan mimpi sedih itu. 

Cincin batu puteri pula sudah lama tidak berkelip. Dia semakin buntu. Ada juga dia terfikirkan untuk memberitahu ayahandanya Raja Cermin berkenaan rahsia Rahasya, dan siapa dia sebenarnya. Tetapi, jika dia persembahkan perkara itu kehadapan ayahandanya tanpa bukti yang kukuh, pastilah dia terkena murka. Murka ayahandanya itu bukan sebarang, dia pernah trauma satu ketika dahulu. Ketika dia mengadu tentang sesuatu, dan ternyata perkara itu salah, lama ayahnya itu tidak mahu menerima kunjungannya. bertahun2 dia menahan seksa dipulaukan!  Seolah2 dimusuhi pun ada.


"Entah kenapalah dia selalu merasakan bahawa wujud satu kebencian di dalam hati ayahandanya itu ketika melihat wajahnya. Apa salah dirinya? Indera kecewa dengan nasibnya. "

Lama untuknya mengambil hati ayahandanya itu,bertahun2, itupun dengan bantuan puteri, barulah dia berjaya meraih kemaafan. Jiwanya merana semenjak kecil, terasa tidak cukup kasih sayang dari keluarga sendiri. Ada seperti tiada. Jika tiada pun, tidak dicari. Entah kenapalah dia selalu merasakan bahawa wujud satu kebencian di dalam hati ayahandanya itu ketika melihat wajahnya. Apa salah dirinya? Indera kecewa dengan nasibnya. 

Dia sedar, dia cuma anak angkat ayahandanya itu, tapi…Indera mengeluh lagi. Jangan cakap mengadu, malah menerima pendapatnya sekalipun, hampir sifar peluang! Inilah salah satu sebab utama mengapa dia begitu geram dengan Rahasya. Apa sahaja diutarakan laksamana gila itu, diterima bulat2 oleh ayahandanya walaupun itu dikira cadangan luar akal! Seperti saja laksamana gila itulah yang sebenarnya sedang berkuasa di Inderaloka ini. Ayahandanya kelihatan bagai lembu dicucuk hidung saja. 

Arghhh, Indera mengenggam tangannya kemas. Jika laksamana di depan matanya sekarang, mahu sahaja ditumbuknya! Tiba2 muncul idea gila dia untuk meminta bantuan Nenda Melor. Pasti Nenda Melor boleh membantunya! Nenek tua itu boleh tahan cerdiknya! Indera tersengih yakin. Dia terus berlari menuju ke tempat nenek itu untuk menyatakan hasrat mahu berkomplot bersama demi menumbangkan Rahasya. Ketika perjalanan, Indera terserempak dengan Nilam Mawar. Nilam Mawar kelihatan mengigil2 sedang kelam kabut mahu melarikan diri. 

Bersambung…


Pasti Nenda Melor boleh membantunya! Nenek tua itu boleh tahan cerdiknya! 


Monday, April 24, 2023

Bahagian 3: Cermin 48: “ Laksamana, siapa beta? “



“ Beta mahu pulang kealam keabadian…” 

Di atas kapal. Menuju pulang.

Puteri termenung melihat matahari terbenam. Dia terdiam. Lama. Rahasya berjalan risau dan duduk di sebelahnya.

“ Bagaimana rasa badan, baikkah?” lembut Rahasya bertanya. Puteri tetap diam. Wajahnya seperti tiada perasaan. Rahasya perasan perubahan yang berlaku pada puteri. Semenjak pulang dari Zaans tadi dia banyak berdiam, akan tetapi puteri masih mengenalinya dan tidak hilang ingatan, itu sudah sangat melegakannya. Oleh kerana itu, dia terima apa sahaja perubahan yang ada asalkan bukan ingatan puteri galang gantinya.  

“ Laksamana, siapa beta? “ puteri memandang Rahasya perlahan. Rahasya terdiam sejenak.

“ Tuan puteri adalah puteri kerajaan Inderaloka dan kita dalam perjalanan pulang menuju ke asalan.” Jawab Rahasya cuba meringkaskan cerita. Jika boleh dia tidak mahu mengungkitkan apa2 berkenaan Zaans. Anggap sahaja itu satu mimpi ngeri buat mereka.

“Mengapa beta rasa kamu seperti merahsiakan sesuatu?” tanya puteri lagi. Rahasya memandang kearah lain, cuba berfikir jawapan yang memuaskan hati puteri.

“ Ada sesetengah perkara biar kekal sebagai rahsia. Itu yang terbaik. Tuan Puteri jangan fikir banyak, kita sudahpun dalam perjalanan pulang. Inderaloka menunggu kepulangan kita.” Pujuk Rahasya lagi. Puteri menjeling. Dia merasakan ada sesuatu dia tertinggal tahu. Berapa lama dia tidur di Zaans, dan apa yang terjadi sepanjang masa dia beradu di sana? Puteri keliru.

“ Adakah tujuan ekspedisi kita ini sudahpun tercapai wahai Laksamana?” puteri mengusap air mata yang tiba2 jatuh ke pipinya. Entah kenapa dia mula berasa sayup.

“ Kita tidak sepatutnya kesini. “ Rahasya tunduk. Dia berasa kesal dengan apa yang terjadi.

“ Mana bunga larangan yang kita cari tempohari?” soal puteri perlahan.

“ Bunga itu…sudahpun bersatu di dalam diri puteri. “ Rahasya mengerutkan dahi sambil memandang kearah lain. Riak wajahnya sedih.

“ Oh…begitu…” tiba2 puteri mengerang kesakitan. Memori bersatu dengan bunga larangan itu kembali semula. Dia merasakan kesakitan yang teramat. Rahasya kaget. Dia terus bergegas mengambil penawar pemberian Sang Dewi pagi tadi. Lalu, dia memasukkan penawar itu ke mulut puteri dan seketika puteri tenang kembali. Rahasya menarik nafas lega. Rahasya memapah puteri masuk ke kamar dan membiarkan puteri berehat.

Dia keluar dan mula bermeditasi menyambut kehadiran malam. Angin laut malam yang sejuk ditambah dengan api yang membakar memberi sejuta satu ketenangan buatnya. Dia tenggelam di dalam meditasinya.


“ Jika diisi ia masih kosong? “ 

Di dalam meditasinya…

Dia melihat Cahaya sedang berjalan menuju ke tebing tinggi. Perlahan dia menghampiri dan bertanya perlahan, risau mengejutkannya.

“ Puteri mahu kemana?” soal Rahasya lembut.

“ Beta mahu pulang kealam keabadian…” Cahaya tersenyum dan berjalan perlahan. Lalu, dia duduk di tepi tebing itu dan menggoyangkan kakinya. Rahasya gentar.

“ Cepat atau lambat kita pasti akan kesana. Kita semua, ya kita semua. Tapi itu bukan bermakna, kita perlu berputus asa dalam hidup. Betul kan? “ Rahasya duduk di sebelah puteri supaya puteri berasa selesa dengannya.

“ Hidup beta terasa kosong. Apa ertinya? “ puteri memandang Rahasya dan mengalir air matanya perlahan. Rahasya sekarang faham mengapa tadi puteri bermuram durja. Dia juga seperti mengerti sedikit kesan daripada bunga larangan itu kepada jiwa puteri sekarang. Puteri seperti ditarik kejurang kesedihan. Rahasya semakin geram memikirkan tipu helah Sang Dewi.

“ Sesuatu yang kosong boleh terisi. Itu prinsipnya. Jika ia kosong, maka isilah dengan sesuatu yang indah…maka ia tidak kosong lagi…” Rahasya cuba melawan kesan bunga larangan itu daripada terus menghanyutkan jiwa puteri ke lautan gelap kesedihan dan keputus-asaan.

“ Jika diisi ia masih kosong? “ soal puteri lagi. Air matanya semakin laju mengalir.

“ Jika diisi, tetapi masih kosong, itu bermaksud ada kebocoran dimana2. Dan masalah itu harus dibaiki supaya ruang kosong itu kekal utuh seperti biasanya.” Jawab Rahasya perlahan sambil mengelap airmata puteri dengan sapu tangannya.

Puteri bersandar di bahu Rahasya dan dia sambung menangis semaunya.

Rahasya tersedar daripada meditasinya dan dia berjalan perlahan menuju ke kamar puteri. Kelihatan puteri sedang lena beradu. Dia berasa lega. Dia bersyukur jiwa puteri selalu menyerunya, dengan cara itu dia dapat membantu yang mana boleh. Mungkin bunga larangan itu memberi luka di dalam jiwa puteri, dan kesakitan itu menularkan kesedihan keseluruh jiwanya ketika ini.

Rahasya mendekati puteri dan memegang erat tangannya. Dia mengalirkan tenaga positif ke dalam jiwa puteri dan berharap puteri akan kuat untuk melawan arus kesedihan itu daripada terus menguasainya.

Bersambung...


"Mungkin bunga larangan itu memberi luka di dalam jiwa puteri, dan kesakitan itu menularkan kesedihan keseluruh jiwanya ketika ini."

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...