Friday, May 27, 2022

puisi santai: selebihnya Tuhan lebih mengetahui...


Pexels

"Pernah juga aku merasakan untuk apa meneruskan kehidupan? lalu aku merasakan aku di sini lagi kerana hanya menghabiskan sisa usia yang ada...lalu, aku ketawakan diri sendiri. Adakah seteruk ini persepsiku terhadap kehidupan? akhirnya aku berbuat keputusan untuk hidup memberi manfaat buat diri dan orang sekelilingku...mungkin itu tujuan hidup yang terlarat aku fikir buat masa ini... selebihnya Tuhan lebih mengetahui kenapa dan mengapa aku masih hidup dan masih bernafas sehingga kehari ini setelah episod2 kehidupan yang gila dan membentak jiwa..."

Jenuh juga aku termenung harini...

mengenangkan entah apa...

entah bagaimana aku terjumpa satu lagu lama,

halwa telinga...

penyedap hati...

satu masalahku adalah apabila aku mendengar sesuatu begitu mudah.

ya begitu mudah aku meresapi...

tapi mungkin aku bukanlah seperti dulu lagi...

kini nampaknya aku lebih matang membezakan ilusi, mimpi dan realiti...

ya, aku akui ia hanya hiburan masa lapang.

meresapi dan cuba menjiwai, mungkin ini adalah kelebihanku...

akan tetapi jika ia terlalu, bakal merosak jiwa...

kerana adakala bersikap terlalu serius di dalam hidup ini mengundang padah,

makanya aku memilih untuk santai sahaja...


Pexel

"Kita tahu, bukan kita tak tahu...kita nampak, bukan kita tak nampak...tapi adakala kita lebih memilih untuk menutup mata dan mengabaikan kenyataan kerana ia terlalu menyakitkan...hiduplah dengan santai supaya tidak membebankan jiwa dan hati...dunia terlalu sesak dengan segala jenis kesibukan, hanyut di dalamnya? sama seperti fantasi Alice, nampak indah tapi ia benarnya cuma mimpi dan ilusi yang tiada makna jika kita nampak dunia dan kegilaannya....dunia dan permainan kelakarnya...layannnnnz"

Friday, May 13, 2022

Bahagian 2~~~Cermin 23: "Bantu aku,Hakimi. Aku mahu terus hidup...aku tidak mahu tersekat di sini..." bisik satu suara di telinganya.

Photo by Ylanite Koppens: https://www.pexels.com/photo/close-up-photo-of-flowers-in-the-middle-of-book-page-1831747/

"Hakimi terasa bahang di mukanya. Siapa insan misteri yang Nur maksudkan? Adakah hati Nur sudah dimiliki?"

 Di rumahnya. Di kamar Dr. Hakimi.


Setelah selesai menunaikan solat Isyak, Hakimi berdoa supaya Nur cepat sembuh dan semangatnya kembali semula ke alam realiti. Dia juga memohon diberi petunjuk tentang misteri diri Nur. Dia sangat yakin, mimpinya itu bukan sebarang dan punya maksud yang tersirat. Setelah itu dia melipat sejadah kemudian duduk bersandar di dinding katilnya. Dia kemudian menarik nafas panjang dan menyeluk tangan ke bawah bantalnya. Buku bergaya klasik berwarna coklat tertulis Nur di hadapannya dibelek-belek. Dengan lafaz bismillah dia membuka perlahan buku itu. Mukasurat pertama.

~~~

Untuk harini aku benar-benar kecewa dengan diriku sendiri. Aku mahu berkata-kata jujur kepadanya, lain pula yang aku katakan. Wahai insan misteri, mengapa kau hadir hanya sebentar dan menghilang semula? terlalu banyak kata-kataku yang menyimpang. Kehadiranmu benar2 mengelirukan...

Hakimi terasa bahang di mukanya. Siapa insan misteri yang Nur maksudkan? Adakah hati Nur sudah dimiliki? Dia terus menutup buku tersebut dan cuba beristighfar menahan rasa pedih. Lama dia termenung melayan perasaan sebelum terlena. Di dalam mimpinya...

Di satu pagi. Tepi air terjun. 

"Bantu aku,Hakimi. Aku mahu terus hidup...aku tidak mahu tersekat di sini..." bisik satu suara di telinganya. Mendayu-dayu. Merayu-rayu.  Hakimi yang ketika itu sedang mandi terkejut. Bagaikan angin pantas yang berbisik. Dia cuba memandang sekeliling dengan rasa kaget. Tiada siapapun disitu. Dia menggelengkan kepalanya. Ah,ilusiku mungkin. bisiknya sambil tersenyum. Dia cuba berendam semula. Gembira. Tiba-tiba telinganya menangkap suara seorang perempuan ketawa. 

"Haqq, kamu memang tiada perasaan eh? Hahaha." aku cuba memercikkan air ke badannya. Sakit hati bercampur mahu ketawa. Ini manusia atau bukan ya? bisikku kelakar. 

Hakimi mula melihat sekeliling sekali lagi. Suara siapa itu? Tiada sesiapa disitu. Siapa Haqq? Dia mula bertanya-tanya pelik. Dia membasuh mukanya dan terus duduk di batu berdekatan. Cuba untuk bertenang. Gangguan syaitan ini. 

"Haqq, di dunia sini, adakah kau itu seorang raja?" soalku ingin tahu. Seakan tahu jawapannya, tapi sengaja aku mahu dengar jawapan darinya sendiri. Haqq hanya terdongak memandang langit seakan tidak menghiraukan pertanyaanku. Aku mulai geram. Aku menarik rambut sendiri dengan kedua-dua belah tangan kerana terlalu tertekan dengan lelaki tiada perasaan ini. 

"Wahai batu, kau itu raja atau bukan? " soalku pada batu sebelahnya. Haqq tergelak kecil. Dia faham puteri sedang memerlinya. Haqq hanya memandang batu itu dan meniupnya. Tiba-tiba batu itu berkata-kata. 

"Wahai tuan puteri, daku hanya batu disini. Bukanlah raja seperti yang dimaksudkan. " Aku terkejut dan hampir terjatuh kebelakang. Dunia magis apakah ini?

"Arghh..." Haqq menahanku daripada jatuh. Nasib baik. 

"berat juga..." usik Haqq sambil mengurut-ngurut tangannya kononnya sakit sangat, dia tersenyum sinis. Wajahku kemerahan. Kurang asam betul mamat ni, bisikku geram. 

"Ehem ehem...lain kali jangan sebut perkara sensitif dihadapan seorang perempuan. Tolong hormat sikit ya, kami ni makhluk Tuhan yang lemah." Haqq ketawa besar. Dia hampir terlupa bahawa puteri sangat bijak berkata-kata. 

Hakimi garu kepala. Terasa seperti mendengar drama di radio. Tanpa gambar hanya suara. 

Untuk sejenak, dia terjaga dari tidur dan melihat jam ditangan pukul 4 pagi. Cepat-cepat dia ke tandas mengambil wudhu, terasa sakit kepala bermimpi bukan-bukan. Mainan syaitan sungguh, bisik hati kecilnya. 

*******

Inderaloka, di tepi air terjun. 

Haqq terjaga dari tidur dan terkejut. Dia keliru seketika. Dunia mana ini? Dia memegang wajahnya kerana terlalu terkejut dengan mimpinya tadi. Puteri pula sedang asyik bermain air. Haqq cuba menahan nafas dan bertenang. Dia bermimpi seorang lelaki menyerupainya sedang mandi disini tadi. Siapa dia? Haqq mula berang. Dia terasa seperti dipermainkan. Ada yang sedang cuba memancing ilusinya dan menyelinap jiwanya. Dia mengusap muka dan cuba mengingati mimpi tadi semula. Dia menggelengkan kepala tanda gagal. Arghh. Siapa lelaki yang kononnya cuba menyamar dirinya itu?

"Haqq, kau kenapa? mimpi ngerikah? " tanyaku sambil memandang tepat wajahnya dari jarak dekat. Pelik Haqq ni. Haqq yang baru tersedar dari lamunannya tertolak kebelakang kerana terkejut wajah puteri berdepan wajahnya. 

"Kenapa? " soal Haqq.  Aku ketawa. Taupun takut,hehe...ingat kita nak buat apa hah... bisik hati kecilku. 

"Sengaja. Ingat kau dicekik hantu ke tadi. Jika benar, aku mahu menolong. " usikku sambil ekor mata menjeling Haqq. 

"Lain kali, beri salam dulu. Jangan tiba-tiba begitu. " Haqq membetulkan rambutnya yang terjatuh sedikit di dahi. Cuba mengawal perasaan. Aku hanya menjeling meluat. Akhirnya aku tersenyum juga, terhibur. 

"Bersiap, sekejap lagi sudah gelap." Ujar Haqq ringkas. Aku mengerutkan dahi. Bersiap apa pula ni? Berjalan malamkah? Biar betul. Haqq masih terganggu fikirannya. 

"Bersiap apa yang kau maksudkan? Adakah kita akan berjalan malam-malam buta? Bahaya tahu tak?" Aku cuba menakut-nakutkannya. Takkanlah Haqq sekejam itu. Aku masih lagi berharap. 

"Bersiap untuk malamla maksudku. Malam ini aku mahu ajarkan sesuatu padamu. Kau tidak boleh leka lagi. Kau harus ada ilmu yang cukup untuk hidup di sini. " Aku memandangnya dengan mata bulat. 

"Berapa lama lagi kita akan berada disini? Aku tidak mahu belajar apa-apa. Aku cuma mahu balik ke tempat asalku." Aku masih berdegil dan tidak mahu mendengar kata. Haqq menjeling dan mulakan persiapan malam. Sudah ku agak tiada sebarang jawapan yang akan ku dapat darinya. Sudah lali. Aku juga menjeling tanda meluat dan menyampah dengan sikapnya. 

Tidak pernah habis degilmu wahai puteri,kau tak pernah berubah... bisik hati kecil Haqq. Tak lama selepas itu, dia tersenyum manis. Akan tetapi, perkataan tempat asal itu agak mengguris jiwanya. Entah sampai bila dia harus meyakinkan puteri bahawa disini, Inderaloka adalah tempat asalnya, dunia moden sana adalah persinggahannya sahaja. Dia masih berharap, ingatan puteri akan segera sembuh. Malam ini dia akan mula turunkan sedikit ilmu kepadanya, dia berharap puteri mampu menerimanya. Mata Haqq bersinar tajam, yakin akan firasatnya sendiri. 

Malamnya. 

******

Selesai sahaja makan malam, aku pergi ke air terjun dan bermain air disana. Bulan sedang mengambang. Cantik juga. Terasa bercahaya air disini disirami cahaya bulan. Aku tersenyum. 

"Cantik?" tegur Haqq dari sisi. 

"Hmm." aku cuma mengangguk malas. Terasa semakin bosan duduk di dalam hutan sebegini ditemani manusia dingin sepertinya. 

"Dunia sini cantik, duduk sahajalah disini. " ujar Haqq dan menjuntaikan kakinya ke air. 

"Untuk pengetahuan awak, di dunia sana juga cantik. " balasku sakit hati. 

"Kau takkan dapat kembali ke sana lagi, jadi belajarlah untuk hidup dengan gembira disini..." Haqq tersenyum sinis. Adakah semudah itu aku biarkan puteri tersesat lagi? Hidup di dunia yang entah apa2. Tak selayaknya. Persepsi gelap Haqq kembali menguasai dirinya. Matanya bersinar tajam dan penuh dendam. Aku pula mengeluh. Kenapa susah sangat nak berbincang dengan mamat dingin ni? Kenapa dia susah sangat nak terima yang aku bukan Puteri Cahaya! Asyik2 puteri. Aku Nur! Grrr. 

"Kau tahu cara. Cumanya kau saja enggan bawaku kesana. Kan?" soalku pada Haqq. Aku cuba diplomasi lagi. Sehabis baik. Haqq memuncungkan mulutnya sambil matanya tajam memerhati keindahan bulan purnama. Dia pura2 tidak mengerti. Jarinya sibuk diputar2 sehingga terbentuk pusar air kecil, satu irama unik terbentuk, hasil geseran air dan angin malam. 

"Itu cuma dunia mimpi. Tiada sebarang erti." jawab Haqq tanpa memandang wajahku, masih terpesona melihat bulan sambil ditemani irama merdu bunyi pusar air tadi. Padanya menikmati suasana lebih berfaedah dari melayan soalan2 pelik puteri. 

"Adakalanya aku terasa seperti sini adalah dunia mimpi. Aku sedang bermimpi untuk masuk ke dunia ini. Kalaulah aku boleh balik kesana segera..." aku memicit-micit kepalaku yang mula sakit. Haqq cuma menjelingku dengan ekor matanya. Terfikirkan semua masalah ini, kepalaku tiba-tiba terlalu sakit. 

"Lalu ketika kau berada di dunia sana, mengapa kau selalu terkenangkan sini?" tanya Haqq membidas. Dia semakin meluat dengan perbualan melalut sebegini. Apa istimewa sangat di sana? Tidak habis2. 

"Aku benar-benar tak tahu. Kenapa semua teka-teki ini wujud aku pun tak tahu,Haqq..." suaraku melemah dan semakin melemah. Pandanganku mula berpinar-pinar. Haqq terus meloncat ke dalam air terjun. Haqq berenang ke satu sudut air terjun dan memetik satu daun. Segera dia berenang ke arahku semula dan menyuakan daun itu. 

"Ambil ini, dan kunyah...jangan telan..." aku yang sedang sakit kepala, terus sahaja mengambil daun itu dan melakukan seperti yang dikatakan Haqq. Pahit betul. Aku mencebik. Tak lama selepas itu, Haqq bersuara. 

" Bagaimana, ada perubahan?" soal Haqq lembut. Aku mengangguk. Ajaib juga, sakit kepalaku beransur hilang. Pandangan mataku menjadi jelas semula. 

" Terima kasih...maaf susahkan..." ujarku sambil tersenyum tawar. 

"Kerana itu aku katakan, kau perlukan ilmu untuk hidup disini. Kau perlu segera membiasakan diri disini. Selamat kembali ke tempat asalmu..." Haqq kembali cuba meyakinkanku. Aku menutup muka serasa mahu menangis. 

"Sampai bila?" mataku mula bergenang. Entah kenapa aku tersekat dalam dunia serba pelik dan magis ini. Aku mula terkenang kejadian awal semua benda ini terjadi...Ha! Lelaki misteri itu yang memancing aku supaya kesini. Dimana dia? Aku mengetap bibir geram. Haqq nampaknya tidak tahu tentang lelaki misteri itu. Ilmu sakti kegelapan kononnya dan ilmu magis chipsmore, mana serupa kan? aku bersangka2 dan mencebik mual. Untuk seketika panorama indah cahaya rembulan bagaikan cermin bersinar memukau hatiku. Akhirnya aku tersenyum manis dan cuba menerima Inderaloka ini seadanya. 

"Aku bukan Tuhan untuk menjawab soalan itu. " Haqq menjeling. Benci benar rasa hatinya bila puteri bertanyakan soalan bukan-bukan. Sekalipun dia adalah Raja Kegelapan Inderaloka, dia masih tahu membezakan batas ilmunya. Aku terkejut dengan jawapan tiba2nya itu. 

"Ilmu apa yang aku perlu tahu di sini? " soalku kerana terlalu malas bertegang urat berkenaan dunia sana dan dunia sini berkali2. Nanti kepalaku sakit lagi pula. Haqq tersenyum yakin. Akhirnya, puteri mengalah juga. 

"Ilmu kesaktian." ucap Haqq. Mendatar suaranya. Aku ketawa kecil. 'Mamat ni betul2 kelakarla. Dia ingat aku ni ahli silap mata ke nak buat semua ni?'bisik suara kecilku. 

"Tak perlu jadi ahli silap mata pun untuk belajar ilmu sakti. " jawab Haqq sambil tersenyum menyindir. Eh? dia dengar suara hatiku? aku mula bingung dan mencebik. Terasa hilang privasi pun ada bila ada yang mampu baca suara hati. Hmm. Aku menjeling. 

"Apa yang kau mahu belajar? "soal Haqq sambil tersenyum manis. Aku pura2 memandang ketempat lain. Rasa nak muntah pun ada.  

"Apa namanya ilmu jika kita nak belajar cara2 mengetahui orang yang tidak berperasaan, berfikir?" soalku penuh rasa ingin tahu. 

"Ha? ulang sekali lagi?" balas Haqq. 

"Apa namanya ilmu untuk ajar orang yang tak korek telinga?" soalku bengang. 

"Oh, itu senang aje...korekkan telinga dia. " jawab Haqq selamba. "Sudahla. takda mood nak belajar. Orang serius dia main2 pulak..." aku balas dengan selamba juga sambil memercikkan air. " Baik, cukup, usah main2 lagi. Jika kau tidak mahu memilih, biar aku yang pilihkan. Belajar ilmu sakti jiwa. Ini paling asas sekali. " ujar Haqq yakin. Aku melopong! 

Bersambung...

Photo by Elizaveta Dushechkina: https://www.pexels.com/photo/calm-woman-behind-tree-bark-in-park-3727149/

"Haqq cuba menahan nafas dan bertenang. Dia bermimpi seorang lelaki menyerupainya sedang mandi di sini tadi. Siapa dia? "









Thursday, May 5, 2022

Siri cermin 1-22. Sambungan setelah hampir 8 tahun berlalu...

 

Pexels

"Setelah hampir 8 tahun, aku kembali kedunia cermin ini..."


Siri cermin 


1.

https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/04/cermin-1-persetankan-kertas-ituitu-cuma.html


2. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-2-telah-lama-aku-mencarimu.html


3. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-3-puteri2sifat-degilmu-masih.html


4. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-4-bondaanakanda-mohonayahandaoh.html


5. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-5-puteri-ingatanmu-sebenarnya.html


6. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-6-nurpercayakan-sayaini-semua.html


7. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-7-awak-awak-ke-tu.html


8. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-8-tapiini-benar-bunga-kan.html


9. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-9-ini-jasad-kauini-hati-kauambil.html


10. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-10-wei-nurrr-mane-ko-ha.html


11. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-11-seminit-dua-minit-lima-minit.html


12. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-12-selamat-kembali-tuan-puteri.html


13. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-13-kau-belum-kenal-siapa-akutuan.html


14. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-14-tidakkkkk.html


15. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-15-gelap-empunya-gelapdatanglah.html


16. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-16-mengapa-kau-takut-memandangku.html


17. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-17-bawa-puteri-pulang-haqqnenek.html


18. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-18-biar-mati-jasadku-disini.html


19. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-19-bodoh-seorang-pemimpin.html


20. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-20-dan-haqq-lah-yang-akan.html


21. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-21-kau-pasti-tahu-kesan-ilmu-itu.html


22. https://selendangkuningannur2222.blogspot.com/2022/05/cermin-22-itulah-sedikit-kisah-silamnya.html

Cermin 22: Itulah sedikit kisah silamnya sebelum berguru dengan Sang Petapa...


pexels

"“Aku adalah jin! Hahaha...” usik Haqq dengan suara yang sengaja digaraukan dan dibesarkan ala-ala jin."

“Cahaya, bangun...makanan sudah kusediakan, mari kita makan.” Pujuk Haqq mengejutkanku. Dia kulihat sudah bertukar pakaian, mungkin dia mandi tadi. Wajahnya kelihatan segar sekali.


“Hah? Oh, maaf aku tertidur...panas benar cuaca hari ini...” aku terkial-kial bangun dan membasuh muka di kolam air terjun berdekatan.


“Cantik bunga di rambutmu. Harumnya sampai kesini. Dimana kau petik? Setahuku disini tiada pohon kemboja.” Tanya Haqq ketika kami baru saja habis makan. Pandang mukaku pun tidak. Entah apa-apa perangai, bisikku. Sebenarnya Haqq tahu kisah tadi melalui firasatnya, sengaja dia bertanya padaku. Mahu tahu terperinci apa yang kami bualkan tadi. Dia juga tahu siapa perempuan itu malah dia mengetahui bahawa bunga yang sedang aku pakai itu adalah bunga larangan yang sangat masyhur hikayatnya zaman berzaman. Setiap sesuatu yang terlarang punya harganya, akan tetapi Haqq membiarkan sahaja kerana baginya terlarang itu ibarat kegelapan yang punya cahaya ditengah-tengahnya. Tentu risiko ini sangat sesuai untuk manusia degil seperti wanita kesayangannya. Malah tanpa risiko itu tidak mungkin puteri akan kembali di sisinya semula seperti kini. Ya, setiap sesuatu punya hikmahnya tersendiri.


“Oh, ini ke? Entah, tadi ada seorang perempuan datang dan memberiku. Kenapa kau tanya? Setahuku kau tidak pernah berminat hal-hal remeh seperti ini.” Ujarku spontan sambil bermain air. Adakala aku malas mahu berbual dengan manusia tak berperasaan itu, boleh sakit jiwa jadinya. Apatah lagi di hadapanku kini tergambar satu panorama air terjun yang sangat indah.  


Haqq tiada reaksi sama seperti sangkaanku. Aku tidak pernah jumpa dengan manusia kosong seperti ini. Ah, biarlah malas aku mahu memikirkannya.


Lama kami begitu. Haqq kulihat hanya duduk bertafakur sambil memejamkan mata. Baju persalinan yang diberi Haqq ini benar-benar memudahkan pergerakanku. Sementara Haqq sibuk bermeditasi, aku pula sibuk berlari-lari dan bermain air sambil bergelak tawa. Setelah keletihan, aku duduk bersimpuh disebuah batu bermain air dan bernyanyi. Haqq membuka mata tatkala terdengar suaraku. Wajahnya tenang. Dia tersenyum lalu kenangan lama terimbau diingatannya. Ketika itu puteri masih kecil. Dia pula sudah menjangkau usia remaja. Di waktu itu dia hanyalah seorang anak yatim piatu yang mengembara bebas tanpa tujuan.


Disatu petang yang redup. Taman larangan, Istana Cermin.


“Tuan puteri, tunggu sebentar disini ya? Patik ambilkan bakul di kamar sebentar. Jangan pergi mana-mana ya? Di sini saja tau...” pesan Dayang Delima kepada Puteri Cahaya sambil menggoyangkan jari telunjuk tanda ingatan. Puteri hanya mengangguk dan duduk termenung menongkat dagu di bawah sebatang pohon rimbun. Tiba-tiba seekor rama-rama putih terbang melintas di hadapan matanya. Kerana terlalu teruja puteri terus terlupa janjinya tadi dan dia sibuk mengejar rama-rama itu sehingga ke satu sudut sunyi taman larangan. Tapi malang sekali, rama-rama itu telahpun hilang.


“Delima...oh Delima? mana kamu?” puteri mula kelam-kabut mencari jalan keluar. Kesana kesini akhirnya tiba di tempat yang sama semula. Walaupun sejak dari kecil puteri bermain di sini tetapi susunan taman larangan ini sangat kompleks sehinggakan dia selalu terkeliru. Sememangnya puteri sangat lemah dalam susun atur dan koordinasi. Tanpa diketahui, rupa-rupanya gelagat tuan puteri berada di bawah pandangan Haqq yang sedang duduk tersenyum melihat dari atas pagar taman larangan. Haqq mula berfikir nakal. Dia memetik buah rambutan berdekatan dan membaling perlahan kearah tuan puteri.


“Aduh! Siapakah gerangannya yang membaling buah ini? Siapa???” tuan puteri mula berang dipermainkan sebegitu. Puteri perlahan mengurut belakang bahunya. Sakit benar, rungutnya.


“Aku adalah jin! Hahaha...” usik Haqq dengan suara yang sengaja digaraukan dan dibesarkan ala-ala jin. Dengan perlahan, Haqq terkekek-kekek ketawa sambil menutup mulut takut didengari.


“Hah...jin? wahai jin, di sini kawasan larangan, kamu tidak boleh jejak kesini...beta seru kamu pulanglah...” pujuk puteri tenang sambil berlalu pergi. Puteri masih ingat pesanan ayahandanya bahawa kawal ketenangan hati dan percakapan pabila berhadapan dengan kaum jin dan jangan sekali-kali curahkan api kepada mereka. Haqq pula pelik, puteri tidak takutkah? Terasa tercabar, Haqq mula menjelma menjadi arnab putih yang berlari-lari di sekitar taman larangan untuk mengusiknya. Entah bagaimana tuan puteri sikitpun tidak mempedulikan arnab berupa pelik itu. Seekor arnab yang tidak bertelinga. Ilmu jelmaan  haiwan memang sebegitu, kecacatan pada rupa paras adalah tandanya.


Tuan puteri masih sibuk bermain bunga yang disusun-susun di rumput membentuk corak hati. Adakala puteri ketawa sendiri. Sudah puas arnab itu mencuri pandangannya tapi tetap gagal. Tuan puteri terlalu leka dengan permainan bunganya. Makin lama arnab itu mula bosan dan duduk merenung tuan puteri disebalik rimbunan pohon melur. Begitulah setiap kalinya pabila Haqq merindui puteri. Yang sebenarnya ilmu jelmaan Haqq punya cacat cela. Ia benar menjelma tapi ia juga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Haqq pula tidak tahu tentang ini. Hanya setelah beberapa lama barulah dia mengetahui kecacatan ilmunya itu. Semenjak itu barulah dia berhajat untuk berguru.  Teringatkan ini Haqq hanya tersenyum. Segalanya ini takdir kurniaan tuhan, monolog Haqq di dalam hati.


Itulah sedikit kisah silamnya sebelum berguru dengan Sang Petapa dan seterusnya menjadi Raja Kegelapan Inderaloka.


“Hulk Hogan, kenapa termenung?” tegurku pelik melihat Haqq tersenyum keseorangan seperti orang tak betul pula. Jarang dia begini. Haqq terkejut ditegur begitu tapi seperti biasa dia tetap pandai mengawal reaksinya. Dia tersenyum lembut kepadaku. Matanya bersinar cahaya.


Eh, buang tebiat ke? Bisik hati kecilku. Aku menjeling dan berpaling benci lalu duduk termenung melihat air terjun sana. Cantiknya air terjun ini, bagus juga kalau dapat tinggal disini, bisikku sambil termenung jauh mengadap air terjun itu. Kaki aku juntai dan rendamkan di dalam air. Hatiku senang sekali. Haqq hanya tersenyum menyaksikan tingkahku. Dia kemudian duduk bersandar di bawah pokok. Akhirnya dia terlelap lalu bermimpi.


*****


Hospital.


Dr. Hakimi sudahpun habis kerja. Kini sudah genap tiga hari dia mendapat mimpi itu. Sejak tengahari tadi dia tidak sabar untuk balik dan membuka diari Nur. Sebelum pulang dia sempat melihat perkembangan Nur di bilik hospital. Itulah rutinnya selama sebulan ini.


“Nur, adakah awak Puteri Cahaya yang saya temui dalam mimpi tu?” ujar Dr. Hakimi perlahan di sisi Nur. Dia kemudian mengeluh dan tertunduk sedih. Dia tidak tahu mengapa setiap kali teringatkan mimpinya itu, dia terasa sangat sayup. Wajah puteri di dalam mimpi itu sepertinya menyimpan satu kesedihan yang tidak terluah. Dr. Hakimi mengeluh lagi.


“Nur, awak mesti kuat. Saya akan bantu awak sedaya yang saya mampu. Bertahanlah.” Bisik Dr. Hakimi perlahan di telinga Nur. Suaranya penuh harapan. Selepas itu dia bergegas pulang. Cara dia berjalan seperti sedang berlari anak. Jururawat yang bertugas semuanya berkerut muka melihat perangai pelik Dr. Hakimi. Sejak beberapa hari ini fikirannya begitu kusut memikirkan misteri yang menyelubungi diri Nur. Entah bagaimana kasihnya tertumpah buat Nur sedangkan hatinya sudah lama tertutup buat mana-mana perempuan pun.


“Wei, kenapa Dr. Hakimi tu? Macam laki mati bini je...” ujar salah seorang jururawat disitu. Mereka berborak sesama sendiri.


“Aah kan? Aku rasa dia tu macam tangkap cintan dengan budak koma tu lah...bila aku kira lebih dari tiga kali sehari dia lawat Nur. Selalunya dia tak camni.” Salah seorang dari mereka menambah rasa.


“Tak mungkinlah, tapi kalau Dr. Hakimi jatuh cinta dengan budak tu, aku tak setuju langsung. Dahla budak tu sekolah lagi, ni pun entah hidup entahkan tidak. Takda perkembangan papa pun. Dah nak sebulan kot dia koma. Aku kesian tengok family dia, kadang aku fikirlah kan, ada eloknya Nur tu mati je...aku yang tiap-tiap hari mekap pun Dr. Hakimi buat dek je, dia yang muka pucat tu pulak Dr. Hakimi pandang. Ntah apa-apa...mungkin si Nur tu pakai ilmu kot. Lain macam je aku tengok muka dia. Seram semacam.” ujar Zia yang merupakan salah seorang jururawat tercantik di hospital ini. Dek kerana kecantikannya, kata-katanya agak berpengaruh di kalangan jururawat dan doktor.


“Aah, aku pun seram tengok muka dia. Ada iras-iras hantu! Eee...” Salah seorang jururawat menambah. Yang lain hanya mengangguk setuju. Ada juga yang hanya menjadi tukang gelak.


“Aku ni korang tahu, kalau bertugas waktu malam, tak berani langsung nak masuk bilik dia tau...seriau. Aku rasa perempuan tu ada pasang hantu raya kot!” ujar Zia lagi sengaja merancakkan rutin gosip petang. Itulah makanan mereka sehari-hari. Bercerita tentang manusia lain tanpa henti.


“Isy ko ni Zia, tak elok cakap camtu, kalau Dr. Hakimi dengar habislah jatuh saham kau sebagai nurse champion kat sini. Kau kena hati-hati, doktor kan dah angau dengan budak tu, melepaslah kau nanti, hahaha.” Usik Zaza yang merupakan rakan baik Zia.


Selepas itu mereka semua bergelak tawa sesama sendiri. Mereka sengaja mengusik Zia. Mereka sudah sedia tahu yang Zia adalah kipas susah mati Dr. Hakimi. Zia yang mendengar hanya mencebik benci. Hatinya mula menyimpan hasad terhadap Nur.


“Apa yang gembira sangat ni?” tiba-tiba Dr. Hakimi muncul. Sebenarnya dia tertinggal telefon bimbit di dalam bilik wad Nur. Ketika dia bergegas menuju ke bilik Nur, dia terdengar nama Nur disebut-sebut jururawat disini. Sengaja dia menyinggah.


“Err, takda apa doktor. Si Zia ni ha, dia kata kesian sangat kat Nur. Bilalah agaknya dia nak sembuh ya...” ujar Zaza sengaja memberi kredit kepada rakan baiknya itu. Zia pula pura-pura mengangguk manja. Dia tersenyum manis memandang Dr. Hakimi. Matanya yang sengaja dipasang bulu mata palsu melentik itu terkelip-kelip. Dr. Hakimi yang memang dikenali sebagai doktor tak berperasaan itu terus meluru ke bilik Nur tanpa sebarang reaksi. Zia menjeling melihat tingkah doktor pujaannya itu.



‘Nur, aku doa kau cepat mati!’  bisik Zia di dalam hati. Wajahnya masam mencuka. Tanpa disedari, dia mula menyimpan dendam. Sememangnya sejak Nur didaftarkan sebagai pesakit disini, dia tidak berapa suka melihat wajah Nur. Seolah dia dan Nur punya dendam lama.


******


Di rumahnya. Di kamar Dr. Hakimi.


Setelah selesai menunaikan solat Isyak, Hakimi berdoa supaya Nur cepat sembuh dan semangatnya kembali semula ke alam realiti. Dia juga memohon diberi petunjuk tentang misteri diri Nur. Dia sangat yakin, mimpinya itu bukan sebarang dan punya maksud yang tersirat. Setelah itu dia melipat sejadah kemudian duduk bersandar di dinding katilnya. Dia kemudian menarik nafas panjang dan menyeluk tangan ke bawah bantalnya. Buku bergaya klasik berwarna coklat tertulis Nur di hadapannya dibelek-belek. Dengan lafaz bismillah dia membuka perlahan buku itu. Mukasurat pertama.


bersambung...


pexels

"Tuan puteri masih sibuk bermain bunga yang disusun-susun di rumput membentuk corak hati. Adakala puteri ketawa sendiri. Sudah puas arnab itu mencuri pandangannya tapi tetap gagal. Tuan puteri terlalu leka dengan permainan bunganya. Makin lama arnab itu mula bosan dan duduk merenung tuan puteri disebalik rimbunan pohon melur. Begitulah setiap kalinya pabila Haqq merindui puteri. "



Cermin 21: “Kau pasti tahu kesan ilmu itu kepada jiwamu. Mampukah kau, Haqq?”

 

pixabay

"Kata gurunya, keduanya perlu demi menjaga keamanan bumi bertuah nusantara ini."

Inderaloka. Pagi yang cerah. 


Subuh lagi aku telah terjaga. Aku lihat Haqq masih tidur. Jadinya aku berbuat keputusan untuk mandi dan menyegarkan diri. Aku perlu cepat sebelum dia tersedar dari tidur jika tidak segan aku nanti. Selepas bersiap, aku menyisir rambutku menggunakan tangan dan ketika itu Haqq telahpun terjaga dari tidur. Untuk beberapa lama, dia duduk termenung melihatku. Mamai mungkin?


“Aku mahu pulang kedunia nyata. Hantar?” itulah ayat pertamaku pada Haqq pagi ini. Haqq masih tepat memandangku. Wajahnya tiada perasaan. 


“Haqq, kau dengar atau tidak permintaanku?” ujarku lagi. Sakit pula hati aku melihat Haqq seperti patung hidup sebegitu. 


“Inilah nyatamu.” Itu saja jawapannya. Dia kemudian bergegas mandi dan bersiap sediakan sarapan pagi buat kami. Aku melihat sahaja. Malas untuk membantu. Aku mahu pulang. Itu sahaja yang ada di dalam hatiku sekarang. Dunia apa ini? Dengan pakaian yang ala-ala tuan puteri ini. Adakala aku jadi terlalu rimas. Aku mahu jeans. Aku mahu t-shirt ringkas. Bukan kain yang membataskan pergerakanku seperti ini. Dengan sanggul bagai. Aku Nur, bukan Cahaya! Oh Tuhan.


“Ini bukan nyataku. Aku pasti. Di dunia sana aku punya ibu dan ayah. Punya kakak, adik dan abang. Aku rindukan mereka semua, pulangkan aku Haqq? Aku benar tidak mengerti kenapa aku sampai boleh kesini.” Rayuku. Haqq yang sedang sibuk hanya berdiam diri. Wajahnya tenang. 


“Dimana pun kau berada, setiapnya pasti punya tujuan.” Untuk seberapa lama baru Haqq bersuara. Aku memandangnya pelik. Aku mengeluh perlahan.


“Maksudmu? Maka beritahuku apa tujuanku di Inderaloka ini?” Haqq berdiam diri lagi. Aku mula geram. Aku berdiri di hadapannya dan memegang bahunya. Haqq hanya menjeling dan berpaling muka.


“Haqq, jawablah!” aku goncangkan bahunya. Haqq menolak tanganku perlahan dan dia masih terus bersiap. Aku terus-terusan  mengacau urusannya. 


“Kenapa mesti pulang kedunia sana? ada apa yang istimewa?” akhirnya Haqq membalas rungutanku dengan sebuah pertanyaan. Entah kenapa, Haqq terasa hatinya seperti ada satu kebencian pabila puteri menyebut dunia sana. 


“Bukankah sana tempat asalku?” soalku pada Haqq. Haqq menjeling lagi. Kenapa dia ini?


“Sini asalmu, sana persinggahanmu.” Jawab Haqq ringkas. Dia duduk sambil menyuakan aku bubur nasi dan air kopi sebagai sarapan pagi. Entah darimana dia dapatkan semua ini, aku pun tidak pasti. Aku duduk disebelahnya sambil menyuapkan sarapan pagi. Entah kenapa, airmataku mengalir kerana terlalu merindui dunia sana. 


“Kenapa menangis?” soal Haqq sambil menyuap bubur nasi tanpa sebarang perasaan. 


“Aku rindukan dunia sana...entah bagaimana mereka semua tanpa kehadiranku...” jawabku lemah sambil mengelap airmata yang menitis. Hatiku sebak.


“Berhenti menangis, setiap sesuatu berlaku dengan kadarnya.” Balas Haqq selamba. Aku memandang mukanya dan mencebik kuat. Letih bercakap dengan manusia tak berperasaan. Aku teruskan makan. Terasa lapar pula. Aku makan sambil menangis teresak-esak. Haqq pula makan dengan berselera sekali.


“Nangis pun habis juga bubur ini ya...” seloroh Haqq sambil mengambil bekas di tanganku dan membersihkan di sungai sana. Naik merah wajahku diperli sebegitu. 


‘Mestilah habis, lapar...’ bisikku di dalam hati. Segan ditegur sebegitu. 


“Bersiap, kita gerak.” Arah Haqq. 


“Gerak kemana? Untuk apa? Dan kenapa hanya kita berdua? sudah lama aku ingin menanyakan benda ini padamu, Haqq...” Ya, inilah waktu yang aku tunggu-tunggu. 


“Di bibirmu ada sisa nasi tadi...” ujar Haqq sambil tersenyum.


“Hah?” aku terus berlari kesungai. Kurang asam! Lain aku tanya, lain pula dia jawab. Haqq hanya tergelak kecil melihat gelagatku. Malas mahu bertanya lagi, selepas itu kami pun memulakan perjalanan kepuncak gunung ini. 


******

Inderaloka. Di sebuah pondok. Seorang lelaki separuh usia sedang duduk berzikir. 


“Benar Haqq, aku telah kembali dari pertapaanku.” Lelaki itu bercakap sendirian dengan menutup mata. Jari telunjuknya menyentuh lantai dan dia pusingkan perlahan beberapa kali dengan mengikut arah jam. Serentak dengan itu, angin dihadapan pondok itu turut berputar membentuk puting beliung yang kecil.


“Bila ketenangan sejati ditemui, alam dan diri bergerak selari, dengan kehendak Yang Maha Abadi, segala yang terjadi semua di bawah kawalan hati.” Pawana menyebut perlahan pesanan gurunya, Sang Petapa. 


Setelah beberapa ketika, Pawana duduk bersandar di beranda dan termenung melihat anak sungai di tepi pondoknya. Sudah sepurnama dia disini. Tempohari, kerana kasihan kepada Puteri Cahaya dia menyuakan air kristal dengan niat membantu puteri. Dia sedia tahu seksaan Haqq terhadap puteri, maka baginya tidur dan bermimpi panjang adalah ubat terbaik. Untuk mengeluarkan puteri dari situ, dia masih belum mampu. Ilmu sakti kegelapan milik Haqq masih gagal dia tembusi. Dan dia juga sangat pasti, sesiapa pun di Inderaloka ini tidak mampu mengeluarkan mana-mana pun tawanan di Istana Gerhana.


Dahulu, Ilmu sakti cahaya diturunkan padanya manakala ilmu sakti kegelapan diberi pada Haqq. Kata gurunya, keduanya perlu demi menjaga keamanan bumi bertuah nusantara ini. Walaupun dia tidak setuju tentang ilmu yang diajarkan pada Haqq, tetapi dia tidak berani membantah keputusan gurunya. Ini kerana, baginya ilmu kegelapan terlalu bahaya untuk dipelajari, jika disalahguna boleh membawa kepada kesesatan yang nyata. Kata gurunya lagi, walaupun tujuannya satu, jalan perlu berpisah kiri dan kanan, baru timbangannya sekata. Setiap satu punya fungsi masing-masing sama seperti malam dan siang, tanpa salah satunya, bumi akan hancur. Walaupun diakhir nanti timbul pertembungan jalan kiri dan kanan, tetapi itu cuma satu jalan cerita untuk memberi pengertian sejati buat jiwa para pendukungnya. Salah jika hitam tak gelap, salah juga jika putih tak terang. Itulah perlambangan yang diberi gurunya. 


Dan kini, Haqq memerintah Inderaloka Bawah, sedangkan dia cuma seorang pengembara bebas. Dia hanya akan keluar bertarung bila nusantara di dalam bahaya saja. Selain dari itu dia lebih suka bersendirian mengingati Sang Pencipta. Dia tidak berkehendakkan kekayaan, baginya itu semua perosak jiwa. Dia lebih suka zuhud seadanya saja. Tapi berlainan pula dengan adik seperguruannya, Haqq. Baginya kekayaan dan kekuasaan perlu demi mencapai tujuan. Manusia yang bodoh hanya layak menjadi hamba kerana ilmu itu kuasa, kejahilan itu sengsara.  Dia lalu teringat perbualannya dulu bersama Haqq.


“Aku tidak suka ilmumu. Bagiku itu sesat. Terlalu penuh dengan samar dan tipudaya. Aku tidak mengerti mengapa guru mesti mengajarkan ilmu itu kepadamu.” Bantah Pawana.


“Setiap dari kita punya tempat masing-masing, abangku Pawana.” Jawab Haqq tenang. 


“Kau pasti tahu kesan ilmu itu kepada jiwamu. Mampukah kau, Haqq?”


“Aku terima seadanya.”


“Kerana terlalu kasihkan dirimulah aku berkata sebegini. Lepaskan ilmu itu Haqq, jika tidak mungkin kelak kita kan bermusuhan.”


“Guru pernah berpesan, kebencian antara kita itu satu pertembungan yang pasti. Tanpa itu bumi tidakkan seimbang.”


“Darah dan airmata bukan mainan, Haqq!”


“Jika itu pertaruhannya demi sebuah jiwa suci, aku akan lakukan.”


“Apa saja yang kau mengerti tentang kesucian? Kegelapan menolak kesucian!”


“Kau berkata tanpa asas, abangku.”


“Sehingga kemati, aku akan pertahankan pendirianku ini, jika kau tidak mahu berundur, satu hari nanti kita akan bertemu semula untuk sebuah perhitungan. Ini sumpahku.”


“Teruskan jika itu maumu wahai abangku, Pawana.” 


Pawana terjaga dari lamunan pabila kucing belaannya, Supi mengusap kakinya. Dia tersenyum hambar.

“Ingatlah, kamu berdua itu cermin antara satu sama lain.” Pesan gurunya. Pawana mengeluh perlahan 

bila teringat kata-kata ini. Sehingga kini dia masih gagal menerimanya.


******

Inderaloka, ditepi air terjun.


Hari sudah menjengah tengahari dan aku mula letih berjalan. Cuaca pula makin panas. Haqq masih gagah berjalan mendaki gunung ini. Aku yang berjalan lenggang kangkung tanpa sebarang bungkusan ini pun sudah mengah, sedangkan Haqq yang memikul bungkusan yang entah apa isinya masih cergas aku lihat. Aku menggeleng sambil beralasan di dalam hati mungkin kain ini membataskan langkahku.


“Haqq, berhenti sebentar, kakiku letih.” Ujarku setelah beberapa lama berdiam kerana menyimpan tenaga untuk pendakian. Aku memegang dahan pokok berdekatan dan mula menarik nafas panjang.


“Memang kita akan berhenti disini sebentar. Ambil ini, tukar pakaianmu supaya lebih mudah pergerakan. Hari pun sudah meninggi. Aku mahu mencari sesuatu, lakukanlah keperluanmu.” Jawab Haqq ringkas. Dia memang begitu, terlalu diam sehingga suasana sangat suram kurasakan. Dia hanya berkata-kata bila perlu sahaja. Selain dari itu dia lebih suka berdiam diri.


Aku sambut huluran persalinan itu dan ucapkan terima kasih. Hmm, ambil berat juga ya dia padaku? Aku lihat Haqq berjalan masuk ke dalam hutan, tidak pula aku bertanyakan kemana dia pergi dan mencari apa. Aku pun punya urusan sendiri. Aku berjalan menuju air terjun untuk menyegarkan diri. Dek kerana terlalu gembira kerana telah lama tidak mandi di air terjun, aku mula menyelam lama. Ketika aku bangun kepermukaan terkejut aku bila melihat seorang wanita sedang duduk menangis dibatu berdekatan. Wajahnya tidak kelihatan, tangisannya saja yang sayup kedengaran. Aku kaget dan memandang sekelilingku.


“Hanya kerana sekuntum bunga, ayahanda sanggup mengasingkan beta sehingga kegunung ini....untuk apa disini? Oh tuhannnn....” tangisan wanita itu makin kuat. Suaranya mendayu-dayu. Pakaian dan perhiasannya sama sepertiku. Aku kerut dahi. Siapa wanita ini?  Aku cepat menyarung persalinan yang diberi Haqq tadi dan berusaha melangkah semua batu di sini untuk mendekati wanita itu.


“Err..maafkan hamba jika bertanya, siapakah tuan hamba dan mengapa menangis keseorangan disini?” aku cuba menyentuh bahu wanita itu tetapi yang peliknya pabila aku hampir menyentuh saja wanita itu ghaib. Aku sedang bermimpikah? Aku usap mataku berkali-kali.


“Bunga itu rahsia diriku, Nur...tanpa harumannya aku akan mati...” suara wanita itu kedengaran dari belakangku pula. Serta-merta aku berpaling kebelakang dan kulihat wanita itu sedang duduk bersimpuh. Wajahnya sayup memandang air terjun sana seperti ada sesuatu yang sedang dikenangkan. Aku terpinga-pinga, bukankah tadi wanita ini menangis?


“Bukankah hidupnya kita pada nafas?” aku beranikan diri untuk berbual dengan wanita misteri itu. Jika benar tekaanku, melihat susuk tubuhnya dan pandangan matanya dia mungkin sebaya denganku. Tapi, bagaimana dia kenal namaku ya? Pelik. Separuh wajahnya pula ditutupi dengan kain seakan jaring halus berwarna kuning. Oh, wanita ini sangat misteri.


“Nafasku pada haruman bunga, nadiku pada semangat mereka...mereka itu aku, aku itu mereka...” ujar wanita itu lembut. Sebelah tangannya ditadahkan kelangit dan entah bagaimana berbagai jenis bunga menghujani dirinya. Sehingga batu tempat duduknya penuh dengan bunga-bungaan yang sangat harum.

“Tetapi bunga akan layu dengan cepat sekali...” balasku pelik.


“Layu bunga itu janji yang pasti, bila tiba masanya nanti setiap dari kita pasti pergi menghadap Ilahi.”


“Err..tapi kita adalah manusia dan kita bukan bunga.”


“Alam itu ada di dalam diri, Nur...kerana dirimu penuh alam lah kau berada disini...tujuanmu satu untuk mengenali asal usulmu sendiri...”


“Bagaimana kau kenal diriku? Dan siapakah kamu?”


“Ambil kemboja putih ini, simpan dengan cermat, ini akan memimpinmu tentang siapa aku, siapa dirimu dan siapa sebenarnya kita...”


“Baiklah, tapi maaf kerana kurisau bunga ini akan layu sebentar saja lagi. Layu bunga itu janji yang pasti bukan?”


“Ini bukan sebarang kemboja Nur, inilah sebabnya aku digunung ini. Bunga ini satunya bunga yang tidak pernah layu jika kau mahu tahu. Usianya panjang. Semangatku telah terkunci di dalamnya, kerana itulah ia sentiasa subur dan mekar tanpa henti. Kerana ini jugalah aku belum lagi mati. Ia satu hukuman yang  sangat menyakitkan...”


“ Hah? Maksudmu?”


“Ah lupakan, ingat pesanku, jaga bunga ini sama seperti kau menjaga nyawamu sendiri, untuk setiap malam hidulah harumannya sebelum kau tidur, ia punya ubat untuk jiwamu...aku tahu kau terseksa disini...”


“Oh, terima kasih...”



“Izinkan aku pergi...kelak kita kan bertemu kembali untuk melerai sumpahan sang dewi...aku akan setia merinduimu, Nur...” wanita itu meniup angin kearahku dan tiba-tiba aku tersedar. 


Rupa-rupanya aku masih berendam. Aku bingkas menyarungkan pakaian dan berehat di bawah pokok sana. Sedang aku  berehat, kemboja putih tadi teruntai jatuh dihadapanku. Ah, aku sudah lali dengan segala keajaiban di Inderaloka ini. Aku lalu mengambil bunga itu dan menyelitkan ditelinga. Rambut kubiarkan lepas sahaja. Lagipun masih basah, tak elok bersanggul. Kerana terlalu panas, aku pun tertidur untuk beberapa ketika.

pixels
"Izinkan aku pergi...kelak kita kan bertemu kembali untuk melerai sumpahan sang dewi...aku akan setia merinduimu, Nur...” wanita itu meniup angin kearahku dan tiba-tiba aku tersedar. "

Cermin 20: dan Haqq lah yang akan memimpin jalanku disini...

pexels

“Jika tersurat kita begini, selama-lamanya kita menjadi pengkhianat cinta...lalu mengapa mesti memuja sesuatu yang seperti ini?”


Di dalam mimpiku.



Aku sedang berterbangan bebas dengan memakai busana sutera  merah bersari keemasan. Aku berterbangan dari satu gunung kesatu gunung yang lain. Aku sungguh gembira. Adakala aku akan berhenti diatas pokok yang paling tinggi untuk berehat dan memakan buah yang telah aku petik. Sedang aku berehat diatas satu pokok tiba-tiba tanganku dipegang.


“Mari...kita kesana...” tegur seorang lelaki segak yang juga memakai persalinan yang sama tetapi lebih menampakkan gaya kelakian. Entah kenapa, aku hanya mengikut pujukan seolah aku sememangnya sudah lama mengenali lelaki ini. Ada rasa senang di dalam hatiku bila bersama dengannya.


Lama kami berterbangan dari satu tempat kesatu tempat yang lain dan kadangkala jauh tinggi merentasi lautan. Burung yang berterbangan juga kami permainkan. Jauh kami mengembara. Akhirnya kami tiba disatu kawasan rumput yang lapang. Kami mendarat di tengah-tengah kawasan itu. Hari sudahpun malam. Kami berdua berbaringan diatas rumput hijau dan  ketawa bersama bercerita tentang pengalaman bermain angin siang tadi. Lama kami begitu, rancak bercerita sehingga kesatu saat kami berdua kehabisan cerita. Kami senyap. Hatiku mula berdebar.


“Cantik bulan malam ini..” ujar lelaki itu lembut.

“Ya..cantik...bintang yang mengiringi juga indah...” jawabku. Entah kenapa jiwaku bergetar.

“Telah lama aku menanti kepulanganmu Nian...”

“Aku punya urusan didunia sana wahai Arjuna...”

“Ya..setiap dari kita punya urusan...tapi kemanapun kita akan tetap bersama...”

“Arjuna, cuba kau lihat sana..bulan itu seolah tersenyum melihat kita kan?”

“Begitulah aku dan dirimu...sekalipun bintang tersorok dari kelihatan, tapi sebenarnya ia tetap ada mengiringi bulan...kemanapun dikau, semangatku ada untuk menemani jiwamu Nian...kerana kau itu belahan jiwaku..”

“Manis ya kata-katamu? Lebih manis dari buah yang kumakan siang tadi...haha”

“Tapi tidak semanis wajahmu sayang...”

“Ya, aku suka candamu.”

“Tentang ini aku tidak pernah bercanda.”

“Jika tersurat kita begini, selama-lamanya kita menjadi pengkhianat cinta...lalu mengapa mesti memuja sesuatu yang seperti ini?”

“Mana kau tahu?”

“Aku pasti kau sudahpun tahu hakikat ini.”

“Jiwaku cuma satu...jasadku saja yang beribu...wajahku pula setiap kali pasti seiras dengan yang kau  sedia tahu...mengapa kau masih tidak mengerti wahai sayangku?”

“Lalu mengapa perasaan cemburu itu masih perlu wujud?”

“Cemburu itu tandanya kau sayang padaku...”

“Permainan ini bagiku satu kebodohan.”

“Sudahlah...tidurlah lenakan jiwamu, kau tidur disini pasti kau bangkit disana...kelak kita pasti bertemu kembali...kerana kusedar ini cuma mimpimu...kembalilah kesana wahai Nian, selesaikan urusanmu...tetapi ingatlah pesananku bahawa sampai bilapun kita itu tetap satu biarpun aku cuma si pari-pari yang melindungi dirimu...”

Aku lalu terjaga dari tidur.


******

Di dunia penuh cermin. Di dalam kegelapan, yang wujud cuma cahaya putih berkilau yang terpancar daripada jasad Haqq.

Sebaik saja aku buka mata, aku terpandang Haqq. Terus aku menjerit ketakutan. Bagaimana dia boleh berada disini?

“Buat apa kau disini, pengecut?!” aku mula mengemaskan bajuku dan membetulkan rambutku yang kusut.

“Aku perlu mengejutkanmu puteri...berhenti memanggilku pengecut...dimana budi bahasamu...” bicara Haqq lembut tapi dengan suara penuh tegas. Pandangan matanya tepat kepadaku. Marah mungkin. Aku buat tidak tahu sahaja.

“Inilah budi bahasaku untuk pengecut sepertimu. Huh!” aku mula memandang cermin dan mengelap darah yang tersisa dihujung bibirku.

“Kau mahu ke aku tinggalkanmu disini?hmm?” Haqq pula mendekatiku dan berdiri memandangku dicermin dengan wajah sakit hati.

“Maksudmu?” Aku memandangnya pelik.

“Disini cuma mimpimu..” jawab Haqq sambil tersenyum sinis dihujung bibir.

“Mimpi? Jadi yang mana realitiku?”aku tidak peduli senyumannya, aku cuma mahu tahu kebenaran semua ini. Asyik mimpi sahaja, jadinya siapa aku ini?

“Sudahlah...sudah kuagak akalmu sukar menjejak...hehe...” kali ini Haqq tergelak kecil. Kelakar mungkin mengenakanku?

“Kau gelak?”aku mula menyampah melihat pengecut ini bergelak tawa pula.

“Sudah, mari kesini, pegang tanganku...” Haqq cuba mencapai tanganku. Dibibirnya masih tersisa senyuman.

“Tak mahu!”aku cepat-cepat tarik tanganku kembali. Mengapa aku mesti mengikut kata-kata pengecut ini? Ah, tak mungkin. Dalam aku mengelamun tiba-tiba tanganku ditarik.


“Oh, bagaimana ku boleh terlupa kau seorang yang degil ya...?” Haqq pantas menggengam tanganku kuat sambil memejamkan mata dan terus membaca mantera untuk kembali keinderaloka semula ditepi sungai tadi.


 ******



Inderaloka. Di tepi sungai ditepi unggun api. Hari sudahpun malam.


“Kenapa bawaku kesini?” tanyaku kepada Haqq. Wajahku sinis bercampur bengang. Semenjak dari senja tadi Haqq hanya mendiamkan diri. Bertafakur mungkin. Entah.


Haqq tidak menjawab. Matanya masih terpejam sambil duduk seakan bertafakur. Ikan bakar yang diberikan Haqq tadi masih belum aku habisi. Fikiranku sibuk berfikir mengapa Haqq dan aku disini? Mengapa tidak diistana gerhana? Dan buat apa kami berdua saja di hutan tebal begini? Seolah pelarian pula. Jangan sekali pun dia berani berbuat buruk padaku jika dia tidak mahu aku cincang badannya sehingga lumat. Walaupun aku tidak tahu memasak tapi setakat daging aku pernah belajar bagaimana melumatkannya. Sedang aku berkhayal, ikan bakar itu aku carikkan kasar dan membayangkan itu adalah sus                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              k di hadapanku kini.


“Hulk Hogan, jawablah!” jeritku kecil. Aku mulai geram. Diam sahaja dari tadi. Sakit mulut ke?


“Hmm..” jawab Haqq ringkas. Nada suaranya malas. Matanya sudah dibukakan. Pandangan matanya tenang. Walaupun begitu, aku tetap menyampah dengannya.


“Hmm, hmm...orang tanya lain, lain pula dijawabnya...!” aku mengambil kayu dan aku masukkan bagi menambah marak unggun. Sejuk benar malam ini. Sambil itu aku menyuap gelojoh ikan bakar tadi. Lapar pula.


“Siapakah kamu wahai puteri?” Haqq mula bersuara.


“Hah?” jawabku terkejut. Hampir tercekik ikan aku jadinya. Dia menculikku selepas itu baru dia berhajat mahu tahu siapa aku?


“Perkenalkan dirimu..” sengaja soalan itu dilemparkan Haqq kerana dia  mahu menguji berapa kuat ingatan puteri terhadapnya. Nada suaranya serius.


“Entah. Aku pun tidak tahu...didunia sana mereka memanggilku Nur...disini aku digelar Puteri Cahaya...kenapa bertanya?”


“Kau kenal siapa diriku?”


“Kan tempohari kau kata namamu Haqq?”


“Selain dari itu, apa yang kau tahu tentangku?”


“Seorang pengecut yang bertopeng.”


“Puteriiii...”


“Ya. Kenapa?”


“Kali ini jujur, kau rasa siapa aku?”


“Si pengecut bertopeng yang menyeksa manusia sesuka hati, tiada hati perut, ego, sombong, bongkak, berhati dingin, takut diperli, dipendekkan cerita Haqq adalah seorang manusia yang merasakan dirinya bagus dan benar dalam semua hal. Puas hati?”


“Menyeksa itu... satu keperluan...jiwa yang kotor tak patut dimanja dengan nikmat.”


“Keperluan? Aku rasa akalmu sudah mereng, Haqq...mana pernah seksaan menjadi satu keperluan manusia? dan mana kau tahu jiwa mereka itu kotor? kau bukannya Tuhan!”     

                                                                                                                                            

“Ini benar. Tuhan pun mengerti.”


“Haqq,mari...”


“Kenapa?”


“Amik niii...sedap?”


“Kenapa mencubit tak tentu pasal ni?”


“Keperluan!”


“Keperluan apa? aku tak bersalah padamu.”


“Ini benar. Tuhan pun mengerti. Jiwa yang kotor tak patut dimanja dengan nikmat, tahu?” perliku. Aku bulatkan mata memandangnya. Yang peliknya wajahnya tetap tenang. Kemudian aku menjolok-jolok unggun api kearahnya. Sengaja. Dia pula masih berwajah selamba. Sikitpun dia tidak mengelak. Makin sakit hati aku jadinya. Pernah juga aku terfikir untuk mencekik lelaki ini sehingga mati, tapi bila memikirkan nanti hanya aku seorang disini bersama mayatnya, aku terus seram. Nasib baik kau Haqq!


“Sudahlah, malam sudahpun lanjut, tidurlah wahai puteri...esok kita punya perjalanan panjang, terlalu banyak perkara aku perlu ajarkan padamu...” Haqq beralah. Suaranya lembut. Tapi aku dapat lihat senyuman halus dibibirnya. Entah kenapa. Sebenarnya hati Haqq berbunga dapat kembali berbicara berdua dengan Puteri Cahaya setelah berpuluh-puluh tahun dia menanti kepulangannya. Aku pula tidak tahu tentang ini.


“Memang dasar pengecut. Huh!” aku mula menjarakkan diri dan berbaring diatas kain alas yang disediakan Haqq untukku tidur. Panas hatiku. Cukuplah buat aku tidak kesejukan malam ini. Aku menjeling sambil memusingkan badan membelakanginya. Haqq pula masih bersila bertafakur. Wajahnya tenang. Tidur dalam keadaan duduk mungkin? Entah aku tak mahu peduli dengan pengecut seperti itu. Elok terbakar sekali dengan unggun tu lagi bagus, bisikku.


‘Kau memang cermin yang jujur, Puteri...benar aku seorang pengecut, tapi denganmu saja.’ Bisik Haqq di dalam hati. Walaupun wajahnya serius tapi sebenar hatinya gembira. 


******



Di dunia realiti. Di dalam pejabat Dr. Hakimi.


Dr. Hakimi mempersilakan Rin untuk duduk.

“Hmm...sekarang boleh beritahu saya, apa kegemaran Nur?” soal Dr. Hakimi kepada Rin. Wajah Rin pucat. Ini kali pertama dia disoal doktor.


“Err...Nur suka berpuisi doktor...”


“Jika tak keberatan boleh kongsikan dengan saya? mungkin semua ni boleh membantu?”


“Saya tak berapa ingatla doktor...tapi nanti saya bagikan satu puisi pelik yang pernah Nur tulis...”


“Okey...saya tunggu...emm..beberapa minggu sebelum kejadian, ada apa-apa yang Nur pernah bualkan dengan awak? Maksud saya...sesuatu yang lain daripada wataknya yang biasa...?”


“Oh, ada...satu petang tu di tepi tasik, Nur pernah mengadu pada saya...”


“Mengadu apa?”


“Dia kata...dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan...lebih kurang macam tulah ayat Nur...dan sebenarnya, err...”


“Sebenarnya?”


“Nur seorang yang suka bersendiri dan selalu bercakap sorang-sorang...dia hanya berkata-kata bila perlu saja.”


“Benar?tahu dia bercakap dengan siapa?”


“Emm...saya pernah terdengar dia berborak dengan seseorang ditepi tasik...dia juga pernah beritahu saya tentang konsep maya ke ilusi, entah saya tak berapa ingat...dia kata pernah jumpa seorang lelaki yang selalu hadir di dalam ilusinya...tapi nama lelaki tu dia sendiri tak tahu...dia kata macam dah lama kenal dengan lelaki tu...”


“Lelaki...hmm, ada tak apa-apa perbuatan Nur yang memelikkan awak?”


“Ada! Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”


“Oh?”


“Ya...dan dia sangat suka pergi tasik...saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...macam orang kena rasuk pun ada saya tengok, eee seram!”


“Selalunya waktu bila dia pergi tasik tu?”


“Selalu lepas kelas, pukul 5 petang keatas...kadang dia lepak sampai maghrib, saya selalu je nasihat dia...tapi dia degil...tak pergi sehari, dia kata rindu..”


“Hmm...takpelah Cik Rin, saya rasa cukup setakat ni...biar saya berfikir dahulu...err, jangan lupa kongsikan puisi Nur tu ya?”


“Oh,okey doktor...”


Rin pun keluar dari pejabat Dr. Hakimi. Untuk beberapa minit Dr. Hakimi asyik termenung sehinggalah telefon bimbitnya berbunyi dan dia bergegas untuk pulang.


******


Di dalam rumah Dr. Hakimi. Di kamarnya.

Dr. Hakimi berbaring sambil membaca buku novel misteri kegemarannya, Topeng. Tidak sampai setengah jam pun dia telah meletakkan novel itu ditepi dan mula berfikir tentang perbualannya siang tadi bersama Rin. Kebelakangan ini, kisah Nur selalu menganggu tumpuannya untuk melakukan aktiviti harian. Dia menyilangkan tangannya ke dahi dan cuba menutup mata.


“Dia letih, dia nak balik sana, dia rindukan Tuhan..”


“Tak pergi sehari, dia kata rindu...”


“Saya tanya kenapa, dia tersasul jawab, ada benda nak dikenangkan...”


“Banyak kali jugak dia macam tak sedar apa benda yang dia cakapkan...”


“Dia pernah ketuk-ketuk cermin, macam ketuk pintu?”


Semua kata-kata Rin terngiang-ngiang kembali dibenaknya. Entah kenapa dia sukakan teka-teki ini.

‘Nur...saya akan bantu awak.’ tekad hati kecilnya. Dia mengambil diari dibawah bantalnya dan memeluknya erat.  Dia langsung teringat mimpi malam semalam.


Di dalam mimpinya.


Di sebuah hutan di waktu gelap malam. Dengan suasana berkabus, dia berjalan keseorangan. Tiba-tiba dia terdengar satu suara perempuan bergema. Halus bunyinya.


“Bulan mengambang umpama bidadari, igauan si pungguk segenap zaman, kalau tersurat hajat di hati, datanglah kemari ku ajak berteman...”


“Siapa?” tanya Hakimi. Dia kaget. Suara itu agak menyeramkan apatah lagi di dalam hutan tebal sebegini. Berdebar-debar pula hatinya. Dahinya mula berpeluh di dalam kesejukan.


“Aku datang kerana mahukan pertolonganmu, bantulah aku Hakimi...” lembut suara itu merayu. Hakimi memeluk tubuhnya. Entah kenapa, suasana sejuk semacam. Dia memandang sekeliling cuba mencari kelibat manusia di situ.


Tiba-tiba asap tebal berkepul di hadapannya. Lama-kelamaan asap tebal itu membentuk susuk tubuh seorang perempuan elok bersanggul kemboja bergaya seperti seorang puteri melayu. Puteri itu tersenyum manis. Hakimi terkedu. Wajahnya berkerut. Dia mula menelan air liur. ‘ Oh no, ini dah lebih...’ bisiknya. Dia mula membaca ayat kursi secara perlahan-lahan. Dek kerana sifat penakutnya sejak kecil, sehingga kini dia masih mengingati pesanan ibunya di antara kaifiat ayat kursi adalah untuk menghalau hantu syaitan.


“Namaku Cahaya...” bisik suara itu lembut ditelinganya. Hakimi melompat pabila puteri itu rupanya berada di sebelahnya kini. Tidak sampai sesaatpun! Ayat kursi yang dibacanya tadi habis berterabur semuanya. Sebentar, dia kenal wajah wanita ini. Mirip benar rupa Nur.


“Err...awak Nur kan?”


“Cahaya.”


“Bagaimana awak boleh berada disini, err.. Cahaya?”


“Aku tersekat disini, Hakimi...bantulah aku untuk kembali...”


“Ya...itulah niatku, tapi...”


“Tak usah bertapi lagi...ambil ini, ini akan membantumu...buka hanya setelah tiga hari...”


“Buku apa ni?”


“Itulah catatan hidupku...baca dan fahami...bantuku leraikan teka-tekinya...dengannya aku akan kembali semula kedunia realiti...”


Asap tebal berkepul kembali dan puteri itu telahpun lenyap. Hakimi serentak terjaga dari tidur. Wajahnya berpeluh. Mimpinya pelik benar. Lebih mengejutkan lagi, disisinya terletak kemas sebuah buku. Hakimi membelek-belek buku itu. Ia sememangnya diari Nur. Dia tidak berani membuka. Dia akan mengikut pesan Puteri Cahaya di dalam mimpinya. Hanya tiga hari kemudian baru dia akan buka.


Bersambung...

pexels

"Lebih mengejutkan lagi, disisinya terletak kemas sebuah buku."


Cermin 19 : Bodoh! seorang pemimpin Inderaloka kononnya, tapi bodoh!


pexels

"Dia tahu apa yang sedang terjadi pada puteri. Kini dia perlu masuk ke dalam mimpi puteri untuk menyedarkannya tentang penipuan maya air kristal itu."


Di sebuah hutan ditepi sungai.


Haqq mengeluh perlahan selepas meletakkan puteri berbaringan dibawah pokok sana. Dia terlalu lega dapat melarikan puteri dari genggaman Nenda Melur yang baginya tidak pandai menjaga puteri sehingga puteri terlepas lahir ke dunia moden abad ke-21. Dia sudah bertekad tidak akan mengulang silapnya yang lama dan kini setelah dia bersusah-payah barulah puteri dapat kembali kesini semula yakni Inderaloka. Baginya ayahanda puteri dan Nenda Melur terlalu bodoh kerana tidak pandai menjaga puteri sebaiknya sedang mereka sedia tahu siapa sebenarnya puteri, sebuah khazanah penting di Inderaloka. Buktinya, ayahanda puteri mula gering ketika puteri hilang dari Inderaloka, tanah Inderaloka mula susut kesuburannya, rakyat makin huru-hara dan pertahanan Inderaloka makin lemah sehingga terjadi banyak peperangan.


‘Bodoh! Seorang pemimpin Inderaloka kononnya, tapi bodoh!’’ bisik hati kecilnya. Baginya jika dia tidak membuka pemerintahan Inderaloka Bawah, nescaya negeri ini sudah lama lingkup di bawah pemerintahan ayahanda puteri yang terkenal kononnya sebagai seorang raja yang terlalu baik hati. Begitulah perspektif gelap pemikiran Haqq tentang apa yang sedang berlaku di Inderaloka kini.

Lama berfikir, Haqq kemudiannya mandi sambil bertafakur di dalam air sungai yang sejuk. Hatinya kembali tenang. Hari pula semakin senja dan puteri masih berbaringan seperti tadi. Darah yang masih mengalir dari bibir puteri, Haqq biarkan sahaja. Dia tahu itu adalah kesan daripada air kristal dan dia sangat kenal siapakah orangnya yang memberi air itu kepada puteri dan dia juga sangat tahu tipu helah air kristal itu.


“Kembali lagi kau kesini rupanya, Pawana...” Haqq tersenyum sinis sambil menyelam semula kedasar sungai. Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu.


Puteri yang masih berbaringan dengan tiba-tiba tersedak. Air berwarna kebiruan mula terpancut keluar dari mulutnya. Setelah habis air kebiruan itu dimuntahkan, badan puteri mula terapung semeter dari tanah dan berpusing-pusing. Makin lama makin laju. Haqq pula masih tenggelam di dasar sungai dalam keadaan bersila seakan sedang bertafakur. Dia tahu apa yang sedang terjadi pada puteri. Kini dia perlu masuk ke dalam mimpi puteri untuk menyedarkannya tentang penipuan maya air kristal itu.


Di dalam mimpi puteri.


Aku masih menari. Tapi kini makin aku menari kepalaku terasa semakin berdenyut. Entah kenapa. Seakan aku sedang berpusing-pusing. Untuk sejenak, aku berhenti menari dan terduduk sambil memicit-micit kepala yang makin pening. Lagu irama klasik jawa yang dimainkan masih bergema memenuhi ruangan penuh cermin ini.


“Mengapa Cahaya?” bisik suara misteri itu.

“Kepalaku terasa berpusing.” Jawabku.

“Itu cuma perasaanmu sahaja. Tiada sakit mampu kedalam tanpa kau benarkan.”

“Maksudmu?”

“Tidakkan mungkin tetamu mampu menguasai tanpa kebenaran empunya rumah.”

“Maafkanku...benar aku tidak memahami tutur bicaramu...”

 “Mari,ikutiku...berdiri sekarang...”

“Lihat cermin sekelilingmu satu persatu...dan beritahuku siapa diantara mereka mampu menerangkan dirimu yang sebenar?”


Aku mula berdiri dan melihat cermin sekelilingku. Aku pandang satu persatu. Aku berjalan perlahan disetiap dari cermin itu. Tanganku pula masih memicit perlahan dahiku yang semakin diasak.


Cermin pertama.

“Langit tinggi bersimpul dan ramainya awan, hujan turun berderai bak mutiara di laman, yang berada di langit kau sangkakan kawan, aku yang turun pula kau anggap lawan. Kenalilah diriku kau pasti tertawan...”

Cermin kedua.

“Tumbuhnya daun dari bawah menaik keatas, lahir bunga pula sifatnya menguncup akhirnya mengembang, hidup dibumi semuanya kita sama bernafas, diakhirat sana  satu gelap yang satu pula benderang...mari dekatiku wahai tuan puteri, aku akan pimpin jalanmu kesyurga...”

Cermin ketiga.

“Datangnya siang membawa riang, tibanya malam membawa kelam, keduanya punya ilmu yang bukan calang-calang, makin kau kaji makin pula kau tenggelam...aku hanya perantara wahai puteri...”

Cermin keempat.

“Aku nyata bukannya khayalan, aku sembunyi dalam kenyataan, dalam nafasmu kuberdiri, dalam nadimu kuberlari..pilihlah aku wahai puteri yang cantik rupahati...”

Cermin kelima.

“Selalu  saja matahari bersinar terang benderang, bulan malam indahnya pula ketika mengambang, dalam siang aku terbang keluar dari sarang, malam datang menjelma rupaku pula kau sibuk halang...pergi kau dari sini..sini bukan darjatmu...”

“Cukup...cukup semuanya! pergi kamu semua dari sini dan jangan bersuara lagi!” aku terlalu keliru dengan semua ini. Aku duduk memegang dahi. Airmataku mula menitik. Apa semua ini? Segalanya penuh dengan teka-teki. Tanpa mempedulikan rungutanku, cermin itu semua masih bersuara.

Cermin keenam.

“Air menitik membentuk gelombang, gelombang mengembang keseluruh alam, alam tenggelam dalam mimpi yang kau bina waktu siang, jika aku kau pilih nescaya kau berjalan dalam pejam.”

Cermin ketujuh.

“Kau sebut pejam seakan buruk dan ngeri rupanya, sedangkan kau pejam sini kau celik pula  belah sana, aku ini teka-teki yang kau mungkin suka, pilihlah aku nescaya hidupmu bahagia...janganlah kau takut akan pejam Cahaya...kerana sibuta yang dihina hidup pula matahatinya...”

Cermin kelapan.

“Apa yang kau suka tidakkan selalu berimu bahagia, kerana bahagia datangnya ia sekali sekala sahaja, makin kau berkehendakkan bahagia, makin kecewa pula yang kan kau rasa wahai Cahaya..”

Cermin kesembilan.

“Cukup semuanya kamu berinya seribu satu madah pujangga, wahai puteri marilah kesini dengari hamba pula, hamba yang akhir dan paling pantas kau perlu percaya, pesanku ikutilah kata hatimu dan irama jiwamu semoga bahagia dirimu sentiasa.”


“Sekarang, pilihlah untuk kau ikuti wahai Cahaya..”


“Jikaku pilih, maka semuanya untuk apa? Mereka beriku jalan, setiap dari mereka pasti punya benar dan salahnya...untuk apa aku pilih satu dan menidakkan yang lainnya?”


“Jika kau berjalan, pastikan kau punya hala tuju wahai cahaya...tidakkan mungkin kau pilih semua sebagai tempatmu berjalan, tetapkan sesuatu baru sajak gayamu melangkah.”


“Aku pilih yang kesembilan. Dengannya semua akan kukuasai. Sudahlah wahai suara, aku mahu berehat.”


“Bagus, Cahaya...berehatlah, jiwamu pasti letih memilih..” suara itu tersenyum lalu mengundur.


Serta merta bilik penuh cermin ini menjadi gelap gelita. Aku yang keletihan menari terbaring lemah dan terus tertidur.


 Di dalam kegelapan itu.


“Cahaya, bangun...makin kau tidur, makin kau tersekat didunia ini, sayang.” Haqq berbisik ditelingaku. Aku pula masih tertidur. Lena. Haqq mula risau. Dia perlu lakukan sesuatu. Jika tidak aku akan terus mengembara tanpa henti didunia mimpi ini dari satu pintu kepintu yang lain. Haqq tahu dunia ini digelar alam tanpa batasan. Dia tidak mahu aku sesat disana nanti. Dia perlu selamatkanku.  Ternyata seksaannya sebelum ini membuatkanku lebih cenderung untuk bermimpi sebagai cara pelepas lelah. Haqq mula menyesal.


******


Di dunia realiti, di dalam wad hospital.


“Nur...bangunlah...kami semua rindukan kau, Nur...” bisik Rin di telingaku.


“Cik Rin, maafkan saya...boleh datang kepejabat saya sekejap? Ada perkara yang perlu saya tahu tentang Nur...mungkin ini boleh membantu...” bicara Dr.Hakimi yang muncul dari belakang Rin.  Wajahnya serius. Mimpinya semalam tentang Nur membuatkan dia perlu tahu tentang kepercayaan Nur. Mungkin disitu ada sebab mengapa Nur boleh koma sebegini. Dia lalu teringat mimpi malam tadi.


Di istana Gerhana.


Satu. Dua. Tiga.


Nenda Melur dan Hitam serta merta bergerak semula. Bila tersedar keduanya jadi seakan bodoh-bodoh alang.


“Nenda Melur? bagaimana?!” jerit Hitam terkejut. Badannya dia gerakkan, lenguh masih terasa.


“Bagaimana kau boleh berada disini wahai Hitam...tidakkah kau tahu ini kamar nenek?” ujar Nenda Melur segan. Dia sangkakan Hitam mahu mengintainya. Dia benar hilang ingatan. Dia sudah lupa bahawa kini dia sudahpun berada di dalam kamar Haqq, diistana gerhana.


Hitam pula memandang keseluruhan bilik. Tadi rasanya dia baru sahaja sedang menghirup teh di gerai Pak Toha. Bagaimana dia boleh berada disini? Hitam garu kepala. Nenda Melur pula berjalan berpusing-pusing disekitar kamar Haqq. Dengan rambut putih yang mengurai, dia berjalan sambil memusing-musingkan kepalanya. Sehingga kini dia masih gagal mengingati apa yang terjadi sebentar tadi. Cucuk sanggulnya masih berada kemas digenggamannya.


 Mantera Enam Hari yang dibacakan Haqq kepada mereka menjadi. Ini bermakna mereka hanya mengingati peristiwa tiga hari sebelum itu dan akan sembuh ingatan tiga hari kemudian.



“Nenek? Bagaimana nenek boleh berada disini? Sini adalah kamar Tuan Haqq. Dan errr sebenarnya hamba juga tidak pasti bagaimana boleh berada disini..” Hitam teruskan menggaru kepala. Adakala dia tergelak. Terasa bodoh seketika. Mindanya langsung tidak dapat menangkap apa sebenarnya yang sedang terjadi.


******

Di ruangan penuh cermin. Keadaan penuh gelap.

“Cahaya...bangun...sini bukan tempat yang sesuai untukmu tidur...” Haqq cuba berlembut sekali lagi. Dia berharap aku bangun dengan segera. Jika dibiarkan lama, mimpiku bakal berlipat kali ganda nanti. Ini kerana dunia mimpi adalah dunia penuh lapis. Jika si pemimpi tidur lagi di dalam mimpinya, maka dia akan terus bermimpi tanpa henti. Begitulah seterusnya. Tentu lebih sukar dia mengejutkanku nanti jika aku tersekat di dalam mimpi antara mimpi. Dan jika kritikal, aku akan mati selama-lamanya dan hanya hidup di alam mimpi yakni melompat dari satu mimpi kesatu mimpi yang lain. Biarpun mimpi adakala datang dari memori lama tetapi bagi Haqq ia tidak boleh dibiarkan terus melarat kerana memori serupa itu adalah satu infiniti. Jasad tidak mungkin mampu menanggung beban yang terlalu berat itu. Jika jasad dan jiwa tidak selari, segalanya bakal celaru nanti.

unsplash

"Ini kerana dunia mimpi adalah dunia penuh lapis. Jika si pemimpi tidur lagi di dalam mimpinya, maka dia akan terus bermimpi tanpa henti. Begitulah seterusnya. "



Cermin 18 : “Biar mati jasadku disini, tidak sekali-kali aku ulang silapku sebelum ini!"

 

dreamstime
" Walaupun dia gagal berdiri tegak diantara mimpi dan jaga, dia masih mampu mengendalikan jiwanya walaupun tidak sepenuhnya seperti biasa."


Ketika pengsan dan muntah darah. Aku telah bermimpi. Di dalam mimpi itu.


“Menarilah wahai Cahaya...rehatkan jiwamu...” lembut suara itu menyeruku.


Aku yang terpinga-pinga masih tercari-cari dari mana suara itu datang. Yang lebih memelikkan, dimana aku berada sekarang? Di satu ruangan yang dikelilingi sepenuhnya dengan cermin. Apakah nama tempat ini? Tubuhku tidak lemah seperti sebelum ini, malah aku berasa sungguh bertenaga.


“Menarilah ikuti irama jiwamu, Cahaya...” aku mula mual. Entah kenapa.


Cepat aku menekup mulutku sambil menongkat diri di lantai menggunakan tangan. Tiba-tiba darah hitam meleleh keluar dari mulutku makin lama makin banyak pula. Aku muntahkan semuanya dan serta merta satu alunan musik klasik jawa kedengaran. Lagu itu memabukkan jiwaku yang baru sahaja keletihan bermuntahkan darah hitam. Entah bagaimana, aku mula menari tarian tradisional jawa mengikut alunan lagu yang sungguh mengasyikkan. Darah yang bersisa di bibir aku biarkan sahaja mengalir dan aku teruskan menari. Wajahku makin lama makin pucat kerana terlalu banyak kehilangan darah tapi peliknya aku seakan lebih bertenaga pula.


“Benar...begitu...teruskan lagi Cahaya...lembutkan lagi hayunan tanganmu selembut jiwamu...” aku yang masih berkhayal menari, mengikut sahaja pujukan suara itu.


Tarianku semakin lemah gemalai. Peliknya aku seakan benar-benar hafal setiap gerak langkah tarian ini. Entah darimana aku belajar. Segala gerak berlaku spontan. Lama aku begitu. Lagu irama klasik jawa yang dimainkan seakan menghalang aku daripada berhenti menari. Aku ditelan keasyikan terutama ketika melihat tubuhku menari dicermin sekelilingku. Kainku menyeret semua darah yang aku muntahkan tadi menjadikan lantai semuanya penuh dengan darah hitam. Tanpa mempedulikan keadaan itu, aku masih asyik menari.




Entah bagaimana, dari atas turun pula bunga melur sehinggakan lantai dipenuhinya. Haruman bunga melur bercampur bau darah terus menyelubungi ruangan itu.


“Tubuh itu namanya budi...layurkan ia dalam keindahan pekerti...gerak berseni itu bahasa yang murni...berehatlah sang puteri dalam hakiki...” ujar suara itu lagi dengan penuh misteri.


Aku pula masih asyik menari.


******


Di Istana Gerhana, di dalam kamar Haqq.


“Arghhhhhh...!!!” Haqq pula masih menahan dirinya dari diresapi semangat Nenda Melur. Walaupun dia gagal berdiri tegak diantara mimpi dan jaga, dia masih mampu mengendalikan jiwanya walaupun tidak sepenuhnya seperti biasa.


Sementara itu di dalam kamar Nenda Melur.


“Wahai Haqq...sekali lagi nenek bertanya padamu...mahukah kamu pulangkan puteri kembali kesini...?” Nenda Melur mengambil cucuk sanggulnya lalu dia cium perlahan. Rambut Nenda Melur yang keputihan teruntai jatuh. Panjang.


Mereka kini berkomunikasi dari jauh.


“Tidak! Puteri kepunyaanku...!” bicara Haqq keras. Wajahnya masih membengkak kehitaman. Tangannya digenggam kuat memberi petanda kesakitan yang sedang dialaminya. Darah merah kehitaman mula keluar dari matanya berupa tangisan. Dia terlalu sayangkan puteri. Sekali-kali dia tidak akan melepaskannya seperti dahulu. Cukuplah hukuman yang diterimanya sebelum ini.




“Kau benar Haqq? sudah lama nenek meninggalkan tradisi ini...” uji Nenda Melur lagi sambil tersenyum-senyum menggenggam erat cucuk sanggulnya. Nenda Melur menghidu cucuk sanggulnya berkali-kali. Dia tersenyum lagi penuh sinis. Telah lama cucuk sanggulnya tidak disirami darah.


“Biar mati jasadku disini, tidak sekali-kali aku ulang silapku sebelum ini! Kamu semua memang celaka!” jawab Haqq penuh tegas. Kali ini dia tak akan mengalah. Cukuplah dahulu dia kehilangan puteri. Matanya pula masih tertutup. Genggaman tangannya masih erat. Darah di tubuhnya mengalir laju menahan kesedihan dan juga kemarahan. Airmata darah yang mengalir masih menitik-nitik. Ada kesedihan yang terlalu di dalam dirinya.


“Jika begitu...izinkan nenek datang padamu Haqq...” Nenda Melur menutup mata dan cuba untuk mencari kesedihan Haqq di dalam dirinya. Nenda Melur tahu Haqq terlalu sayangkan puteri dan itu jua satu-satunya lubang terbuka dalam diri Haqq untuk dia masuki. Hanya disitu letaknya cahaya di dalam kegelapan yang telah menyelubungi Haqq. Cahaya itu yang akan memimpin jalan Nenda Melur untuk menembusi kegelapan Istana Gerhana.


“Malam dan siang dalam diri, bantulah hamba tembusi diri manusia ini, yang mengambil bukan miliknya sendiri, luapkan kesedihannya dan jadikan airmatanya mengalir dicucuk sanggulku ini...” serta merta cucuk sanggul itu mengalir airmata darah milik Haqq. Nenda Melur tersenyum. Saktinya menjadi dengan bantuan cahaya kecil dari dalam diri Haqq yang datang dari cintanya pada puteri.


Haqq pula terus hanyut di dalam kesedihannya. Dia berasa tidak mampu hidup tanpa puteri disisinya. Peristiwa dahulu berputar kembali di dalam ingatannya. Oleh kerana jiwa Haqq telah terpesong dari fokusnya terhadap pertarungan batin dengan Nenda Melur, ia memberi jalan mudah untuk Nenda Melur menembusi hatinya yang lalai dalam kesedihan.


Nenda Melur menjilat darah yang mengalir dicucuk sanggulnya sambil menutup mata. Setelah darahnya menyatu dengan darah Haqq, Nenda Melur ghaib dari Istana Cermin dan muncul di sebelah Haqq yang sedang berbaring lemah di Istana Gerhana. Setibanya disitu, Nenda Melur tersenyum puas sambil mengelap darah yang masih bersisa dibibirnya. Sudah lama dia tidak merasa darah manusia. Manis juga darah Haqq, bisiknya. 




Setelah masuk keistana gerhana, kuasa sakti Nenda Melur makin pudar. Nenda Melur sedar risiko itu, tapi dia yakin demi cinta Haqq kepada puteri, dia tidak akan diapa-apakan. Apatah lagi, kini darahnya telah bercampur dengan darah Haqq. Sakitnya bakal menjadi kesakitan Haqq juga. Dia sebenarnya tadi gagal mengenakan Haqq dari jauh kerana semangat Haqq yang terlalu kuat untuk disimpulkan maka mengikut firasatnya, dia perlu datang bersua muka dengan Haqq sendiri. Kini dia merancang bermain dengan emosi Haqq terhadap puteri. Itu sahaja jalannya untuk bawa puteri pulang keistana cermin dengan selamat.


Serta merta Haqq terjaga dari tidurnya. Mata putihnya kini sudah bertukar sepenuhnya kepada hitam. Hembusan nafasnya mengeluarkan asap hitam. Haqq mula menggeliat puas sambil mengetap bibir tanda dendam dipermain oleh Nenda Melur. Baginya, adalah satu kesilapan besar Nenda Melur pilih untuk bertarung disini.


 Haqq tersenyum.


******


Di dunia realiti. Di dalam bilik hospital.


“Oh, cik Rin...emm, sehingga kini Nur masih tiada sebarang reaksi positif. Sama sahaja seperti sebelum ini..” bicara Sarah kepada Rin. Rin yang mendengar pula tertunduk sedih sambil duduk disebelahku. Kemarahannya tadi terhadap kertas misteri yang terselit di celah buku milikku telahpun reda ketika melihat wajahku yang pucat. Rin menangis sambil memegang erat tanganku.


“Maafkan aku Nur,maafkan aku sebab selalu amik mudah keluhan kau...” luah Rin sambil menekup muka disisiku. Rin teringatkan kisah sebulan lepas ditepi tasik.


“Rin, aku letih...aku rasa nak berehat dari dunia ni...” ujarku.


“Eh Nur, kau jangan mengarut leh tak?soal hidup mati bukan ditangan kita...kita belum kahwin Nur,ingat tu...hehe...” bicara Rin cuba melawak. Aku pula masih serius.


“Aku rindukan tuhan Rin...aku nak balik jumpa dia...” tambahku lagi.


“Semua orang pun rindu tuhan, takdelah beriya-iya macam kau ni...lagipun aku belum habis enjoy hiduplah Nur..” Rin mula serius. Dia mula menongkat dagu sambil jauh memandang tasik.


“Dahla...tiba masa nanti,aku pulanglah...tugas aku didunia belum habis lagi, apelah aku ni...” keluhku sambil berlalu pergi. Rin sibuk mengejarku.


Rin tiba-tiba tersedar dari lamunan ketika ditegur jururawat.


******


Sementara itu di dalam bilik Dr.Hakimi.


“Nur...” bisik Dr.Hakimi sambil duduk termenung dikerusi pejabatnya. Semenjak dari tadi nama itulah yang disebut-sebutnya. Entah kenapa, dia merasakan satu ketenangan ketika menyebut nama itu.


“Nur...” dia tersenyum lagi sambil membelek-belek fail kesihatan Nur.


‘Unik nama awak Nur...saya tak pernah jumpa nama sependek ini...Nur bt. Muhammad..itu saja...hehe..’ gelak Dr.Hakimi di dalam hati.


Sampai sekarang dia pelik bagaimana dia boleh jatuh hati dengan Nur sedangkan sebelum ini telah ramai pesakit wanita yang dirawatinya. Tiada pula dia tersangkut sebegini.


Kini, kalau boleh hampir setiap masa dia mahu melihat wajah Nur. Sehingga kadang-kadang dia terpaksa menahan malu kepada jururawat yang bertugas kerana terlalu kerap keluar masuk wad Nur dengan alasan yang jarang munasabah. Adakala dia hanya duduk termenung ditepi katil Nur dan memandang wajah Nur tanpa bosan dan bukan melakukan rawatan seperti yang sepatutnya.


“Woi Kimi...kau ni kenapa? Senyum sorang-sorang macam orang angau...” tegur Dr. Ramli. Sebenarnya sudah puas dia mengetuk bilik Dr.Hakimi, tapi tidak berjawab pula. Lalu dia berbuat keputusan masuk sebentar, niatnya hanya mahu menyerahkan fail sahaja.


“Oh kau Li...nape tak ketuk pintu dulu, main masuk je...adab tu jaga sikit...” ujar Dr. Hakimi tegas kononnya. Dia terus mengemas meja cuba berlakon sibuk. Malu dia jika diketahui yang sebenarnya dia asyik mengelamun mengingatkan pesakit sendiri.


“Eh kau ni pesal...dah berpuluh kali aku ketuk tadi,kau tak dengar ke?aku tengok muka kau ni dah serupa orang gila bayang je...eloklah tu,siapa perempuan tu...kenalkan kat aku,leh aku tolong ngorat..haha...nah amek fail ni minggu depan hantar laporan pada aku...” bebel Dr. Ramli sambil meletakkan fail dihadapan Dr.Hakimi.


“Takda siapa pun...aku memang macam ni ape...cool seperti biasa...okey, next week aku bagi kat kau balik...so, ada apa urusan lagi Dr. Ramli?” sengaja Hakimi memerli. Dia sebenarnya benci lamunannya diganggu. Tak sampai beberapa saat, dia berkhayal lagi ketika tersentuh fail Nur.


“Ah, gila...kawan aku yang sorang ni dah gila..aku kat depan ni boleh pulak dia sempat berkhayal...hoi!” bahu Dr.Hakimi ditepuk.


“Astaghfirullah...” Dr.Hakimi mengusap mukanya lalu dia tersenyum segan. Malu dia mengelamun begitu dihadapan rakan sekerjanya sendiri. ‘Apelah jadi kat aku ni...Nur!!! saya cintakan awak!’ jerit hati kecilnya.


“Untunglah siapa perempuan tu...haha...okeylah,aku taknak ganggu kau mengelamun. Teruskan...aku cuma nak rasa nasi minyak je nanti k?hehe...” ujar Dr. Ramli sambil berlalu pergi. Dr.Hakimi hanya mampu tersenyum. Harapan untuk memperisterikan Nur mula tumbuh dihatinya.


******


Di kamar Haqq.


“Tuanku, puteri muntah darah!” Hitam tiba-tiba muncul di dalam kamar Haqq. Nenda Melur dan Haqq terkejut besar melihat keadaan puteri.


“Puteri!!!” jerit Nenda Melur meluru kearah puteri yang dirangkul Hitam. Haqq hanya terpaku melihat bibir puteri dipenuhi darah sebegitu. Marahnya terhadap Nenda Melur mereda yang tinggal cuma rasa risau. Dia perlu lakukan sesuatu jika tidak Nenda Melur pasti merampas puteri darinya. Dia mula mengawal nafas dan bibirnya terkumat-kamit membacakan mantera.


Serta merta Hitam dan Nenda Melur tidak bergerak. Dengan cepat Haqq merangkul puteri dan dia terus ghaib meninggalkan debu hitam yang bertaburan dilantai. Disatu sudut bilik Haqq, kelihatan seekor burung helang sedang duduk dan melihat segalanya dengan tenang. 


Bersambung...

dreamstime

"Aku rindukan Tuhan Rin...aku nak balik jumpa dia...” tambahku lagi."



Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...