Monday, June 13, 2022

Cermin 26: “What is the real meaning of déjà vu?


"Maksudnya benda ni mesti ada rahsia tersembunyi kan?"


Ulang semula sebelum kejadian Nur koma.

Aku baru sahaja habis solat Isya. Aku duduk termenung kejap dan mengeluh perlahan. Dejavu siang tadi agak mengusik perasaan. Lalu aku mencari kata kunci itu di internet dan cuba memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku. Aku menekan butang carian dan menemui ini.

 What is the real meaning of déjà vu?

Déjà vu describes that uncanny sensation you've already experienced something, even when you know you never have. Experts generally agree this phenomenon probably relates to memory in some way. So, if you have déjà vu, you might have experienced a similar event before. You just can't remember it.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. 

Dah kenapa pula aku pernah alami peristiwa seperti dejavu siang tadi? Aku mati? Habis tu aku sekarang siapa? Lelaki tu siapa? Lelaki yang lari itu pula siapa? Aku dizaman mana pula Ketika itu? Takkan memori past life pula? Eh sesat ni. Astaghfirullah. Aku terasa ini semua Cuma permainan dunia ilusi yang mengelirukan. Perlu ke aku sampai rujuk doctor psikologi camni? Aku mula berkira2. Ke aku ni dah dikira gila? Semakin keliru, aku bergegas wudhu dan alunkan ayat suci Quran. Tiba2 aku terselak ayat ini…

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. -Al Isra’ ayat 85.

Maksudnya benda ni mesti ada rahsia tersembunyi kan? sedikit? sejauh mana sedikit itu? dikira dari keseluruhan yang mana?  Lalu aku cuba mencari ayat yang sama di internet.

And they ask you about the Spirit. Say, "The Spirit is of the Command of my Lord; and in no way have you been brought of knowledge except a little."

Mungkinkah semua ni berlaku? Kelahiran semula? Isy, gila Nur. Jangan mengarut! Terasa ingin tahu lebih lanjut, aku mulakan pencarian berkenaan ini…


"Terasa kelakar pula. Aku tidak dibesarkan dengan semua terma2 ini. Malahan jika diketahui oleh mereka yang kuat menghukum sesat, mati aku. Gelakku dalam hati. "

Takkanlah aku hanya bersumber internet sahaja kan? Mestilah kena cari sumber lain, aku mula berfikir dalam. Terasa berat misteri yang ada dalam hidupku ini. Teka teki yang aku risau jika aku pergi lebih dalam ia menjadi semakin mengarut dan sesat. Sesat? Aku ketawa sendiri…aku sedang mencari. Ini semua sesuatu yang aku perlu tahu dengan jelas, takkanlah mencari kebenaran dikira sebagai sesat? Sesat dalam mencari kebenaran? Aku ketawa lagi. Aku lalu teringat satu hadis ini.

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).”(Hadis Riwayat Imam Malik)

Jadi itu bermakna aku boleh mencari cumanya kena selari dengan Quran dan sunnah supaya aku masih di landasan yang benar. Betul kan? Aku ketawa sendiri. Okeylah tu…aku cuba. Fikiranku mula berfikir ligat tentang topik pelik ini. Ya Tuhan, bantulah aku dalam mencari kebenaran berkenaan tentang ini. Past life? Dejavu? Ilusi? Halusinasi? Delusi? aku ketawa lagi. Kali ini lebih besar ketawaku. Terasa kelakar pula. Aku tidak dibesarkan dengan semua terma2 ini. Malahan jika diketahui oleh mereka yang kuat menghukum sesat, mati aku. Gelakku dalam hati.  Aku cuma mahu tahu kebenaran disebalik semua ini.  Itu sahaja.  

Bersambung...


"Terasa berat misteri yang ada dalam hidupku ini. Teka teki yang aku risau jika aku pergi lebih dalam ia menjadi semakin mengarut dan sesat. Sesat? Aku ketawa sendiri…"

Sunday, June 12, 2022

Cermin 25: " Awak, saya datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya? "


"Lelaki itu kecewa. Lalu dia termenung di tepi satu tasik. Tasik yang sama. Ya sama. "

Ulang kembali saat dimana Nur belum lagi koma.

Petang yang redup.

Di bawah pohon rendang di tepi tasik.

Aku termenung jauh. Jiwaku kusut. Entah kenapa. Mimpiku malam tadi benar2 mengusik ketenanganku. Siapa dia? Kenapa dia selalu ada di dalam mimpi2ku? Aku menutup mata dan cuba mengingat semula mimpi pelik malam tadi…gagal…tiba2…pandanganku kosong. Satu suara misteri bergema..." Awak, saya datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya?" 

Aku di satu tempat asing. Dejavu.

Di satu medan yang kelam kabut, mungkinkah ia medan peperangan? Seakan begitu.

“Awak kemana? Awak! “ aku memanggil seorang lelaki. Lelaki itu sibuk mengejar seseorang. Aku jadi bengang dan terpaku bila lihat situasi itu. Kaget. Ya aku kaget. Pertahananku lolos. Entah kenapa aku leka sebentar, entah apa dalam fikiranku ketika itu. Aku diserang! Ya aku diserang dan cedera parah. Lelaki disebelahku bawaku pergi dari medan itu. Sakit? Ya sakitnya aku Ketika itu bukanlah benar2 pada jasad. Tapi mungkin kepada luka dalam hati. Lelaki sebelah yang sedang memapahku untuk pergi jauh dari medan gila itu, memandangku tepat.

“ Awak nak bawa saya kemana ni? “ soalku pada lelaki itu.

“ Kemana saja tapi bukan di sini. Awak cedera. “ aku menahan kesakitan, darah yang semakin banyak keluar kubiarkan sahaja. Aku masih terfikirkan tentang lelaki tadi. Dia kejar siapa? Bukankah dia berjanji untuk tetap disisiku dan menjaga pertahanan? Aku kecewa terasa dikhianati.

Darah yang semakin membuak2 membuatkan aku terhenti.

“ Saya da tak larat. “ aku memegang sesuatu untuk berpaut. Benar aku sudah kehilangan tenaga untuk teruskan perjalanan. Lelaki itu serius. Dia cuba membantu menutup lukaku. Wajahnya mula runsing.

“ Awak jalanlah…pergi…” aku menyuruh lelaki pelik itu pergi. Dia menggeleng cepat.

“ Tugas saya melindungi awak. Saya dah tutup luka awak, kalau awak tak larat berjalan, saya bantu. “ lelaki itu cuba meredakanku. Aku menahan kesakitan. Wajahku berkerut.

“ Bukan tugas awak, siapa yang beri tugas itu pada awak? Ini tugas orang lain.” Ujarku jelas. Lelaki itu menggeleng. Puteri masih tidak tahu perkara sebenar nampaknya. Bisik lelaki pelik itu dalam hati.

“ Lelaki tadi pergi untuk membunuh musuhnya. Awak tak perlu masuk campur. Janji dia untuk jaga awak, biar saya yang ambil alih. Saya yang suruh dia pergi tadi. “ pujuk lelaki pelik ini. Aku termangu. Apa? Dia sanggup kejar musuh dan biarkan aku kat situ? Aku kecewa.

“ Kenapa memandai2 ni? “ bentakku marah.

“ Bunuh saya. “ aku terpaksa buat keputusan gila itu untuk menyelamatkan rahsia. Jika musuh lihat aku dalam keadaan begini, habislahhhh. 

“ Hey! Saya dah selamatkan awak. Kenapa mesti saya kena bunuh awak? “ marah lelaki itu.

“ Jangan banyak tanya, buat! Kalau awak tak buat, biar saya buat! “ aku merampas pedangnya dan berlaku pergelutan antara kami. Dan…

“ Arghhh…” pedang itu terhunus tepat ke jantungku. “ lelaki itu terkejut. Terlalu terkejut.

“ Ambil bunga ni dan beri pada ayahanda saya! “ tamat. Aku mati.

Lelaki itu kecewa. Lalu dia termenung di tepi satu tasik. Tasik yang sama. Ya sama. Kehidupan lelaki itu berubah sepenuhnya selepas peristiwa menyayat hati itu. Dia benar2 terasa bersalah. Dia akan kerap ke tasik itu untuk bertenang daripada gelora perasaannya sendiri.


Suara misteri tadi bergema lagi..." Awak, saya datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya? "  

Aku tersedar dari dejavu itu. Terkejut. 

Aku pandang sekeliling, tiada sesiapa. Tasik ini…benar2 menyimpan sesuatu rahsia…

Ngeri dengan dejavu tersebut, aku bersiap untuk pulang ke bilik. Entah apa2 bisik hati kecilku. Sebentar. Lelaki itu. Rupa dia macam...

mirip dengan apa yang aku lihat dalam setiap siri mimpi2ku...eh, aku tersilap ni. Tak mungkin. Aku ketawa sendiri. Tidak mahu diakalkan oleh akalku sendiri, aku lantas berjalan pantas menuju bilikku. 

Bersambung...

" Cuba kau lihat sekeliling, inilah duniamu selalunya. Kosong. Disini hanya wujud kau dan aku. Persetankan kertas itu, itu cuma cara untuk aku jemput kau datang kesini, kedunia belah sini. Kan kau selalu cari aku? Aku datang kerana seruanmu dari dunia sana. Sekarang tanyakan apa yang terbuku dihatimu". Panjang lebar lelaki misteri itu berkata-kata.  -Cermin 1-



" Awak, saya datang nak minta maaf, sudi tak awak maafkan saya? " 

Puisi cinta: Mungkin setiap jiwa sedang pulih daripada sesuatu...

https://www.pexels.com/photo/grayscale-photo-of-a-woman-touching-her-face-with-her-eyes-closed-11693061/

"Kita semua adalah hasil kelukaan atau kebahagiaan?adakala kita akan menyakiti sesama sendiri untuk mempertahankan diri sendiri...berbaloikah? masa mungkin ubat yang terbaik..."

beginilah hidup...

kan?

menyentuh jiwa yang sihat takkan sama dengan menyentuh jiwa luka. 

setuju?

kita pelik mengapa manusia sensitif. 

mungkin ia adalah hasil kelukaan dan dia cuma menjaga dirinya sendiri...

dari terus disakiti atau berulang kembali memori yang menyakitkan...

yang dia pernah alami...

"Mungkin setiap jiwa sedang pulih daripada sesuatu...sesuatu yang mereka juga mungkin tak sedar...bahawa ia memberi impak kepada diri mereka sendiri...dan mereka hanya akan menjadi lebih baik dengan adanya kelukaan itu...pembersihan jiwa yang memedihkan...hakikat yang menyakitkan tapi ia benar..."

Saturday, June 11, 2022

Cermin 24: “maka bermulalah kisah antara kau dan lelaki misteri itu…” suara misteri itu bergema semula...

https://www.pexels.com/photo/a-man-in-a-fencing-mask-6831973/

"Aku memang alien. Sebab tu aku selalu fikir camana nak balik tempat asal aku. "

" Habis tu ko datang kesini untuk apa? "

“ Aku larikan diri..."

Di hadapan tasik, dunia nyata.

Rin duduk sebentar di tepi tasik mengenangkan Nur yang masih lagi belum bangun dari koma. Dia mengeluh. Dia mendongak dan melihat awan biru kesukaan Nur. Dia lalu teringat perbualan mereka beberapa bulan lepas.

 

“Rin, kau tau tak…bila kita lihat langit, benarnya kita sedang mengembara dalam ruang masa?”

“Ha? Maksud ko?”

“Yela ko mesti tau kan yang bintang2 di langit semuanya jauh bertahun2 cahaya dari kita. “

“Aku tak faham.” Rin menganga dan keluarkan muka kelakarnya. Aku tergelak sahaja. Minah ni kalau tak buat muka sengal tak sah. Haha. Aku menggeleng geli hati.

“Apelah ko ni. Ko tau tak kemungkinan bintang yang berkelip waktu malam tu dah tak wujud lagi…atau…mungkin juga belum wujud?” Rin kerut dahi. Betul ek?

“Habis tu kita ni kira sedang lihat masa lepas dan masa depan ke camana? “ soal Rin teruja.

“ Lebih kurang camtulaaa…ko percaya pada alien?” soalku.

“ Mestilah. Yang kat sebelah aku ni kan dah perangai serupa alien juga. “ ujar Rin selamba. Aku ketawa besar. Dah semakin lali dicop dengan gelaran itu kerana sikapku yang tidak berapa gemar bergaul dan juga suka berfikir perkara pelik2 yang adakala jauh melangkaui pemikiran normal seorang manusia.

“ Aku memang alien. Sebab tu aku selalu fikir camana nak balik tempat asal aku. “ tiba masa aku pula menjawab dengan selamba. Rin disebelah angkat kening terkejut. Dia ingat aku serius agaknya. Geli hati aku jadinya.

“ Habis tu ko datang kesini untuk apa? “ Rin geram.

“ Aku larikan diri. Dunia sana bosanlaaa…tapi dorang kat sana sume cantik dan hensem belaka ko tau? Ko janganlah terpedaya dengan dakyah2 mengarut yang menyatakan alien tu buruk. Haih…dorang tu dah macam dewa dewi tau…” aku sengaja buat cerita. Seronok pula layan muka selenge si Rin ni petang2 gini.

“Dewa dewi? Ko tau tak itu semua cerita sesat? Ko jangan macam2 Nur. Aku rasa dah berjuta kali aku nasihat ko jangan pelik2 semua. Fokus dalam study kita Nur. Habis degree kita keje dan kawin. Ko taknak camtu ke? “

“ Itu memanglah semua orang pun nak. Tapi kalau tiba2 ada alien datang culik aku, ko takut tak? Ke ko nak aku ajak ko sekali pi planet lain? Haih…kalaulah ko jumpa alien yang hensem2, aku berani kerat jarila yang ko mesti taknak balik bumi da! Hahahahaaa..” aku mengekek ketawa. Tahu benar sikap Rin ni. Memang pantang dengar dan tahu kewujudan mamat hensem. Rin teruja sambil tolak2 badanku. Seronok benar nampaknya dia. Ee miang minah ni tau. Hehe.

 

Hujan menitik…Rin tersedar dari lamunan panjangnya. Segera dia bergegas untuk pulang. Hujan yang menitik seperti mengetahui gundah hatinya. Tanpa sedar Rin sebak. Kalaulah dia tahu alien mana yang culik semangat Nur, pasti dia akan belasah alien tu separuh mati. Aku rindu ko Nur! Walaupun kau sengal, tapi muka kelakar kau tu, aku susah nak lupa. Dari sebak dia terasa mahu ketawa teringatkan perangai Nur yang juga tak ubah seperti alien. Aku rasa alien bukan culik kau Nur, tapi dorang cuma panggil sedara mara dia balik je. Eh, apa aku mengarut ni? Rin ketawa sendiri. Nampaknya dia juga dah semakin kuat mengelamun sama seperti Nur dahulu. Perangai Nur pelan2 menjangkit ke dirinya jua.

 

 Di kamar Dr. Hakimi.

Dia menyelak mukasurat seterusnya diari Nur.

 

“ Harini aku bertemu mamat sengal tu lagi. Geram betul dengan dia tu. Tak habis2 cari gaduh. Dia ingat dia bagus sangat ke. Kalaulah aku boleh capai telinga dia tu, memang aku nak piat2 sampai merah. Geramnya.  Dunia hitam putih, dunia cermin. Semua dia sapu. Jenis alien apa dia tu? Entah2 dia memang alien tak? Jadi kira betullah dalam imaginasiku bahawa alien tu sebenarnya hensem! Huh.. Rin2 aku cakap aritu ko tak caya…tapi kejap, kalau lelaki misteri tu alien, dia datang dari mana? Aku kena siasat ni, yela mana tahu dia kenal dengan sedara mara aku daripada dunia alien juga. Bolehla aku tumpang kirim salam. Hahahahah…“

Dr. Hakimi ketawa kecil. Terasa seperti dengar Nur berkata2 dalam hati. Kelakar juga Nur ni. Bisik hati kecilnya. Alien? Nur diculik alien tak? Eh, apa aku merepek ni. Tapi siapa mamat ni? Hmm. Cik Rin mesti tahu. Nanti aku tanyakan. Suara hatinya. Dia semakin terasa tidak puas hati bila terbaca tentang kewujudan seorang lelaki pelik di dalam diari Nur.

 

https://www.pexels.com/photo/unknown-person-in-white-top-1760459/

"Bangun, bangun…” suara perempuan tua serak dari dalam telefon itu."

"Kelihatannya ada sebuah keluarga kuning sedang duduk menungguku"

"Kami dari selatan ada hajat wahai tuan puteri. Mohon dipandu akan permasalahan negeri."

"Aku menghilang dengan sekali imbas. lenyap."

Suatu pagi. Kejadian sebelum peristiwa koma berlaku. Di bilik Nur.  

Aku terkejut dari tidur. Berpeluh2. Bermimpi dikejar oleh sekumpulan manusia memenatkan. Mimpiku sejak kecil. Dicari dan dikejar. Bersembunyi dari entah siapa. Aku termenung memandang siling. Cahaya bulan dari luar tingkap kelihatan bersinar. Aku melirik jam dinding. Baru pukul 4 pagi. Rin disebelah sedang tidur lena. Tiba2 suara tadi terngiang2 semula.

“Maka bermulalah kisah antara kau dan lelaki misteri itu…” suara misteri itu bergema semula dalam fikiranku. Bingung maksud ayat itu. Aku memicit kepala yang mula sakit. Setiap kali bermimpi dikejar mesti aku pening kepala. Aku ni sebenarnya lari dari siapa? siapa mereka semua yang dalam mimpi2ku selama ni? Apa yang dorang nak sebenarnya? Tiba2 jantungku menyucuk2. Ini juga perkara yang sudah lali kurasakan. Sakit yang entah apa. Bila aku buat pemeriksaan semua elok sahaja. Angin agaknya. Begitulah aku fikir sejak lama dahulu. 

Tiba2 telefonku bergetar. Aku lihat nombor tidak dikenali sedang memanggil. Eh, siapa yang call memalam buta ni? Aku angkat.

“Bangun, bangun…” suara perempuan tua serak dari dalam telefon itu. Aku mengerut dahi dan bertanya pelik, siapa yang sedang bercakap ni? Soalku. Diletak. Ya panggilan itu tamat. Aku lihat semula daftar panggilan. Eh tiada. Eh mana perginya nombor tadi?

Aku mengusap rimas muka dan rambutku. Semenjak lelaki misteri ni datang dalam hidup aku, terlalu banyak benda pelik yang aku alami. Aku terasa seperti orang sewel. Aku jadi teringat mimpiku beberapa bulan lepas. Di dalam mimpi itu…

Aku memakai baju hitam berselubung, kelihatan seperti seorang wanita misteri. Aku datang dengan kepulan asap wangi. Kelihatannya ada sebuah keluarga kuning sedang duduk menungguku. Pawang yang menyeruku menunduk tanda hormat. Aku senyum sinis. Kenapa? Soalku padanya. Kami dari selatan ada hajat wahai tuan puteri. Mohon dipandu akan permasalahan negeri. Kami buntu. Aku ketawa kecil. Bukankah kalian bijak belaka? Mengapa baru kini memanggilku? Soalku serius. Kami sedang dalam masalah besar. Bantulah kami. Aku mendengar teliti. Aku beri jalan keluar, mereka dengar dengan tekun lalu Mereka ucapkan terima kasih. Aku menghilang dengan sekali imbas. lenyap.

Jantungku menyucuk sekali lagi. Terasa pedih benar. Siapa mereka dalam mimpi pelik ini? Keluarga kuning dari selatan? Ahhh lantaklah. Mainan tidur begitulah. Dalam mimpi siapa saja boleh jadi hero. Tiada apa yang pelik. Apatahlagi sifatku yang suka berkhayal, bertambah2 meyakinkanku semua mimpi2 pelik ini cumalah ulang tayang dan simbolik kelakar tentang kekusutan memoriku. Dicampur baur dengan angan melalutku untuk menjadi ala2 tuan puteri zaman dahulu. Dalam aku mengelamun, aku tertidur kembali.

 

***

Dalam masa yang sama.

Nenda Melur terbatuk2. Dia semakin kurang tenaga kebelakangan ini. Untuk berinteraksi dengan tuan puteri yang sudah di alam lain, bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan tenaga yang bukan calang2. Dia mula berfikir bagaimana mahu kedunia sana. Walaupun cuma sebentar dia perlu berkomunikasi berdepan untuk kembalikan memori Puteri Cahaya. Berinteraksi melalui talian cermin begini, terlalu memakan tenaga tuanya. Fikirannya mula ligat fikir cara. Memanggil semangatnya pulang? Atau menyedarkannya tentang penipuan dunia nyata itu? Atau bagaimana? Nenda Melur fikir cara memanipulasi teknologi cermin dan ilmu sakti bayang.. Apa cara terbaik? Dia bergegas mencari Nilam Mawar. Anak muridnya yang setia. Dia mula merancang sesuatu. Mungkin tenaga tuanya dapat dipulihkan dengan bantuan Nilam Mawar yang semakin tamat menguasai ilmu sakti bayang. Dia mengeluh. Kalaulah puteri masih ada, pasti dia dapat habiskan menguasai ilmu sakti cahayanya. Malah jika dia tamat belajar tempohari, pastilah tak akan semudah itu dia kehilangan memori. Kini semakin payah kerjanya. Bunga tak guna! Dia teringat bunga kemboja putih itu. Dia perlu berjumpa Raja Cermin dan memujuknya untuk melupuskan semua kemboja putih yang wujud di Inderaloka ini. Dek kerana bunga itulah segala rancangannya musnah sekelip mata. Nenda Melur perlukan ilmu sakti cahaya itu. Jika tidak dia akan terus menua dan mati. Dia begitu rindukan kecantikan masa mudanya.

Dalam diam, Nenda Melur menyimpan dendam. 

Dendam yang hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Kisah silamnya terimbau. Di dalam Inderaloka ini hanya Puteri Cahaya yang mampu menamatkan perguruan ilmu itu. Dia sangat memerlukannya. Ilmu rebutan para penimba ilmu sakti. Hikayatnya ilmu itu akan menjadikan pemiliknya kekal abadi dan tertinggi dalam ilmu kesaktian. Terlalu penat. Nenda Melur terlalu penat untuk bersandiwara di hadapan semuanya. Dia terbatuk sekali lagi. Kali ini darah hitam keluar. Dia mengawal nafas dan cuba bertenang. Bersabar Melur. Kemboja tak guna! Nenda Melur emosi lagi. Dia melolong seperti serigala. Dia bertukar menjadi serigala jadian dan bergerak pantas menuju kamar Nilam Mawar. Tiada siapapun perlu tahu siapa dirinya! Nilam Mawar? Dia hanyalah bonekaku. Bisik Nenda Melur di hati kecilnya. 

Bersambung...


https://www.pexels.com/photo/selective-focus-photography-of-woman-lying-on-flowers-3404200/

"Kini semakin payah kerjanya. Bunga tak guna! Dia teringat bunga kemboja putih itu. "

  "Dek kerana bunga itulah segala rancangannya musnah sekelip mata."

"Di dalam Inderaloka ini hanya Puteri Cahaya yang mampu menamatkan perguruan ilmu itu. Dia sangat memerlukannya. Ilmu rebutan para penimba ilmu sakti."





Friday, June 10, 2022

Puisi malam sang puteri: masa? dia rasa dirinya pengembara masa yang tersesat dan mencari jalan pulang...

Photo by Plato Terentev: https://www.pexels.com/photo/crop-woman-in-dark-room-5912063/

"Seyakin2 manusia itu pun, adakala dia masih keliru tentang diri sendiri...dalam pencarian? ia cuma bab pertama...mengekalkan kepercayaan, tetap kental dalam keyakinan sehingga keakhirnya itu jauh lebih mengerikan...jalan yang jauh lebih berduri daripada sebuah pencarian...ketika itu? kau diserang dari segala sisi...dan kau? harus tahan diuji sehingga kau mampu bergelak tawa menghadap segala cubaan...ya,sehingga kau tahu bahawa ini semua cuma senda dan gurauanNya..."

"bukan bukan hamba orang terpilih...kiri duri, kanan pun berduri, arah mana kemana hendak hamba melangkah, nasib diri begini nasib diri, rela hamba terima walaupun jiwa parah.."-Fauziah Idris-

kesini lagi wahai annur?

ya kesini lagi. 

untuk apa?

sekadar meluahkan rasa...

mungkin?

entahlaaa...


sekadar mengikut gerak hati...

gerak rasa...


itu saja.

sebentar.

kau pula...ya kau...

kenapa kesini?

lagi atau pertama kali?

tersesat mungkin...?

Photo by Anna Nekrashevich: https://www.pexels.com/photo/close-up-photo-of-woman-s-face-8058674/

" di sini tiada apa...hanya ruang sunyi buat sang puteri menari dalam tarian jari jemarinya...dia? setiap hari sedang cuba sedaya upaya untuk berdamai dengan takdir...doakanlah yang baik2...selagi belum ketemu pintu keluar dari matriks ini, dia akan tetap bermain dengan bunga2 kehidupannya...keluar dan masuk dalam almari maya sesuka hatinya...masa? dia rasa dirinya pengembara masa yang tersesat dan mencari jalan pulang...dah ketemu jalan itu atau belum? kau rasa?"




Wednesday, June 8, 2022

Puisi Cinta Sang Dewi: apakah nikmatMu yang lebih besar dari kepercayaan dan keyakinan ini?

Photo by Andre Moura: https://www.pexels.com/photo/persons-eye-with-blue-and-orange-color-face-paint-3991469/

"Wahai Tuhan, kemanapun aku pergi...apapun yang aku perbuat...Kau sentiasa ada...cuma aku yang seakan buta dan gagal melihatMu...ketika aku berdosa, Kau masih Maha Pemurah dan memberikan aku rezeki dan rahmatMu...aku semakin mengerti wahai Tuhan, Kau ambil suamiku kerana Kau mahu aku menyedari satu hakikat...bahawa Yang Maha Abadi cumalah diriMu...dan kami semua makhlukmu sejahat atau sebaik apapun kami ini, akan tetap mati dan kembali disisiMu semula...yang tinggal cumaMu Yang Maha Esa dan tiada sekutu sama sekali..."

"Where do I begin...to tell the story how a great love can be...the sweet love story that is older than the sea...the simplest truth about the love He brings to me...where do I start..." -Love Story-

untuk kesekian kali aku kesini...

menyatakan rasa syukur atas semua kurniaanNya...

dalam semua kesusahan, Dia ada..

ketika semua pergi, 

Dia setia menunjukkan diriNya...

bahawa hanya Dia yang setia disisi...

ketika diri dinilai oleh manusia lain yang tidak memahami,

Dia ada...

dan menunjukkan kasih sayangNya yang tidak berbelah bagi...

ketika diri dibenci,dimusuhi...

Dia ada dan menemani...

Dia membantu dari segala segi...


Tuhan...

di dalam setiap segalanya...

Kau sentiasa muncul dan menunjukkan kasih sayangMu...

disaat diri ini terasa sudah tidak larat untuk melangkah lagi..

Kau ada dan menghulurkan tanganMu...

betapa indahNya cintaMu pada hambaMu yang hina ini...


Dengan perasaan ini entah bagaimana aku terasa mahu terus kuat...

untuk terus merasai dengan ikhlas kasih sayangMu...

aku berdoa semua manusia yang jujur mencariMu akan ketemuMu...

kerana tiada apa yang lebih hebat dariMu...

cintaMu,kasih sayangMu...

dan segala2nya tentangMu...


Photo by Bianca Salgado: https://www.pexels.com/photo/close-up-on-young-woman-sad-face-11565707/

"Ada yang Kau uji dan mereka berpaling...bertambah2 mereka membenciMu...sedang semuanya Kau lakukan semata2 kerana Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap semua kami ini makhlukMu...Tuhan, dalam situasi apapun yang Kau letakkan aku di dalamnya...yakinkan aku bahawa pertolonganMu itu dekat...supaya aku sentiasa kuat untuk terus bertahan dalam kepercayaan dan keyakinan ini...apakah nikmatMu yang lebih besar dari kepercayaan dan keyakinan ini? tiada...tiada yang setanding...jika aku kehilangan nikmat yang satu ini, aku benar2 tiada apa walaupun aku punya segalanya di atas dunia ini...kerana segalanya tiada tanpaMu...dan denganMu segalanya ada walaupun seakan tiada..."

Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...